cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A



Aku kecewa. Harapan aku musnah sama sekali. Mengapa selama ini aku begitu alpa dengan perasaan hatiku sendiri ? Mengapa selama ini aku terus hanyut dibuai dengan lagu cintanya ? Sepatutnya aku sedar daripada dahulu lagi bahawa pernikahan antara aku dan dia adalah sekadar mengubat sakit di hatinya setelah dia ditinggalkan kekasih hati. Dan akhirnya kini, aku yang merana menahan sakit di jiwa.

"Ria, kenapa moody je ?"aku tersentak apabila tiba-tiba namaku dipanggil. Seraya itu aku berpaling, menghadap si pemilik suara. Seraut wajah nan tampan yang sentiasa menghantui fikiranku saban waktu berlayar diruangan mata.

"Ria okay je, penat sikit. Bila Ril balik ? Tak perasan pun,"aku bersuara lalu menghampiri Hazril yang sedang melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Eleh, mana dia nak perasan. Termenung macam pakwe lari je,"mendatar suara Hazril. Aku terus ketawa dibuat-buat, cukup menutup rasa di hati.

"Apalah Ril ni. Pakwe siapa lah yang nak lari. Ria mana ada pakwe lah,"aku menjawab pantas. Aku lihat Hazril mencebik dan kemudian tertawa.

"Eh, Ril dah makan belum ? Jom makan dulu,"aku terus bangkit daripada duduk untuk melangkah ke ruang dapur.

"Err, Ril dah makan tadi dengan Diya. Ria dah makan belum ?"aku meneguk liur apabila Hazril menyebut nama Diya. Tiba-tiba perasaan cemburu menyelinap masuk ke dasar hati, namun segera aku menepisnya. Siapalah aku untuk mencemburui hubungan mereka ?

"Ingatkan Ril belum makan tadi. Tak apalah, Ria kemas dulu lauk-lauk tu semua,"aku menjawab perlahan lalu mengheret langkah kakiku menuju ke dapur. Terasa air mataku ingin mengalir, namun segera aku tahannya. Lincah tanganku membersihkan meja dapur.

"Ria, sorry ye. Tadi Diya ajak pergi makan, so Ril ikut je lah. Sorry sangat tau Ria !"sedang aku ralit dengan kerjaku, tiba-tiba suara garau Hazril memecahkan suasana yang bisu. Segera aku memandang Hazril bersama senyuman yang sengaja aku lukiskan di bibir.

"Tak apalah Ril, Ria tak kisah pun. Ril dah mandi belum ? Busuklah,"sengaja aku cuba mencipta kemesraan antara kami supaya Hazril tidak perasan perubahan aku.

"Eh, lupa pulak. Okaylah Ria, Ril naik mandi dulu. Good night,"sejurus itu Hazril menghilangkan diri ke dalam kamarnya. Aku hanya memandang sepi sebelum berlalu ke dalam bilik.

'Diya, he really love you,'aku bermonolog di dalam hati lalu melelapkan mata. Peristiwa setahun lalu menguasai minda.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Ria, please.. I beg you, please marry me,"aku terkedu. Apakah lelaki yang bernama Tengku Hazril ini merepek ? Bukankah dia sedang hangat bercinta dengan kawan baik aku, Diya.

"Ril, kau kenapa ? Gila apa tiba-tiba ajak aku kahwin ?"soalku bersama kerutan seribu di dahi.

"Ria, tolong aku. Kau mesti kahwin dengan aku. Kalau tak..."

"Kenapa aku ? Kau ajaklah Diya, bukan ke korang ni tengah bercinta. Aku tak nak hancurkan hati kawan aku Ril. Sorry, aku tak boleh tolong kau kali ni,"aku pantas memotong bicara Hazril dan terus bangun untuk melangkah pergi daripada situ.

"Ria, aku melutut dekat kau. Please Ria..."aku terpempan. Apa yang harus aku lakukan kini ?

"Tapi Ril, aku tak nak kawan baik aku sakit hati. Please Ril, kau kena faham yang aku tak boleh tolong kau. Aku tak nak Diya bencikan aku, cuma dia je kawan baik aku,"aku bersuara mendatar dan duduk bersila di sisi Hazril yang sedang melutut dihadapanku sebentar tadi.

"Ria, tolonglah. Sebenarnya aku dan Diya akan berkahwin sebulan lagi, tapi tadi aku nampak dia keluar dengan jantan lain. Bila aku sergah mereka, mereka terus mengutuk aku. Aku tanya Diya, kenapa dia buat aku macam ni ? Diya cakap, dia tak pernah cintakan aku langsung selama ini. Dia cuma pandang aku sebagai lombong duit dia je. Aku sedih Ria. Mana keluarga aku nak letak muka kalau masa pernikahan kami nanti, tiada pengantin perempuan. Please Ria, aku merayu dekat kau. Kalau lepas kita kahwin kau nak suruh aku ceraikan kau, aku sanggup Ria,"aku terpinga-pinga. Fikiranku masih memikirkan bicara Hazril mengenai Diya. Benarkah Diya kata begitu ? Bukankah Diya terlalu menyayangi Hazril ?

"Ril, mungkin dia salah cakap. Tak apalah, balik ni aku tanya dia ya,"aku cuba memujuk Hazril yang sedang menunduk.  Mungkin menahan rasa kecewa.

"Tak payah Ria. Aku dah tawar hati dengan dia walaupun dia sudi melutut depan aku. Aku cuma harap kau setuju dengan pernikahan kita,"anak mata Hazril tepat menikam anak mataku. Aku terdiam seketika sebelum melarikan pandangan.

"Ril sorry. Bukan aku tak nak tolong kau, tapi permintaan kau kali ni memang aku tak dapat tolong. Tak apa, balik nanti aku slow talk dengan Diya ya. Assalamualaikum,"ujarku lalu melangkah meninggalkan Hazril.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku terus menghenyakkan punggungku di atas sofa single di ruang tamu apabila kelibat Diya langsung tidak ku jumpa. Mana pulak budak ni pergi ? Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, menandakan ada panggilan masuk. Dengan malas aku mengeluarkan telefon bimbitku daripada kocek seluar dan terus menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum,"aku memberi salam dengan nada kepenatan.

