novel : hey, my diary ! 28



Aku dan Irfan sudah duduk semeja sedari tadi, namun satu perkataan pun tidak ku luahkan. Isteri Irfan kebetulan ke tandas, ingin buang air katanya. Aku hanya memandangnya berlalu. Mungkin dia faham yang aku perlukan privacy untuk berbicara dengan Irfan.

"Mina, kenapa kau tiba-tiba sedih ni ? Bukan ke selalu kau yang paling meriah ?"soal Irfan setelah lama menyepi. Aku memandang ke arahnya lalu menunduk.

"Irfan, aku kejam wei. Aku kejam sebab musnahkan hubungan mereka,"aku terus berbicara dengan nada tertahan-tahan.

"Kejam ? Hubungan mereka ? Siapa ?"bertubi-tubi Irfan menyoal. Aku menarik nafas, cuba mencari ketenangan. Aku menyedut air laici di hadapanku dengan gelojoh.

"Hubungan Amir dengan Tiya. Selama ni mereka bercinta, tapi disebabkan Amir terpaksa kahwin dengan aku, mereka terpaksa putus,"aku menjelaskan kepada Irfan serba sedikit. Irfan hanya mengangguk.

"Kau pernah jumpa Tiya ke? Macam mana kau tahu mereka bercinta ?"aku tertunduk lalu mengetap bibir.

"Err~ aku curi dengar masa Tiya call Amir semalam,"semerta tawa Irfan meletus. Aku terus menunduk malu. Kejam punya Irfan ! Ada gelakkan aku macam tu.

"So, kau jealous lah ni ? Wow, impresived ! Tak sangka aku, kau dah reti cemburu. Ubat apa yang Amir bagi kau ni,"ucap Irfan sambil tersengih.

BUUUKKK..

Sebuah tumbukan padu hinggap di bahu Irfan. Padan muka dia ! Siapa suruh gelakkan aku macam tu. Malu okay !

"Sakitlah Mina. Hurm, so kau nak suruh aku buat apa sekarang ?"Irfan kembali serious sambil mengusap bahunya yang sengal akibat ditumbuk olehku.

"Err~ kau suruh Amir ceraikan aku,"perlahan aku bersuara.

"What ?! Are you nut ?"aku terlongo. Mak aih, kuat gila suara Irfan. Pekak aku !

"Shh, senyap lah sikit mangkuk !"aku memberi arahan pada Irfan supaya merendahkan volume suaranya dengan wajah cuak yang amat.

"No, aku tak setuju dengan rancangan kau ni. Aku rasa, kau patut gunakan peluang kau sebagai isteri Amir untuk buat Amir cintakan kau dan lupakan Tiya tu,"cadang Irfan dengan mimik muka serious. Aku terasa ingin gelak apabila memandang wajah Irfan itu.

"Cinta ? Puih ! Aku tak percaya dengan benda tu semua. Aku nak Amir ceraikan aku dan biar dia kembali dengan pilihan hati dia. Aku tak nak jadi perosak hubungan orang. Kau tolong eh cakap dekat Amir,"aku bersuara tegas apabila aku lihat Irfan langsung tidak mahu membantu.

"Sorry Mina. Aku tak akan tolong kau untuk ni,"aku mengeluh apabila permintaan ku ditolak oleh Irfan. Sesaat kemudian,Jasmin, isteri Irfan kembali daripada bilik air. Aku terus membisu.

"Err~ Mina, tu Amir kan ?"ucap Jasmin. Serentak itu aku memandang ke arah pintu restoran dan aku lihat Amir berpaling untuk melangkah pergi. Aku meneguk liur kerana aku tahu Amir marah dengan tindakanku berjumpa dengan Irfan tanpa memberitahunya.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan dada berdebar. Aku takut untuk berjumpa dengan Amir kerana aku pasti dia marah dengan aku. Perlahan aku menapak menuju ke bilikku tanpa memandang sekeliling.

"Puas dating ?"aku terpaku apabila suara Amir menyapa gegendang telinga. Bibir ku ketap kuat. Aduh, macam mana boleh kantoi tadi ? Mati aku !

"Err~ kau dah lama balik ?"aku bertanya pada Amir, cuba menukar topik. Aku terdengar Amir mendengus kasar. Segera aku menelan liur yang terasa berpasir.

"Ada apa kau jumpa Irfan tadi ? Kenapa tak cakap dengan aku ?"erk~ aku mati kutu apabila persoalan Irfan dibangkitkan.

"Err~ tadi aku terjumpa dia dengan isteri dia. So, aku join lah dia orang sekali. Sambil tu, aku tanya ada novel baru tak,"aku mereka cerita. Aku takut Amir akan marah jika aku beritahu hal sebenar. Bukan ini masanya Mina !

"Isteri ? Aku nampak korang berdua je ?"mendatar suara Amir. 

"Isteri dia pi toilet tadi. Kau dah makan ?"aku bertanya lagi sambil menggaru kepala.

"Aku dah kenyang makan hati. Okaylah, aku nak tidur. Good night,"sepantas kilat Amir bangun daripada duduknya dan berlari naik ke biliknya. Aku terkedu. Sebenarnya aku terasa dengan apa yang dilakukan oleh Amir itu, namun ku tahankan hati. Hei Mina, sejak bila kau reti touching ni ? Tak rock lah ! 

Perlahan langkah ku atur menuju ke bilikku. Fikiranku berkecamuk. Saat aku melepasi kamar Amir, aku terdengar suara dia sedang berbual. Serentak itu aku melepaskan nafas berat. Aku tahu dia sedang berbual bersama Tiya menerusi telefon bimbit. 

'Maafkan aku Amir disebabkan masalah aku, kau terpaksa putus dengan Tiya. Tapi, aku janji lepas ni kau orang akan bersatu. Ye, aku akan pergi dari sini. Dari hidup kau tak lama lagi,'detik hatiku perlahan. Lalu terus aku merebahkan badan di atas tilam empukku sebelum melelapkan mata. 

p/s..
maaf daa lama tak update chapter baru.. enjoy okay~ komen laa kalau sudi.. ^^

Comments

Unknown said…
Salam, cerita menarik bila nak sambung,
Unknown said…
Salam.. saya suka cerita niy.. smbung lh lagi.. :)
Unknown said…
Best la :) .sambung la lagi please :(

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA