novel : musuhku cintaku 12


“Pak cik, izinkan saya untuk menjaga Mia seumur hidup saya,”terkejut beruk aku apabila Haikal tiba-tiba berkata begitu pada abah. Aku lihat abah merenung tajam wajah Haikal. Gulp ! Aku pula yang menelan liur.

“Mia, apa kau intai tu ? Meh tolong ibu bawak kuih ni ke depan,”aku hanya menyengih apabila disergah oleh ibu. Perlahan aku membawa kuih yang telah ibu letakkan di dalam pinggan sebelum aku menghidangkannya di ruang tamu. Aku dan Haikal berbalas pandang seketika sebelum dia menghulurkan senyuman nakal. Aku hanya mencebik dan berlalu ke dapur. Sekali lagi aku mengintai di balik langsir.

“Baiklah pak cik setuju ! Tapi korang kena habiskan belajar dan cari kerja dulu,”apa ?! Abah setuju ?!

“Yesss !!!”tanpa sedar aku menjerit dan melompat.

“Mia !”err~ mati aku !Seraya itu aku berhenti meloncat dan meluru masuk ke dalam bilik. Malu jangan cakap lah ! Habis kantoi ! Mana nak menyorok ni ? Tolong ! Malu ! Saat itu juga aku terus menekup mukaku dengan bantal. Habislah aku kena bahan dengan Haikal nanti.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Hai mak cik comel !”muka aku terus merona merah apabila mendengar suar Haikal. Inilah kali pertama aku berjumpa dengannya sejak peristiwa tempuh hari.

“Apa kau ni pak cik tak hensem ?”

“Jangan lah marah. Nanti aku lari merana kau !”ugut Haikal. Aku hanya mencebik namun tidak sedikitpun aku memandang ke arah Haikal.

“Lari lah ! Siapa yang kisah ?”balasku sambil menjeling.

“Tak kisah konon ! Mia, kau sayang aku tak ?”tanya Haikal dengan senyuman meleret. Alahai, machonya dia ni ! Opss..

“Selekeh je ! Tak ada masa aku nak sayangkan kau !”

“Ceh ! Mia kenapa hari tu kau menjerit sambil melompat macam beruk ?”erk~ aku yakin muka ku sudah berubah ke tona merah. Panas !!

“Kau senyap boleh tak ?”marahku cuba menutup rasa malu.

“Mia, cakap lah kenapa. Kau suka aku ke ?”hish, dia ni dah tahu lagi mahu tanya ! Benci betul.

“Sibuklah kau ni !”marahku lalu mebelakangkan Haikal. Tiba-tiba terpamer tiga kuntum bunga ros di layar mata. Kematian kata-kata aku jaidnya.

“Tiga kuntum ros mewakili I LOVE U,”ucap Haikal lembut. Aku pula terus terpaku dan memandang bunga ros itu tanpa berkelip.

“Mia Nur Maisarah, will be mine forever ?”aku tertunduk malu. Confirm muka aku blushing tahap  opera cina. Perlahan-lahan aku mengangguk dan tersenyum. Malu !

“Yahoooo ! Mak, Haikal nak kahwin !”jerit Haikal. Aku pula sudah menepuk dahi. Sengal betul bakal laki aku ni ! Eh, oppsss..

“Mia, kita kahwin esok nak ?”gatal betul mamat ni ! Omelku dalam hati.

“Banyak lah kau !”

“Boleh lah. Kita kahwin cowboy je,”amboi ! Ni nak kena ni.

“Tak nak aku kahwin dengan lelaki lembu,”saja aku menyakat Haikal. Seraya itu hidungku di tariknya !

“Oi, haram !”ucapku lalu menepis tangan Haikal. Kureng betul.

“Boleh lah Mia,”

“Kau buat lah. Aku senang je, terus reject !”ugutku geram.

“Eh, tak adalah ! Aku gurau je. Sayang jom cakap dengan orang tua kita !”hah ! Tahu gelabah bila nak kena reject.

“Jom cepat !”ajak Haikal lalu menarik tanganku.

“Hoi, apa kau ni main pegang-pegang ? HARAM ! Lepaskan-lepaskan,”marahku sambil merentap tanganku daripada genggaman Haikal.  Dia hanya menyengih.

“Tak apa. Lepas kahwin nanti, aku pegang tak bagi lepas,” seloroh Haikal. Aku hanya buat tidak dengar sedangkan wajahku sudah merona menahan malu. Sengal betul !

“Ya Allah, kau teguhkanlah jodoh kami selamanya. Amiiin..”doaku dalam diam sambil beriringan melangkah bersama Haikal.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
THE END. ENJOY OKAY ! :D THANKS FOR READING .

Comments

thanks ! first time mencuba :DD
Nabilah Najihah said…
storyboard menarik.. :)
then kalau cerita ni tak tergantung mesti lagi best..
enjoy baca u novel.. ^^
btw, good writing.

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.