novel : bila cinta bersemi 1



*1- INTRO
Nama aku Fida. Aku dilahirkan  pada 15 Julai. Hidup aku amat sederhana. Biasalah, aku bukan dilahirkan atas dulang emas. Tapi, apa yang penting aku bahagia dengan hidup. Sebab ? Of course sebab aku sentiasa berada di samping keluarga yang amat aku cintai sepanjang masa. Aku tidak akan berpisah dengan keluarga aku kerana aku adalah penganggur terhormat. Baiklah guys, sampai sini saja dahulu intro aku. See u next entry. Bye...

"Fida, apalagi yang kau berangan dalam bilik tu ? Cepatlah siap !"suara ibu bergema memenuhi ruang di dalam rumahku termasuklah di dalam bilikku.

"Ye madam ! Almost done !"aku turut mejerit, membalas bicara ibu. Terus aku memakai tudung sebelum berlari pecut menuruni anak tangga satu persatu. Tiba di anak tangga terakhir, aku terpandangkan wajah ibu yang sudah kemerahan menahan marah. Dengan selambanya aku menyengih dan terus menuju ke arah motorsikal ku yang tersadai di luar.

Piinnn...

"Cepat-cepat ! Siapa lambat jalan kaki !"nyaring suaraku menjerit di bawah terik matahari. Tidak sampai sesaat, ibu sudah duduk di belakangku.  Takut lah tu kena tinggal. Eleh, macam lah aku berani nak tinggalkan. Mahu kena bambu aku dengan penyapu.

Usai saja aku menghantar ibu di tempat dia berniaga dan menolong serba sedikit. Aku terus memecut balik ke rumah. Aku kena kemas rumah pulak. Adeeh...

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

You can tak my heart,
To walk on the beach,
You can take my heart,
For a little trip,
You can take my heart,
Close to your heart.

Alahai, comelnya lagu ni. Sweet sangat ! Tapi apa kes tak berhenti dari tadi ni ? Siap bergetar lagik ni. Eh, chop ! Bukan ke ringtone aku lagu tuh ? Seraya itu aku menyelongkar katilku. Habis ke semua bantal aku humban ke bawah dan akhirnya bertemu juga aku dengan telefon cikai aku. Fuh ! Ingat dah hilang.

"Hello, mahu ngomong sama siapa ya buk ?"

"Kak, kau buat apa ? Boleh tolong datang tempat ibu tak ? Sakit perut ni,"alahai bonda aku ni. Sakit perut lah pulak. Malasnya nak datang tempat dia.

"Orite. 5 minit lagik orang sampai,"sejurus itu aku melompat turun daripada katil lalu menggapai tudung di dalam almari. Satu minit kemudian, aku sudah menenggek di atas motor sebelum memecut laju.

Tiba saja di persimpangan, sebuah  kereta yang agak mewah muncul secara tiba-tiba. Sambil memejam mata, aku menekan brek kecemasan. Fuh, nasib baik selamat. Kalau tak, bertapa aku dalam hospital. Huish,
selisih !

Tidak sampai sesaat, pemandu kereta itu keluar dari perut kereta lalu membelek ke arah bamper keretanya. Takut sangat aku langgar. Hey, ini Fida lah. Penunngang yang cekap okay.

"Hei, awak ingat ini tempat berlumba ke apa bawak motor laju-laju ?"mak ! Kuat gila suara mamat ni.

"Maaf saudara. Saya tak bawak motor ni, tapi saya tunggang motor ni. By the way, yang saudara nak kecoh macam ayam hilang anak kenapa ? Bukannya saya langgar pon malah tercuit sikit pon tak. Kecoh lah saudara ni,"hah ! Ambik kau. Ada hati mahu marah aku tengah-tengah jalan ye ? Boleh jalan lah. Mataku tepat menikam anak matanya dengan pandangan yang teramat geram.

"Apa pandang-pandang ? Saya tahulah saya hensem,"hak tuih ! Tak padan dah kena marah, ada  hati nak perasan depan aku.

"Whatever lah saudara. Saya chow dulu. Assalamualaikum,"tanpa menunggu lebih lama, aku terus menghidupkan enjin motorku lalu memecut laju meninggalkan mamat itu bersama kepulan. Itu makan dia !

