novel : bila cinta bersemi 2



"Fida, bangun !!!"gempa bumi berlaku di Taman Seri Epik. Aku yang sedang tidur lena terpist-pisat bangun. Huh, ingat gempa bumi betul ! Rupanya suara ibu.

"Ibu ni, baru pukul berapa. Rilek lah,"mataku terus terpejam rapat seolah-olah digam dengan gam gajah. Jangan tak tahu, aku hanya akan bangun tika jam tepat ke angka 10.30 minit pagi. Ops, tapi jangan ingat aku tak solat pulak ! Lepas je bangun solat subuh, aku sambung tidur balik.

Bapa aku selalu bising sebab aku bangun lambat. Dia kata anak dara pemalas. Setiap kali bapa aku bersuara, aku hanya menyengih. Nak membantah ? Penampar makan dia. Bapa aku kan rock !

"Fida, kau tak malu ke ? Kan ramai orang dekat sebelah ni,"jerit lagi ! Rela dalam paksa aku bangun jua. Dengan muka blur aku turun ke ruang tamu. Tiba-tiba...

"Oi hantu tergolek,"tak pasal aku melatah pagi-pagi hari. Mangkuk jamban betullah sapa yang langgar aku ni. Tembak guna senapang jugak kang !

"Awak ni memang suka kan langgar-langgar orang,"eh, macam pernah dengar suara ni.

"Kau yang langgar aku. Aku sepak kang nak menuduh aku pulak. Blah lah,"dengan otak separuh sedar aku masuk ke dalam bilik air. Segarnya bila air kena dekat kulit. Serta-merta mataku terbuka luas. Seperti rutinku sebelum ini, setiap kali mandi konpem aku menyanyi sakan.

Tokk Tokk Tokk...

"Siapa ?"tanyaku apabila pintu bilik air diketuk daripada luar.

"Orang lah, takkan beruang ! Cepatlah sikit,"ek eleh, nak bersenda di pagi hari pulak dia.

"Aku tahu lah orang. Tak ada nama ke ?"tanyaku separa menjerit.

"Syahrul,"Syahrul ? Siapa pulak lah mamat ni ? Seraya itu aku membuka pintu bilik air lalu melangkah keluar dengan pakaian yang sudah melekap kemas di tubuh. Rambut pula aku balutkan dengan tuala.

"Engkau ?!!"sekali lagi bergema suara aku di dalam rumah itu. Apa pulak si mamat kepoh ni buat dekat rumah aku ? Nak pinang aku ke ? Ops, geli tekak aku ni.

"Ye saya. Nak tumpang toilet boleh ?"tanpa menunggu jawapan aku, dia terus meluru masuk ke dalam bilik air. Aku yang masih pelik terus menuju ke bilik. Apa yang bermain di fikiran aku sekarang ialah blog !

*3- CONFUSE
Hey korang. Meh sini kejap ! Aku ada story hangat ni. Hangat macam pisang goreng yang baru di angkat daripada kuali. Ops, lapar tiba-tiba. Eh, back to the story, nak tahu something yang weird tak ? Mamat kepoh yang aku cerita semlam tu ada dekat rumah aku sekarang. Apa dia buat dekat rumah aku ni ? Nak pinang aku ke ? Oi senget ! Selisih. Huish. Seram sejuk aku jadinya.
Hey, dah lah. Aku nak siap-siap pi rumah Nabilah. Kakak dia kahwin hari ni. Ceit, macam jauh sangat rumah Nabilah tu. Padahal sebelah ni je. Haha. Nak mekap comel-comel lepas tu ambik gambar.. Awww~ Ei, sejak bila aku jadi nyah ni ? Burr~

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku melangkah keluar daripada rumah dengan anggun dan bergayanya sehinggakan tetamu di situ bagaikan terpaku melihat keayuan ku. Hak tuih ! Ayu amende. Dengan seluar jeans dengan kemeja. Ayu lah sangat !

Apabila saja aku melangkah keluar, tiada tempat lain yang aku tuju selain khemah yang didirikan khas untuk menjamu tetamu yang hadir. Terus aku capai pinggan, senduk nasi, senduk lauk, ambik air dan cari tempat yang best lalu makan ! Sedap je aku melantak seorang diri di sudut yang agak terlindung dengan harapan tiada siapa yang nampak aku. Malas pulak aku kalau ada orang dok tegur-tegur. Rimas okay ! Tahu lah aku famous. Hak tuih !

GEDEBUKK !

"Burr..."menyembur keluar nasi daripada mulutku. Siapakah yang menghempuk belakang aku ni ? Aku wrestling jugak kang ! Ei, sabar Fida. Kau kena control comel sikit. Argh, tak ada masa nak control-control. Segera aku berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangan si pengganggu.

"Oi minah, lu apa kes hempuk aku ? Nak suruh aku mati ke ?"ambik kau ! Laju saja mulut aku memarahi si Nabilah. Bengong punya budak, ada ke patut buat aku macam tu. Belum sempat aku menyambung bicara, Nabilah telah pun lesap daripada pandangan. Mana pulak si minah senget ni pergi. Eh, lantaklah. Sambung makan lagi syok.

"Fida oi, meh aku kenalkan kau dengan sepupu aku yang hensem ni, Syahrul,"sekali lagi nasi yang berada di dalam mulutku menyembur keluar. Nasib baik tempat yang aku duduk ni ceruk sikit daripada pandangan orang. Kalau tak memang aku lari balik rumah. Apa ingat aku ganas macam ni, tak ada perasaan malu ke ?

Setelah aku mengelap mulutku menggunakan tisu dan menelan air dengan rakus untuk menghilangkan rasa perit di tekakku, terus aku mengangkat wajah, memandang ke arah Nabilah dan sepupu yang dia maksudkan. Mamat kepoh ? What the...

"Eh, ni sepupu kau ? Err, tak pernah nampak pun,"aku cuba belagak selamba apabila mamat kepoh itu memandang tepat ke arahku. Aduh, jangan tengok aku boleh tak ? Aku ni pemalu !Err..

"Oh, dia ni duduk Kedah. Jarang balik sini,"aku hanya mengangguk apabila Nabilah bersuara. Bukannya aku nak ambil tahu sangat pun.

"Wei, kau dah makan belum ? Nanti kang sakit perut,"aku terus menumpukan topik perbualan kepada Nabilah saja. Malas aku nak dengar cerita pasal mamat kepoh tu.

"Belum. Kau tak ajak aku makan, macam mana nak makan,"aik. Minah ni sah senget !

"Oi, patutnya tuan rumah yang undang tetamu makan, bukan tetamu undang tuan rumah makan. Aku sekeh kau kang ! Dah, pi ambil makanan. Jom makan sekali dengan aku,"ucapku dan meneruskan suapan.

"Awak tak ajak saya ke ?"tiba-tiba aku terdengar suara mamat kepoh menyampuk. Aku mencebik dalam diam.

"Err, makanlah. Apa hal nak ajak kau,"ish, ngada sangat dia ni. Aku siram dengan air ni baru tahu. Aku terus membebel dalam hati dan mengunyah nasi di dalam mulut. Dia dan Nabilah hilang buat seketika. Dalam sekejapan mereka muncul kembali, kali ini bersama pinggan yang penuh dengan makanan di tangan. Mak oi ! Ni makan ke melantak ?

p/s..
jempot komen kalau tak puas hati.. hhe~ *tajuk belum pasti lagi~ ;) TERIMA KASIH dan ASSALAMUALAIKUM..

Comments

dayteenlea said…
nak lagi


nway done follow

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA