novel : musuhku cintaku 8


Sebulan sudah aku di sekolah baru ku ini. Kini aku telah mempunyai dua orang sahabat karib, Naily dan Sarah. Pada mulanya, mereka yang memulakan perbualan kerana aku sedikit canggung dengan suasana baru. Namun akhirnya kami menjadi kawan baik kerana kami sekepala.

“Mia, kau tahu tak ada budak baru dekat kelas sebelah. Macho wei !”terkejutku apabila di sergah oleh Naily tiba-tiba.

“So ?”sepatah saja jawapan dariku. Sebenarnya aku malas nak ambil tahu. Baik aku baca buku, SPM lebih kurang sebulan je lagi.

“Kan aku dah cakap, Mia tak kan layan !”omel Sarah pada Naily, tetapi sedikitpun tidak aku peduli.

“Mia, kau tak nak kenal ke ?”tanya Naily lagi, tidak berputus asa. Aku hanya mencebik lalu menggeleng.

“Sure ni ?”tanya Naily inginkan kepastian.

“Cik Naily, siapakah budak itu sampai kau suruh aku berkenalan ? Retis ke ?”soalku sambil menutup buku di tangan.

“Tak lah. Tapi mana tahu jodoh kau dengan dia,”sampuk Sarah tiba-tiba. Seraya itu aku ketawa lepas.

“Hello my dear friends ! Hangpa berdua ni sedar tak SPM lebih kurang sebulan je lagi ? Korang patut baca buku, bukan cari jodoh ! Teruk betul !”bebelku geram.

“Kita orang saja je. By the way, nama budak tu Haziq Haikal,”aku terdiam sejenak. Macam pernah dengar saja nama itu. Tapi siapa ? Sedang aku terfikir, aku dapat rasakan bagai ada yang memerhatiku dari jauh. Apabila aku berpaling, tiada apa-apa pula. Argh ! Perasaan aku je tu. Seraya itu aku menyambung kembali membaca notaku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

-Mia, jalan jom-

Pagi lagi aku telah menerima mesej daripada Sarah. Sejak tamat SPM tempoh hari, kami sudah tidak berjumpa lagi. Mungkin kerana masing-masing sibuk dengan aktiviti tersendiri kecuali aku yang asyik memerap dalam rumah mak long ini.

-Okay. 2 p.m.-

Aku membalas pesanan Sarah dan kemudian melangkah turun bersarapan. Mak long yang kebetulan berada di dapur hanya tersenyum.
Lima minit kemudian kami telah duduk bersarapan bersama-sama sambil berbual-bual seperti biasa.

“Mia, tak balik kampung ke cuti sekolah ni ?”soalan daripada mak long itu menyesakkanku. Bukan aku tak nak balik kampung, tapi nanti nak ke ibu dengan abah layan aku macam dulu lagi ? Aku dah malukan mereka, Masih tergambar lagi betapa marahnya abah, betapa sedihnya ibu. Betapa abah marah sehingga aku dipukul dan diherdik tanpa diberi peluang untuk menceritakan perkara sebenar. Betapa marahnya abah dan ibu sehinggakan dah 3 bulan aku berada di rumah mak long, tidak pernah sekalipun mereka menghubungiku. Menjenguk apatah lagi ! Aku adalah anak yang di buang keluarga, jadi aku sudah tidak diperlukan lagi untuk berada di sisi mereka. Biarlah aku pergi jauh daripada keluarga.

“Err~ tunggu sampai Mia sedia lah mak long. Mia tak sanggup nak tatap wajah abah dengan ibu. Mia dah tak nak diherdik lagi, cukuplah sekali itu. Biarlah Mia tinggal di sini buat sementara waktu. Tapi kalau mak long tak sudi terima Mia lagi, Mia akan pergi mak long dalam masa terdekat ni,”entah mengapa hatiku dilanda pilu tiba-tiba.

“Mia, jangan macam ni ! Mak long tak kisah Mia nak duduk berapa lama pun dekat sini, Mia duduklah ! Tapi tolong jangan pergi ya,”ujar mak long sambil mengusap lenganku. Setitis air mataku jatuh lalu aku terus memeluk erat tubuh mak long. Saat itu aku terbayangkan ibu. Dulu ketika aku ada masalah, dial ah tempat aku mengadu. Tetapi kini… siapalah aku ?

