Followers

BICARA BLOGGER

Assalamualaikum pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Ruangan ini memang dikhaskan untuk cerpen dan novel karya asli saya sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis. Saya hanya seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan novelis.

Maafkan saya andai apa yang kalian baca nanti ada yang menyinggung perasaan kalian. Saya masih bertatih dalam bidang menulis ini kerana saya tidak pernah ada asas. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Harap kalian terhibur dengan coretan saya ini. TERIMA KASIH :)

-Mirra Nadhira Mustaffa-

Thursday, 8 November 2012

cerpen 5 : CINTA SI GANGSTER



"Ei, berhentilah menangis ! Bosan lah aku !"aku bersuara separuh menjerit apabila suara esakan Umai menerjah gegendang telingaku.

"Aku tak boleh Ad. Kenapa dia tak nak bertanggungjawab ? Dia penipu !!!"bergema suara Umai di dalam kamarku di malam hari.

"Kau tak boleh salahkan dia sepenuhnya. Kau tu pun bodoh juga, siapa suruh kau ikut semua kehendak dia ? Lepas tu dah jadi macam ni kau nak marahkan dia. Dulu lagi aku dah cakap jangan percayakan Megat tu. Tapi kau degil, konon cinta. Puihh !"aku meludah angin dengan dadaku yang sudah berombak menahan amarah. Sebenarnya aku bukan marahkan Umai, tetapi aku marahkan Megat. Sampai hati dia buat kawan aku macam ni. Puaka punya jantan !

"Tolong lah Ad. Apa aku nak buat ni ? Mampus aku kalau mak bapak aku tahu,"ucap Umai dalam keadaan teresak-esak. Aku hanya menggaru kepala yang sudah kepeningan melayan kawanku seorang ni.

"Buat apa lagi. Suruh dia bertanggungjawablah ! Banyak cantik muka dia nak blah macam tu je,"aku menjawab pantas. Sesungguhnya aku geram dengan lelaki sebegitu.

"Dia tak nak. Dia kata bukan salah dia,"aku sudah berasap apabila mendengar bicara Umai itu.

"Jahanam punya jantan. Kau bagi alamat dia sekarang ! Mampus dia aku kerjakan,"suaraku sudah nyaring apabila api kemarahan menguasai diri.

"Jangan Ad. Aku masih sayangkan dia. Jangan cederakan dia please,"pujuk Umai dalam sisa tangisnya.

"Eh, kau jangan nak bela jantan puaka macam tu. Cepat bagi aku alamat dia, jangan sampai aku yang cari sendiri. Mati dia !"aku membentak kasar. Aku lihat Umai sedikit terkejut. Perlahan-lahan dia menulis alamat rumah Megat di atas kertas sebelum dia serahkan padaku. Apabila alamat rumah Megat sudah berada di tangan, segera aku mencapai kunci motor.

"Ad, please don't hurt him,"aku memandang tajam ke arah Umai dan kemudian berlalu pergi. Sempat lagi aku telefon geng aku untuk tolong selesaikan masalah ini dengan Megat. Biar di tahu langit tu tinggi ke rendah.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Baik kau cakap terus terang dengan aku sebelum aku tetak kepala kau !"bergema suara aku di belakang rumah kedai yang kosong itu. Aku lihat wajah Megat yang sedang dipegang kedua belah tangannya oleh ahli kumpulan dengan pandangan marah yang meluap-luap.

"Aku tak buat apa-apa !"seraya itu penumbukku melayang hinggap di perutnya. Aku lihat Megat tertunduk sedikit.

"Woi, kau masih tak nak mengaku ? Jahanam kau !"bertubi-tubi penyepakku menerjah perut Megat. Setelah puas, aku berhenti. Aku lihat darah mengalir di celah bibir Megat. Tapi itu semua tidak dapat memanggil rasa kasihan dalam diriku. Aku sudah biasa dengan itu semua, semenjak aku menyertai ahli kumpulan ini.

"Kau cakap sekarang atau aku bunuh kau sekarang juga !"aku sudah bercekak pinggang dengan wajah merah menyala.

"A... aku mengaku aku yang buat Umai macam tu,"aku hanya tertawa sinis apabila akhirnya Megat mengaku dihadapanku. Sebiji penumbuk melayang di pipinya.

"Okay, aku nak kau bertanggungjawab atau aku kerjakan kau sampai mati ! Faham ?"aku lihat Megat mengangguk dengan wajah berkerut menahan sakit. Aku tersenyum puas.

"Lepaskan dia. Korang blah dulu,"aku memberi arahan kepada kawanku yang sedia memegang tangan Megat sedari tadi. Apabila mereka pergi meninggalkan aku dan Megat, aku segera merapati Megat yang terbaring di atas jalan. Kaki ku letakkan di atas perutnya sebelum bersuara.

"Minggu depan kau masuk meminang Umai. Duit hantaran aku sediakan. Kalau kau larikan, mampus kau !"seraya itu aku meludah di tepi Megat dan berlalu ke arah motosikal ku. Aku terus menghidupkan enjin motor sebelum berlalu meninggalkan Megat yang kesakitan. Itu padahnya bila buat benda bukan-bukan !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku hanya memandang ke arah pelamin di mana Umai dan Megat sedang bersanding. Aku lihat Umai tersenyum bahagia, namun wajah Megat hanya mencuka seperti tidak ikhlas. Ah, pergi mampus dengan dia. Siapa suruh dia buat hal !

"Adriana, dari tadi kamu duduk sini. Dah makan belum ?"tersentakku apabila ibu Umai menegur daripada belakang. Segera aku berpaling lalu menghulurkan senyuman.

"Kejap lagilah mak cik. Saya nak tengok Umai sanding dulu. Catikkan mak cik,"ucapku dengan lemah lembut. Ibu Umai, mak cik Tiara hanya tersenyum lalu mengangguk.

"Kamu bila lagi Adriana ?"tersentakku apabila soalan itu ditujukan kepada ku.

"Tunggu lah bila saya dah ada mood nak kahwin,"jawabku mendatar sebelum tersengih.

"Bila lah tu. Dah lah, mak cik nak layan tamu dulu. Kamu makan ye kejap lagi,"aku mengangguk lalu memandang mak cik Tiara sebelum dia hilang daripada pandangan.

Aku terus memerhatikan Umai daripada jauh. Akhirnya kahwin juga kau Umai dengan Megat yang kau sayang sangat tu. Walaupun Megat terpaksa, tetapi sekurang-kurangnya kau bahagia Umai. Tak macam aku ni, entah bila lah aku dapat terima kehadiran lelaki dalam hidup aku ? Semuanya disebabkan hal itu. Aku benci lelaki !

"Hai, seorang je ?"aku terkejut apabila tiba-tiba satu suara menerjah gegendang telingaku. Segera aku memandang ke sisi. Semerta wajahku berubah. Rayyan ? Apa dia buat dekat sini ?

"Kenapa ? Terkejut tengok aku ?"aku terus membuang pandang ke arah lain tanpa membalas bicara Rayyan itu.

"Sejak bila kau reti pakai baju kurung ni ? Tak sangka pulak aku yang kau ni perempuan,"kurang ajar ! Aku sudah mengetap bibir menahan amarah. 'Sabar Adriana, ini majlis Umai. Jangan bergaduh ! Kau kena jaga air muka kawan kau.' Aku mengingatkan diri di dalam hati.

Segera aku bangun, cuba menjauhkan diri daripada Rayyan. Namun usahaku sia-sia apabila langkah kaki ku diikuti oleh Rayyan. Apabila tiba di suatu tempat yang agak jauh daripada orang ramai, segera aku berhenti lalu berpaling menghadap wajah Rayyan yang sedang tersenyum.

"Kau nak apa lagi ? Tak puas dengan apa yang kau dah buat dalam hidup aku selama ini ? Kau dah hancurkan keluarga aku, sekarang ni kau nak hancurkan aku pulak ?"aku bersuara dengan suara tertahan-tahan apabila menyebut perkataan 'keluarga' itu.

"Pandai pun kau. Memang patut kau ni dihancurkan dari dulu lagi,"

"Biadap kau !"seraya itu sebiji penumbuk hinggap di pipi Rayyan. Aku lihat Rayyan tersenyum lalu mengusap pipinya.

"Kau marah ke Ad ? Opss.. Adriana,"ucap Rayyan lalu tersenyum mengejek. Aku terus menahan diri yang sudah menggigil menahan geram.

"Kau berambus sekarang sebelum aku naik hantu !"ucapku tegas lalu berpaling daripada mengadap wajah Rayyan. Aku terdengar tawa Rayyan.

"Aku memang nak pergi pun ni. Tapi kau kena ingat, aku tak akan lepaskan kau macam tu je. Kau tunggu je lah . Bye sayang,"sempat lagi Rayyan memberi amaran sebelum memberi flying kiss. Aku hanya menjeling geram.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku duduk di tepi jendela, merenung langit malam. Apa aku nak buat malam ni ? Lepak dengan bebudak ni macam malas lah pulak. Hish, Umai dah jadi isteri orang pulak. Siapalah yang nak lepak dengan aku ni ?
Tiba-tiba aku terdengar bunyi berkeriut di tingkat bawah. Aku terus melangkah keluar daripada bilik dan memandang ke tingkat bawah. Tiada apa-apa. Mungkin perasan aku je. Segera aku berpaling untuk melangkah masuk ke dalam bilik semula.

"Hai sayang,"aku tergamam seketika sebelum memusingkan diri ke belakang.

"Kau ? Apa kau buat dalam rumah aku ni ? Berambus kau jahanam !"aku menjerit terus apabila wajah Rayyan terpamer di hadapan mata.

"Kan aku dah cakap, kau tak kan terlepas macam tu je,"ucap Rayyan dan kemudian ketawa terkekeh-kekeh. Aku mengetap bibir.

"Pergi mampus. Sekarang kau keluar daripada sini !"aku sudah tidak dapat mengawal amarah. Aku paling pantang apabila ada orang lelaki yang bukan muhrim menjejakkan kaki ke dalam rumahku.

"Kau ingat semudah itu kau boleh halau aku ?"ucap Rayyan sinis. Aku sudah berapi-api menahan diri.

"Keluar sebelum mampus kau aku kerjakan,"aku cuba berkeras. Namun sia-sia saja usahaku apabila Rayyan terus masuk ke dalam bilikku lalu duduk di birai katil. Aku terus merenung tajam wajah Rayyan.

"Kau marah ke Ad ? Rileks lah. Bukan ada orang tahu pun yang aku ada dekat sini,"selamba saja Rayyan menutur kata. Aku mendengus kasar.

"Kau jangan cabar aku Rayyan. Kau keluar sekarang ! Aku haramkan lelaki bukan muhrim aku menginjak ke dalam rumah aku. Berambus !"aku berteriak lagi. Namun Rayyan masih tiada ura-ura untuk pergi, malah dia terus merebahkan diri di atas katilku. Aku terus meluru ke dapur untuk mengambil pisau. Lantaklah apa nak jadi !

Tokk ! Tokk !

Baru beberapa anak tangga aku daki, tiba-tiba pintu rumahku diketuk. Aku menelan liur. Apa lagi ni ? Perlahan-lahan aku membuka pintu.

"Kami daripada Jabatan Agama..."segalanya berpusing tiba-tiba. Aku terus berpaut pada dinding apabila lelaki berserban itu masuk ke dalam rumahku. Ah, mati aku kali ni !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku sudah menitis air mata apabila aku ditangkap bersama Rayyan. Wajah Rayyan aku tatap dengan pandangan yang tajam.

"Puaka kau ! Kenapa kau buat macam ni ? Apa salah aku dekat kau selama ni ? Kenapa kau perangkap aku !"aku sudah hilang sabar lalu menerpa ke arah Rayyan yang diam sedari tadi.

"Cik Adriana, tolong jaga tingkah laku. Ini pejabat agama,"aku terpempan dan kemudian kembali ke tempat duduk ku. Siapa lah yang akan tolong aku ni ? Aku mendesah dalam diam.

"Ad, kau okay ke ?"aku terdiam apabila namaku dipanggil. Aku kenal suara itu, amat kenal.

"Umai, kenapa kau ada dekat sini ? Mana kau tahu aku dekat sini ?"tanyaku terus-terusan sambil mengesat air mata.

"Megat bagitahu aku. Are you okay dear ?"tanya Umai lalu memeluk tubuhku. Aku hanya membiarkan saja lalu mengangguk. Sebenarnya aku sedang berfikir, bagaimana Megat tahu aku di sini ?

"Ad, jom balik rumah aku dulu. Cerita semuanya dekat aku okay,"aku hanya menurut. Apabila aku ingin melangkah pergi, Rayyan merentap tanganku. Aku menikam tajam anak mata Rayyan.

"Esok, pukul 4 aku datang rumah kawan kau. Bak nombor telefon,"aku hanya mendiamkan diri, tanpa memberi sebarang jawapan.

"012-7422614. Kami tunggu esok untuk selesaikan masalah ni,"ucap Umai lalu menarik tanganku. Aku hanya menurut. Kini aku sudah lemah, tiada daya untuk melawan. Entah mana pergi kehebatan aku selama ini. Mungkin betul bahawa bagaimana kuat pun seorang perempuan itu, dia tetap tidak berdaya untuk menahan air mata daripada menitis apabila dilanda masalah yang berat.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku hanya duduk termenung di birai katil, memikirkan masalah yang membelengu. Walaupun aku dan Rayyan sudah dinikahkan semalam, namun baru hari ini kami berjumpa.

"Hai sayang,"sedikit pun aku tidak berpaling menhadap pemilik suara itu. Aku benci untuk melihatnya.

"Kenapa ni ?"tanya Rayyan lagi lalu duduk di sisiku.

"Baik kau cakap terus terang dekat aku, kenapa kau perangkap aku ?"sehabis aku berbicara, telingaku dapat menangkap dengusan Rayyan. Lantak lah.

"Kan aku dah cakap, bukan aku yang panggil orang jabatan agama tu. Kenapa susah sangat kau nak percaya aku ?"ujar Rayyan lalu bangun daripada duduk.

"Kalau bukan kau, siapa ? Siapa lagi yang tahu kau ada dekat rumah aku hari tu ?"aku terus bersuara. Aku sudah tidak peduli dengan gelaran 'suami' yang ada pada Rayyan.

"Mana aku tahu. Musuh kau mungkin. Kau kan ramai musuh,"aku terdiam. Musuh ? Kenapa aku tak fikir kemungkinan itu ?

"Aku baru terfikir sesuatu dan aku rasa dia lah dalang semua ni. Mampus dia aku kerjakan !"aku sudah menggapai telefon di atas meja untuk menelefon ahli kumpulanku.

"Sayang, kau nak buat apa ni ?"soal Rayyan lalu merampas telefon ditanganku.

"Bagi balik telefon aku, malam ni juga aku nak kerjakan si Megat tu,"aku cuba mengambil kembali telefon bimbitku daripada genggaman Rayyan.

"Mana kau tahu dia yang buat ?"tanya Rayyan lagi. Aku hanya mengetap bibir.

"Aku tahu dia sebab macam mana Umai boleh tahu kita ditangkap dulu sedangkan aku langsung tak bagitahu sesiapa. Bila aku tanya Umai macam mana dia boleh tahu aku ditangkap, Umai cakap Megat yang beritahu. Kau tak pelik ke macam mana si Megat boleh tahu sedangkan aku langsung tak bagitahu dia,"terangku berjela.

"Mungkin dia kebetulan ternampak,"jawab Rayyan lagi. Huh !

"Kau kenapa nak back up sangat jantan puaka tu ? Kalau kau tak percaya sudah. Bagi balik telefon aku !"dengan pantas Rayyan memasukkan telefon bimbitku ke dalam kocek seluarnya. Aku terus kaku dan tidak jadi untuk mengambil semula telefon bimbitku. Kejam !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Megat ! Kau keluar sekarang sebelum aku masuk dalam !!!"aku sudah berteriak bagaikan orang gila di hadapan rumah Umai. Rayyan di sisi terus memujukku, namun tidak sedikitpun aku mengendahkan. Apa yang penting, aku mesti buat perhitungan dengan Megat.

"Kenapa ni Ad ?"soal Umai dimuka pintu dengan wajah terpinga-pinga.

"Umai, kau suruh laki kau keluar sebelum aku masuk !"aku memberi arahan kepada Umai. Seketika kemudian Umai hilang di balik pintu. Aku terdengar suara Megat yang sedang memarahi Umai. Ah, ini tak boleh jadi ni ! Kurang ajar punya jantan. Seraya itu aku merempuh masuk ke dalam rumah Umai. Aku lihat Umai sudah terduduk di tepi sofa, manakala Megat sedang bercekak pinggang di hadapan Umai.

"Oi Megat, kalau kau jantan sangat sinilah lawan aku !"aku berteriak apabila terlihat air mata yang mengalir di pipi Umai.

"Aku tak lawan perempuan macam kau. Lembik !"seraya itu aku menerajang perut Megat sehingga dia terduduk jatuh. Kemudian aku menghampirinya dan menarik kolar bajunya.

"Kau ingat kau bagus sangat ? Jahanam ! Kau dah perangkap aku dengan Rayyan lepas tu kau nak pukul Umai pulak ? Ambik ni !"seraya itu aku menumbuk muka Megat.

"Oh, kau dah tahu ? Bagus lah ! Padan muka kau,"ucap Megat sambil tersenyum sinis. Aku terus menggigil lalu mengangkat kembali penumbukku.

"Ad, please stop ! He is my husband !"pinta Umai tiba-tiba.

"Dia dah buat kau macam ni pun, kau masih nak anggap dia ni laki kau ? Hey..."belum sempat aku menghabiskan ayat, tanganku dipulas oleh Megat. Aku mengaduh kesakitan. Aku terus meronta minta dilepaskan, malah makin kuat pegangan Megat.

"Megat, stop it ! She's my wife !"aku terdengar Rayyan menjerit minta aku dilepaskan. Namun makin galak tawa Megat.

"Betina ni bini kau ? Haha. Kesian kau,"semerta itu penumbuk Rayyan melekap di pipi Megat. Tanganku terus dilepaskan dan dia terjatuh.

"Watch your mouth !" ucap Rayyan lalu mendapatkan ku. Aku hanya memandang wajah Rayyan. Rayyan terus memeluk tubuhku. Tiba-tiba aku lihat Megat datang ke arah kami dengan pasu bunga di tangan.

"Rayyan !!!"

"Berhenti ! Letakkan senjata anda !"aku terpempan, Megat terkujat, Umai tergadah. Siapakah yang menelefon anggota polis ? Apakah Rayyan ?

Akhirnya Megat ditahan atas kesalahan mencederakan orang. Umai yang sedang menunggu hari kini menetap di rumah ibunya.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Rayyan, macam mana polis boleh datang hari tu ? Agak-agak siapa yang telefon ek ?"aku bertanya pada Rayyan yang sedang baring di atas katil.

"Entah,"sepatah jawapan Rayyan lalu menghadapku.

"Cakaplah betul-betul ! Ad tak suka lah orang tipu Ad,"aku membuat muka cemberut apabila Rayyan hanya buat endah tidak endah pada pertanyaanku.

"Okay, abang jawab tapi sayang kena janji 2 perkara pada abang,"aku terus memandang wajah Rayyan.

"Apa dia ?"

"Satu, tolong tinggalkan group gangster sayang tu,"aku hanya mengangguk. Sesungguhnya semenjak aku berkahwin dengan Rayyan memang aku sudah menarik diri daripada kumpulan itu.

"Dua, please stay by my side forever,"aku mengangguk lagi.

"Okay. Hah, cepatlah cakap !"aku terus mendesak Rayyan.

"Ei, tak reti sabar !"ucap Rayyan lalu menarik hidungku. Aku terus mencebik lalu menepis tangan Rayyan.

"Sebenarnya abang yang telefon. Abang takut isteri abang ni diapa-apakan,"aku tersenyum bahagia. Sayang jugak Rayyan dekat aku kan ?

"Ada soalan lagi Puan Adriana ?"soal Rayyan apabila aku menyepi.

"Kenapa abang hancurkan keluarga Ad ?"soalku kembali. Aku lihat Rayyan menghembuskan nafasnya perlahan.

"Bukan abang hancurkan keluarga Ad, tapi semua tu disebabkan penjahat yang sememangnya berdengki dengan keluarga Ad. Masa abang bagitahu Ad yang keluarga Ad sudah tiada, abang cuba untuk memberitahu perkara yang sebenar. Tapi Ad tak percaya pada abang kan ? Akhirnya abang terpaksa mengikut rentak Ad, dan abang sentiasa berdoa agar Allah bukak pintu hati Ad untuk mendengar penjelasan abang. Alhamdulillah, doa abang termakbul,"berjela Rayyan menjawab.

"Ada lagi satu soalan. Sejak bila Rayyan suka dekat Ad ?"tanyaku lalu tertunduk malu.

"Siapa kata abang suka dekat Ad,"membuntang biji mataku apabila terdengar jawapan Rayyan itu. Seraya itu aku memandang ke arah Rayyan.

"Abang memang tak sukakan Ad, tapi abang sayangkan Ad, cintakan Ad. Faham ? Sejak bila abang jatuh cinta dan sayang pada Ad tu abang tak tahu. Tiba-tiba perasaan tu hadir dalam diri abang,"balas Rayyan sambil tersenyum. Aku terharu apabila terdengar jawapan itu, lalu aku memeluk tubuh Ra/yyan.

"Ad sayang dan cintakan abang,"ucapku lalu menyebamkan muka ke dada Rayyan. Malu !


p/s.. 
pertama kali cuba mendalami watak GANGSTER.. dan pertama kali buat cerpen dalam masa SEHARI.. maaf andai ada kekurangan.. moh lerr komen ye~ boleh MM perbaiki lagi.. TERIMA KASIH ! :)

6 comments:

Masmira Masri said...

mcm mana korang leh ade idea ekk...bangga btol dgn korang yg mengarang ni =)
do visit n follow me
http://myaleo.blogspot.com/2012/11/masa-terluang.html

Yuliana Wahit said...

done follow sini..

Noraqilah Johari said...

wah..best la =)
semoga awk dpt jd novelis 1 ari nnt ye..Aamiin =)

http://noraqilahjohari.blogspot.com/2012/10/ada-apa-dengan-senyum.html

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA said...

amiinn~ terima kasih semua :)muahh dekat pipi korang ;D

...iSyA:Muslimah Purple* said...

bez!

Dunia Wilma said...

Best ^_^