novel : hey, my diary ! 26
Hari ini aku dan Amir akan berpindah masuk ke rumah baru. Rumah itu sebenarnya sudah lama dibeli oleh Amir. Dia kata buat persediaan awal tu bagus. Aku hanya menurut.
"Wei, serious ni rumah kau ?"soalku saat melangkah masuk ke dalam rumah baru itu.
"Ehem. Bukan rumah aku tapi rumah kita !"Amir membidas bicara lalu tersenyum. Aku hanya mencebik lalu menjelajah ke seluruh rumah. Puas aku berada di tingkat bawah, aku naik ke tingkat dua pula dan kemudian ke tingkat tiga.
Tingkat bawah seperti biasa, ruang tamu, dapur dan sebuah bilik tidur. Tingkat dua ruang tamu mini, perpustakaan mini dan bilik-bilik tidur. Tingkat tiga tiada bilik cuma terdapat sebuah kolam renang. Okay, antara ketiga-tiga tingkat ni, aku paling suka tingkat tiga. Boleh release tension. Pandai Amir cari rumah.
"Okay ? Puas ?"aku terduduk apabila suara Amir tiba-tiba menerjah gegendang.
"Ei, kau ni memang nak suruh aku 'jalan' cepat kan. Sakit jantung aku !"aku mengomel lalu mengadap wajah Amir yang sedang tersenyum.
"Sorry. Jom pergi makan, aku laparlah,"aku hanya mencebik apabila terdengar ayat Amir itu.
"Jom. Lepas tu singgah kedai buku Irfan sekali ek,"
"Dia dah kerja ke ? Entah-entah dia tengah berbulan madu,"ucap Amir lalu menyaingi langkah ku turun daripada anak tangga satu persatu.
"Takkan lah bulan madu sampai sebulan. Aku dah mesej dia tadilah, dia suruh aku datang,"aku menjawab tanpa memandang wajah Amir.
"Oit, kau mesej dengan Irfan ? Kau tak bagitahu aku pon,"aku sudah menepuk dahi. Hish, king control betul dia ni.
"Perlu ke ?"sengaja aku meng'hangat'kan Amir.
"Aip, mestilah perlu. Dosa tau seorang isteri buat apa-apa tanpa memberitahu suami dia,"aku hanya menadah telinga. Kalau Amir dah jadi baik, janganlah membantah. Habis diceramahnya nanti.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku dan Amir terus mengambil tempat duduk yang berada sedikit terpencil daripada orang ramai. Amir yang meminta kami duduk di situ, romantik sikit katanya. Aku hanya menurut kerana malas nak berdebat. Kalau berdebat pun memang sah-sah aku kalah sebab Amir akan menggunakan kuasa veto dia sebagai suami tu.
"Mina, kau kenapa macam tak ada mood je hari ni ?"aku tersentak apabila ditegur oleh Amir. Aku cuba memikirkan jawapan yang harus aku berikan.
"Amir, aku tanya kau sikit boleh ?"dengan muka sedikit merayu aku meminta izin. Alah, kalau Amir tak bagi izin aku tanya pon aku 'lenjan' je.
"Tanya lah. Apa dia ?"aku sudah tersenyum.
"Err~ kau sebenarnya dah komplot dengan Irfan eh ? Maksud aku, perkahwinan kita ?"aku bertanya sedikit gagap. Tiba-tiba tawa Amir meletus kuat. Aku hanya mengetap bibir lalu menggaru kepala. Aku ada buat lawak ke ?
"Ehem.. Itu yang kau fikirkan dari tadi ya ? Sebenarnya, aku dengan Irfan tak komplot apa-apa pun. Cuma, last minute dia suruh aku gantikan dia as your bride. Seriously masa tu aku terkejut sebab tu aku call kau. Kau ingat lagi masa aku tanya sama ada Irfan ada cakap apa-apa dekat kau atau tak ? Tapi kau sibuk bebel pasal bilik kau jadi taman bunga. Aku layan je lah,"aku hanya mencebik apabila mendengar nada suara Amir sedikit sinis di akhir ayat. Perli aku lah tu. Menyampah betul ! Eh Mina, kau menyampah pun tu laki kau jugak ! Opss..
