novel : hey, my diary ! 22


Aku kebosanan pagi ini memandangkan tiada kerja yang hendak aku buat. Tiba-tiba aku teringatkan Irfan. Lama aku tak jumpa dengan kawan aku tu. Segera telefon bimbit di atas meja aku capai, lalu mendail nombor Irfan. Beberapa saat kemudian, terdengar suara Irfan dihujung talian.

"Oit, kau dekat mana ni ?"tanyaku tanpa salam.

"Assalamualaikum. Aku dekat kedai buku macam selalu lah. Kenapa ?"

"Ops sorry ! Wasalam. Aku bosan lah duduk rumah ni, aku datang sana ek. Ada novel baru tak ?"aku hanya menyengih apabila diperli oleh Irfan.

"Ada.Kau datang lah, aku tunggu ni,"ucap Irfan dan aku terus mematikan talian. Aku terus bersiap ala kadar saja dan menggapai kunci motor EX5 biruku. Sebelum berangkat, sempat lagi aku memberitahu ibu. Ibu hanya mengangguk.

10 minit di atas jalan raya, aku akhirnya tiba di destinasi yang ingin aku tuju. Motor ku letakkan di tempat parking motor khas sebelum melangkah masuk ke dalam kedai buku milik Irfan.

"Oit Mina, sini lah !"gamit Irfan apabila kakiku melangkah masuk ke dalam kedai bukunya itu. Aku terus tersenyum lebar dan kemudian menghampiri Irfan.

"Mana novel baru tu ? Apa tajuknya ? Siapa penulisnya ?"soalku bertalu-talu sambil mataku melingas memandang ke ruang novel.

"Eh dia ni. Datang sini bukan nak tanya khabar kita, terus ditanya pasal novel. Hish, benci lah !"ucap Irfan sambil berpura-pura merajuk. Aku hanya tertawa kecil.

"Alah baby, baby janganlah merajuk. Nanti tak comel lah ! Baby nak coklat tak ? Nanti kakak belikan ya,"sengaja aku bersuara ala-ala seorang kakak yang sedang memujuk adik kecilnya. Aku lihat Irfan hanya mencebik sebelum menjeling tajam ke arahku.

"Tak nak !"ceit dia ni ! 

"Tak nak tak apa lah. Untung kakak dapat beli novel daripada belikan kau coklat. Haha,"aku ketawa besar dihujung bicara. Segera aku melangkah ke bahagian novel, meninggalkan Irfan sendirian.

"Oit, mana novel best tu ?"tanyaku pada Irfan apabila Irfan sudah menghampiri aku.

"Ada dekat dalam bilik aku. Jom lah pergi ambik,"membuntang mataku apabila Irfan berkata begitu. Gila apa nak ajak aku masuk bilik dia ?

"Oi, kau ni mereng ke sengal ? Takkan lah aku nak pergi rumah kau lepas tu ambik novel tu dekat dalam bilik kau. Ei, rela aku ambik novel yang ni je,"aku mengomel panjang. Aku lihat Irfan menepuk dahinya dengan wajah merah menahan malu.

"Kau lah yang mereng. Aku tak cakap pun novel tu dekat dalam bilik rumah aku. Aku cuma cakap novel tu dalam bilik aku. Means pejabat tu lah,"ucap Irfan sambil menunjukkan ruang pejabatnya. Mukaku terus terasa panas. Padan muka aku, otak kuning sangat ! Huh.

"Dah jom,"ajak Irfan lalu melangkah ke arah ruangan pejabatnya. Aku hanya mengekor daripada belakang sambil mengetap bibir.

"Nah novel kau. Yang ni free of charge, tapi kau kena teman aku pergi minum dulu okay !"Irfan menyerahkan novel yang bertajuk Love You, Mr Arrogant kepadaku. Aku terus membelek novel itu tanpa mempedulikan Irfan yang sedang membebel. 

"Oi sudah-sudahlah kau belek novel tu. Dah cepat teman aku minum. Aku ada hal sikit nak cakap,"termangu aku apabila disergah oleh Irfan tiba-tiba. Namun aku teruskan juga mengikut langkah kaki Irfan menuju ke restoran yang dibawa oleh Irfan.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Mina, kau dah buat keputusan pasal majlis kahwin kita tu nanti ?"tersedakku apabila Irfan bertanya begitu. Cepat-cepat dia menghulurkan tisu buatku dan aku menyambutnya sebelum mengelap mulutku.

