novel : hey, my diary ! 27


Telefon bimbitku berdering seusai aku menunaikan solat zohor. Segera aku mengambilnya di dalam beg telekungku. Aku membaca sebaris nama yang terlayar di skrin telefon bimbitku.

AMIR si POYO

Nama pangilan itu tidak pernah berubah sedari dulu lagi sebab aku suka.

"Ehem. Assalamualaikum,"sempat aku membetulkan suara sebelum memberi salam.

"Wasalam puan doktor. Hei Mina, lu apahal lambat angkat ?"aku terus menarik muncung apabila mendengar Amir membebel.

"Aku tengah dating lah. Lu semak je,"mendatar aku menjawab sambil tanganku ligat melipat telekung di tangan.

"Amboi ! Dating ya ? Aku rasa macam nak wrestling je kau sekarang ni. Kau dating dengan siapa ?"aku mengajuk bicara Amir dalam diam.

"Aku dating sama Allah. Kau dah solat zohor belum ni ?"

"Oh. Aku ingat kau dating dengan Irfan. Aku dah solat tadi,"apabila aku mendengar nama Irfan disebut, segera aku menepuk dahi.

"Dey, apa barang dating dengan Irfan. Dia kan dah ada isteri. Mampus aku direjamnya nanti,"aku membebel sambil bangun untuk melangkah keluar daripada surau yang disediakan berdekatan dengan klinik tempat aku bekerja.

"Ceit. Eh, kau dah lunch belum ?"aku sudah senyum lebar. Mesti Amir nak belanja aku ni.

"Err~ belum. Kenapa ? Kau nak belanja ke ?"

"Aku datang klinik kau kejap lagi,"mataku sudah bersinar-sinar. Selamat duit kocek aku.

"Cepat sikit tau. Pukul 2.30 aku kena balik klinik,"gesa ku memandang perutku sudah berkeroncong.

"All right dear. Tunggu tau. Assalamualaikum,"aku menjawab salam Amir sebelum memasukkan kembali telefon bimbitku ke dalam kocek seluar. Mataku terus memandang ke arah kereta yang melintas di hadapanku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Piiinnn.

Aku mengangkat wajah ke arah kereta yang sedang sibuk menekan hon. Segera aku mencebik apabila aku lihat Amir sedang tersenyum ke arahku. Langkah kaki aku atur ke kereta Amir.

"Lambat !"aku bersuara setelah punggungku mencecah tempat duduk.

"Sorry, jalan jam tadi. Nak makan dekat mana ?"tanya Amir sambil matanya tertumpu pada pemanduannya.

"Dekat kedai makanlah, takkan dekat hospital pulak,"aku menjawab mendatar. Tiba-tiba aku dapat rasakan hidungku ditarik. Segera aku menepis tangan Amir.

"Sakitlah mangkuk. Aku sepak kang !"ucapku separuh menjerit sambil tanganku mengusap hidung. Hisy, mesti merah macam badut hidung aku.

"Padan muka kau. Aku tanya kau betul-betul, kau jawab main-main kenapa,"

"Yeahh, itu dia Encik Amir sudah membebel macam nenek-nenek,"sengaja aku menyakitkan hati Amir sambil menjeling geram ke arahnya. Amir hanya mencebik geram dengan sikapku. Comel ! Opss..

Kereta Amir berhenti di hadapan sebuah kedai makan yang sedikit lengang. Mungkin sudah ramai yang kembali ke tempat kerja masing-masing. Aku dan Amir beriringan menuju ke tempat duduk yang sedikit jauh daripada orang ramai.

Usai memesan minuman, aku terus bangun untuk ke bahagian nasi campur. Gulp, kecur air liur apabila terpandangkan lauk kepala ikan masak kari. Segera aku meminta nasi putih daripada akak pelayan lalu menceduk lauk kari kepala ikan. Penuh pingganku dengan lauk pauk. Setelah puas memilih lauk, aku kembali ke tempat dudukku.

