novel : musuhku cintaku 9


Suasana sepi sepanjang perjalanan. Hanya celoteh DJ di corong radio yang memeriahkan keadaan. Aku terus menyepi begitu juga dengan Haikal. Aku kerling sekilas jam di dashboard, 4.30 ? Lama jugak aku lepak dengan Sarah dan Naily tadi. Eh, tadi dia orang kata nak lepak sesama kan ? Habis yang dia orang tinggalkan aku dengan Haikal kenapa ? Getus hatiku kerana baru terlintas persoalan itu dibenakku. Geramnya aku dengan budak dua orang tu!

“Kau tak selesa ke ?”pertanyaan Haikal itu sedikit mengejutkanku.

“Err~ aku okay je,”jawabku pendek. Suasana kembali sepi dan membuatkan aku resah.

“Eh, nama kau Haziq Haikal ek ?”aku menepuk mulutku apabila aku rasakan begitu bodoh kerana mengutarakan persoalan sebegitu. Namun saat itu aku dapat melihat anggukan Haikal.

“Kau Mia Nur Maisarah kan ?”aku menjadi hairan apabila disoal sebegitu. Bukan ke dia dah tahu daripada dulu lagi ? Ni dia tanya lagi apa fasal ? Getus hatiku namun aku tetap mengangguk.

“Baiklah kalau kau Mia Nur Maisarah yang aku kenal dulu, mesti kau dah faham kan perasaan aku ?”Haikal berhenti berbicara. Aku pula hanya menelan liur yang terasa berpasir. Perlukah dia menggali kembali cerita yang telah lama aku kuburkan itu ?

“Erk~ kenapa kau pindah sekolah hari tu ?”pertanyaan Haikal tidak aku jawab. Malah aku menyoalnya kembali. Haikal menyepi seketika.

“Aku pindah sebab kau, Mia. Seminggu lepas peristiwa tu,aku terdengar Syafiqah dan Iwan berbual. Syafiqah cakap kau dah pindah. Masa tu aku sedih, aku kecewa. Tetapi aku hanya berdiam namun saban hari rindu aku makin membuak-buak terhadap kau !Aku cuba mencari tahu tentang kau dan di mana kau berada. Setelah mendapat tahu segalanya pasal kau, aku suruh bapak aku tukarkan sekolah aku dekat tempat kau !”terang Haikal berjela. Aku hanya berdiam.

“Tetapi kenapa aku tak pernah nampak kau ? Kenapa kau guna nama gelaran Haziq ?”tanyaku terus-terusan.

“Bukan aku tak nak guna nama Haikal, tapi aku takut kau tahu aku mengekori kau. Sebenarnya bukan kau tak pernah nampak aku, cuma aku lari bila terserempak dengan kau ! Aku takut kau belum boleh terima aku lagi,”ulas Haikal lagi. Aku terus kematian kata untuk berbicara, lalu aku hanya menyepi.

“Mia, kau dah lama tak balik kampung ya ?”pertanyaan daripada Haikal itu menyentakkan diriku. Mengapa hari ini ramai yang bertanya tentang itu ? Adakah sudah tiba masanya untuk aku pulang ?

“Err~ sejak pindah KL, aku dah pernah balik lagi,”jawabku jujur.

“Kenapa ?”perlukah Haikal bertanya sebabnya lagi ? Sanggupkah aku membuka kembali lembaran hitam itu ?

“Err~ aku dah tak sanggup diherdik lagi. Lagipun aku dah malukan mereka dan aku percaya mereka sudah tidak perlukan aku,”ucapku lirih. Sejurus itu aku terdiam tidak berkutik.

“Mia, sorry for everything ! Kalau tak disebabkan aku, benda ni takkan berlaku kan ?”terkejutku apabila melihat titisan yang menitis daripada tubir mata Haikal. Dia menangis ?

“Kau menangis ke ?”soalku apabila kereta Haikal berhenti di tepi jalan. Aku sudah menjadi semakin bingung.

“Mia, maafkan aku tau atas semua salah aku ni ! Aku rasa bersalah sangat !”pinta Haikal sambil menatap wajahku. Aku hanya menunduk menahan malu  !

“Err~ aku dah lupakan kisah tu. Let’s bygone be bygone. Aku harap kau tak ungkit pasal tu lagi lepas ni. Bab maafkan kau tu, aku dah maafkan kau even makan masa sikitlah. Tapi aku redha, mungkin ini takdir aku kan ? Dah jangan nangis,”aku bersuara dan kemudian tersenyum. Haikal hanya mengangguk sambil membalas senyuman ku. Saat itu mula lah jantung aku buat hal ! Sejak bila lah aku ada masalah jantung ni ? Mungkin sejak aku kenal Haikal kot ! Oppsss..

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.