novel : musuhku cintaku 4


I LOVE YOU. COUPLE ?

Aku membaca sticky note yang ditampal di atas mejaku. Aku tergaru-garu kepalayang tidak gatal sambil terpusing-pusing mencari siapakah yang meninggalkan notaitu. Namun aku hampa kerana tiada seorang pun yang mempedulikanku. Masing-masing sibuk dengan kerja tersendiri.

“Hish, siapa pula yang meroyan tampal nota ni ?”aku membebel sendirian sambil menghenyakkan punggungku di atas kerusi. Nota yang masih melekat di atas mejaku terus ku tenung sambil otakku ligat berfikir.

“Mia, apa tu ?!”suara Haikal menyentakkanku. Tanganku terus mencapai sticky note di atas meja. Namun belum sempat aku menyentuhnya, Haikal terlebih dahulu mengambilnya.

“I LOVE YOU. COUPLE ?!”dengan lantang Haikal membaca setiap bait ayat yang tertulis. Aku sudah menutup muka menahan malu yang amat. Aku dapat rasakan kedua-dua pipiku kebas, lebih-lebih lagii apabila rakan-rakan kelasku bersorak riang.

“Agak-agaklah kalau nak melamar pun. Tak romantic langsung melamar dalam kelas. Ajaklah pergi taman bunga ke. Baru boleh layan jiwang,”suara Syafiqah yang kuat itu telah membuatkan rakan-rakan yang lain bersorak sekali lagi. Mereka seakan-akan menyokong bicara Syafiqah. Aku pula terasa semakin segan dan terus merampas sticky note di tangan Haikal.

“Sibuk lah korang ! For your information , aku dengan Haikal…”belum sempat aku menghabiskan bicara, Haikal sudah menyampuk.

“Kami memang dah lama couple,”serentak itu kelas kembali riuh. Ikutkan hait, mahu rasanya aku menumbuk muka Haikal dengan sekuat hati.

“Korang memang lurus bendul kalau percaya cakap Haikal ni. Eh, dah-dah ! Pergi balik tempat korang. Menyemak je,”aku terus menghalau rakan-rakanku yang sedari tadi mengerumuni tempat ku. Mereka terus beredar namun telingaku masih dapat menangkap desas-desus yang keluar daripada bibir mereka tentang aku dan Haikal.

“Mia, kau marah aku ke ?”terkesima aku apabila mendengar bicara lembut Haikal. Mulalah jantung aku berubah rentak. Daripada rentak balada terus ke rentak jazz ! Huwaa. Aku benci ! Jerit hatiku.
Bicara Haikal tidak ku jawab,malah aku terus menjelingnya ke arah. Geram betul aku dengan mamat ni. Kalau aku dapat tinju muka dia, baru puas hati aku ! Aku terus bermonolog.

“Mia, janganlah marah aku.Aku gurau je tadi,”entah mengapa tiba-tiba aku rasakan hatiku kecewa.
Sejujurnya aku telah terlanjur menyayangi Haikal di dalam diam. Tetapi kerana ego dan malu, aku terus menafikan perasaan ku itu. Tetapi mengapa di saat-saat begini hatiku terasa kecewa ? Seraya itu aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah tangan. Aku pening, aku keliru dengan perasaanku yang sebenarnya.

“Mia, please dengar sini. Sebenarnya, a..aku dah lama su..kakan kau. Tapi aku takut kau tak boleh terima aku. Jujur aku tak ada niat nak buat kau nangis. Sebab.. aku betul-betul sayangkan kau,”bicara Haikal terhenti di situ sebelum dia kembali ke tempat duduknya. Aku pula terus terpana. Ya Allah, adakah selama ini aku tidak bertepuk sebelah tangan ? Tetapi untuk memberitahu rasa hatiku kepadanya aku malu. Apakah yang harus aku lakukan ?

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Sebulan sudah peristiwa itu berlalu pergi. Saban hari hubungan antara aku dengan Haikal semakin dingin. Sedingin ais di kutub utara. Kini kami bagaikan dua manusia yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain selama ini. Kami sudah tidak pernah bertegur sapa, betekak apatah lagi. Kekadang aku terfikir, apakah semua ini salah aku kerana aku tidak berani meluahkan rasa hatiku ? Tetapi, entahlah..

Kebelakangan ini aku dapat lihat dia semakin rapat dengan Tasha, rakan kelasku yang perangainya agak memualkan tekakku. Tipu andai aku katakan bahawa tiada perasaan cemburu di hati, namun apakan daya. Aku terpaksa memendamnya sendirian.

“Aduh !”tanpa aku sedari, aku telah melanggar seseorang. Aku menjadi kalut serta merta.

“Sorry, saya tak sengaja !”aku memohon maaf sambil mengutip kembali buku yang jatuh bertaburan.

“Tak apa. Salah saya jugak sebab berdiri tengah jalan. By the way ,saya Amri. Pelajar baru sekolah ni,”Amri ? Bukan ke dia ni budak baru kelas aku tu ?

“Amri ? Budak 5 Sains 1 kan ? Hoi, kau tak kenal aku ke ? Mia ?”soalku bertubi-tubi sambil tersengih.

“Mia ? Mia Nur Maisarah ? Sorry, saya tak berapa ingat tadi,”

“Rileks lah. Eh, kau balik naik apa ?”tanyaku ramah sambil beriringan melangkah bersama Amri.

“Naik motor. Mia ?”Tanya Amir kembali.

“Untunglah ada lesen. Aku naik kaki je,”ujarku merendah diri.

“Nak tumpang saya tak ?”pelawa Amri. Aku hanya ketawa kecil.

“Mana boleh ! HARAM !”sengaja aku menekankan perkataan ‘haram’.Amri pula hanya menyengih, mungkin sedar kesilapan diri. Kami akhirnya terpisah di pagar sekolah.

Baru beberapa langkah aku meninggalkan perkarang sekolah, aku rasakan beg aku ditarik dan membuatku terdorong ke tepi. Aku menoleh ke arah manusia yang menarik beg aku itu dengan wajah bengang yang amat. Haikal ? Apa dia nak ? Aku tertanya-tanya sendirian.

“Apa yang Mia bualkan dengan Amri tadi ?”Haikal bersuara seraya mematikan sepi antara kami.

“None of your business !”jawabku tegas sambil cuba untuk melangkah pergi. Namun lenganku terlebih dahulu digenggam Haikal. Aku memandang Haikal dengan sorot mata tajam,memberi isyarat kepadanya untuk melepaskan pegangannya tangannya. Saat Haikal melepaskan lenganku, aku terdengar keluhannya. Tetapi apa aku peduli ? Dia cemburu ? Habis selama ini dia dengan Tasha ? Opsss..

Dengan perlahan aku berpaling dan meninggalkan Haikal termangu sendirian. Biar dia rasa sakit ! Baru aku puas ! Jerit hatiku. Namun jauh di sudut hati, aku terasa seperti sesuatu kehilangan yang amat besar. Setitis air mata jatuh menjilat pipi dan segera aku menyekanya.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.