Followers

BICARA BLOGGER

Assalamualaikum pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Ruangan ini memang dikhaskan untuk cerpen dan novel karya asli saya sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis. Saya hanya seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan novelis.

Maafkan saya andai apa yang kalian baca nanti ada yang menyinggung perasaan kalian. Saya masih bertatih dalam bidang menulis ini kerana saya tidak pernah ada asas. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Harap kalian terhibur dengan coretan saya ini. TERIMA KASIH :)

-Mirra Nadhira Mustaffa-

Friday, 2 November 2012

novel : hey, my diary ! 21



"I'm sorry but i love you, I'm sorry if i miss you,"punya syok aku menyanyi sambil membawa motor selaju mungkin. Huwaa ! Enjoy yourself Mina !!!

Pinnnnn...

"Argh !!!"aku menjerit sebelum motorku terjunam ke dalam longkang. Busuknya bau longkang ni. Benci,benci ! Seraya itu aku berpaling ke arah pemilik kereta yang tidak beradab itu.

"Hoi minah ! Kau kenapa langgar aku ? Aku sekeh jugak kepala kau !" ucapku geram sambil menikam tepat anak mata perempuan seksi itu. Eh, macam kenal lah. Seraya itu aku memerhatikan lekuk tubuh wanita itu. Oh girl ! Ini bukan ke tunang Irfan yang ada skandal dengan bos dia tu ke ?

"Eh, you lagi ? Kenapalah I asyik jumpa you je ?"ei, gediknya minah ni. Aku cili juga mulut dia. Nak ber'I' ber'you' konon. Puihh !

"Aku pun pelik kenapalah aku asyik jumpa muka kau. Eh, kau ni tak pernah cukup duit ek ?"sengaja aku bertanya begitu.

"Hei, you nampak tak I bawak kereta apa ? Audi you ! Means, I kaya okay,"ceit, aku pijak jugak minah.

"Oh, kaya rupanya. Tapi kenapa setiap kali aku jumpa kau, kau mesti pakai baju koyak sana, koyak sini ? Selekeh you know,"aku sengaja membalas bicara wanita itu dengan nada gedik. 

"Huh, menyampah I !"astaghfirullah. Kenapalah wujud lagi manusia tidak cukup sifat seperti ini dalam dunia ? 

"Whatever der. Sekarang ni siapa nak bayar ganti rugi semua ni ? Bak cepat RM 300. Aku nak repair motor kesayangan aku ni,"

"Hei, it's not my fault. You yang bawak botor menonong je tadi,"ei, minah ni kan ! Sabar Mina, sabar.

"Tak nak bayar ya ? Hurm, maybe I can get the pay from Irfan,"sengaja aku menekan nama Irfan di hadapan wanita itu. Wajah wanita itu sedikit berubah.

"Hey, buat apa you minta dia ? I boleh bayar lah. Setakat RM 300 apalah sangat !"dengan angkuhnya wanita itu bersuara. Aku hanya mencebik.

"Bak lah cepat !"mintaku terus. Argh, dengan minah tak cukup sifat ni tak boleh bagi muka. Ada kang dia pijak kepala.

"Huh, I tak bawa duit lah. Esok jumpa I dekat Tutti Frutti lah,"tadi belagak sangat macam banyak sangat duit dia, tapi bila aku minta tak ada pulak. Hampeh !

"Ah, aku tak percaya !"

"Ish, nah you ambik kad I. Esok you call I. Okaylah, had to go !"pamit wanita seksi itu. Aku hanya memandang.

"Okaylah, had to go,"aku mengajuk bicara wanita itu dengan nada gedik sebelum mendengus geram.

"NurFaizura binti Fahmi,"oh, Faizura nama dia. Ingatkan mat salleh sangat nama dia sebab perangai tak serupa orang melayu pun. Tergedik-gedik mengalahkan sotong yang tak ada tulang belakang. Ei, selisih !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Oit mak cik, kau mandi longkang ke apa ? Busuk semacam je ni, dah lah kotor baju kau tu,"huh ! Menyemak lah mangkuk ayun ni. Aku tengah hot and spicy ni. Ada kang yang makan tapak.

"Kau pergi main jauh-jauh boleh tak ?"jawabku geram apabila melihat Amir menutup hidung. Eleh, macamlah dia tu wangi sangat ! Wangi lagi kambing dekat Nurfa Farm Stay. 

"Aku tanya kenapa je kut, yang kau meroyan pergi marah aku kenapa ?"hish, dia ni suka sangat cakap aku meroyan. Kalau aku meroyan betul-betul baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

"Patik tiada mood untuk menjawab soalan tuan hamba. Persilakanlah tuan hamba get out !" geram pula aku apabila mamat poyo plus selenge ni masih tak reti blah.

"Alah, jangan lah marah. Ye lah, aku blah ni. Tapi nanti malam jangan lupa cerita dekat aku tau ! Aku tunggu dekat tempat biasa okay. Dah pergi mandi, busyuk !"ucap Amir sambil menutup hidung sebelum berlari pergi. Hish, ada jugak yang kena luku dengan aku ni. Huh ! Sabar Mina.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"What ?! Minah sewel tu langgar kau ?"bergema suara Amir dibawah pokok itu. Aku terpinga-pinga seketika. Apa jadah dia pulak yang nak mengamuk ni ? Aku okay je.

"Kau over sangat apa hal ?"soalku dengan dahi berkerut.

"Sebab aku sayang kau. Eh, kau kan kawan aku !"hah ? Apa mamat poyo plus selenge ni merepek ? Aku kebingungan seketika sambil menggaru kepala yang tidak gatal. 

"Err~ sure kau okay ni ?"Amir terus menukar topik perbualan. Aku yang masih kebingungan hanya mengangguk.

"Habis esok kau nak jumpa dia dekat mana ? Dengan siapa ?"soal Amir bertalu-talu.

"Err~ dekat Tutti Frutti lah. Sorang je kot,"jawabku sambil terus membuang pandang ke arah sebuah kereta yang melintas di hadapan kami.

"Err~ aku join lah,"

"Nak buat apa ?"tanyaku tidak puas hati apabila Amir  ingin mengikut ku bertemu dengan minah gedik tu esok.

"Err~ saja. Dah, sekarang ni kau pergi balik. Esok kita pergi sama-sama !"ei, dia ni kenapa pelik sangat malam ni ? Macam tak betul je.

"Eh, kau kenapa ek hari ni ? Aku rasa sedikit kepelikan,"soalku sambil menjongket sebelah keningku, membuat gaya ala-ala Ziana Zain.

"Err~ aku tak ada apa-apa lah. Dah, pergi balik ! Esok jangan tinggalkan aku. Kalau tak aku luku kepala kau,"ucap Amir sambil menarik lenganku supaya bangun daripada duduk. Setelah aku berdiri, dengan pantas dia menarik aku menuju ke rumah. Huh ! Selenge betul mamat ni. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Wow, gorgeous !"aku hanya mencebik sebaik saja terdengar ayat yang keluar daripada mulut Faizura. Matanya tidak lepas-lepas daripada menatap wajah Amir yang berada di sisiku. Ei, menyampahnya aku dengan minah ni !

"Hai, I'm Faizura,"ucap Faizura lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Amir. Seraya itu aku menyambut huluran tangannya itu. Banyak cantik nak pegang tangan tunang aku ! Opss.. Aku terdengar dengusan kasar yang terbit daripada bibir Faizura sebelum dia menjeling tajam ke arahku. Aku hanya buat muka selenge.

"Siapa nama you, gorgeous ?"aku berpura-pura tersedak apabila terdengar suara Faizura yang sedikit gedik itu. Ei, dia ni kenapa ? Tunang aku pun dia nak sebat. Geramnya ! Omelku dalam diam.

"Saya Amir, tunang Mina,"aku tersenyum bangga apabila melihat wajah Faizura yang sedang bengang. Kenapa muka dia ni lagi teruk daripada ayam beruk kapur pulak ? Amir cakap apa je tadi ?

"Oi, kau cakap apa ?! Aku luku kepala kau !"jeritku apabila aku teringat semula kata-kata Amir sebentar tadi. Amir terus menyengih, menayang baris giginya.

"Ehem. Eh you, nah duit semalam. Okay lah, got to go,"aku tercengang apabila Faizura bersuara tiba-tiba dan kemudian meletakkan beberapa keping not RM 50 sebelum dia berlalu. Duit yang diletakkannya di atas meja hanya ku pandang dengan pandangan geram. Hei, dia ingat aku ni peminta sedekah ke sampai dia buat macam ni ?

"Wow, jom belanja aku baju sepasang,"aku hanya mencebik pada Amir yang sedang tersengih sambil mengambil duit yang baru diletakkan oleh Faizura. Aku hanya menjeling tajam sebelum merampas duit di tangan Amir.

"Huh, kedekut !"ucap Amir lalu menjelir lidah. Aku hanya buat tidak endah dan terus bangun untuk berlalu.


p/s..
maaf atas kelewatan menyambung novel HMD ini :) enjoy~

3 comments:

mailey jayley said...

sweet ~ walaupun nie first time terjah bloh HMD ~ ^_^

yayahnasake said...

sweet dan romantik :)

keep it up

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA said...

terima kasih tau sebab beri komen.. :)