-,-,-,-,-,-,-,-


"Kenapa lambat kak ?"soal ibu sebaik saja aku muncul di warung niaga. Aku terus meletakkan motorku lalu mematikan enjin.

"Emergency bu,"ibu dah tahu sangat perangai aku. Kalau aku cakap 'emergency' maknanya aku tak nak cerita panjang. Ibu tidak lagi menyoal lalu terus menunggang motorku pulang ke rumah. Aku terus menggantikan tempat ibu menjual pisang goreng. Tapi, aku paling benci kena tolong jual sebab langsung tak ada orang nak datang. Ibu cakap muka aku ganas sangat sampai orang lain takut nak singgah. Apakah ?

Agak lama ibu pulang ke rumah. Akhirnya jam 4.30 petang ibu muncul kembali. Aku terus membantu ibu sehingga habis pada jam 5.30 petang. Setelah siap berkemas, aku terus membonceng ibu pulang ke rumah. Entah kenapa hatiku tidak berapa sedap sejak tadi. Aku hanya menyepi sepanjang perjalanan pulang sampaikan ibu sendiri kehairanan. Ye lah, selama ni mana pernah mulut aku senyap. Pot pet pot pet dua puluh empat  jam.

Sampai saja di hadapan rumah, aku lihat banyak kereta yang berada di bahu jalan. Dari jauh au sudah ternampak adik aku, Aiman sedang gembira bermain bola sepak. Tak sekolah budak ni ? Memang nak kena dengan aku ! Pantang betul aku kalau suka ponteng.

"Hoi Aiman, kau tak sekolah kenapa ?!"bergema suaraku di tepi padang. Peduli apa dengan orang lain.

"Aku tolong rewanglah,"ops. Lupa pulak aku, esok sebenarnya jiran sebelah rumah aku ni nak buat kenduri kerja kahwin. Jadi, hari ni semua tolong lah rewang. Tapi...

"Hoi, kau rewang amende dekat tengah padang ? Menipu eh kau ? Nak kena tampar ke ?"hah ! Garang tak ? Hey, mestilah kena garang. Aku kan anak sulung, kalau tak nanti adik-adik aku pijak kepala. Huish, jangan nak berangan !

"Dah siap lah,"Aiman membalas semula. Aku hanya mencebik kerana malas untuk berdebat lagi. Al maklumlah, ibu dah dok membebel sebab aku menjerit macam orang gila.

Malam itu, aku tidak dapat tidur dengan lena disebabkan suasana yang agak bising daripada biasa. Ye lah, mereka yang dok memasak untuk majlis esok bukannya tidur malam ni. Jadi sakan lah mereka berbual dan bergelak sakan. Tak tahu ke aku nak tidur ? Huh !

Disebabkan oleh gangguan tersebut, aku terus bangkit daripada katil lalu mendapatkan laptop kesayangan aku yang aku letakkan di atas meja. Setelah aku membukanya, laman blog terus aku jelajahi.

*2- ACCIDENT
Hai semua. Meh sini aku nak cerita sikit. Sikit je tak banyak. Hhe..  Korang nak tahu tak,  tadi aku sikit lagi nak accident dengan kereta mamat kepoh. Huh ! Sakit betul hati aku sebab sesedap ayam kari dia je nak marah aku dekat tengah jalan. Rasa macam nak tampo je muka dia sampai berpusing kepala. Huish, kejam aku ni. Ngee~ Tapi disebabkan muka dia comel, terus terbantut niat aku. Muehehehe.. But, malang betul sebab muka dia  serious giler. Alah, dia marah lah tu sebab aku sikit je lagi nak langgar kereta mewah dia. Eleh~ Poyo betul !
Huaargghh~ Oh, I'm getting sleepy. Selamat malam semua~ ADIOS !



p/s..
hye korang semua.. seperti yang dijanjikan.. komen lah ye~ hhe.. btw, tajuk tu belum tentu lagi ye~ TERIMA KASIH ;)

Comments

Unknown said…
macam best je novel nih.hee
Unknown said…
Mesti best cerita nie...
Hopefully happy ending ^_^

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA