cerpen 8 : SAJAK CINTA
Aku mengetuk kasar kepala Rizki yang sedang menunduk membaca buku. Semerta dia mengangkat kepala lalu diusapnya. Sakit lah tu ! Tapi lagi sakit hati aku ni.
"Oi manusia, apa kes kau mendajal aku ?"belum sempat Rizki memarahiku, aku sudah mengeluarkan perluru berpandu.
"Mendajal apanya ? Kau yang mendajal aku adalah. Tak pasal ketuk kepala aku !"sambut Rizki dengan wajah bengang. Aku terus menghentak meja di hadapan Rizki. Kaki sebelah aku angkat ke atas kerusi. Wajah pula ku buat ala-ala mat gengster.
"Tak ngaku ? Fine ! Kau tengok ni, macam mana sajak yang aku buat boleh masuk majalah ni ?"tanyaku geram. Rizki hanya menayang muka seposen. Aku ganyang jugak budak ni kang.
"Mana lah aku. Sajak kau, bukan aku !"amboih, sedapnya dia menjawab. Ni nak kena ni.
BUUKk !
Buku rujukan Kimia aku ketuk di atas kepalanya. Dia terus mengaduh kesakitan. Huh ! Ingat aku kesian ke ? Piirraahh !
"Masalahnya, macam mana sajak aku ni boleh diterbitkan dekat majalah ni ? Kau hantar kan ?"soalku lagi. Tak puas betul aku dengan mamat ni. Tak pasal masuk loji kumbahan budak ni.
"Apa hal pulak aku nak hantar ? Tak ada masa aku,"jawab Rizki lalu mencebik. Aku terus menyinsing lengan baju. Sekali lagi tanganku menghentak meja.
"Kalau bukan kau punya kerja, siapa lagik ? Cuma kau dengan aku je yang tahu aku buat sajak ni semua !"gamat suaraku memarahi Rizki. Rizki masih terus-terusan menafikan bicaraku. Akhirnya aku mengalah, itu pun setelah puas aku belasah si Rizki.
-,-,-,-,-,-
Dua bulan lalu...
Aku dan Rizki duduk bersama di bawah pokok di tepi padang. Mata masing-masing fokus pada buku dihadapan. Tiba-tiba angin bertiup kencang dan menerbangkan kertas-kertas dihadapan kami. Aku terus mengutip kertas-kertas itu dan tanpa aku sedar kertas sajak yang aku selitkan di dalam buku terkeluar dan sampai ke tangan Rizki.
"Beb, ni kau buat ?"tanya Rizki sambil tangannya memegang erat kertas sajakku. Aku terus memandang ke arah kertas yang ditunjukkan oleh Rizki lalu menelan liur.
"Err, a'ah. Kenapa ?"aku bertanya perlahan. Tanganku terus mengambil kertas sajak di tangan Rizki.
"Tak ada apa. Sedap lah sajak kau. Cuba hantar dekat mana-mana publisher tak pon majalah,"usul Rizki. Aku sekadar menggeleng.
"Tak nak lah aku. Malu,"ringkas aku menjawab lalu menyelitkan kertas sajak itu di dalam buku.
"Tak payah nak malu sangat lah. Try lah hantar, mana tahu nanti diterbitkan ke,"aku hanya menggeleng dan menyambung membaca nota. Rizki yang melihat tiada respon daripadaku turut menyambung kembali pembacaan.
-,-,-,-,-,-,-
Aku pulang dari kedai tepat jam 2 petang. Saat itu ibu dan adik-adikku sedang menonton sinetron di tv3. Mereka memang minat betul menonton, tak macam aku. Saat aku tiba di rumah, aku terus meletakkan barang di dapur lalu aku turut duduk di sisi ibu.
"Kak, ada surat kau dekat atas meja tu,"ujar ibu sambil matanya tak lepas memandang televisyen. Membuntang mataku. Fikiran ku terus memikirkan surat apakah itu ? Selama ni mana pernah aku dapat surat. Aduh, aku ada kena saman ke ? Tapi, nak saman apanya.
Lantas aku mengambil surat yang dimaksudkan ibu di atas meja. Tertera nama ku di atas surat itu. Aku meneguk liur lalu membaca basmalah sebelum membuka surat itu.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa anda telah terpilih dalam pertandingan menulis sajak peringkat negeri...
Apabila ayat itu aku baca, senyuman terus mekar di bibir. Akhirnya aku berjaya, setelah sekian lama aku menanam azam untuk menjadi seorang penulis sajak. Alhamdulillah.
"Surat apa tu kak ?"suara ibu mengembalikan ku ke alam realiti. Aku terus memandang ibu lalu tersenyum.