"Entah lah wei. Kau ?"tanyaku pada Irfan pula. Tiba-tiba aku terfikir kalau ikut perancangan abah, lagi seminggu je majlis tu akan berlangsung. Memang selenge betul lah aku ni sebab lupa terus pasal benda ni semua. Tu lah padahnya bila aku buat tidak endah saja apabila ibu sibuk menyediakan barang-barang perkahwinanku. 

"Aku ikut je. Aku... sebenarnya dah..."belum sempat Irfan menghabiskan bicara, telefon bimbitku berdering. Segera aku mengambil telefon bimbit di dalam kocek lalu melekapkannya di telinga.

"Hello wei, lu dekat mana ni ?"ei mamat ni, tak reti nak bagi salam dulu ke ? Main sergah je, nasib aku ni tak melatah. Kalau tak, jatuh saham aku !

"Assalamualaikum. Ye pak cik, gua dekat restoran dengan Irfan. Lu apa hal ?"ujarku lalu memandang wajah Irfan yang berada di depanku. 

"Restoran mana ? Sampai hati lu keluar dating tak ajak gua,"ucap Amir di hujung talian. Aku hanya mencebik.

"Apa jadahnya aku kena ajak kau. Buat semak je ! Dah tak payah nak menyibuk, kau tengah kerja kan ? Jangan nak curi tulang !"aku membebel panjang.

"Alah, gitu lah kau kan. Tak apa ! Aku balik kerja nanti siap kau,"aku hanya mencebik seolah-olah Amir berada di hadapanku.

"Kau ingat aku kisah ? Aku ngadu dekat abah nanti yang kau selalu buli aku ! Dah, pergi sambung kerja kau sana !"

"Eleh, ye lah ! Bye sweetheart. Sayang kau lebihlah,"erk~ aku terkedu seketika sebelum talian di matikan. Gila betul mamat poyo plus selenge ni. Segera aku menyimpan kembali telefon bimbitku di dalam kocek seluar.

"Siapa ?"soal Irfan sambil mengangkat kening.

"Siapa lagi kalau bukan mamat poyo plus selenge tu. Menyampah aku sebab hari-hari dengar suara dia. Tengah kerja pun sempat lagi call aku,"aku mengomel di hadapan Irfan. Irfan hanya ketawa besar.

"Mesti si Amir ni kan ? Dia dah kerja ? Bila start ?"soal Irfan bertubi-tubi. Aku  hanya mengangguk.

"Baru 3 hari. Tapi 3 hari tu aku rasa macam 3 tahun lah dia tak jumpa aku. Kejap-kejap call, tanya dah makan ke belum. Aku dekat mana. Ei, menyemak betul !"aku mengumam di hadapan Irfan. Irfan hanya ketawa terkekeh-kekeh. Hish, suka betul mamat ni.

"Tu maknanya dia sayang kau,"sayang ? Aku terpempan. Tadi pun si Amir ada cakap perkataan sayang. Hish, merepek !

"Ah, tak ada maknanya ! Dia tu memang gedik. Eh, tadi kau cakap ada benda nak bincang. Apa dia ?"aku terus menukar topik perbualan kerana malas untuk berbahas mengenai Amir lagi. Tak pasal aku perasan nanti.

"Err~ tak ada apa lah. Maybe aku patut cakap dengan Amir je,"mendengarkan bicara Irfan itu, membuatkan wajahku berubah kelat. Kenapa dia tak nak cakap dengan aku je ? Menyibuk lah si Amir tu.

"Ye lah. Eh, aku nak blah dulu ek. Assalamualaikum bro,"pamitku apabila terasa terlalu lama aku di situ. Aku nak balik baca novel ni lagi bagus. Tak payah nak serabutkan kepala otak fikir macam-macam.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku terkedu saat melangkah masuk ke dalam bilikku. Seraya itu aku melangkah keluar semula dan memandang ke arah dada pintu. Betullah ni bilik aku. Tapi kenapa lain bebenor ni ? Tadi pagi biasa je.

"Ibu !!!"aku memanggil ibu sekuat hati. Ibu yang berada di tingkat bawah terkocoh-kocoh memanjat anak tangga lalu menghampiriku.

"Ibu kenapa bilik Mina jadi macam ni ? Mina tak suka lah bu,"rengekku sambil memeluk pinggang ibu. Aku lihat ibu menghembuskan nafas lega.

