terima kasih kepada tiga penulis ini~

ASSALAMUALAIKUM


hai semua.. kenal tak siapakah NURUL FAREHAH JAAMAD@NFJ ? tak ? baiklah.. sini MM terangkan serba sedikit about beliau..
 Farehah binti Jaamad @Effa dilahirkan di Hospital besar, Melaka pada 21 Mei 1990. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alai. Seterusnya melanjutkan pengajian di SMK Padang Temu dan menyambung STPM di SMK Seri Kota jurusan Kesusasteraan Melayu. Minat menulis puisi, cerpen, novel dan cerita kanak-kanak. Pernah menang tempat ke-2 dalam Pertandingan Mencipta Sajak di sekolah. Merupakan Mantan Minggu Penulis Remaja 2009 (MPR). Pernah menang dalam pertandingan Menulis Cerpen Remaja@PTSONE 2010 ajuran PTS One. Merupakan peserta Bengkel Penulisan Kreatif ( anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, PERPUSTAM) Karya pernah mendapat tempat di media seperti Berita Minggu, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Mingguan Warta Perdana, Remaja, Dara.com, Sastera.net, Jelita dan Majalah Untuk Si Gadis. Sudah 4 buah buku diterbitkan iaitu Pengawas Sekolah, Taman Seribu Bunga, Haiwan Siapa Paling Jinak? dan Anak Ikan Yang Degil. Dua buah buku telahpun memasuki cetakan ke-2. Pada tahun 2011 telah menjadi ahli Ikatan Persuratan Melayu ( IPM )
sumber dipetik daripada blog NFJ sendiri :)

sebenarnya MM cuma nak ucapkan bebanyak TERIMA KASIH kepada NFJ kerana sudi beri kata semangat untuk MM.. sebenarnya MM hampir BERPUTUS ASA dalam bidang penulisan ini kerana parents MM tidak menggalakkan.. tetapi apabila MM menjengah blog NFJ tadi, MM terpandangkan kata semangat daripada beliau.. terasa begitu berkobar-kobar untuk meneruskan menulis karya walaupun ia sekadar tatapan MM saja..


sebenarnya tadi MM try tanya kawan abah MM, auntie Hanna about penghantaran karya pada mana-mana publisher.. mana tahu ada rezeki MM.. lagipun auntie Hanna ni seorang novelis jugak.. lepas tu, auntie Hanna suruh MM hantar manuskrip dekat beliau untuk disemak.. sebab itulah MM terjah blog akak NFJ tadik~ MM tahu dekat situ ada tips membuat manuskrip..

lastly, MM nak ucapkan terima kasih jugak kepada novelis ALIESHA KIRANA kerana sudi menjenguk dan follow blog MM yang tidak seberapa ini~ :) 
serba sedikit about AK yang MM tahu : 
beliau baru saja keluarkan novel pertama beliau yang bertajuk Love You, Mr. Arrogant (LYMA).. novel LYMA tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan sebab sampai sekarang MM tak jumpa dekat area Pontian ni.. :) sekarang pon beliau sedang membuat manuskrip untuk novel Cinta Bersaiz XXL.. okay, harap novel kedua beliau MM dapat cari nanti :)


jujur MM masih belum dapat menguasai dunia penulisan sepenuhnya.. tetapi MM sedang cuba untuk belajar lebih mendalam lagi.. terima kasih jugak kepada yang sudi memberi pandangan tentang novel dan cerpen MM.. serious MM terharu sebab ada jugak yang sudi meluangkan masa membaca karya MM yang banyak cacat celanya.. :)

p/s..
terima kasih kerana support MM ye~ :')

Comments

Hanna said…
Assalamualaikum BS!
Bagusnya dah ada ruang sendiri untuk berceloteh, nanti jika untie hanna ada masa, boleh singgah-singgah :)
Nanti kita buat arrangement macamana nak bincang pasal manuskrip BS yea... salam untuk abah dan mak :) Muah!!

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.