novel : bila cinta bersemi 4



Tepat jam 8 malam aku sudah siap. Aku menunggu Syahrul dengan sabar. Sesekali aku mencuri pandang ke rumah Nabilah. Lambat betul lah dia orang ni. Aku dah lapar ni. Beberapa minit kemudian, terpampang wajah Syahrul di muka pintu. Dia memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan abah. Lebih kurang lima minit sesi soal jawab antara dia dengan abah sebelum abah membenarkan aku keluar.

Aku kini sudah berada di samping Syahrul di dalam kereta miliknya. Eh, sebenarnya kami bukan keluar berdua je tau. Nabilah ada dekat belakang. Ni semua abah punya syarat. Dia cakap nak keluar boleh, tapi jangan berdua. Jadi tak pasal lah Nabilah di paksa ikut.

Setengah jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Restoran Saujana. Aku suka restoran ni sebab begitu mendamaikan. Restoran ini dibina di atas air dan hanya di buka pada waktu malam. Terasa aman apabila angin laut tanpa segan silu menampar pipiku.

Usai saja memesan makanan, kami bertiga berbual terlebih dahulu. Nabilah malam ni agak diam berbanding selalu. Mesti gaduh dengan buah hati dia ni. Tengok muka dah tahu. Tapi, malas aku nak kacau dia. Tak pasal aku dengan dia pulak bergaduh. Untuk menaikkan lagi keceriaan diwajah Nabilah,aku terus memintanya menangkap gambar ku. Seterusnya dia turut memuatkan diri di dalam kamera. Aku tahu sangat dah minah ni. Bukannya boleh kalau orang ajak bergambar.

Hampir lima belas minit menanti, akhirnya hidangan yang kami pesan tiba. Mak aih, banyak giler. Habis ke ni ? Ah, tak habis boleh bawak balik rumah. Lagipun sekali sekala orang nak belanja, jadi rezeki jangan di tolak.

Usai saja makan, Nabilah meminta diri untuk melihat pemandangan disekeliling. Aku yang masih kekenyangan hanya memandangnya kerana malas untuk turut serta. Apabila tinggal aku dan Syahrul saja di meja makan itu, aku terus menyoalnya.

"So, apa yang kau nak tanya ?"sesekali aku melayangkan pandang ke arah Nabilah.

"Err, sa.. saya... nakk.."aku kehairanan dengan tingkah Syahrul itu.

"Woi, kau ni okay ke tak ? Sejak bila kau gagap ni ?"tanya dan terus memandang wajah Syahrul yang serba tak kena.

"Err, Fida. Awak belum ada sesiapa lagi kan di hati awak ?" PELIK ! Itulah perkataan yang dapat aku gambarkan apabila Syahrul bertanya sedemikian rupa. Mamat ni dah kenapa ?

"Kenapa ? Kau nak jadi pakwe aku ke ?"balasku dalam gurauan.

"Err, Fida. Will you be my love forever and ever ?"kali ini aku pula yang tercenggang-cenggang. Biar betul si Syahrul ni. Aku gurau je kot tadi.

"Kau jangan nak senget wei. Aku gurau je lah. Dah lah, abaikan je,"aku mula rasa tidak selesa apabila Syahrul terus-terusan menayang wajah serious. Aduh, padan muka kau Fida ! Tu lah, mulut tu suka sangat cakap bukan-bukan. Sekarang apa yang kau nak buat ? A. Terima. B. Lari. Terima ? Gila kau ! Aku bukannya kenal sangat pun dengan mamat ni. Lari ? Double crazy ! Nak mampus balik jalan kaki sendiri.

"Fida, awak tak perlu beri jawapan sekarang. Ambil lah masa. Saya tak paksa awak pon,"ujar Syahrul lagi dan kali ini lebih tenang. Di bibirnya juga terselit sebuah senyuman.

"Dah habis sesi meluahkan perasaan ? Terima je lah Fida oi. Sepupu aku ni baik tau !"tiba-tiba aku terkejut dek suara Nabilah. Hish minah ni, suka buat aku terkejut ! Aku wrestling baru tahu.

Comments

Unknown said…
hohoho... nice entry.. tp knp pendek sgt.. hihih

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.