cerpen 6 : KASIH IBU



"Kau ni hidup menyusahkan orang je. Kalau aku tahu, daripada dulu lagi aku dah picit-picit kau lepas tu campak dalam longkang. Kalau pergi mampus lagi bagus !"suara ibu bergema di dalam rumah itu. Aku sekadar menayang wajah seposen sambil bernyanyi-nyanyi.

Seketika kemudian ibu berlalu pergi bersama ayah dan adik-adikku. Aku sekadar berbaring tanpa sedikitpun menghantar kepergian mereka. Sakit ! Ya, hatiku sakit mengenangkan ibu. Aku tidak tahu mengapa ibu terlalu membenci diriku. Sudah bermacam cara aku cuba untuk mengambil hati ibu, namun baik 
ibu hanya seketika. Kemudian aku dicampaknya semula ke tepi.

Perlahan air mata jatuh menitis membasahi pipi. Segera aku menyekanya. Hish, apa aku nangis ni ? Tak rock langsung !

Ketika jam sudah menginjak ke angka 3.30 petang, aku terus membawa diri keluar daripada rumah. Ke mana ? Sebenarnya aku sudah berjanji untuk bermain badminton dengan rakan-rakanku. Dalam perjalanan aku menuju ke rumah mereka, suara ibu menengkingku sebentar tadi bergema semula dalam ingatan.

"Kau pergi mampus lagi bagus !!!"tanpa sedar air mata jatuh lagi membasahi pipi. Dalam hati aku telah berazam, aku akan pergi daripada hidup ibu. Ya, aku tahu ibu benci aku. Ibu tidak suka melihat wajahku. Mungkin kerana aku hodoh dan bodoh, tidak seperti adik-adikku. Mereka semua pandai dan baik.

Belum separuh jalan aku menjauhi rumah, aku dapat rasakan tubuhku ditarik oleh seseorang. Aku cuba meronta namun usahaku sia-sia. Aku ditarik masuk ke dalam sebuah van, di mana kesemua manusia di dalam van itu bertopeng. Perlahan ku teguk liur.

"Jangan cuba melawan !"jerkah satu suara apabila aku terus-terusan menjerit, minta dilepaskan.

"Hei bodoh, kau nak buat dekat aku hah ?"jeritku geram. Tawa manusia-manusia di dalam van itu meletus kuat. Aku terus menggigit bibir.

"Kita orang nak culik kau, lepas tu nak minta duit daripada mak bapak kau,"ucap satu suara sebelum ketawa mereka bersatu lagi. Aku terus meludah angin.

"Korang ni memang bodoh. Buat apalah korang culik aku ? Kau tahu tak, sampai mampus pun mak bapak aku takkan bagi duit dekat korang sebab dia orang mana lah ambik tahu pasal aku. Baru tadi mak aku suruh aku mampus,"panjang aku berbicara. Namun tiada seorang pun yang mendengarkan bicara ku itu. Akhirnya aku hanya menyepi seribu bahasa sehinggalah tiba di sebuah usang di ceruk hutan. Aku tidak tahu dimanakah tempat ini kerana sebentar tadi mataku ditutup.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Oi, cepat bagi nombor mak bapak lu,"aku yang baru saja tersedar daripada lena hanya termangu. Siapa pulak yang sibuk nak nombor mak bapak aku ni ?

"Lu nak buat mende dengan nombor dia orang ?"aku menjawab, berani. Aku lihat lelaki di hadapanku hanya ketawa sinis.

"Lu ni bodoh ke apa ? Gua mahu minta itu duit lah. Lepas tu, gua akan jadi kaya,"aku hanya menyengih melihatkan reaksi lelaki itu dan kemudian ketawa sinis.

"Lu berangan tinggi lah. Gua dah cakap sama lu, sampai lu mampus pun mak bapak gua takkan bagi lu duit. Baik lu lepaskan gua,"ujarku keras. Lelaki di hadapanku itu hanya ketawa terbahak-bahak lalu rambutku ditariknya. Aku terus meronta minta rambutku dilepaskan, namun sia-sia.

"Hei budak ! Lu banyak berani sama gua. Lu minta gua lepaskan lu ? Lu ingat gua bodoh ke apa ? Selagi gua tak dapat itu duit, selagi tu lu tak akan lepas,"aku hanya menayang muka seposen apabila lelaki itu berbicara. Alahai, berangan lah kau !

"Sudahlah wei. Gua peduli apa. Kalau lu nak bunuh gua sekalipun, gua tak kisah lah. Gua dah tak ada mood mahu hidup lagi,"mendatar aku menjawab lalu merenung dinding di hadapanku. Peristiwa aku diherdik ibu kembali berlayar di ruangan mata.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Ketika aku sedang ralit bermain laptop di dalam bilikku, tiba-tiba suara ibu bergema di ruang bawah. Aku sekadar menyepikan diri, malas mahu melayan.

