cerpen 6 : KASIH IBU
"Kau ni hidup menyusahkan orang je. Kalau aku tahu, daripada dulu lagi aku dah picit-picit kau lepas tu campak dalam longkang. Kalau pergi mampus lagi bagus !"suara ibu bergema di dalam rumah itu. Aku sekadar menayang wajah seposen sambil bernyanyi-nyanyi.
Seketika
kemudian ibu berlalu pergi bersama ayah dan adik-adikku. Aku sekadar berbaring
tanpa sedikitpun menghantar kepergian mereka. Sakit ! Ya, hatiku sakit
mengenangkan ibu. Aku tidak tahu mengapa ibu terlalu membenci diriku. Sudah bermacam
cara aku cuba untuk mengambil hati ibu, namun baik
ibu hanya seketika. Kemudian
aku dicampaknya semula ke tepi.
Perlahan air
mata jatuh menitis membasahi pipi. Segera aku menyekanya. Hish, apa aku nangis
ni ? Tak rock langsung !
Ketika jam
sudah menginjak ke angka 3.30 petang, aku terus membawa diri keluar daripada
rumah. Ke mana ? Sebenarnya aku sudah berjanji untuk bermain badminton dengan
rakan-rakanku. Dalam perjalanan aku menuju ke rumah mereka, suara ibu
menengkingku sebentar tadi bergema semula dalam ingatan.
"Kau
pergi mampus lagi bagus !!!"tanpa sedar air mata jatuh lagi membasahi
pipi. Dalam hati aku telah berazam, aku akan pergi daripada hidup ibu. Ya, aku
tahu ibu benci aku. Ibu tidak suka melihat wajahku. Mungkin kerana aku hodoh
dan bodoh, tidak seperti adik-adikku. Mereka semua pandai dan baik.
Belum separuh
jalan aku menjauhi rumah, aku dapat rasakan tubuhku ditarik oleh seseorang. Aku
cuba meronta namun usahaku sia-sia. Aku ditarik masuk ke dalam sebuah van, di
mana kesemua manusia di dalam van itu bertopeng. Perlahan ku teguk liur.
"Jangan
cuba melawan !"jerkah satu suara apabila aku terus-terusan menjerit, minta
dilepaskan.
"Hei
bodoh, kau nak buat dekat aku hah ?"jeritku geram. Tawa manusia-manusia di
dalam van itu meletus kuat. Aku terus menggigit bibir.
"Kita
orang nak culik kau, lepas tu nak minta duit daripada mak bapak kau,"ucap
satu suara sebelum ketawa mereka bersatu lagi. Aku terus meludah angin.
"Korang
ni memang bodoh. Buat apalah korang culik aku ? Kau tahu tak, sampai mampus pun
mak bapak aku takkan bagi duit dekat korang sebab dia orang mana lah ambik tahu
pasal aku. Baru tadi mak aku suruh aku mampus,"panjang aku berbicara.
Namun tiada seorang pun yang mendengarkan bicara ku itu. Akhirnya aku hanya
menyepi seribu bahasa sehinggalah tiba di sebuah usang di ceruk hutan. Aku
tidak tahu dimanakah tempat ini kerana sebentar tadi mataku ditutup.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
"Oi,
cepat bagi nombor mak bapak lu,"aku yang baru saja tersedar daripada lena
hanya termangu. Siapa pulak yang sibuk nak nombor mak bapak aku ni ?
"Lu nak
buat mende dengan nombor dia orang ?"aku menjawab, berani. Aku lihat
lelaki di hadapanku hanya ketawa sinis.
"Lu ni
bodoh ke apa ? Gua mahu minta itu duit lah. Lepas tu, gua akan jadi
kaya,"aku hanya menyengih melihatkan reaksi lelaki itu dan kemudian ketawa
sinis.
"Lu
berangan tinggi lah. Gua dah cakap sama lu, sampai lu mampus pun mak bapak gua
takkan bagi lu duit. Baik lu lepaskan gua,"ujarku keras. Lelaki di hadapanku
itu hanya ketawa terbahak-bahak lalu rambutku ditariknya. Aku terus meronta
minta rambutku dilepaskan, namun sia-sia.
"Hei
budak ! Lu banyak berani sama gua. Lu minta gua lepaskan lu ? Lu ingat gua
bodoh ke apa ? Selagi gua tak dapat itu duit, selagi tu lu tak akan
lepas,"aku hanya menayang muka seposen apabila lelaki itu berbicara.
Alahai, berangan lah kau !
"Sudahlah
wei. Gua peduli apa. Kalau lu nak bunuh gua sekalipun, gua tak kisah lah. Gua
dah tak ada mood mahu hidup lagi,"mendatar aku menjawab lalu merenung
dinding di hadapanku. Peristiwa aku diherdik ibu kembali berlayar di ruangan
mata.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Ketika aku
sedang ralit bermain laptop di dalam bilikku, tiba-tiba suara ibu bergema di
ruang bawah. Aku sekadar menyepikan diri, malas mahu melayan.
"Woi kau
dah mandi ke belum ? Kau ni kan hidup memang suka menyakitkan hati orang.
Menyesal aku besarkan kau,"suara ibu yang nyaring itu bergema di tingkat
bawah. Aku terus membekukan diri. Sedikit sebanyak aku terasa. Namun aku
kuatkan diri, tabahkan hati.
"Kau
turun sekarang sebelum aku naik atas !"jerit ibu lagi. Aku terus
menguatkan volume radio. Geram aku !
Serentak itu
pintuku dirempuh ibu, aku yang sedang berbaring hanya memandangnya tanpa perasaan.
"Hei, kau
ni memang anak derhaka. Aku sumpah kau takkan dapat cium bau syurga !"ucap
ibu bengis lalu ditarik rambutku. Aku cuba menepis tangan tua itu, malah makin
kuat tarikannya,
"Lepaskan
aku lah orang tua !"jeritku kesakitan. Biadap ? Ya, aku memang biadap !
"Kurang
ajar !"seraya itu ibu menumbuk telingaku. Berdengung seketika
pendengaranku dan aku dapat rasakan seperti gegendang telingku mahu pecah.
Terus aku meraung menahan sakit.
"Padan
muka kau ! Kau dengar sini, aku tak pernah ada anak macam kau. Sampai mati pun
aku takkan maafkan kau,"seraya itu ibu memukul badanku dengan batang
penyapu lalu menghiilangkan diri ke tingkat bawah. Aku terus-terusan meraung,
menahan rasa sakit.
Aku bertekad
dalam hati, aku akan ingat peristiwa itu sampai bila-bila. Akan aku ingat
sampai mati bahawa aku sudah tidak diperlukan oleh ibu.
Saban waktu
aku memikirkan cara untuk melarikan diri. Mungkin rakan-rakanku semua fikir aku
bahagia kerana aku selalu ketawa dan bergurau senda. Tetapi di sebalik itu
semua ? Biarlah ia menjadi rahsia aku sendiri. Aku hanya anak yang terbuang.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Sudah hampir 2 tahun aku menjadi tawanan
penculik itu. Namun kini aku tidak lagi dibiarkan berseorangan di dalam bilik
kecil yang gelap itu. Kini aku sudah sah menjadi salah seorang ahli kumpulan
mereka.
Menculik dan
memeras ugut ? Itu sudah menjadi darah dagingku. Setakat membelasah orang
menggunakan benda keras, itu sudah menjadi rutin. Kadangkala hampir mati aku
kerjakan mereka yang cuba membantah. Sebenarnya aku tidak berniat untuk
menyakiti mereka sedemikian. Namun apabila aku cuba untuk berlembut, wajah
bengis ibu yang menghedikku melayari pandangan. Lalu aku lepaskan geram pada
sesiapa saja yang menjadi mangsa.
"Wei,
hari ni lu pergi tengok budak dekat taman permainan. Mana tahu boleh dapat
mangsa baru,"ucap bosku. Aku sekadar mengangguk dan mengheret langkah
keluar rumah.
Aku
berpura-pura membaca surat khabar. Sesekali mataku menjeling ke arah
kanak-kanak yang dibiarkan bermain tanpa pengawasan ibu bapa. Aku sudah
tersenyum, rezeki aku hari ni.
Ketika aku
ralit memandang ke arah kanak-kanak itu, tiba-tiba mataku terpaut pada sepasang
ibu dan anak. Ketika itu si anak sedang menangis sambil tangannya mengesat
hingus. Dari kejauhan aku lihat ibunya menghampiri lalu memujuk si anak. Si ibu
memeluk erat tubuh si anak dan kemudian membelikannya ais krim. Aku terus
memerhati gelagat mereka. Apabila si anak sudah berhenti menangis, si ibu cium
pipi si anak bertalu-talu dan si anak terus ketawa mengekeh.
Tanpa sedar
tanganku mengusap pipi. Pernahkah ibu mencium pipiku sebegitu ? Pernahkah ibu
memelukku erat ? Pernahkah ibu memujukku ? Persoalan itu terus bermain di
minda. Tanpa sedar setitis air mata membasahi pipi.
Rindu, aku
rindu ibu. Rindu herdikannya, rindu tengkingannya. Sudah dua tahun kami
berpisah. Sudah dua tahun kami tidak bersua. Entah apa khabar ibu sekarang.
Sudah berubahkah perangainya terhadap ku ? Dapatkah ibu memaafkan aku ?
Rindukah ibu padaku ? Persoalan demi persoalan menerjah minda. Air mata terus
deras mengalir.
"Akak,
kenapa akak nangis ?"tegur satu suara tiba-tiba. Terus aku menyeka air
mata lalu memandang ke arah anak kecil itu. Wajahnya suci, sesuci embun dipagi
hari.