"Kau ni Mina, ibu ingat kan kenapa lah kau menjerit. Buat takut orang je. Bilik kamu ni tadi mak andam tolong kemaskan. Sekarang dia dah balik, kalau nak tukar apa-apa esok je la,"cerita ibu. Aku hanya melongo kerana blur.

"Err~ kenapa pulak bilik orang jadi mangsa !"omelku lagi. 

"Dah kau yang nak kahwin. Jadi bilik kau lah mak andam tu kemaskan. Tak kan bilik ibu dengan abah pulak,"ucap ibu lalu melangkah masuk ke dalam bilikku yang sudah berhias cantik.

"Ei, Mina tak suka lah bunga-bunga ni semua. Semak je ! Buanglah bu,"rengekku lagi sambil tangan ku menarik sekuntum bunga plastik berwarna biru yang di gantung di dinding. 

"Eh kau ni, aku luku kepala kau ! Dah tangan tu jangan nak menggatal usik sana sini. Kalau ibu tahu kau buang atau cabut bunga-bunga ni semua, siaplah kau !"bebel ibu sambil memberi amaran. Sejurus itu ibu meninggalkan aku sendirian di dalam bilik berwarna biru itu. Biru ? Yeah, my favourite colour ! Tapi menyemak lah segala macam bunga ni semua. Ingat bilik aku ni taman bunga ke apa ? Huh ! 

Tiba-tiba telefon bimbit yang ku letakkan di atas meja berdering nyaring. Segera aku menggapainya lalu meneliti baris nama yang terpamer.

AMIR si POYO

Hish, apa lah mamat ni nak ? Tak habis-habis call aku. Aku dah lah tengah bengang ni sebab bilik aku dijadikan taman bunga. Omelku sendirian menekan butang answer.

"Hello dey !"ucapku tanpa salam.

"Assalamualaikum,"erk~ kejam lah dia ni ! Suka perli aku.

"Wasalam. Hah kau nak apa ? Aku tengah bengang tahap gaban ni !"bebelku dengan muka mencuka.

"Kau bengang kenapa pulak ? Irfan buat kau apa ?"soal Amir tanpa mempedulikan pertanyaanku padanya.

"Bukan Irfan lah. Tapi aku tengah bengang sebab mak andam mana entah syok je jadikan bilik aku macam taman bunga. Rimas okay !"aku mengadu pada Amir. Hey, biarlah aku nak mengadu dekat dia. Dia kan diary aku !

"Lah, pasal tu kau bengang sangat ? Okay lah tu dia hias jadi macam taman bunga, buatnya dia hias jadi tempat pelupusan sampah kau nak ?"aku mengetap bibir apabila terdengar tawa Amir di hujung talian. 

"Huh, kau ni kalau ada depan mata aku memang dah lama aku wrestling kepala kau sampai koma,"

"Kalau aku koma, kau tak boleh kahwin,"

"Apa ?! Tak faham lah,"tanyaku sedikit menjerit.

"Err~ tak ada apa. Eh, tadi Irfan ada cakap apa-apa dekat kau tak ?"tanya Amir seraya menukar topik. Aku hanya mencebik lalu menuju ke birai katil sebelum melontarkan tubuhku yang bersaiz L ke atas katil.

"Cakap amende ? Tak ada apa pun,"jawabku jujur.

"Oh, tak ada eh ? Tak apa lah,"ucap Amir pula. Aku hanya memandang syiling.

"Amir, lagi berapa hari ek aku jadi single ni ? Aku tak percaya pulak aku dah nak jadi isteri orang. Lepas ni susahlah aku nak jadi diary kau,"tanpa sedar aku meluahkan perasaan pada Amir. 

"Tak silap aku dalam lima hari lagi kot. Tak apa kalau kau dah jadi isteri orang pun, kau tetap akan jadi diary aku. Laki kau tak marah punya,"ujar Amir lalu ketawa. Aku turut tersenyum.

"Eh, dah lah. Kau pi sambung kerja sana ! Semak je call aku. Jumpa tahun depan lah,"

"Eleh, ye lah. Bye sayang,"aku terpempan. Dia ni suka buat ayat penutup macam tu. Geli okay !

p/s..
LAST chapter update~ :)

Comments

Unknown said…
i think best cerita ni :D
suke-2 cerita awk..keep going yeah ^^

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.