"Tak ikhlas tak payah tolong dengar lain kali,"aku bersuara perlahan sambil memandang ke arah pengunjung lain.
"Apa ?"tanya Amir tiba-tiba. Hisy, dengar pulak tu.
"Tak ada apa-apa lah,"aku menjawab malas. Makan lagi bagus ! Seraya itu hidungku ditarik Amir.
"Eh, main kasar nampak ? Aku luku kang,"segera aku menepis tangan Amir yang sedang menarik hidungku. Tahulah hidung aku mancung !
"Marah ke ? Ala-ala jangan lah merajuk. Tak comellah muka sayang, macam alien,"what ?!
"Amboi ! Macam alien ye ? Hah, ambik kau !"sebuah tumbukan padu aku lepaskan pada bahu Amir. Amir terus mengaduh kesakitan.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku dan Amir melangkah masuk ke dalam kedai buku milik Irfan. Mataku sudah melirik ke bahagian novel sambil tersenyum. Hatiku sudah tidak sabar-sabar untuk mengusha novel baru.
"Ehem.. Mata tu jaga sikit. Suami kau dekat sini, jangan nak gatal pandang lelaki lain. Dosa tahu !"aku sudah menggaru kepala. Apalah yang si Amir ni merepek. Aku cuma tengok dekat tempat novel tu je. Ada pulak dia cakap aku pandang lelaki lain. Hish, cemburu tak bertempat langsung !
"Alah, dah lelaki tu hensem. Kalau aku single memang aku tackle,"sengaja aku menambahkan ke'hangat'an Amir.
"Amboi ! Sedar-sedar lah diri tu sikit. Kau tu dah bersuami, tak ada maknanya dapat tackle lelaki lain. Mana lelaki tu ? Hensem sangat ke ?"tanya Amir lalu terpusing-pusing kepalanya mencari lelaki hensem yang aku maksudkan sebentar tadik. Aku terus menjuihkan bibir ke arah seorang pemuda yang agak smart penampilan. Macam model pun ada jugak.
"Lagi hensem aku. Dah, jangan nak miang. Aku luku kau kang,"ucap Amir. Aku hanya mencebik. Masuk bakul angkat sendiri laki aku ni. Hampehh !
"Tapi, kalau aku dapat dia mesti... Aduh !"belum sempat aku menghabiskan ayat, telingaku dipulas oleh Amir. Aku terus mengaduh kesakitan dan cuba menepis tangan Amir. Sekejapan dia melepaskan telingaku yang bertutup dengan selendang itu.
"Gatal lagi. Kalau nak rasa lagi, kau usha lah lagi mamat tu. Siap kau !"Amir memberi amaran keras. Aku memandang Amir lalu menjelirkan lidah sebelum berlari ke bilik Irfan. Aku mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum melangkah masuk. Saat aku berpaling kebelakang, aku terlihat Amir sedang melangkah laju ke arahku. Seraya itu aku menyorok di belakang Irfan yang sedang berdiri. Terlukis riak pelik di wajah Irfan, namun aku buat tidak endah. Sesaat kemudian pintu bilik pejabat Irfan dibuka daripada luar lalu terjengul wajah Amir dibalik pintu. Aku terus mengetap bibir lalu menyembunyikan diri di belakang Irfan.
"Mina, kau tak payah nak sembunyi belakang Irfan sangatlah. Kau tak cukup kecik okay ! Badan kau tu lagi besar daripada dia,"amboi ! Melampau ni. Seraya itu aku mara kehadapan Amir lalu menjentik telinganya dengan kuat sebelum kembali bersembunyi dibelakang Irfan yang semakin blur.
"Eh, korang ni kenapa ? Tiba-tiba je masuk bilik aku lepas tu main sembunyi-sembunyi. Macam budak-budak betul korang ni,"usai Irgan berbicara, aku terus menumbuk belakang badannya sekuat hati. Aku lihat wajah Irfan berkerut seribu menahan sakit.
"Amboi, sedap kau je cakap aku budak-budak. Padan muka kau kena tumbuk dengan aku. Kalau nak rasa lagi, kau cakap lah macam tu lagi,"aku menjengilkan mata memarahi Irfan yang sedang tersengih.