"Err,
akak pening kepala. Adik siapa nama ?"tanyaku ramah. Hilang sudah niatku
untuk menculik.
"Eina.
Akak, kenapa akak seorang ? Mana mak dengan bapak akak ?"aku tersentak
mendengarkan bicara anak kecil itu. Lalu aku hanya tersenyum sumbing.
"Emak
dengan bapak akak ada dekat rumah. Jaga adik-adik akak. Mana ibu dengan abah
Eina ?"tanyaku padanya kembali. Segera dia menjuihkan bibir ke arah
sepasang suami isteri yang sedang berehat di bawah sepohon pokok. Terlihat
kemesraan di antara mereka.
"Kenapa
Eina tak duduk dengan dia orang ?"tanyaku lagi. Eina hanya menarik muka.
"Ibu
marah Eina sebab minta dia ais krim. Dia cakap, Eina selalu habiskan duit
dia,"jawab Eina dengan peluput matanya sedikit berair. Aku hanya
memandangnya dengan pandangan simpati. Aku seluk ke dalam kocek seluar dan mengeluarkan
sekeping not hijau, lalu ku berikan
padanya.
"Nah,
pergi beli ais krim. Lebihnya Eina simpan ya. Jangan minta dekat ibu je, nanti
dia marah lagi,"ucapku perlahan lalu menggosok kepala Eina.
"Terima
kasih akak. Akak memang baik, mesti emak dengan bapak akak baik jugak kan ?
Cikgu Eina cakap, kalau mak bapak dia baik, anak dia pun baik juga,"ujar
Eina lalu mengucup tanganku. Aku terkesima tiba-tiba. Kenapa anak kecil ini
seolah-olah menyedarkan diriku supaya terus mengingat ibu. Ibu, orang balik bu
!
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Dengan langkah
longlai aku menapak pulang ke rumah ku dahulu. Badanku sakit akibat dibelasah
oleh konco-konco bosku. Semuanya berpunca apabila aku memberitahu bosku untuk
menarik diri daripada terlibat dengan mereka lagi. Mujur aku sempat melarikan
diri walaupun nyawaku seolah-olah sudah mahu tercabut.
Aku terus
memberi salam di hadapan muka pintu. Mataku sedikit tertutup dan sesekali aku
mengaduh, menahan rasa sakit. Buat kesekian kali aku memberi salam, akhirnya
salamku dijawab. Aku dapat lihat wajah ibu dan abah dilayar mata. Aku terus
tersenyum lalu menghampiri ibu yang kaku. Tubuh tua ibu aku dakap, begitu juga
abah. Aku dapat melihat mereka menitiskan air mata.
"Ibu,
abah orang balik,"jawabku perlahan. Tenaganya telah lemah.
"Mana kau
pergi nak ? Apa dah jadi dengan kau ni ? Mari masuk,"tersedu-sedu ibu
bersuara. Aku terus tersenyum, abah pula mengusap kepalaku.
"Tak apa,
orang tak nak masuk. Orang hina bu. Orang datang sebab nak minta maaf atas
kesalahan orang pada ibu. Orang tahu orang jahat dan banyak melukakan hati ibu.
Maafkan orang ye,""aku bersuara dengan nafas tertahan-tahan. Cuba
mengimbangi rasa sakit.
"Kau tak
ada salah dengan ibu nak. Ibu yang bersalah. Ibu dah lupakan segalanya. Mari
masuk nak,"ajak ibu lagi lalu memimpin tanganku. Pantas aku menolak.
"Tak apa
bu. Orang tak akan jejakkan kaki ke dalam. Orang berdosa bu, orang banyak
menyakiti orang lain. Terima kasih sebab ibu dan abah dah maafkan orang.
Sekarang ni baru orang tenang. Maafkan orang sebab berkasar selama ini, maafkan
orang sebab pergi tanpa berita. Terima kasih ibu dan abah untuk semuanya. Orang
sayang ibu dan abah. Assalamualaikum,"seusai aku berbicara, tubuhku seakan
melayang. Aku tahu ajalku telah sampai, dan alhamdulillah kerana sempat juga
aku memohon maaf kepada ibu.
Aku hanya mendengar raungan ibu dan tangisan abah.
Akhirnya di penghujung waktuku, aku dapat rasakan betapa ibu dan abah
menyayangiku. Terima kasih ya Allah kerana izinkan aku untuk merasai kasih
sayang daripada orang tuaku walau untuk seketika.
p/s..
pertama kali buat cerpen dalam masa satu jam.. maaf kalau
cerpen ini membosankan.. harap korang boleh berikan komen buat MM ye~ TERIMA
KASIIH..
*inernet problem sejak seminggu lalu.. maaf kalau MM tidak balas kunjungan kalian..
Comments
wat iera nangis ...
p/s : kat ofiz nih ..
tetibe jadi rindu kat parents plak ..
btw, kita suka cter awak ni
buat la lg k ..
iema ske... best ^^