"Woi kau dah mandi ke belum ? Kau ni kan hidup memang suka menyakitkan hati orang. Menyesal aku besarkan kau,"suara ibu yang nyaring itu bergema di tingkat bawah. Aku terus membekukan diri. Sedikit sebanyak aku terasa. Namun aku kuatkan diri, tabahkan hati.

"Kau turun sekarang sebelum aku naik atas !"jerit ibu lagi. Aku terus menguatkan volume radio. Geram aku !
Serentak itu pintuku dirempuh ibu, aku yang sedang berbaring hanya memandangnya tanpa perasaan.

"Hei, kau ni memang anak derhaka. Aku sumpah kau takkan dapat cium bau syurga !"ucap ibu bengis lalu ditarik rambutku. Aku cuba menepis tangan tua itu, malah makin kuat tarikannya,

"Lepaskan aku lah orang tua !"jeritku kesakitan. Biadap ? Ya, aku memang biadap !

"Kurang ajar !"seraya itu ibu menumbuk telingaku. Berdengung seketika pendengaranku dan aku dapat rasakan seperti gegendang telingku mahu pecah. Terus aku meraung menahan sakit.

"Padan muka kau ! Kau dengar sini, aku tak pernah ada anak macam kau. Sampai mati pun aku takkan maafkan kau,"seraya itu ibu memukul badanku dengan batang penyapu lalu menghiilangkan diri ke tingkat bawah. Aku terus-terusan meraung, menahan rasa sakit.

Aku bertekad dalam hati, aku akan ingat peristiwa itu sampai bila-bila. Akan aku ingat sampai mati bahawa aku sudah tidak diperlukan oleh ibu.

Saban waktu aku memikirkan cara untuk melarikan diri. Mungkin rakan-rakanku semua fikir aku bahagia kerana aku selalu ketawa dan bergurau senda. Tetapi di sebalik itu semua ? Biarlah ia menjadi rahsia aku sendiri. Aku hanya anak yang terbuang.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Sudah hampir 2 tahun aku menjadi tawanan penculik itu. Namun kini aku tidak lagi dibiarkan berseorangan di dalam bilik kecil yang gelap itu. Kini aku sudah sah menjadi salah seorang ahli kumpulan mereka.

Menculik dan memeras ugut ? Itu sudah menjadi darah dagingku. Setakat membelasah orang menggunakan benda keras, itu sudah menjadi rutin. Kadangkala hampir mati aku kerjakan mereka yang cuba membantah. Sebenarnya aku tidak berniat untuk menyakiti mereka sedemikian. Namun apabila aku cuba untuk berlembut, wajah bengis ibu yang menghedikku melayari pandangan. Lalu aku lepaskan geram pada sesiapa saja yang menjadi mangsa.

"Wei, hari ni lu pergi tengok budak dekat taman permainan. Mana tahu boleh dapat mangsa baru,"ucap bosku. Aku sekadar mengangguk dan mengheret langkah keluar rumah.

Aku berpura-pura membaca surat khabar. Sesekali mataku menjeling ke arah kanak-kanak yang dibiarkan bermain tanpa pengawasan ibu bapa. Aku sudah tersenyum, rezeki aku hari ni.

Ketika aku ralit memandang ke arah kanak-kanak itu, tiba-tiba mataku terpaut pada sepasang ibu dan anak. Ketika itu si anak sedang menangis sambil tangannya mengesat hingus. Dari kejauhan aku lihat ibunya menghampiri lalu memujuk si anak. Si ibu memeluk erat tubuh si anak dan kemudian membelikannya ais krim. Aku terus memerhati gelagat mereka. Apabila si anak sudah berhenti menangis, si ibu cium pipi si anak bertalu-talu dan si anak terus ketawa mengekeh.

Tanpa sedar tanganku mengusap pipi. Pernahkah ibu mencium pipiku sebegitu ? Pernahkah ibu memelukku erat ? Pernahkah ibu memujukku ? Persoalan itu terus bermain di minda. Tanpa sedar setitis air mata membasahi pipi.

Rindu, aku rindu ibu. Rindu herdikannya, rindu tengkingannya. Sudah dua tahun kami berpisah. Sudah dua tahun kami tidak bersua. Entah apa khabar ibu sekarang. Sudah berubahkah perangainya terhadap ku ? Dapatkah ibu memaafkan aku ? Rindukah ibu padaku ? Persoalan demi persoalan menerjah minda. Air mata terus deras mengalir.

"Akak, kenapa akak nangis ?"tegur satu suara tiba-tiba. Terus aku menyeka air mata lalu memandang ke arah anak kecil itu. Wajahnya suci, sesuci embun dipagi hari.

"Err, akak pening kepala. Adik siapa nama ?"tanyaku ramah. Hilang sudah niatku untuk menculik.