"Wasalam. Ria, aku ni Ril. Keluar kejap, aku ada dekat depan rumah kau,"membuntang mataku apabila Hazril cakap dia sudah berada di hadapan rumahku. Segera aku mengintai di balik cermin tingkap. Aku mengeluh apabila terpandangkan Hazril yang sedang bersandar di tepi keretanya.
Aku terus mengambil tudung yang ku letakkan di atas sofa sebentar tadi lalu melangkah keluar dengan wajah kusut.

"Ril, sorry. Aku belum jumpa Diya sebab Diya belum balik. Nanti lepas aku cakap dengan Diya, aku call kau ye,"ujarku dengan wajah serba salah. Hazril hanya menyepi.

"Ril, kau balik lah dulu. Nanti aku call kau,"aku cuba menghalau Hazril. Aku takut Diya tahu yang Hazril datang sini dan jumpa aku. Aku tak nak Diya kecil hati.

"Esok family aku nak datang rumah parents kau. Better kau balik sana malam ni,"aku melongo. Biar betul si Hazril ni ?

"Eh, kau jangan main-main Ril. Mereka datang nak buat apa ? Aku ada buat salah ke ?"aku mengelabah tiba-tiba. Aku ada buat mereka marah ke ? Tapi rasanya tiada sebab aku baru bertemu dengan mereka sekali dua kerana temankan Diya.

"Kau tak ada buat salah langsung. Family aku datang sebab nak lamar kau bagi pihak aku. Sorry sebab aku tak dengar keputusan kau, tapi aku betul-betul terdesak. Sorry Ria, tapi aku harap kau terima ye pinangan kami,"aku terasa ingin melayang jatuh, namun segera aku menahan diri.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Ria, buka pintu ni wei,"aku tersentak daripada lamunanku apabila pintu bilikku diketuk daripada luar. Aku tahu itu Hazril lalu aku terus menggapai tudung di birai katil. Perlahan aku membuka pintu bilikku.

"Kenapa Ril ?"aku bertanya apabila terpandangkan wajah Hazril yang sedikit cemas.

"Err~ ibu dengan abah datang. Macam mana ni ? Dia orang nak tidur sini,"Hazril meluahkan rasa yang menjeruk hatinya.

"Err~ macam mana ek ? Mati kita kalau dia orang tahu kita tidur asing,"aku menggaru kepala yang bertutup dengan tudung.

"Err~ kau.. tidur bilik aku lah malam ni,"aku terpempan. Sebilik dengan Hazril ? Tidak ! Aku tak nak sebab malu.

"Err~ tak ada cara lain ke ? Hah, apa kata kita bagi mereka tidur bilik Ril dekat atas. Lepas tu kau tidur dekat bilik tamu. Mesti mereka tak perasan punya,"aku memberi cadangan.

"Ria,tak boleh buat macam tu sebab mesti dia orang perasan. Dah cepat keluar, mereka dah lama tunggu,"aku hanya akur dengan kehendak Hazril lalu mengikutnya daripada belakang.

Sampai saja di ruang tamu, terus aku bersalam dengan kedua-dua ibu bapa mertuaku. Ibu mertuaku terus mendakap erat tubuhku, aku hanya membiarkan.

"Ria sihat ? Lama tak balik jumpa kami,"aku mengangguk sambil tersenyum. Aku tahu sudah lama aku tidak menjenguk mereka kerana sedikit sibuk kebelakangan ini.

"Maaf bu, kami sibuk sikit,"Hazril menjawab bagi pihakku.
"Tak apa, ibu faham. Saja je mengusik kamu berdua,"jawab ibu sambil tersenyum.

"Err~ Ria pergi buat air dulu ye,"aku meminta diri untuk membuat air di dapur. Ibu dan abah hanya tersenyum lalu mengangguk.

Setiba saja di dapur, aku terus saja melepaskan keluhan berat. Sebenarnya fikiran ku sibuk memikirkan apakah yang akan berlaku apabila aku dan Hazril tidur sebilik nanti. Sedangkan aku baru duduk berbual dengan dia saja jantung aku sudah berdegup kencang, apatah lagi nanti aku harus tidur satu bilik dengannya.

"Ria, lamanya buat air,"aku tersedar daripada angan apabila suara garau Hazril menyapa gegendang telinga. Segera aku berpaling kepadanya sambil tersenyum.

"Siap dah. Jom lah ke depan,"aku terus melangkah ke hadapan bersama dulang berisi air ditangan.

"Kamu berdua dah nak tidur ke tadi ?"tanya abah apabila aku dan Hazril sudah kembali ke tempat duduk.

"Err~ dah masuk bilik sebenarnya,"Hazril menjawab pantas. Aku terus menyepi.

"Ria, kenapa kamu senyap saja daripada tadi ? Tak sihat ke ?"aku tersentak dan sesaat kemudian aku menggeleng.

"Ria okay lah bu, cuma penat sikit je,"aku menafikan bicara ibu.

"Oh, ingatkan sakit tadi. Eh, sunyi betul ye rumah kamu ni,"aku sekadar tersenyum apabila mendengar komplen daripada ibu.

"Err~ memang sunyi pun bu sebab jirankan jauh-jauh,"Hazril membalas bicara ibu.

"Kan bagus kalau ada budak kecik, tak ada lah sunyi sepi macam ni. Hah kamu Ria, dah setahun kahwin belum ada isi lagi ke ?"aku terkedu. Hazril terpempan.

"Ei awak ni Esah, apa cakap macam tu," abah terus memarahi ibu. Ibu hanya tersenyum.

"Err~ marilah Ril tunjukkan bilik ibu dengan abah. Dah lewat ni, mesti ibu dengan abah mengantuk kan ?"aku tahu Hazril cuba menjernihkan keadaan. Sejurus itu, ibu dan abah mengikut Hazril ke bilik tamu. Aku pula terus termangu di atas sofa.

"Ria, jom lah tidur,"aku terus memandang ke arah Hazril yang sedang berdiri di hadapanku. Tiba-tiba tawa Hazril meletus kuat.

"Ria tak payahlah takut sanggat. Ril janji tak buat apa-apa !"ucap Hazril bersama senyuman yang masih mekar dibibirnya. Aku hanya menunduk menahan malu.

"Jangan lah gelak macam tu, malu Ria !"aku bersuara akhirnya apabila Hazril tidak sudah-sudah ketawakan aku. Kejam !

"Sorry, dah jom tidur,"aku hanya menurut langkah Hazril.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku hanya membuang pandang ke arah laut di Tambak, Pontian. Entah kenapa hari ini aku terasa ingin melepak di sini. Aku terus mengambil tempat duduk di atas seketul batu yang agak besar. Angin laut terus menyapa pipiku. Aku memejamkan mata, menikmati suasana nyaman itu.

Aku kerling sekilas jam di tangan, baru pukul 5.30 petang. Hazril dah balik kerja rasanya. Biarlah. Bosan aku terperap je dekat rumah.

Pandangan terus aku liarkan ke arah sekeliling. Dari jauh aku ternampak seorang anak kecil yang berusia dalam 4 tahun sedang berlari dengan kakak dan abangnya sambil ketawa. Hatiku tercuit dengan reaksi anak kecil itu. Kakak dan abangnya pula terus mengejarnya dan apabila mereka dapat menangkap anak kecil itu, terus digeleteknya. Mengekek anak kecil itu. Tanpa sedar aku turut ketawa kecil. Senang melihat reaksi mereka adik beradik. Walaupun si kakak nampak garang dan tegas, tapi dia baik. Mungkin kakak anak kecil itu seorang yang garang pada luarannya.

Sedang aku ralit melihat aksi tiga beradik itu, tiba-tiba anak mataku dapat menangkap satu susuk tubuh yang aku kenal. Terus aku melarikan anak mata ke arah wajah pemuda itu. Berderau darahku apabila wajah Hazril menghiasi pandangan. Di sisinya pula berjalan seorang wanita yang amat aku kenali. Ya, itu Diya. Aku mengetap bibir menahan rasa dan kemudian memalingkan wajah ke arah laut yang terbentang luas. Tanpa sedar air mataku bertakung.

"Ya Allah, kenapa harus ada perasaan ini dalam hatiku ? Padamkanlah perasaan ini ya Allah,"aku bermonolog sendirian lalu bangun untuk pulang. Hasratku untuk melihat matahari terbenam terus ku lupakan.

DUUUMM !

Aku jatuh terduduk apabila aku terlanggar bahu seseorang. Aku tidak perasankan orang itu kerana aku berjalan menunduk. Aku terus mengaduh kesakitan. Beberapa orang yang berada di situ hanya memandang. Wajahku terasa kebas tiba-tiba, malu.

Aku terkial-kial untuk bangun dan dalam keadaan begitu, tiba-tiba ada seseorang menghulurkan tangannya. Aku memandang ke arah pemilik tangan itu dan kemudian aku tersenyum saja lalu terus bangun walaupun punggungku sedikit sakit.

"Err~ maaf sebab langgar awak,"pintaku sambil memaniskan muka. Lupa terus ingatanku tentang Hazril dan Diya.

"Tak apa. Awak okay ke ?"tanya pemuda itu lagi. Aku sekadar mengangguk dan kemudian  meminta diri. Namun belum jauh aku melangkah, pemuda itu menghampiriku kembali. Aku hanya memandangnya.

"Err~ awak punya dompet jatuh,"ucap pemuda itu lalu menghulurkan dompetku. Ketika aku cuba mengambilnya daripada tangan pemuda itu, anak mataku dan Hazril bertaut. Aku terus terkaku seketika dan apabila aku lihat Hazril berlalu daripada situ, aku terus melepaskan keluhan berat.

"Terima kasih ya. Assalamualaikum,"bergegas aku menuju ke kereta dan memecut pulang ke rumah. Fikiranku berkecamuk tiba-tiba.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku melangkah masuk ke dalam rumah ketika sudab melewati jam 8. Tadi selepas pulang daripada Tambak, aku berhenti solat di masjid jamek Pekan Nanas. Ketika itu azan maghrib sudah kedengaran. Tanpa berfikir panjang aku terus singgah bersolat sebentar.

Suasana suram di dalam rumah sedikit menyesakkan mindaku. Fikiranku terus menerawang mengingati peristiwa petang tadi. Bermacam persoalan menerjah minda. Semerta sebuah keluhan berat aku lepaskan lalu menghempaskan punggung di atas sofa.

"Ria,"aku terpaku seketika apabila aku terdengar seperti namaku di panggil. Mungkin imaginasi aku. Siapa pula hendak memanggil nama ku sedangkan aku seorang diri di dalam rumah ini. Hazril ? Mungkin sedang berseronok bersama Diya. Biarkanlah dia.

"Ria..."sekali lagi namaku di panggil. Kali ini lebih jelas. Segera aku menegakkan diri lalu berpaling ke belakang.

Aku dapat melihat satu susuk tubuh di ambang pintu dapur. Susuk tubuh itu aku kenal, teramat kenal. Itu Hazril. Tiba-tiba peristiwa petang tadi antara Hazril dan Diya menggamit memori. Segera aku mengetap bibir lalu berpaling semula ke hadapan.

"Bila Ril balik ?"tanyaku acuh tak acuh. Entah mengapa hatiku sakit tiba-tiba. Aku dengar derap kaki Hazril kian menghampiriku. Aku terus memejamkan mata. Aku tidak mahu menatap wajah tampan itu. Aku berasa sakit tatkala melihat wajah itu kerana semerta fikiranku mengenangkan peristiwa sebentar tadi.

PAANNGG..

Aku tercengang seketika lalu terus mengusap pipiku yang sedikit perit akibat ditampar Hazril. Aku terus memandang Hazril dengan mata berlinangan.

"Mana kau pergi ? Kau keluar dengan jantan tu ye ? Pandai kau sekarang !"jerkah Hazril tiba-tiba. Aku yang masih kebingungan terus memandang wajah Hazril dengan pandangan yang kian kabur akibat air mata yang mula bertakung di tubir mata.

"Apa Ril cakap ni ? Apa salah Ria sampai Ril tampar Ria ?"tanyaku dengan nada tersekat-sekat. Aku lihat wajah Hazril kian menyinga.

"Kau tanya apa salah kau ? Sudah lah Ria ! Hentikanlah lakonan kau selama ini. Selama ini aku percayakan kau, tapi kau khianati kepercayaan aku. Betul cakap Diya ! Tak ada beza antara kau dengan perempuan murahan dekat luar tu !"ucap Hazril dengan nada yang kian tegang. Aku tersentak apabila Hazril berkata begitu. Sampai hati Hazril samakan aku dengan perempuan murahan ?

"Apa Ril ni ! Ria tak faham. Bila Ria khianat dekat Ril ?"tanyaku lagi dengan nada yang kian tenggelam timbul. Air mata terus mengalir deras, menjilat pipi.

"Kau tanya aku bila kau khianati aku ? Kau patut tanya diri kau dulu ! Sejak bila kau reti curang belakang aku ? Sejak bila kau reti simpan jantan lain ?"jerkah Hazril lagi lalu menolak tubuh ku jatuh ke lantai.

"Bila masa Ria curang ? Sumpah Ria tak pernah simpan jantan lain. Ria sedar status Ria sebagai isteri orang, isteri Ril,"aku bersuara lagi. Hazril menghampiriku lalu direntapnya rambutku. Aku hanya mengaduh kesakitan.

"Sudahlah Ria. Manusia macam kau bukan reti nak mengaku kesalahan diri. Jijik aku dengan kau !"ucap Hazril lalu meludah di sisiku. Aku terasa hina tiba-tiba. Aku terus memejamkan mata, cuba membina kekuatan diri.

"Sumpah Hazril, Ria tak pernah curang mahupun simpan lelaki lain di belakang Ril. Ria masih sedar status Ria sebagai isteri Ril walaupun Ria terpaksa dengan perkahwinan kita. Tapi, Ria nak tanya Ril. Pernah tak Ril sedar bahawa Ril sudah punya isteri ? Ria tahu, Ril tak pernah anggap Ria ni isteri Ril. Ria sedar semua tu Ril,"aku terhenti sejenak, mengambil nafas.

"Kalau Ril sedar yang Ril sudah ada isteri, Ril tak akan keluar dengan Diya. Kalau sekali sekala tak apa, tapi ni saban waktu Ril dengan Diya. Sampaikan Ria pun Ril lupakan. Tapi Ria tak pernah merungut apatah lagi marah walaupun Ria berhak buat begitu sebab Ria tahu Ril amat mencintai Diya. Jadi siapalah Ria untuk menghalang hubungan cinta suci antara Ril dengan Diya. Ria sedar siapa diri Ria. Ria ni cuma tempat Ril melepaskan diri Ril suatu tika dahulu,"aku berjeda. Anak mataku masih tepat menikam wajah Hazril. Wajah itu tampak resah, tetapi dalam masa yang sama wajah itu membengis.

"Hari ni Ria dah tahu satu perkara. Ria dah tahu Ril dah tak perlukan Ria lagi sebab hubungan Ril dengan Diya sudah seperti dulu. Hari ini juga, Ria ada satu permintaan untuk Ril tunaikan. Tolong ceraikan Ria. Berikanlah Ria peluang mencari kebahagiaan Ria sendiri. Ria rasa cukup sampai sini saja Ria perlu korbankan diri untuk Ril. Jadi hari ini Ria rayu pada Ril, tolong lepaskan Ria,"aku terhenti di situ. Air mata turut mengalir deras. Namun segera aku menyekanya. Cukup setakat ini saja hubungan aku dan Hazril. Aku sudah tidak sanggup menahan rasa yang menjeruk jiwa.

Perlahan aku menapak naik satu persatu anak tangga. Namun ketika kakiku menginjak ke anak tangga kelima, aku berpaling semula ke arah Hazril.

"Ril, sekali lagi Ria bersumpah Ria tak kenal lelaki itu. Dan untuk kali terakhir, Ria pohon pada Ril supaya maafkan segala kesilapan Ria sepanjang Ria bergelar isteri Ril. Ria tahu Ril bencikan Ria kini. Tak apa Ril, Ria janji sebaik saja Ril mencelikkan mata esok pagi, Ril sudah tidak akan bertemu Ria lagi. Assalamualaikum,"bersama salam terakhir itu, aku terus melangkah ke dalam bilik. Air mataku terus tumpah tanpa dapat ditahan lagi. Aku terus melontarkan tubuh di atas katil. Akhirnya aku terlena dalam dakapan air mata.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Dua tahun sudah berlalu. Kini aku bukan Ria yang dahulu lagi. Ria yang mudah mengikut kehendak orang, Ria yang mudah menangis. Ya, aku akui bahawa kini aku Ria yang tinggi egonya, yang keras kepala. Aku bukan pinta berubah sebegini, namun peristiwa lalu mengajar aku.

Sudah hampir setengah jam aku menunggu abah. Abah kata dia ingin menjemputku daripada lapangan terbang. Tetapi bayangnya langsung tidak kelihatan. Mataku terus ku talakan ke arah pintu utama lapangan terbang. Malas pula rasanya untuk aku berjalan keluar.

Sepuluh minit menanti akhirnya wajah abah kelihatan. Aku terus tersenyum riang lalu menarik beg rodaku menghampiri abah. Dalam kegembiraan aku berlari mendapatkan abah itu, tiba-tiba bahuku terlanggar seseorang membuatkan diriku terduduk. Aku pantas mengetap bibir, cuba menahan sabar.

"Woi, kau ni buta ke apa ? Lain kali jalan tu pandang depan !"jerkahku geram lalu mencapai kembali beg rodaku. Ketika aku mengangkat wajah, memandang gerangan yang melanggarku, aku tergamam. Diya ? Aku terus menatapnya dari atas ke bawah. Perutnya sedikit memboyot, Diya mengandung ? Bila dia kahwin ? Dengan siapa ? Entah-entah...

"Ria ?"panggil Diya lunak. Saat itu aku terasa ingin mengalirkan air mata, namun segera aku mengawal emosi. 