"Sikit punya hal je kot, yang kau debik aku sampai nak mampus kenapa ? Kalau aku mati kang, kesian isteri aku. Hah, kau ni Amir, tak reti ke nak ajar Mina ni bersopan santun sikit. Ganas mengalahkan rimau. Macam mana lah kau boleh tahan kan,"Amir sudah mengekek ketawa. Suka betul dia bila Irfan gelar aku rimau. Kurang asam punya suami !
Langkah ku atur deras menhampiri Amir sebelum menarik telinganya dengan geram. Amir terus menepis tangan aku lalu mengusap teliganya. Tahu pun sakit !
"Mina, sakit lah. Betul cakap Irfan, kau tu ganas macam rimau,"ucap Amir lalu sambung bergelak bersama Irfan. Aku terus menjeling tajam lalu mencapai tombol pintu bilik pejabat Irfan.
"Kau nak pergi mana ?"tanya Amir sejurus aku membuka pintu. Aku hanya menjelir lidah tanda geram sebelum bersuara.
"Jumpa mamat hensem tadi,"aku terus keluar tanpa menghiraukan Amir yang sedang menjengilkan mata.
"Mina !!! Aku luku kau kang,"aku tertawa kecil apabila mendengar suara Amir. Tahu jealous, padan muka !
Seraya itu aku melarikan diri ke bahagian novel sebelum duduk bersila di sana. Daripada layan Amir dengan Irfan, baik aku layan novel dan borong sampai habis. Lepas tu suruh Amir bayar. Aku sudah merencana idea membuli Amir di dalam otak sambil membelek-belek novel ditangan. Hampir kesemua novel aku ambil dan membaca sinopsisnya.
Tiba-tiba aku terpandang satu novel bertajuk Sha & Shah karya Sha Ibrahim. Sekuntum senyuman terbit di bibir tanpa sengaja. BFF ? Macam cerita aku dengan Amir je, tapi yang lainnya kita orang tak bercinta. Huh ! Ni kena ambil ni sebab macam best. Setelah hampir satu jam aku di situ akhirnya aku bangun daripada duduk. Lima buah novel sudah berada di tangan. Ingat nak ambil lagi tapi fikirkan aku sudah mula bekerja, maka terpaksa membatalkan hasrat. Takut tak sempat nak baca walaupun aku boleh habiskan satu novel dalam masa satu malam saja.
"Oi Mina, punya penat aku carik kau, rupanya dekat sini kau bertapa. Ei, geramnya aku !"aku mengusap dada apabila tiba-tiba disergah oleh Amir. Amir terus merapatiku lalu menarik hidungku yang sedikit mancung. Pantas aku menepis kerana kekurangan oksigen.
"Oi, mati aku. Nah, pergi bayarkan untuk aku,"aku menghulurkan lima buah novel di tangan kepada Amir. Membuntang biji matanya memandangku dan bersilih ganti memandang novel-novel ditanganku.
"Are you sure nak beli semua ni ? Mak oi, banyak gila !"aku sudah mencebik apabila mendengar suara Amir yang sedikit terkejut.
"Dah jangan nak bebel. Pergi bayarkan untuk aku sebab aku nak jumpa Irfan kejap,"selamba saja aku memberi arahan. Seraya itu telingaku ditarik Amir. Aku menjeling geram. Dia ni suka betul tarik telinga aku !
"Teman aku pergi bayar dulu. Lepas tu jumpa Irfan sama-sama dengan aku, jangan gatal nak berdua je. Haram !"ujar Amir lalu menarikku menghampiri kaunter pembayaran. Cashier di kaunter itu tersenyum memandang aku kerana dia sudah terlalu mengenali aku. Mahu tak kenal kalau dah asyik muka aku je bertapa dekat kedai buku tu.Usai membuat pembayaran aku dan Amir beriringan melangkah ke bilik pejabat Irfan dan melangkah masuk setelah mengetuk pintu.
p/s..
harap sudi BACA dan KOMEN ye.. komen anda diperlukan ;) TERIMA KASIH~
Comments
Awal pg jumaat yg damai tirana disini