novel : hey, my diary ! 23


Aku terjaga ketika terdengar suara orang berbual sakan di tingkat bawah. Aik, macam mana aku boleh tertidur ni ? Tadi lepas membebel dengan Amir, aku terus tidur ke ? Hish, teruk anak dara macam ni.

Perlahan-lahan aku menapak turun ke tingkat bawah dengan mata yang sedikit terpejam. Apabila tiba saja di tingkat bawah, mata yang sedikit terpejam terus terbuka luas. Mak bapa Irfan ? Haih, mati aku !!!

"Hai Mina, baru bangun ?"dush ! Aku terasa macam kena tumbuk betul-betul dekat batang hidung aku yang sedikit mancung ni. Aduh, sakitnya sampai ke lubuk hati. Okay tipu !

"Err~ a'ah mak cik,"jawabku dan terus bersalam dengan tetamu yang datang. Kemudian aku terus menghilangkan diri ke dapur sambil mengetap bibir. Tiba-tiba anak mataku terpandangkan cekodok pisang di atas meja. Rezeki ni ! Sepantas kilat aku mengambil tempat di hujung meja lalu menyambar sebiji cekodok pisang di dalam pinggan.

"Oi Mina, kau dah basuh muka belum ?"burrr ! Menyembur segala isi di dalam mulutku apabila disergah oleh ibu tiba-tiba. Hish, ibu ni suka main aci redah je !

"Err~ belum. Lupa pulak !"ucapku dan terus mengunyah cekodok pisang.

"Hei, serabai betul anak dara sorang ni ! Nasib lah aku dapat anak dara macam ni,"aku terdengar ibu membebel, namun sedikit pun tidak ku endah. Makan didahulukan, kenyang diutamakan !

"Bu, apa hal dia orang datang ?"soalku pada ibu apabila persoalan itu menerjah minda. Aku lihat ibu sedikit gelisah.

"Err~ dia orang nak batalkan majlis kahwin kamu,"aku tercengang. Biar betul ? Lagi berapa hari je kot. Tapi, okay jugak dibatalkan. Tak payah lah aku sibuk nak fikir pasal benda ni lagi, lepas ni hidup aku akan bebas ! Yahoooo...

"Serious ? Yesss !!!"tanpa sedar aku menjerit kegembiraan.

PAPPP !

"Aduh, ibu ni kenapa pukul orang pulak !"aku menarik muncung sambil mengusap pahaku kerana dipukul ibu.

"Kau lah tu. Cubalah control sikit, kan ada tamu tu,"aku hanya mencebik dan kemudian tersengih. Hish, sebiji macam orang gila aku ni.

"Bu, orang nak call Amir kejap ek. Bye,"ucapku pada ibu lalu berdesup menuju ke tingkat atas.

Telefon bimbit yang ku letakkan di bawah bantal segera aku capai dan nombor telefon Amir terus ku cari. Hah ! Jumpa. Seraya itu perkataan call aku tekan.

TUUUTTTT..

"Hish mana pulak mamat ni ? Aku sekeh juga kang sebab tak angkat call aku !"aku mengomel sendirian dan cuba mendail semula. Namun hampa apabila panggilan masih lagi tidak bersambut.

Setelah hampir 10 kali aku mendail, aku mengalah. Mungkin dia ada hal kot. Tak apa, nanti malam aku serbu rumah dia lah. Sekarang ni baik aku turun bawah jumpa dengan family Irfan.

"Mina, maaf pasal semua ni,"ucap bapa Irfan, Encik Jefri apabila terpandangkan wajahku. Aku hanya tersenyum.

"Tak apa lah pak cik. Saya tak kisah pon,"aku membalas sambil tersenyum. Eleh, bukannya mereka tak tahu yang aku memang tak nak dekat Irfan tu.

"Err~ Mina tak marah ke ?"tanya ibu Irfan pula, Puan Maimun.

"Alah, nak marah apanya. Mungkin Irfan dah jumpa yang terbaik untuk dia. Saya tak kisah, malah saya turut happy tau,"jawabku sambil ketawa kecil. Tapi, kenapa mereka putuskan nak batalkan pernikahan ni ?

"Err~ mak cik, pak cik boleh tak saya nak tahu kenapa majlis ni dibatalkan ? Mesti ada cerita kan ?"tanyaku setelah sekian lama menyepi.

"Err~ macam mana nak cakap ya. Hurm, sebenarnya Irfan dah jumpa orang lain. Err~ lagipun dia kata Mina pun dah ada orang lain,"aku sentap sedikit. Sejak bila pulak aku ada orang lain ? Mampus aku kena soal siasat dengan abah dan ibu kejap lagi.

"Oh, bila dia orang nak nikah ?"soalku cuba menahan gugup apabila teringatkan reaksi abah dan ibu sebentar lagi.

"Err~ sama macam tarikh majlis tu nanti,"aku hanya mengangguk. Okay, cukuplah point untuk aku 'bahan'kan Irfan nanti. Siap lah kau Irfan ! Hahaha.

"Kami minta diri dulu ye. Maafkan kami kalau apa yang berlaku ini menyusahkan pihak kalian,"pinta abah Irfan setelah sekian lama mereka di rumahku. Aku menghantar kepulangan mereka hingga ke muka pintu dengan senyuman kebebasan.

Apabila hilang saja mereka daripada pandangan, aku terus melangkah masuk semula dan mengemas cawan-cawan di atas meja. Sebenarnya dada aku berdegup kencang, takut abah persoalkan siapakah orang yang aku suka itu sedangkan aku sendiri tak tahu siapa. Ya Allah, jangan lah abah tanya !

"Engkau duduk di situ, diam tersipu malu, mahu mendekati aku,"rancak aku menyanyi sendirian di dapur sambil membasuh cawan. Ibu dan abah sedang berbual di ruang tamu. Entah apa yang mereka bincangkan, aku sendiri tidak tahu.

Usai mengemas di bahagian dapur, aku kembali ke ruang tamu. Tiba-tiba anak mataku terpandangkan dulang hantaran yang diletakkan di sudut ruang tamu. Aku tahu tu dulang hantaran untuk majlis kahwin aku dengan Irfan yang akan berlangsung 5 hari lagi, tetapi nak buat macam mana dah tak ada jodoh aku dengan dia. Masuk lah semula dalam kotak dulang-dulang tu.

Apabila aku pasti bahagian ruang tamu sudah bersih, aku kembali ke bilikku. Apa yang aku nak buat ek ? Nak rempit dah dekat maghrib ni. Baik aku pergi mandi dulu lepas tu solat. Malam nanti nak jumpa Amir pula. Aku membebel sendirian lalu menghilangkan diri di balik pintu bilik air.


p/s..
maaf sebab lambat sambung novel HMD ini.. MM sedang cuba habiskan novel ini~ TERIMA KASIH kepada yg sedia menunggu :)

Comments

aeinio said…
http://aeinisugar.blogspot.com/2012/11/masih-sembunyi-ms-5.html
jemput baca novlog akak setiap tengah malam...

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.