"Ria ? Siapa Ria ? Aku Ad. Sekali lagi aku nak pesan dekat kau, lain kali jalan tu jangan nak berangan. Menyusahkan orang je !"ucapku sinis. Aku lihat wajah Diya sedikit berubah. Aku mengetap bibir dalam diam.

"Adriana. Kau Adriana kan ? Ria, aku Diya,"aku terasa ada air mata yang bertakung. Sungguh aku rindukan Diya, terasa ingin saja aku memeluk erat tubuh itu. Namun apabila bayangan peristiwa dahulu menggasak minda, segera aku melupakan hasratku itu. Ya, aku ego.

"Sudahlah. Aku tak kenal kau okay, dan kau pun tak kenal aku. Mind your own business,"ujarku lalu melangkah dengan angkuh lalu mendapatkan abah yang masih mencari-cari kelibatku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku hanya memandang bulan terang di atas pangkin di bawah pokok manggis di hadapan rumah. Aku rasa tenang di situ. Sudah lama aku tidak menghirup udara segar di kampung halamanku sendiri.

"Ria, mak dengan abah ada hal nak cakap sikit,"ucap emakku ketika aku sedang ralit melihat rembulan.

"Mak, jangan panggil Ria. Panggil Ad okay. Apa yang emak dengan abah nak cakap ?"aku bertanya selamba. Aku terdengar emak mengeluh lalu mengambil tempat di sisiku. Bahuku dielus lembut. Abah pula hanya memandang ke arahku lalu duduk dihadapanku.

"Err~ esok Hazril datang. Dia nak bawa Ria balik rumah,"aku mendengus kasar ketika nama itu meniti di bibir abah.

Selama dua tahun aku di Switzerland, nama itu sudah ku lupuskan daripada ingatan. Namun kini, mengapa abah harus ungkit lagi ?

"Balik rumah ? Rumah siapa ?"aku bertanya dengan dahi berkerut seribu. Muka ku kian menegang menahan rasa geram yang bermukim di hati.

"Rumah Hazril lah,"jawab emak perlahan. Aku terus memusatkan pandangan ke arah emak pula.

"Apa emak dah lupa, Ad dengan dia dah lama bercerai,"aku menjawab pantas. Emak terus menggelengkan kepala.

"Selagi Hazril tidak lafazkan cerai, selagi tu kamu masih isteri dia,"aku terpana seketika. Betulkah aku dengan Hazril masih suami isteri ? Tapi...

"Esok kamu akan pulang ke rumah Hazril sebab tempat kamu bukan di sini,"ucap abah tegas lalu bangun untuk masuk ke dalam rumah.

"Tapi..."

"Tak ada alasan lagi Adriana,"kata-kataku pantas dipotong abah. Aku tahu tiada lagi kompromi apabila abah memanggil nama penuhku. Aku sekadar meneguk liur lalu memandang ke arah emak pula. Sesaat kemudian emak turut mengikut langkah abah, meninggalkan aku bersendirian.

Pelbagai perkara yang menerjah minda. Aku tidak pasti apakah yang akan berlaku apabila aku bertemu dengan Hazril esok. Apakah aku dapat menerima dia kembali ? Tidak ! Aku tidak akan pernah menerima dia kembali setelah dia tidak mempercayai aku lagi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku rancak menyanyi mengikut lagu yang diputarkan di corong radio. Hazril di sisi langsung tidak ku endahkan. Malah memandang wajahnya pun aku tidak. Entah kenapa aku berasa menyampah tiba-tiba.

Tiba-tiba volume radio diperlahankan. Aku terus menyepi lalu memandang tajam ke arah Hazril sebelum menguatkan semula volume radio. Aku terdengar Hazril mengeluh. Aku tersenyum puas. Padan muka ! Serentak itu radio dimatikan Hazril. Aku mencuba untuk membukanya kembali, namun tanganku segera ditangkap Hazril. Terus aku merentap tanganku dan kemudian melontarkan pandangan ke luar tingkap kereta.

"Ria, you're totally change now,"ucap Hazril perlahan. Aku sekadar mencebik.

"Stop call me Ria. I am Ad,"aku bersuara tegas tanpa sedikitpun memandang Hazril. Aku tahu Hazril sedang cuba mengawal emosinya.

"Why Ad Why not Ria ?"tanya Hazril lagi. Aku ketap bibir seketika.

"Sebab yang hidup sekarang Ad. Ria dah lama mati !"jawabku lagi. Aku lihat Hazril tersentak sedikit.

"But Ad and Ria is the same person,"Hazril masih tidak mahu mengalah. Aku hanya mendengus geram.

"Yes, the same person from the outside but the different person inside,"aku menjawab lagi.

"Ril tak faham. Please Ria, stop doing this to me,"aku hanya mencebik mendengar bicara Hazril itu. Meluat !

"Kenapa ? Marah ? Geram ?"tanyaku lalu disusuli dengan tawa yang sengaja dibuat-buat. Aku kerling sekilas ke arah Hazril, air mukanya jelas berubah. Semakin galak rasa hatiku untuk menyakitkannya lagi. Namun hingga tiba di rumah, Hazril membekukan diri. Aku sekadar mengangkat bahu sebelum masuk ke dalam rumah lalu menuju ke kamarku suatu tika dahulu. Aku rindukan bilik ku ini.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Ketika aku ralit menatap televisyen di ruang tamu, aku terdengar bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah. Namun mataku tidak lepas daripada memandang skrin televisyen. Mana mungkin aku ingin mengalihkan pandangan kerana pelakon yang amat aku minati sedang beraksi.

Seketika kemudian aku terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup semula. Langsung aku tidak berpaling ke belakang. Malas aku nak layan Hazril, nanti ada saja yang dia minta. Aku terus menumpukan sepenuh perhatian di dada televisyen.

"Amboi Ria, khusyuk betul tengok tv,"aku mendengar saja bicara Hazril dan mencebik. Aku dapat rasakan sofa di sisiku sedikit tenggelam dan aku tahu Hazril telah menghenyakkan punggungnya di sisiku. Aku terus menjauhi Hazril tanpa sedikitpun memandangnya.

"Ria, Ril nak air ?"aku terus mendengus geram apabila terdengar rengekan Hazril. Hish, gedik betul mamat ni ! Aku mengomel dalam hati lalu bangun menuju ke dapur tanpa sepatah perkataan pun. Aku tahu Hazril mengikut langkahku menuju ke dapur, namun aku hanya buat tidak endah.

"Ria, sampai bila Ria tak nak cakap dengan Ril ? Ria marah sangat dengan Ril ke ? Cuba Ria bagitahu Ril, apa yang perlu Ril lakukan supaya Ria dapat terima Ril semula,"tanya Hazril lalu meneguk air yang ku hulurkan. Aku terus mencuba untuk melangkah pergi daripada situ. Namun langkahku mati apabila tangan Hazril mencengkam erat lenganku. Aku terus mendengus geram.

"Ceraikan Ad,"senafas aku mengucapkan ayat itu. Aku lihat Hazril tergadah. Sepantas kilat aku melepaskan pegangan tangan Hazril lalu menghilangkan diri di dalam bilik.  Sebenarnya aku sendiri tidak menyangka bahawa aku akan berkata begitu. Namun aku lega akhirnya kerana ayat yang ku pendam selama ini dapat diluahkan.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku terpinga-pinga apabila tiba-tiba rumahku diserbu oleh emak ayah dan kedua ibu bapa mertuaku. Seketika kemudian muncul lagi seorang wanita yang amat aku sayangi suatu tika dahulu, Diya. Serious aku terkejut dengan kehadiran mereka. Namun aku terus memaniskan muka lalu menghilangkan diri ke dapur untuk membuat air.

"Ria, sorry for everything. Aku dah sedar salah aku,"sedang aku sibuk menyediakan air, suara Diya memecahkan suasana hening di ruang dapur itu. Aku memandang sekilas ke arah Diya lalu tersenyum sinis.

"Baguslah. Tapi aku bukan Ria, aku Ad,"jawabku tanpa intonasi. Entah kenapa aku malas hendak berbicara dengan Diya. Lalu terus ku bawa langkah menuju ke ruang tamu bersama dulang berisi air di tangan. Ketika aku tiba di ruang tamu, anak mataku dan anak mata Hazril bertaut, namun aku hanya buat bodoh saja. Langkah terus ku atur menuju ke dapur semula.

"Ria, duduk sekejap. Kami ada hal nak cakap,"aku terus berpaling semula ke belakang apabila suara bapa mertuaku memenuhi ruang tamu itu. Lantas aku melabuhkan punggung di atas sofa di sisiku. Seketika kemudian Diya turut melabuhkan punggungnya di sisiku. Aku mengengsot sedikit menjauhinya.

"Ada apa ?"tanyaku acuh tidak acuh dan kemudian tanganku bermain dengan keypad telefon bimbit.

"Adriana, simpan telefon kamu tu !"suara abah sedikit meninggi. Aku terus memandang abah lalu menyimpan semula telefon bimbitku ke dalam kocek seluar.

"Ria tolong jawab dengan jujur, betul ke Ria minta Hazril ceraikan Ria ?"tanya bapa mertuaku pula. Aku terus melarikan pandangan ke arah wajah Hazril sambil mengetap bibir lalu menarik nafas dalam.

"Ye,"jawabku sepatah dengan yakin. Untuk apa aku berbohong sebab benarlah aku yang meminta Hazril ceraikan aku semalam.

"Tapi kenapa Ria ?"tanya emak pula. Aku sekadar mengangkat bahu.

"Ria rasa tak bebas. Ria nak cari kehidupan Ria sendiri,"jawabku tegas. Mataku bertaut di wajah Hazril yang memerah. Aku tidak pasti apa perasaannya kini, mungkin suka kerana lepas ini dia boleh bersama dengan Diya.

"Ria dah gila ke ? Hazril ni suami Ria ! Ria tak boleh buat macam ni,"tegas abah. Aku hanya mendiamkan diri. Aku dapat rasakan tanganku diusap oleh Diya dan dengan pantas aku menepis tangan itu.

"Ria, aku tahu semua ni berpunca daripada aku. Sorry sangat ! Tapi..."

"Sudahlah wei, aku kisah apa sekarang ni,"pantas bicara Diya aku potong. Aku takut hatiku cair apabila Diya terus memujukku.

"Ria, kenapa mesti bercerai ? Tak boleh kamu berdua cuba berbaik ?"tanya emak mertuaku pula. Aku terus menatap wajahnya yang jelas kecewa dan sedih.

"Sorry. Mungkin semua orang boleh anggap Ria keras kepala,tapi keputusan Ria muktamad,"aku menjawab tegas tanpa menghiraukan perasaan sesiapa lagi. Selama ini pernah ke ada orang kisah pasal perasaan aku ? Jadi untuk apa aku menjaga hati mereka walaupun aku tahu menyakiti hati ibu bapa itu berdosa besar.

"Baba rasa korang berdua patut bercuti di mana-mana dan cuba selesaikan masalah korang dengan baik. Janganlah sampai bercerai-berai,"ucap bapa mertuaku. Aku terus menggigit bibir. Kenapa mereka semua tak faham kehendakku ?

"No ! Ria tak nak tu semua. Ria nak Tengku Hazril ceraikan Ria. That's all,"ucapku tegas. Semerta pipiku perit akibat tamparan abah. Aku terus memandang ke arah abah dengan mata sedikit berair. Menangis ? Aku bukan Ria yang mudah mengalirkan air mata lagi.

"Abah tak pernah ajar kau biadap macam ni !"ucap abah. Sejurus itu aku membawa langkah menuju ke bilik. Belum sempat aku menutup pintu bilikku, Diya dan Hazril bersama-sama memboloskan diri ke dalam bilikku. Diya terus mengusap bahuku manakala Hazril terus mundar mandir di hadapanku. Aku hanya mengetap bibir.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Ria, hari ni aku Diya Irwina bersumpah bahawa aku dengan Tengku Hazril langsung tiada sebarang hubungan,"ucap Diya setelah lama kami bertiga menyepi. Aku hanya ketawa sinis. Ingat aku ni mudah diperbodohkan ?

