novel : hey, my diary ! 24

"Amir, kau sure ke orang akan pandang serong bila benda ni berlaku ?"tanyaku sedikit resah. Entah mengapa tiba-tiba pesoalan itu menerjah minda.

"Err~ itu mesti,"jawab Amir bersahaja. Aku mengetap bibir.

"Habis apa aku nak buat sekarang ?"peluh dingin sudah memercik keluar. Apakah yang akan diperkatakan oleh orang apabila majlis pernikahan itu terpaksa dibatalkan ? Mengapa aku tidak fikir petang tadi ? Argh, serabut !

"Buat apa, kahwin lah !"

"Oi mangkuk ! Aku nak kahwin macam mana kalau tak ada pengantin lelaki ? Nak suruh aku yang pergi shake hand dengan tok kadi tu ? Selenge lah kau ni,"aku sudah naik hantu apabila Amir hanya buat endah tidak endah saja. Macam ni diary aku ? Hampehh !

"Siapa suruh kau shake hand dengan tok kadi. Kau tahu tak dosa,"eiii !!! Sabar Mina sabar.

"So, apa aku nak buat sekarang ni abang sayang intan payung,"ucapku sambil mengetap bibir. Betapa tahap kegeraman aku sudah mencecah ke tahap maksimum.

"Kahwin je lah dengan aku,"burrrr ! Gila ke apa mamat ni ? Aku luku kepala dia, tak pasal benjul.

"Kau ? Aku tak nak lah kahwin dengan mamat yang poyo plus selenge macam kau. Not my taste okay !"ucapku dengan kening terjongket sebelah.

"Eh, puiihhh ! Not my taste konon, kau ingat kau tu taste aku sangat ? Badan macam lelaki, gemuk pulak tu ! Kau tahu tak sebab apa aku suruh kau kahwin dengan aku ? Sebab kalau kau tak kahwin dengan aku, sampai ke tua lah kau tak kahwin,"aku mengerutkan dahi mendengar ayat yang terbit daripada bibir Amir itu.

"Kau ingat aku ni tak laku sangat ke ? Kau tahu tak, ramai tau lelaki..."

"Eleh, kau kena faham orang yang gendut-gendut macam kau ni memang susah punya nak dapat jodoh. Terima lah kenyataan ye,"belum sempat aku menghabiskan bicara, Amir sudah memotong. Siap dia perli aku lagi tu. Ni yang aku hangin tahap volcano nak meletup ni !

"Mulut kau ni macam tak pernah kena cili. Nak aku bagi kau rasa ke ?"soalku dengan wajah merah menahan sakit hati. Mulut kalau tak pernah bayar insuran memang macam mamat poyo plus selenge ni. 

"Terima kasih je lah ye. Dekat peti ais rumah aku banyak cili,"ucap Amir lalu mencebik. Ei, dia ni ! Aku 'debik' kang, koma sebulan.

"Dah lah, buat semak kepala otak aku je layan kau. Aku blah dulu lah ye pak cik,"aku meminta diri lalu bangun untuk berlalu pergi. Aku lihat Amir turut mengikut langkah ku dan pulang ke rumahnya.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku terkujat seketika apabila sepasang baju pengantin berwarna biru laut ibu tayangkan di hadapan mataku. Macam kenal baju ni. Desis hatiku lalu perlahan-lahan tanganku memegang baju itu.

"Bu, baju ni untuk siapa ?"soalku sambil mengangkat kening. Ibu hanya tersenyum.

"Untuk kau lah,"jawab ibu ringkas dan padat. Aku melongo dan kemudian menggaru kepala yang tidak gatal.

"Untuk orang ? Nak buat apa ? Bukan orang jadi nikah pon,"mendatar suara ku. Dahiku berkerut seribu cuba mengingat semula di mana aku nampak baju ini. Namun segalanya sia-sia. Inilah padahnya kalau banyak sangat telan semut. Erk~

"Kau pakai je lah masa hari yang sepatutnya majlis kau dengan Irfan berlangsung. Ada kenduri sikit. Okay ? Lagipun ibu tengok cantik jugak baju ni. Pakai tau,"sejurus itu ibu meninggalkan aku terpinga-pinga. 

Baju pengantin berwarna biru laut itu aku tenung. Tak kan lah ibu dah dapat pengganti Irfan. Hish, mustahil ! Tapi kenapa ibu suruh aku pakai baju ni ? Ni yang aku musykil ni. Omelku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Hish, botak kepala aku kalau asyik digaru je. 

"Ibu !"aku memanggil nama ibu seraya melangkah turun. Aku lihat kelibat ibu di dapur dan aku terus menghampirinya.

"Ibu, Mina nak ibu jawab dengan jujur. Ibu dah ada pengganti Irfan ke ?"aku lihat ibu sedkit tersentak apabila aku bertanya tiba-tiba. Ibu meneruskan kerjanya mengacau kuah kari.

"Ibu..."rengekku apabila soalan ku sebentar tadi tiada jawapan.

"Err~ dah. Majlis tu tetap berlangsung macam biasa, cuma pengantin lelaki dia bertukar,"jawab ibu sedikit gagap. Aku menghela nafas berat. Aku ingat aku dah tak jadi kahwin, rupanya jadi juga.

"Siapa dia ?"tanyaku lagi. Namun nada suara ku sudah mengendur.

"Err~ dia... dia..."

"Mina ! Sini tolong abah kejap,"belum sempat ibu mengatakan siapakah bakal suamiku itu, abah sudah memanggil. Aku terus meninggalkan ibu di dapur. Fikiranku berkecamuk memikirkan siapakah bakal suamiku nanti.

p/s..
sambung lagik.. sorry lambat ! MM busy lately~ :) hope korang enjoy ye~ 
tinggalkan komen untuk MM perbaiki lagi ~ TERIMA KASIH..  muuahhhhhhh :p


Comments

Mia Hail Miah said…
heee.. alaaa.. bersambung lak..

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.