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Tepat jam 2 petang, Naily dan Sarah mengambilku di rumah. Untung ada lessen, aku apa ada ? Entah kenapa aku belum ada mood nak ambil lessen buat masa sekarang ni. Suatu hari nanti, insyaAllah.

“Wei, nak pergi mana ni ?”soalku pada mereka setelah sekian lama duduk di dalam kereta. Kematu punggung aku !

“Wait and see je lah ! Kejap lagi sampai,”balas Sarah. Aku hanya mengikut saja.
Sepuluh minit perjalanan, kami akhirnya tiba di suatu kawasan. Aku terpinga-pinga kerana inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Dekat mana ni ? Cantiknya !

“Oi, berangan !”terkejutku apabila disergah oleh Naily tiba-tiba. Dia ni kalau aku ada heart attack, dah lama koma tau ! Seraya itu aku menjeling tajam ke arah Naily dan Sarah yang sedang tersenyum.

“Wei, kenapa pergi sini ?”soalku dengan pelbagai tanda tanya di fikiran.

“Saja nak release tension. Lagipun dah lama tak lepak sama,”terang Sarah sambil mengambil tempat di atas kerusi kayu tidak jauh daripada kereta. Aku dan Naily hanya mengekor daripada belakang sambil berbual-bual.

“Mia, kau ingat lagi tak pada budak yang kita orang nak kenalkan dekat kau masa sebulan sebelum SPM dulu ?”err~ soalan apa tu ? Cerita zaman tok kaduk mana aku ingat ! Kecuali cerita satu itu je !

“Entah. Siapa ?”soalku berkerut dahi.

“Alah, yang nama dia Haziq Haikal tu,”baru aku teringat sebaris nama itu. Tetapi baying wajahnya langsung tidak ku tahu kerana aku tidak pernah bertemu pandang dengannya.

“Oh, that’s guy ? Kenapa ?”tanyaku bodoh. Aku lihat Naily dan Sarah sudah tersenyum meleret. Confirm ada benda yang mereka berdua rancang ni. Getus hatiku.

“Kau kenal tak siapa dia tu ?”tanya Sarah. Aku hanya menggeleng.

“Sure ?”Naily menyampuk sambil mengangkat keningnya.

“Tutup mata kejap please !”pinta Naily dan Sarah serentak. Aku semakin keliru dengan tingkah mereka.

“Oi, korang ni kenapa ? Tebiat ?!”marahku apabila terasa seperti hanya diriku yang tidak mengetahui apa-apa tentang rancangan mereka.

“Tutup je lah mata tu, please!”pinta Naily, namun aku tetap berkeras untuk tidak memenuhi kehendak mereka.

“Please Mia, just for once !”rayu Sarah pula dengan muka mengharap. Akhirnya aku hanya mengalah. Satu saat.. Dua saat..

“Mia, open your eyes,”usai mendengar bicara Naily, aku terus membuka mata. Terkaku aku seketika dan di saat itu terasa segalanya terhenti.

“Mia Nur Maisarah, do you still know me ?”tanya pemuda itu. Setitis air mataku jatuh dan aku terus menyekanya.

“Ha..Haikal ?”soalku seolah-olah tidak percaya.

“Yes Mia, aku ni !”

“Ehem ! Kata tak kenal ?”sampuk Naily. Aku hempuk jugak budak ni kang ! Saja je nak kenakan aku ! Namun lain yang aku fikirkan, lain yang aku buat. Saat itu aku terus mendakap erat tubuh Naily dan Sarah. Agak lama kami berpelukan sebelum aku menguraikannya.

“Kita orang balik dulu ek?”pinta Sarah dan Naily serentak. Aku terus terpinga-pinga.

“Aku ?”

“Your future hubby kan ada. Bye my dear ! Muahhh,”ucap Sarah lalu bergegas meninggalkan aku dan Haikal. Kurang asam punya kawan ! Huh !

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.