cerpen 11 : Kasih Yang Terlewat



Tidak usah kau bertanya lagi, mengapa aku begini kerana telah kau ketahui dirimu merupakan punca segalanya. Aku benci kau ! Kau buat aku sayang pada kau, cinta pada kau. Tetapi apakah yang aku dapat ? Hanya kesakitan yang maha dalam, yang tiada penawar. Terima kasih kerana menjadikan aku begini.
Setitis air mata Shafa mengalir lesu, membasahi pipinya yang gebu. Sudah seminggu dia begitu. Berkurung di dalam kamar tanpa sedikitpun mengendahkan hal sekeliling. Dunianya kini bagaikan kelam tanpa cahaya semenjak hatinya dilukai. Masih terbayang lagi segala perbuatan Danial tempoh hari. Tergamak benar dia melukai hatiku. Dengus Shafa buat kesekian kali.

"Arghh !!! Shafa please be strong ! Since when you like this ? Aren't you remember that you are a rockers !"Shafa bermonolog sendirian. Cuba membangkitkan kembali semangat dalam dirinya yang kian roboh lantaran perbuatan Danial.

Danial Syafiq. Siapa yang tidak mengenali dirinya ? Salah seorang jejaka paling popular di kolej itu. Mempunyai rupa paras yang agak mempesonakan setiap mata yang memandang. Senyuman yang mampu mencairkan hati setiap wanita. Jika tidak, masakan Shafa yang lebih dikenali sebagai pembenci lelaki mampu jatuh hati pada jejaka itu.

Namun sayang, di saat hati Shafa mula mengakui kewujudan lelaki itu, dia disakiti. Disakiti dengan drama sebabak yang dilakonkan oleh Danial sendiri. Tanpa sedar setitis lagi air mata mengalir membasahi pipi. Akhirnya dia terdampar layu di atas katil bersama hati yang remuk.

* * * * * * * * * * *

Sedari tadi lelaki itu mendesah. Dahinya berkerut-kerut seolah-olah memikirkan masalah yang amat berat. Sesekali dia mendengus dan jemarinya laju menari di atas skrin telefon bimbitnya.

"Shafa, please answer me..."rintih lelaki itu lagi. Matanya jelas menunjukkan isi hatinya yang keresahan. Dia tahu Shafa merajuk dengannya. Dia tahu Shafa kecil hati dengannya. Dia tahu Shafa sudah lihat segalanya. Tapi Shafa silap ! Dia bukan lelaki yang suka mempermainkan perasaan wanita. Dia bukan lelaki yang gemar bertukar kasih. Kasih dan cintanya hanya buat Shafa. Tiada wanita lain dalam hatinya selain gadis lincah itu saja.

"Please Shafa... jangan dera saya dengan kepergiaan awak,"terkumat-kamit mulut lelaki itu. Sungguh dia sedih, dia kecewa. Namun pada siapa harus dia luahkan ?

Buat kesekian kali dia memandang ke arah skrin telefon bimbitnya. Menanti jika Shafa membalas pesanannya. Setelah hampir 10 minit menanti, dia mengeluh. Sudah seminggu Shafa memencilkan diri. Tiada khabar berita. Danial meraup wajahnya kasar. Ah, mengapa harus ada saat-saat pahit begini ?

* * * * * * * * * * *

Terukir senyuman kepuasan di wajah gadis itu. Betapa gembira hatinya saat mengetahui hubungan antara Shafa dan Danial umpama retak menanti belah. Ya, memang dia yang merancang semuanya. Bukan kerana dia tergila-gilakan Danial namun kerana dendam kesumatnya terhadap gadis bernama Shafa. Betapa dia benci akan gadis itu. Baginya gadis itu tidak layak untuk merasakan apa itu erti bahagia.

"Shafa... Aku puas melihat penderitaan kau ! This is what you have to pay..."semakin mekar senyuman di bibir gadis itu.

"Shafi... apa yang kamu buat tu ? Cepat keluar makan,"panggil Mak Jah selaku pembantu rumah di banglo mewah itu.

"Apa Mak Jah ni ? Nanti kalau Shafi lapar, Shafi keluarlah. Sibuk je !"marah Shafi sambil menghempaskan tubuh ke atas katil. Tiba-tiba anak matanya terpandangkan diari biru yang agak usang di meja sisi. Segera dia menggapainya lalu diselak sehelai demi sehelai.