"Eina. Akak, kenapa akak seorang ? Mana mak dengan bapak akak ?"aku tersentak mendengarkan bicara anak kecil itu. Lalu aku hanya tersenyum sumbing.

"Emak dengan bapak akak ada dekat rumah. Jaga adik-adik akak. Mana ibu dengan abah Eina ?"tanyaku padanya kembali. Segera dia menjuihkan bibir ke arah sepasang suami isteri yang sedang berehat di bawah sepohon pokok. Terlihat kemesraan di antara mereka.

"Kenapa Eina tak duduk dengan dia orang ?"tanyaku lagi. Eina hanya menarik muka.

"Ibu marah Eina sebab minta dia ais krim. Dia cakap, Eina selalu habiskan duit dia,"jawab Eina dengan peluput matanya sedikit berair. Aku hanya memandangnya dengan pandangan simpati. Aku seluk ke dalam kocek seluar dan mengeluarkan sekeping not hijau, lalu  ku berikan padanya.

"Nah, pergi beli ais krim. Lebihnya Eina simpan ya. Jangan minta dekat ibu je, nanti dia marah lagi,"ucapku perlahan lalu menggosok kepala Eina.

"Terima kasih akak. Akak memang baik, mesti emak dengan bapak akak baik jugak kan ? Cikgu Eina cakap, kalau mak bapak dia baik, anak dia pun baik juga,"ujar Eina lalu mengucup tanganku. Aku terkesima tiba-tiba. Kenapa anak kecil ini seolah-olah menyedarkan diriku supaya terus mengingat ibu. Ibu, orang balik bu !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Dengan langkah longlai aku menapak pulang ke rumah ku dahulu. Badanku sakit akibat dibelasah oleh konco-konco bosku. Semuanya berpunca apabila aku memberitahu bosku untuk menarik diri daripada terlibat dengan mereka lagi. Mujur aku sempat melarikan diri walaupun nyawaku seolah-olah sudah mahu tercabut.

Aku terus memberi salam di hadapan muka pintu. Mataku sedikit tertutup dan sesekali aku mengaduh, menahan rasa sakit. Buat kesekian kali aku memberi salam, akhirnya salamku dijawab. Aku dapat lihat wajah ibu dan abah dilayar mata. Aku terus tersenyum lalu menghampiri ibu yang kaku. Tubuh tua ibu aku dakap, begitu juga abah. Aku dapat melihat mereka menitiskan air mata.

"Ibu, abah orang balik,"jawabku perlahan. Tenaganya telah lemah.

"Mana kau pergi nak ? Apa dah jadi dengan kau ni ? Mari masuk,"tersedu-sedu ibu bersuara. Aku terus tersenyum, abah pula mengusap kepalaku.

"Tak apa, orang tak nak masuk. Orang hina bu. Orang datang sebab nak minta maaf atas kesalahan orang pada ibu. Orang tahu orang jahat dan banyak melukakan hati ibu. Maafkan orang ye,""aku bersuara dengan nafas tertahan-tahan. Cuba mengimbangi rasa sakit.

"Kau tak ada salah dengan ibu nak. Ibu yang bersalah. Ibu dah lupakan segalanya. Mari masuk nak,"ajak ibu lagi lalu memimpin tanganku. Pantas aku menolak.

"Tak apa bu. Orang tak akan jejakkan kaki ke dalam. Orang berdosa bu, orang banyak menyakiti orang lain. Terima kasih sebab ibu dan abah dah maafkan orang. Sekarang ni baru orang tenang. Maafkan orang sebab berkasar selama ini, maafkan orang sebab pergi tanpa berita. Terima kasih ibu dan abah untuk semuanya. Orang sayang ibu dan abah. Assalamualaikum,"seusai aku berbicara, tubuhku seakan melayang. Aku tahu ajalku telah sampai, dan alhamdulillah kerana sempat juga aku memohon maaf kepada ibu.

Aku hanya mendengar raungan ibu dan tangisan abah. Akhirnya di penghujung waktuku, aku dapat rasakan betapa ibu dan abah menyayangiku. Terima kasih ya Allah kerana izinkan aku untuk merasai kasih sayang daripada orang tuaku walau untuk seketika.

p/s..
pertama kali buat cerpen dalam masa satu jam.. maaf kalau cerpen ini membosankan.. harap korang boleh berikan komen buat MM ye~ TERIMA KASIIH..
*inernet problem sejak seminggu lalu.. maaf kalau MM tidak balas kunjungan kalian..

Comments

Unknown said…
xsuke nye ending dia ..
wat iera nangis ...
p/s : kat ofiz nih ..
tetibe jadi rindu kat parents plak ..
btw, kita suka cter awak ni
buat la lg k ..
iema said…
sedih nye cerpen ny
iema ske... best ^^
Unknown said…
Sedihnya :-( tapi, best..banyak pengajaran di sebalik cerita nie...

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.