"So ? Kau ingat aku percaya ? Lantak korang lah sama ada korang ada hubungan ataupun tidak. Aku peduli apa,"jawabku keras. Aku terdengar Hazril mendengus. Diya pula terus menunduk.

"Ria, jangan buat macam ni pada Ril. Ril tahu Ria cintakan Ril kan ?"ucap Hazril pula. Aku mengetap bibir. Aku cintakan Hazril ke ?

"Nonsense ! Tolonglah jangan perasan Tengku Hazril,"jawabku pantas. Aku lihat Hazril meraup mukanya, kasar. Aku terus tersenyum sinis, sengaja membakar hati kedua-dua manusia di hadapanku.

"Nonsense ? Tapi ini apa ? Ril belum buta untuk membaca tulisan Ria,"semerta itu wajahku hangat apabila Hazril menayangkan diaryku. Aku terus menggigit bibir lalu cuba merampas kembali diaryku.

"Hey ! Pulangkan balik. Tak malu ke baca diary orang ?"jeritku geram. Namun Hazril masih belum memulangkan diaryku.

"Ria, jujur Ria. Ria sebenarnya masih sayangkan Ril kan ?"tanya Hazril lagi. Aku terus menghempaskan punggung di birai katil.

"No ! Sudahlah wei, tolong keluar. Aku ngantuk !"ucapku lalu terus membuka pintu bilikku. Namun Diya dan Hazril masih kaku di tempat masing-masing. Aku terus mengetap bibir.

"Okay fine ! Korang nak bebel apa sebenarnya ? Cepatlah cakap !"aku mengalah akhirnya lalu berdiri di tepi tingkap.

"Ria, sebenarnya aku dengan Hazril dah tak ada apa-apa hubungan. Kami dah lama putus, semenjak korang berkahwin. Sebenarnya dulu aku yang selalu paksa Hazril untuk terima aku semula. Tapi dia tetap tolak aku dan aku yakin masa tu yang Hazril dah mula sayangkan kau dan cintakan kau. Masa aku sedar dia sudah menyayangi kau dan cintakan kau, aku iri hati. Aku tabur segala macam fitnah sehinggalah hari kau pergi meninggalkan Hazril. Masa kau pergi aku rasa bahagia sebab akhirnya aku fikir aku dapat bersama dia semula. Tapi aku silap !"Diya terhenti. Aku terus menanti dengan fikiran berkecamuk.

"Cinta Hazril terhadap kau terlalu dalam, akhirnya aku sedar. Aku bukan siapa-siapa lagi untuk dia. Aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku cuba cari kau, tapi aku langsung tak jumpa. Akhirnya aku jumpa parents kau, tanya kau di mana. Masa tu baru aku tahu kau dah keluar negara, tapi aku tidak tahu kau tinggal di mana. Setiap hari lepas waktu kerja aku cari kau dekat airport. Aku nak mohon maaf daripada kau. Sehinggalah hampir dua tahun aku menunggu, aku hampir putus asa,"Diya terus bercerita sambil sesekali aku terdengar esakannya.

"Apabila aku bertemu dengan seseorang yang macam kau beberapa bulan lalu di airport, aku yakin itu kau. Sebab kita dah lama berkawan Ria, walau jauh mana kau melangkah kau tetap dalam ingatan aku. Ketika aku menegur kau, kau terus menafikan bicara aku. Masa tu, aku ingat kau dah lupakan aku. Tapi aku tetap dengan pendirianku untuk memujuk kau supaya terima Hazril semula. Sebab tu aku datang hari ni, aku datang untuk menjelaskan perkara sebenar. So, terpulang pada kau sekarang nak maafkan aku atau tidak. Aku rasa aku dah jelaskan apa yang perlu, aku balik dulu Ria,"serentak itu Diya bangun daripada duduk. Aku terus mengetap bibir lalu memandang ke dada langit.

"Diya, aku dah maafkan kau,"aku bersuara perlahan tanpa memandang Diya sedikitpun. Ego ? Ya, aku ego !

"Terima kasih Ria,"tubuhku terus dipeluk Diya erat. Aku terus membekukan diri. Aku tahu Diya terasa dengan tingkahku, tetapi hatiku masih keras untuk tidak membalas pelukan Diya itu.

"Aku balik dulu Ria, suami aku dah tunggu di bawah. Assalamualaikum,"ucap Diya dan kemudian terus meninggalkan aku dengan Hazril. Fikiranku masih memikirkan bicara Diya sebentar tadi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku hanya mengetap bibir, geram betul dengan Hazril ! Kata nak bawa aku keluar, tapi bayang dia langsung tak nampak. Aku terus menghempaskan punggung di atas sofa. Seketika kemudian, aku terdengar enjin kereta memasuki laman. Aku terus menayang muka ketat. Kepulangan Hazril langsung tidak ku sambut.

"Sayang, sorry ! Abang ada emergency tadi,"ucap Hazril saat di melangkah masuk ke dalam rumah. Sesaat kemudian tubuhku di peluknya daripada belakang. Aku terus membekukan diri.

"Sayang, sorry sangat ! Janganlah marah,"pujuk Hazril lalu pipiku diciumnya bertalu-talu. Aku hanya membiarkannya tanpa sebarang riak. Aku mahu lihat kesungguhan Hazril memujuk aku. Padan muka !

"Ria sayang, please smile. Jangan buat abang rasa bersalah,"rayu Hazril lagi. Aku terus mencebikkan bibir. Aku dengar tawa Hazril meletus.

"Comel lah isteri abang ni !"seraya itu, pipiku dicubit oleh Hazril. Pantas aku menepis tangannya lalu menjeling geram. Sakit okay !

"Alah sayang, say something please. You make me feel guilty !"ujar Hazril sambil melutut di hadapanku. Aku terus membuang pandang ke arah lain. Sengaja menguji Hazril.

"Sayang, baik Ria cakap apa-apa atau abang cium nanti,"ugut Hazril. Sejurus itu aku menekup mulutku. Kejam ! Ada main ugut-ugut benda tak senonoh ?

"Better abang siap sekarang ! Ria nak shopping banyak benda ni,"akhirnya aku bersuara. Namun aku masih tidak memandang wajah Hazril.