"Orang terpilih dalam pertandingan menulis sajak,"jawabku ringkas. Aku lihat dahi ibu berkerut dan terus bangun menghampiriku.
"Bila pulak kau join benda ni ?"tanya ibu lagik. Aku terus menceritakan tentang Rizki yang menghantar sajak ku ke pihak majalah tanpa pengetahuanku. Ibu hanya tersenyum dan mengucapkan tahniah. Sekarang ni, aku nak telefon Rizki pula.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku dan Rizki duduk di dalam kedai mamak sambil menyisip air. Rizki kelihatan smart walaupun hanya berbaju T-shirt dan seluar tracksuit. Baru sekarang aku perasan si Rizki ni tergolong dalam golongan smart.
"Kenapa kau nak jumpa aku ni ?"tanya Rizki setelah hampir setengah air yang diteguk.
"Kenapa kau tanya ? Kau tahu tak, disebabkan kau..."sengaja aku menggantungkan ayat di situ. Wajah pula aku seriouskan. Riak kerisauan mula terpancar di wajah Rizki.
"Kenapa ni wei ? Aku buat apa dekat kau ?"tanya Rizki cemas. Tawaku hendak meletus tika itu, namun segera aku tahan. Aku masih belum puas permainkan Rizki.
"Kau tahu tak disebabkan kau, family aku..."sekali lagi aku menggantungkan ayat tanpa noktah. Wajah Rizki kian berubah. Cuak lah tu.
"Cakap lah wei. Apa aku buat ?"tanya Rizki dengan nada lirih. Alahai, kesian lah pulak aku tengok mamat ni.
"Ehem... Disebabkan kau lah, aku gembira sekarang ni,"jawabku bersama senyuman di bibir.
"Hah ?"tanya Rizki blur. Adoi, susah betul kalau blur dia dah datang.
"Nah, baca ni,"aku menghulurkan surat yang aku terima kepada Rizki. Dia memandang seketika sebelum mengambilnya. Sepatah demi sepatah ayat dibaca. Aku hanya menayang muka bangga. Usai dia menghabiskan pembacaan, segera matanya tertunak ke arah ku.
"Tahniah beb ! Banggannya aku ada kawan macam kau !"serentak itu Rizki menepuk tangan buatku. Pengunjung di sekeliling hanya memandang dengan riak pelik.
"Alah, nak bangga apanya. Eh terima kasih tau atas segalanya. Disebabkan kau lah, aku terpilih. Menyesal pulak aku marah kau dulu,"ucapku sambil tersenyum. Rizki hanya mengenyitkan mata.
"Kes kau belasah aku tu belum settle beb. Lepas ni kau kena belanja aku selama seminggu sebagai hukuman,"membuntang mataku apabila mendengar bicara Rizki itu. Sesaat kemudian, tawa Rizki meletus kuat.
"Aku gurau je lah. Dah, hari ni aku belanja kau makan. Cepat order,"ucap Rizki dan meneruskan suapan. Ya Allah, dia lah sahabat aku dunia akhirat.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
2 tahun sudah berlalu, sudah sekian lama aku tidak bertemu Rizki. Kami hanya berhubung di alam maya. Rindunya aku nak melepak dengan dia macam selalu. Kini aku sudah berjaya mencapai cita-citaku yang ingin menjadi penyajak yang terkemuka. Aku bahagia dengan apa yang aku perolehi tika ini.
-Beb, cepatnya online. Dah solat isyak ?
Tiba-tiba aku terima pesanan daripada Rizki menerusi laman sosial mukabuku. Saban hari kami akan berchatting bersama-sama.
+Dah. Aku online macam biasalah. Kau tu yang lambat.
-Yeke ? hehe.
+Eh, dah lama kan kita tak jumpa ?
-Lama lah jugak. Kau lah punya pasal. Sibuk tak ingat dunia.
Amboi, aku pulak yang kena. Aku sepak jugak budak ni.
+Eleh, kau pon apa kurangnya. Cakap aku pulak.
-Hehe. Jangan lah marah cik adik oi.
+Tak marah lah, geram je.
-Beb, sabtu ni kau free ?
Dia ni kenapa pulak tetiba tanya free ke tak. Nak ajak jumpa ke ?
+Free. Nape ?
-Jumpa jom ?
Betulkan sangkaan aku. Haih.
+Kau ada masa ke ? Kau kan busy manjang.
Sempat aku memerli dia. Padan muka. Selalu aku je kena.
-Sebab aku free lah aku ajak kau ni.
+Orait bebeh. Sabtu dekat mana ? Pukul berapa ?