Dari kejauhan aku lihat Amir sedang berbual bersama seorang perempuan. Aku menyegerakan langkah menuju ke arah mereka dan kemudian meletakkan pingganku di atas meja dan berlalu ke tempat membasuh tangan. Sesaat kemudian, punggung ku labuhkan di atas kerusi yang bertentangan dengan Amir dan wanita itu sambil menghulurkan senyum.

"Err~ Mina, ni Tiya,"aku terus menghulurkan tangan kepada wanita itu untuk bersalam. Namun huluran tanganku tidak bersambut. Aku hanya mengangkat bahu lalu menghadap makanan di atas meja. Tanpa menghiraukan Amir dan juga wanita bernama Tiya itu, aku terus menjamu selera.

Lima minit kemudian, wanita itu berlalu pergi. Aku hanya memandang dengan ekor mata sebelum menegur Amir.

"Beb, siapa tu ? Cun gila. Badan dia, mak aih ! Cair iman aku,"aku lihat Amir membuntangkan matanya.

"Hoi, kau biar betul ! Kau ni lelaki ke perempuan ? Ada pergi usha badan dia,"ujar Amir sambil menyedut air di hadapannya.

"Eleh dah dia tayang, aku usha lah. Awek kau ke ?"aku bertanya lagi sambil meneruskan suapan.

"Err~ tak lah. Kawan masa dekat Korea dulu,"

"Oh, tapi okay jugak kalau dia jadi awek kau. Nampak sesuai walaupun kau tak berapa hensem,"aku memberikan pandangan sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut untuk suapan terakhir.

"Amboi, sempat lagi kau perli aku ye,"Amir menjengilkan biji matanya ke arahku. Aku sekadar mencebik, malas berdebat dengan Amir.

"Wei, jom lah. Aku dah lambat ni,"aku menggesa Amir yang sedang berkhayal untuk pergi daripada situ apabila aku lihat jam sudah menginjak ke arah 2.20 petang. Amir hanya mengikut langkah kaki ku daripada belakang dan terus dia menghantarku ke klinik tempat ku bekerja.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Sedang aku ralit dengan keropok di tangan di hadapan televisyen, tiba-tiba aku terdengar deringan telefon bimbit Amir daripada dalam biliknya. Hatiku bagai digaru-garu untuk mengintai perbualan Amir. Perlahan langkah aku atur ke kamar Amir di tingkat atas. Aku lihat pintunya tidak bertutup rapat, dan aku menggunakan kesempatan itu untuk mendengar perbualan Amir.

"Tiya, please. I dah kahwin okay,"aku meneguk liur apabila nama Tiya, gadis aku jumpa ketika makan beberapa hari yang lalu menyapa gegendang.

"Please Tiya, forget all our memories. I can't love you anymore,"aku tersentak. Anymore ? Maknanya Tiya dengan Amir memang ada hubungan selama ni ? Kejamnya aku sebab memusnahkan hubungan mereka.

Dengan langkah perlahan, aku meninggalkan kamar Amir dan menuju ke kamarku yang bertentangan dengan Amir. Fikiranku bercelaru. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku tak nak rosakkan hubungan orang. Jahatnya aku ! Patut lah Tiya tak pandang aku hari tu. Ye, aku sudah tahu apa yang harus aku lakukan dan aku nekad !


p/s..
hai semua.. mesti korang marahkan sebab daa lama MM tak update.. ekekek.. MM ade hal.. hari tu ingat daa tak nak update lagi bab baru untuk novel ni.. tapi macam tak best pulak.. kesian korang. wkwkw.. gurau je.. so, do read do comment.. time kasih korang~ ;)

Comments

Unknown said…
wahhhh...penulisan e-novel yang menarik :)

p/s : font teks bole perbesar kan lagi tak mirra? skrg ni halus sgt
oh.. okay~ time kasih ek sebab inform :)

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.