novel : musuhku cintaku 2


“Berita panas.. Berita panas,”riuh suara Syafiqah yang mendapat jolokan wartawan tak berbayar kelas. Aku memerhatikan langkah Syafiqah yang mendekati meja guru yang sedang dipenuhi dengan pelajar perempuan. Nak gossip lah tu ! Aku hanya mencebik. Tiada sedikitpun rasa di hati untuk mengetahui berita yang akan disampaikan oleh Syafiqah kerana lambat laun aku akan tahu juga.


Pagi ini aku terasa sedikit kelainan, lantas aku memerhatikan sekeliling. Hish, apa fasal macam ada yang tak datang ni ? Aku membebel tanpa suara. Siapa ya yang tak datang ? Otakku terus ligat berfikir. Eh ? Haikal mana ? Aku tertanya apabila kelibat Haikal langsung tidak aku jumpa. Patutlah aku terasa lain, kerana setiap kali aku masuk ke dalam kelas pada waktu pagi pasti Haikal sudah menunggu untuk mengenakanku. Tetapi hari ini tiada.

Dalam aku terfikir-fikir sebab mengapa Haikal tidak datang, tiba-tiba aku terpandangkan wajah Iwan yang sedikit keruh. Kenapa pulak dia ni ? Takut pula aku nak tegur. Hish, lantaklah !

“Wan ! Sini kejap !” teriak ku memanggil Iwan. Dia memandang ke arahku dengan pandangan yang kurang bersemangat.

“Kau kenapa ?”tanyaku apabila Iwan kian menghapiri. Dia hanya menggelengkan kepala.

“Eh, Haikal mana ?”apabila ayat itu terbit daripada bibirku, aku dapat melihat Iwan sedikit tersentak.

“Wei, apa fasal kau diam je ? Cakap lah,”desakku apabila Iwan terus menyepi.

“Haikal.. Accident semalam,”hanya itu yang dijawab Iwan. Aku terus terkedu. Haikal accident ?

“Kau jangan main-main. Macam mana boleh accident ?”soalku lagi.

“Semalam masa balik sekolah,tayar motor dia pancit. Tapi dia tak sedar. Bila dia nak belok dekat selekoh atas bukit tu,dia terjatuh dan terseret,”Iwan menerangkan perkara yang sebenar. Aku pula telah dilanda rasa bersalah yang amat. Ya Allah, semua ini salah aku ! Aku menjerit di dalam hati.

“Iwan, ini semua salah aku ! Aku yang pancitkan tayar motor dia,”aku mengaku akhirnya di hadapan Iwan. Aku dapat melihat anak mata Iwan menikam tepat ke arah ku. Ah, mesti aku akan dimarah Iwan ! Getusku namun aku terus berdiam.

“Kau patut jumpa dia dan minta maaf,”ucap Iwan senafas. Aku pula terus menunduk. Sedar kesilapan yang aku lakukan.

“Dia dekat mana ? Boleh tak kau tolong kirimkan maaf aku dekat dia ?”soalku lagi. Aku lihat Iwan hanya mengangguk dan berlalu. Aku terus menyepi seribu bahasa.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Sudah tiga hari Haikal cuti sakit dan selama tiga hari itu juga aku gelisah tidak menentu. Tiba-tiba aku terasa bosan tanpa kehadirannya. Apakah aku rindu dia ? Mengarut ! Aku mendengus lagi.

“Mia !”tiba-tiba namaku diseru oleh Syafiqah. Apa lagi minah ni nak ? Boleh tak jangan kacau aku ! Aku menjerit di dalam hati. Perlahan aku berpaling ke arah Syafiqah.

“Kau nak ikut kita orang pergi rumah Haikal tak petang ni ?”soal Syafiqah. Hatiku terus berbunga riang kerana akhirnya dapat juga aku bertemu Haikal.

“Kita orang tak paksa sebab kita orang tahu kau ada error connection sikit dengan Haikal tu,”hatiku yang pada mulanya melonjak kegembiraan kini beransur lemah apabila mendengar bait yang terbit daripada mulut Azmi.

“Err~ agak-agak dia tak kisah ke kalau aku ikut korang ?”soalku sedikit berdebar.

“Dia lagi suka aku rasa,”aku sedikit tercengang mendengar ayat yang baru dituturkan oleh Iwan itu. Namun aku hanya buat tidak endah.

Comments

dariilhamkehati said…
tak sempat nak baca abes yang nih , dah lewat sangat nih , huhuhu !! nanti CPdatang lagik :D go on menulis , cerita bes :D
terima kasih CP :DD

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.