-Sabtu ni dekat YSL. Pukul 12 boleh ?
+Set ! Jumpa sabtu nanti.
-Eh, aku ada hal ni. Kena off. Jumpa sabtu nanti. Assalamualaikum beb.
+Okay. Jaga diri, jaga solat. Wasalam.
Aku terus menutup laman sosial mukabuku setelah mendapat balasan daripada Rizki. Tanpa sedar bibirku tersungging satu senyuman. Akhirnya, dapat jugak aku lepak dengan mamat ni semula.
-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku hanya memakai baju T-shirt dan berseluar jeans. Tudung pula aku gayakan ala-ala Najwa Latif. Aku terus melangkah mencari kelibat Rizki. Mana pulak mamat ni ? Janji pukul 12.
"Beb !"terkejutku apabila bahuku ditepuk seseorang. Segera aku berpaling kebelakang. Raut wajah Rizki melayari pandangan. Mak aih, handsomenya.
"Oi, kau lambat apa kes ? Penat tahu tak aku tunggu,"marahku sambil bercekak pinggang. Rizki hanya tersengih sambil membuat peace. Mak aih, comel gila !
"Sorry beb ! Aku sakit perut tadik,"jawab Rizki bersungguh. Aku hanya mencebik.
"Disebabkan kau lambat, cepat belanja aku makan. Lapar dah ni,"selamba saja aku bersuara. Langkah terus ku atur menuju ke Nando's.
"Kau ni, dari dulu sampai sekaran tak habis-habis dengan makanan. Bukannya nak tanya aku sihat ke tak,"bebel Rizki. Aku hanya menjulingkan biji mata lalu menjelirkan lidah.
"Nak tanya tu tengah makan pon boleh. Apa yang penting makan dulu !"Rizki hanya menggeleng memandangku dan turut melayan karenahku.
-,-,-,-,-,-
"Beb, kau apa cerita sekarang ?"aku dan Rizki duduk saling berhadapan dan menikmati hidangan di atas meja. Sedapnyaaa...
"Cerita apanya ? Aku macam ni je lah. Cantik, comel,"selamba aku menjawab dan kemudian menyengih. Rizki terus mencebikkan bibir.
"Puih, perasan kau ni memang kekal abadi dalam diri kau ek ?"amboih mamat ni. Takpe. Siap dia nanti.
"Kenyataan bro,"
"Sudahlah. Eh, bila kau nak kahwin ?"tersentakku apabila Rizki mengutarakan soalan cepu mas tersebut.
"Err, kalau kau kahwin, baru aku kahwin,"jawabku mengambil langkah mudah.
"Kenapa pulak macam tu ? Kau nak kahwin dengan aku ek ?"semerta senyuman miang terbit di wajah Rizki.
"Tolonglah ! Bila pulak aku cakap nak kahwin dengan kau ?"
"Dah tu, yang kau cakap nak kahwin bila aku kahwin. Bukan maksudnya kau nak kahwin dengan aku ke ?"seraya itu aku menepuk dahi. Gila mereng mamat ni.
"Perasan ! Dah lah, tak nak cerita pasal kahwin-kahwin. Aku dah lah tak ada calon. Semua tak nak dengan aku, kau pon sama,"sengaja aku berbicara ala-ala gadis terdesak. Tawa Rizki terus meletus kuat.
-,-,-,-,-,-,-,-
Aku sudah kepanasan menanti Rizki bersiap. Lambat betul bersiap, mengalahkan perempuan. Macamlah pakai make up.
"Encik Rizki, dah siap ke belum ?"aku menjerit nyaring di tingkat bawah. Sesaat, dua saat tiada sahutan daripada Rizki. Pantas aku memanjat anak tangga menuju ke kamar.
"Abang, dah siap belum ? soalku dan mencari Rizki di segenap ruang bilik. Tiada ! Mana pulak laki aku ni pergi ?
Uweekk !
Aku terdengar suara Rizki di dalam tandas, segera aku merapati pintu tandas dan membukanya. Aku lihat Rizki sedang termuntah-muntah di sinki. Segera aku mendekatinya lalu mendemah dahinya.
"Abang demam ke ?"soalku lembut sambil mengurut belakang Rizki. Dia hanya menggeleng.
"Tak. Tiba-tiba je abang rasa mual,"jawab Rizki lemah.
"Jom pergi klinik. Kita check kenapa,"aku mengusulkan cadangan. Rizki terus menggeleng tanda tidak setuju.
"Abang nak rehat je dulu. Sorry, sebab tak dapat pergi,"ucap Rizki perlahan. Aku hanya mengangguk.
"Takpe. Tak kisah pon. Dah, abang rehat lah dulu. Orang nak call mak suruh mereka terus datang sini,"Rizki hanya mengangguk dan kemudian dia melelapkan mata. Kesian suami aku ni.
-,-,-,-,-
"Dah lama ke demamnya ?"riuh suara ibu bertanya sebaik saja tiba di rumahku. Aku terus menggeleng.
"Rasanya baru hari ni dia macam tu. Semalam okay je,"jawabku lalu mempersilakan mereka duduk.
"Hah, ni ibu bawakkan durian. Kau kan suka durian,"ibu menyuakan sebungkus durian kepadaku. Tiba-tiba tekakku berasa loya dan sepantas kilat aku berlari menuju ke sinki dapur.
"Kau kenapa ni kak ?Okay ke tak ?"tanya ibu cemas. Aku sekadar mengangguk.
"Entah lah bu. Orang okay je, cuma bila bau durian tu terus nak muntah,"aku menjawab perlahan.
"Pulak dah. Bukan kau hantu durian ke kak ? Entah-entah kau mengandung. Tak pernah-pernah kau allergic dengan bau durian, ni tiba-tiba boleh muntah kenapa pulak ?"ibu seolah-olah dapat membaca fikiranku. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Kau dah pergi check ke ?"
"Nak check apanya bu, baru hari ni orang muntah kalau bau durian,"aku menjawab dan terus membancuh air oren. Panas-panas macam ni sedap minum aku oren.
"Kau try lah check nanti. Mudah-mudahan cepat ibu timang cucu,"
"Amiin,"satu suara mengaminkan doa ibu di pintu dapur. Apabila aku berpaling, wajah abah terlayar sambil tersenyum. Aku hanya menyengih.
-,-,-,-,-,-
Sedari tadi Rizki duduk di hadapan pintu tandas bilikku. Aku tahu dia berdebar, begitu juga aku. Perlahan aku melangkah masuk ke dalam bilik air bersama pregnancy test di tangan. Ya Allah, semoga impian ibu tercapai.
Beberapa minit aku di dalam bilik dan kemudian aku keluar semula. Terus aku menunjukkan pregnancy test ke arah Rizki. Kami berpandangan seketika dan...
"Ya Allah, aku dah nak jadi ayah ! Yeaahh !"jerit Rizki riang. Aku turut ketawa senang. Akhirnya impian ibu untuk menimang cucu tercapai jua. Rizki terus memeluk erat tubuhku. Senyuman terus mekar di bibirnya menandakan betapa dia gembira. Aku hanya ketawa melihat tingkahnya.
"Apa abang ni. Dah nak jadi ayah orang pun perangai macam budak-budak,"sengaja aku perli Rizki. Rizki terus memandang tepat ke dalam anak mataku.
"Eleh, abang overexcited ni. Jom call ibu dengan mama,"ajak Rizki lalu memimpin tanganku menuruni anak tangga satu persatu.
"Baik baik sayang. Nanti jatuh,"pesan Rizki sewaktu aku melangkah menuruni anak tangga seperti biasa.
"Apa abang ni ? Baru dua bulan kot, bukannya sembilan bulan. Poyo lah,"serentak itu aku mencubit lengan sasa Rizki. Dia terus ketawa. Teruk betul !
"Hello. Assalamualaikum ibu, kami ada berita gembira ni..."ucap Rizki sewaktu panggilan bersambut.
"Macam mana ibu boleh tahu ni ?"aku lihat dahi Rizki berkerut seribu sebelum tawanya meletus kuat.
"Okay bu. Saya janji, saya akan jaga anak ibu ni macam jaga nyawa saya sendiri. Okay, waalaikumusalam,"tersentuh hatiku apabila mendengar ungkapan ayat yang terbit daripada bibir Rizki. Betapa dia menyintaiku dan aku juga menyintainya. Semoga hubungan kami ini kekal hingga ke syurga.
Selagi nafas masih berhembus,
Selagi nadi masih berdenyut,
Selagi darah masih mengalir,
Selagi itu kau masih di hati.
Kasihku tidak pernah pudar,
Sayangku masih tetap utuh,
Cintaku hanya buatmu,
Hanya kau yang berhak untuk itu.
Hubungan kita tak semudah ABC,
Cinta kita tak seindah mimpi,
Namun itu bukan rintangan,
Untuk kita saling mencintai.
p/s..
akhirnya dapat juga MM siapkan cerpen ni dalam masa satu hari..hha.. maaf andai ada kekurangan kerana tiada yang sempurna melainkan Allah.. jemputlah komen ye~ :)
Comments