"Sekejaplah sayang. Abang nak tidur dulu,"membuntang biji mataku apabila Hazril sudah berbaring di atas sofa.

"Ah, jangan nak gedik ye Encik Tengku Hazril ! Cepatlah, Ria nak cari hadiah untuk baby Diya. Malam karang nak pergi rumah dia lagi,"ucapku geram sambil menarik tubuh Hazril supaya bangun.

"Alah, penatlah Ria !"omel Hazril lagi. Aku hanya buat tidak endah dan terus menarik Hazril supaya bangun.

"Hurry up Tengku Hazril !"ujarku tegas. Aku lihat Hazril hanya menyengih dan kemudian merapatkan tubuhnya ke arahku. Aku hanya memandang dengan riak pelik.

"Cium dulu,"ujar Hazril sambil menunjukkan pipinya. Aku terus mencebik. Ambil kesempatan !

"Apa ? Nak kena tampar ?"aku sudah mengangkat tangan sebelum Hazril berlari menjauhi diriku sambil ketawa.

"Ria kejam ! Tak apa,"aku hanya mengajuk bicara Hazril apabila lelaki itu sudah menghilangkan diri ke dalam bilik.

Sementara menanti Hazril bersiap, aku terus bermenung. Terbayang kembali peristiwa beberapa bulan lalu. Peristiwa yang menjadikan hubungan aku dan Hazril kembali pulih.
Selepas saja Diya pulang, aku dan Hazril terus mendiamkan diri buat beberapa ketika. Setelah agak lama keadaan menyepi, akhirnya Hazril bersuara.

"Ria, Ril dah tak tahu nak cakap apa. Semuanya Diya dah jelaskan tadi. Ril cuma harap Ria dapat terima Ril dalam hidup Ria. Berikan Ril peluang kedua. Ril janji, Ril tak akan kecewakan Ria lagi. Tapi Ril tak paksa Ria, semuanya bergantung pada Ria,"ujar Hazril ringkas. Aku terus bungkam. Seketika kemudian aku melepaskan keluhan berat lalu berpaling ke arah Hazril yang sudah bersedia untuk melangkah pergi.

"Ria nak minta maaf atas apa yang telah Ria lakukan. Ria terlalu ikutkan kata hati. Maafkan Ria. Ria bersalah kerana buat macam ni. Ria membabi buta dalam membuat keputusan,"ujarku lirih. Pandangan mataku dan Hazril bertaut seketika sebelum dia merapatiku dan memeluk erat tubuhku. Aku terus menitiskan air mata. Akhirnya aku kalah, kalah dengan pendirianku sendiri.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Ria, kau bila lagi ?"aku hanya menyengih apabila Diya mengutarakan soalan.

"Apa yang bila ?"sengaja aku buat tidak faham.

"Kalau aku debik kau, baru kau faham agaknya,"ujar Diya sambil mencerlung ke arahku. Aku hanya mengekeh.

"Amboi kau, dah jadi mak orang pun ada hati nak debik aku kan ?"ucapku dalam tawa. Diya hanya mengetap bibir.

"Sudahlah Ria, meroyan aku layan kau !"Diya terus menjeling tajam ke arahku. Aku hanya ketawa dan kemudian bangun meninggalkan Diya seketika.

"Abang, meh sini join Ria kejap. Ada benda nak cakap ni,"aku memanggil Hazril yang sedang rancak berbual dengan suami Diya, Faris. Beberapa minit kemudian, muncul Hazril dan Faris di sisiku. Mereka hanya memandang ku pelik, begitu juga Diya.

"Ada apa sayang ?"tanya Hazril lembut. Aku hanya menghadiahkan senyuman buatnya. Pandanganku bertaut dengan pandangan Diya yang kebingungan.

"Err~ tadi pagi Ria pergi klinik..."

"Kenapa ? Sayang sakit ke ?"belum sempat aku menghabiskan ayat, Hazril terus kalut memeriksa tubuhku. Beberapa kali dia meletakkan belakang tangannya di atas dahiku. Aku hanya ketawa kecil.

"Hish, abang ni kalut lah ! Dengar lah dulu,"marahku lalu menolak tangan Hazril. Aku malu apabila Hazril berbuat begitu dihadapan Diya dan Faris.

"Tadi pagi Ria pergi klinik sebab buat medical check up. Beberapa hari ni Ria rasa pening tahap nak pengsan, Ria syak Ria ada migrain. Lepas je check up tadi, sebenarnya Ria tak ada migrain. Tapi Ria ada penyakit lain,"sengaja aku berhenti di situ. Aku lihat riak kerisauan di wajah Hazril dan juga Diya.

"Ria sakit apa ?"tanya Hazril lagi. Tanganku digenggamnya erat.

"Err~ doktor kata sakit Ria ni hanya boleh baik lepas sembilan bulan sepuluh hari,"aku terus menduga Hazril.

"Ria, kau..."bicara Diya terhenti di situ sebelum dia ketawa lepas. Aku dapat lihat air matanya mengalir, mungkin terlalu gembira.

"Hei, abang tak faham lah !"aku hanya tersenyum apabila suara Hazril menyapa gegendang telinga.

"Hazril, kau ni lembab lah. Ria tengah pregnant sekarang. Congrates,"ujar Faris selamba. Aku terus mengulum senyum. Anak mata Hazril terus melekat di wajahku.

"Are you serious sayang ? Ya Allah, alhamdulillah,"seraya itu tubuhku dipeluk Hazril. Aku terus melepaskan diri.

"Hei, abang ni tak malu betul lah ! Kan ada Diya dengan Faris,"ucapku dengan nada geram, namun Hazril terus ketawa lepas. Diya dan Faris terus memandang ke arah kami dengan senyuman yang mekar di bibir masing-masing.

Comments

TiranaAduka said…
penulisan yg bgus. Ikhlas dari tirana aduka.maaf saya baca.
RyanaSakura said…
Bestt sesangattt
Unknown said…
Great story.the story its just like my life.I can feel it.
Unknown said…
Great story.the story its just like my life.I can feel it.
Anonymous said…
Best tpi mcm mna Diya knal dgn Faris tu ehh
Unknown said…
Nice ❤💕

Most readers

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.