* * * * * * * * * * *

13. Januari. 1989
Hari ini aku sah menjadi isteri kepada Tengku Irsyad bin Tengku Shamsul. Setelah dua tahun kami menyulam kasih, akhirnya ikatan suci yang aku nantikan akhirnya terbina jua. Sungguh tiada kata yang mampu mengungkapkan rasa hatiku ini. Segalanya terasa bagaikan mimpi. Mimpi yang amat membahagiakan sehingga aku lupa siapakah sebenarnya diri aku. Namun kini status diriku bukan lagi masalah bagiku kerana Irsyad sudah berjanji tidak akan menyebut mengenainya lagi. Aku pegang kata-kata Irsyad itu.

16. Mei 1989.
Sudah genap dua minggu Irsyad tidak berada di rumah. Katanya outstation. Sungguh aku merindui dirinya. Teringat kembali saat-saat aku menyulam bahagia bersamanya. Kami sentiasa bergurau senda, bergelak ketawa. Tetapi hari ini aku sepi. Tanpa Irsyad di sisi. Irsyad, lekaslah pulang sayang. Aku rindu padamu.

23. September. 1989.
Aku perasan sejak akhir-akhir ini Irsyad telah banyak berubah. Jika dahulu sebelum matahari jatuh ke barat dia telah tiba di rumah, tapi kini selagi embun pagi tidak muncul selagi itu Irsyad tidak berada di rumah. Irsyad, mengapa kau berubah di saat aku mula merasai kebahagiaan. Apabila aku bertanya, kau katakan kau sibuk. Tetapi masakan terlalu sibuk sehingga tiada masa lagi buatku ? Apabila aku ajak kau bersiar-siar, kau katakan aku mengada-ngada. Sedarkah kau sebenarnya aku hanya ingin habiskan masa bersamamu. Aku rindu dengan hangatnya pelukanmu wahai suamiku.

Shafi mendengus perlahan. Tanpa sedar dia mengetap bibir tanda marah dengan apa yang dibacanya. Dia memang akan menjadi terlalu emosional apabila membaca apa yang tercatat dalam diari biru itu. Diari itu menyimpan banyak kenangan dalam hidupnya.
Setelah menarik nafas beberapa kali, Shafi meneruskan pembacaan lagi. Kali ini dia meniarap pula di atas katil.

31 Disember 1989
Sedar tidak sedar hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut ulang tahun perkahwinan kita sayang. Sungguh aku tiba sabar menanti saat itu. Namun hari ini aku cukup terasa hati dengan bicara umi. Mengapakah dia seolah-olah mendesakku untuk cepat-cepat memperolehi anak ? Apakah dia tidak sedar bahawa itu semua kekuasaan Allah ? Saat umi berbicara begitu, kau sedikitpun tidak mengendahkan aku. Malah kau turut serta bersama umi, mengaibkan diriku. Terasa aku terlalu kerdil di mata kalian. Tidak mengapalah sayang, aku maafkan kamu.

Umi ? Sebaik saja Shafi menghabiskan bacaannya, dia terus terfikir tentang umi. Siapakah umi ? Di manakah dia ? Shafi berteka teki sendiri dalam hati. Dia sudah bertekad untuk mencari wanita yang bergelar umi itu. Dia akan balas segala perbuatan wanita itu.

7. April. 1990
Hari ini merupakan hari yang amat istimewa buat diriku. Entah mengapa sedari awal pagi aku mula tidak berasa sedap badan. Aku meminta Irsyad untuk menemani aku ke klinik namun Irsyad sedang sibuk. Akhirnya aku ke klinik sendirian dengan menaiki teksi. Setelah aku menjalani pemeriksaan, aku akhirnya di sahkan mengandung 3 minggu. Saat itu hanya Allah yang tahu betapa hatiku menjerit kegembiraan. Pulang daripada klinik aku terus memasak sesuatu yang istimewa untuk Irsyad. Namun segalanya sia-sia. Aku ingatkan hanya aku yang mempunyai kejutan buat Irsyad, tetapi Irsyad juga punya kejutan buatku. Kejutan yang mampu melemahkan jantungku. Dia membawa balik seorang wanita dan diperkenalkan kepadaku sebagai madu. Aku terkedu. Tanpa memandang ke arah Irsyad mahupun wanita itu, aku berlari ke dalam bilik. Hatiku berderai saat itu. Terima kasih Irsyad.

15. Januari. 1991.
Sudah seminggu aku melahirkan anak perempuan pertamaku dan mungkin anak terakhirku sebelum aku menutup mata. Shafi Adrina. Comel ! Wajahnya mirip sekali dengan Irsyad. Namun, di saat Shafi dilahirkan Irsyad tiada di sisiku. Dia sibuk bersama dengan maduku yang kebetulan ingin melahirkan juga. Sejak daripada hari bersalin hingga ke hari ini, aku tidak lagi melihat wajah Irsyad. Mungkin dia bersama isteri keduanya. Aku ada juga mendengar cerita daripada Mak Jah. Katanya, anak maduku juga perempuan dan namanya lebih kurang nama Shafi. Shafa Ariana. Saat mendengar nama itu, aku ketap bibir kuat. Adakah Irsyad akan lebih menyayangi anak itu berbanding Shafi ? Aku berdoa agar satu hari nanti, hati Irsyad terbuka untuk menyayangi Shafi seikhlasnya. Aku tidak ingin Shafi diabaikan kerana Shafi umpama nyawaku. Aku rasa cukup sudah coretanku. Selepas ini, aku tidak mahu lagi membuka diari ini kerana aku takut aku akan menitiskan air mata. Selamat tinggal kenangan silamku.

Setitis air mata Shafi mengalir menuruni pipi. Pantas dia mengelapnya. Dia menarik nafas panjang lalu menutup diari biru di tangannya. Dia bangkit daripada baring lalu dicapainya topi keledar di belakang pintu bilik.

"Mak Jah, Shafi nak keluar. Jangan lupa kunci pintu. Shafi balik lambat !"laung Shafi di muka pintu utama sebelum bergegas memanjat motor. Dia ada rancangan malam ini. Rancangan menjauhkan lagi jurang antara Shafa dan Danial.

* * * * * * * * * * *

Shafi meliarkan pandangan ke serata arah, cuba mencari kelibat Danial. Setelah beberapa saat tercari-cari, akhirnya anak matanya tertancap pada wajah tampan Danial yang sedang termenung. Shafi berjalan perlahan dan penuh kelembutan menuju ke arah Danial.

"Dani, sorry I am late. Ada hal tadi,"sapa Shafi sebaik tiba di sisi Danial. Danial sedikit tersentak dan kemudian tersenyum hambar buat Shafi.

"It's okay. So, ada apa awak nak jumpa saya ni Shafi ?"soal Danial terus tanpa mempelawa Shafi duduk. Dia sebenarnya tiada mood untuk keluar bersama Shafi malam ini. Tetapi, apabila Shafi katakan ada hal mustahak, barulah dia bersetuju. Sesungguhnya fikirannya masih memikirkan Shafa. Gadis kesayangannya.

"Gelojoh lah awak ni Dani. Bagilah saya duduk dulu,"ucap Shafi sambil tersenyum manja. Sebenarnya Shafi terasa mahu menghamburkan tawa apabila memandang wajah Danial yang keresahan. Dia tahu hubungan Shafa dan Danial sudah berada di tahap kritikal dan mungkin tidak boleh diselamatkan lagi.

Dalam pada dia bermonolog sendirian, tiba-tiba anak matanya bertemu dengan anak mata Shafa. Semerta tangan Danial di atas meja dicapainya dan dielus lembut. Jelas di anak matanya wajah Shafa yang tegang. Dia hanya menjeling sekilas.

Danial sedikit tersentak dengan sikap Shafi itu. Segera dia menarik tangannya daripada genggaman Shafi.

"Errr... sorry Dani ! I didn't mean it,"ucap Shafi sambil tersenyum menunjukkan riak serba salah. Danial hanya menganggukkan kepala. Shafi langsung tidak mengambil peduli terhadap Danial. Sesekali dia memandang Shafa yang makin keresahan. Setelah beberapa minit, Shafa bangun daripada duduk lalu berlalu keluar daripada restoran itu dengan tergesa-gesa. Shafi hanya menarik senyum sinis di hujung bibir. Dia bahagia melihat wajah Shafa yang gelisah melihat aksinya tadi.

"Shafa... Shafa... aku tahu kau tidak kenal aku. Tapi aku kenal siapa kau. Malah cukup kenal !"gumam Shafi perlahan.

* * * * * * * * * * *

Shafa menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Sungguh dia geram melihatkan kemesraan yang ditonjolkan oleh gadis yang duduk bersama Danial ketika di restoran tadi. Baru saja Danial menghantar pesanan memohon kemaafan daripadanya, tetapi mengapa cepat benar Danial berubah ? Apakah kata-kata maaf itu hanya sekadar mainan dibibirnya.

"Danial, aku benci kau..."tersedu-sedu Shafa di atas katil. Hatinya mula memberontak geram.
Shafa menggapai telefon bimbitnya lalu pesanan yang diterima daripada Danial di baca lagi satu persatu. Setiap pesanan itu terselit kata-kata rindu, cinta dan juga maaf. Tetapi apakah makna itu semua sedangkan Danial telah mendapatkan yang lebih baik daripada dirinya. Apakah Danial telah bosan dengan sikapku ?

TERIMA KASIH KERANA PERMAINKAN PERASAAN SAYA. MULAI SAAT INI, THERE IS NOTHING BETWEEN US.

Punat send di tekan dan terus dicampakkan telefon bimbitnya ke sisi. Fikirannya menerawang mengingati peristiwa di mana seorang perempuan mengelus perlahan tangan Danial dan Danial hanya merelakannya.

APA MAKSUD AWAK SHAFA ? WE NEED TO TALK ! PLEASE DON'T DO LIKE THIS. I BEG TO YOU...

Shafa hanya membaca setiap bait ayat yang diterima daripada Danial itu tanpa perasaan. Terus dia menutup telefon bimbitnya tanpa membalas pesanan daripada Danial. Dia nekad ! Mulai hari ini, Danial bukan siapa-siapa di hatinya. Dia harus lupakan Danial.

* * * * * * * * * * *

Shafi sudah berdiri tegak sambil bercekak pinggang di hadapan seorang wanita separuh abad yang sudah terduduk.

"Puan Jamaliah binti Johari ?"soal Shafi sebaik wajah tua itu menyalut pandangan matanya. Wanita itu hanya mengangguk.

"Puan masih ingat pada Shafrina Ariffin ?"soal gadis itu lagi. Puan Jamaliah tersentak. Masakan dia boleh melupakan sebaris nama itu. Dia telah melakukan banyak dosa terhadap pemilik nama itu. Terketar-ketar bibirnya mahu mengungkapkan bicara, namun suaranya tidak terkeluar.

"Ingat tak puan ?"tegas suara Shafi sambil matanya mencerlung ke arah wanita separuh abad itu. Perlahan Puan Jamaliah mengangguk dan tanpa sedar air matanya menitis. Dia menyesal dengan segala perbuatannya.

"Baguslah macam tu. Jika Puan masih ingat padanya, pasti Puan juga masih mengingati Shafi Adrina. Anak kandung kepada Shafrina Ariffin dan Tengku Irsyad,"ucap Shafi lalu berjalan mengelilingi Puan Jamaliah yang kelihatan sudah tidak bermaya itu. Dia hanya tersenyum sinis sebaik pandangannya dan Puan Jamaliah bertaut.

"Saya Shafi Adrina,"Shafi memperkenalkan diri.

"Shafi... cucu aku..."perlahan suara Puan Jamaliah bersama rasa tidak percaya.

"Opss.. Saya tak sudi menjadi cucu Puan. Saya datang sini untuk membalas segala apa yang telah Puan lakukan pada ibu saya. Apa Puan ingat saya tidak tahu ?"saat itu, Puan Jamaliah terus terduduk sambil menggigil memeluk lutut. Bibirnya terketar-ketar.

"Maafkan nenek Shafi. Maafkan nenek... Nenek tak bermaksud begitu..."Shafi hanya mendengar dan ketawa berdekah-dekah. Dia menghampiri Puan Jamaliah lalu didekatkan wajahnya ke wajah tua itu.

"Tak bermaksud ? Puan tidak bermaksud untuk membunuh ibu saya, cuma Puan hanya ingin melihat penderitaannya saja ?"sekali lagi Shafi tersenyum sinis. Puan Jamaliah tersentak lagi. Dia mula rasakan Shafi bukan orang yang sembarangan. Dia pasti tentang itu. Jika tidak masakan Shafi boleh mengetahui segalanya sedangkan Syafrina pergi saat Shafi berusia 2 tahun lagi. Dari manakah gadis itu mendapatkan maklumat ?

"Tidak perlulah Puan bingung memikirkan daripada mana saya dapat mengetahui semua ini kerana bangkai gajah kalau disorokkan macam mana sekalipun pasti akan berbau. Anggap saja kekejaman Puan dahulu telah dapat saya hidu. Puan jangan takut. Saya juga seperti puan. Saya langsung tidak bermaksud untuk membunuh Puan, tetapi saya hanya ingin melihat penderitaan Puan. Jangan bimbang,"ucap Shafi sinis dan penuh dengan sindiran. Puan Jamaliah meneguk liur yang terasa kesat. Shafi terus berpusing untuk berlalu pergi. Baru beberapa langkah dia atur, dia berpaling semula pada wanita tua itu.

"Opss... Puan masih kenal Shafa Ariana ? Saya rasa Puan amat menyayangi dia. Puan harus melihat keadaannya sekarang..."ujar Shafi dan meninggalkan Puan Jamaliah yang jelas kesedihan.

"Ya Allah, Engkau selamatkanlah Shafa. Dia tidak berhak untuk menghadapi kekejaman Shafi kerana akulah penyebab ini semua..."rintih Puan Jamaliah perlahan.

* * * * * * * * * * *

"Wahai Shafi Adrina permata hatiku, lepaskan rasa bencimu dan dendammu. Jangan kau ikutkan kata hati. Jadilah seorang pemaaf bukan pendendam kerana dendam itu akan membakar dirimu. Biarkan perkara yang lepas itu menjadi sejarah dan jangan kau ulangi sejarah itu nak. Ibu tahu kau seorang anak yang baik. Dengarlah wahai anakku,"

"Ibu !!!"terus Shafi terjaga daripada lena. Sungguh dia dapat rasakan bagai ibunya benar-benar wujud. Membelai rambutnya, mengusap pipinya. Namun dia pantas menarik nafas panjang. Ah ! Mimpi itu datang lagi.

Ibu, apakah sebenarnya yang ingin kau sampaikan padaku ? Lepaskan rasa benci dan dendam ? Jadi seorang yang pemaaf dan bukan pendendam ? Apakah ibu menyuruh aku memaafkan segala perbuatan nenek terhadap ibu ? Monolog Shafi sambil berkerut dahi.

"Ibu, Shafi hanya ingin membela nasib ibu walaupun ibu telah tiada. Tetapi jika ibu ingin Shafi memaafkan segala perbuatan nenek, Shafi cuba ibu. Demi ibu... Shafi janji bu..."ujar Shafi sendirian.

* * * * * * * * * * *

Danial hanya memandang pelik ke arah pesanan yang diterimanya daripada Shafi. Sudah lama gadis itu menyepikan diri, tetapi kini dia muncul lagi. Ingin bertemu buat kali terakhir katanya. Danial hanya bersetuju tanpa perasaan.

Shafi hanya tersenyum hambar sebaik menerima pesanan balas daripada Danial. Ya, hari ini dia akan menghentikan segalanya. Demi ibu ! Dia lakukan semua ini demi ibu. Dia mahu ibu tenang di sana. Dia tidak mahu menganggu istirehat ibu lagi.

Sekali lagi jemari Shafi menari di atas skrin telefon bimbit. Kali ini dia menaip pesanan buat saudara tirinya. Shafa Ariana. Saat dia menyebut nama itu, hatinya bagai di siat-siat namun dia harus akur dengan apa yang berlaku kerana dia telah berjanji pada ibu. Berjanji untuk menjadi seorang pemaaf bukan pendendam.

* * * * * * * * * * *

SAYA SHAFI ADRINA. BOLEH KITA JUMPA DI TEPI PANTAI JAM 5 PETANG INI ? SAYA INGIN MENGATAKAN SESUATU YANG AMAT PENTING. SAYA HARAP AWAK SUDI.

Shafa  tergamam sebaik menerima pesanan itu. Shafi Adrina ? Nama itu seakan sudah terlalu lali dia dengari. Tetapi siapakah pemilik nama itu ? Apakah hubungan mereka berdua ? Dan apakah yang ingin gadis itu katakan padanya ?

BAIKLAH.

Hanya itu balasan daripada Shafa tanda dia bersetuju dengan ajakan Shafi. Dadanya berdebar-debar sementara menanti waktu yang dijanjikan. Dia mula tertanya-tanya apakah yang dia tidak tahu selama ini ? Apakah yang ingin Shafi Adrina bicarakan ? Apakah ia amat penting ? Tetapi siapakah sebenarnya Shafi ?
Shafa menyelongkar kembali laci meja soleknya, cuba mencari sepucuk surat milik arwah ibunya.

"Shafrina, maafkan saya kerana merampas suami awak. Saya tahu awak dan Shafi Adrina perlukan Irsyad. Oleh itu, dengan rela saya mengundur diri daripada hubungan ini. Maafkan saya,"Shafa terkedu. Apakah Shafi Adrina yang akan ditemuinya ini merupakan Shafi Adrina yang ibu maksudkan ? Shafa meneguk liur perlahan.

* * * * * * * * * * *

Shafa terkedu. Danial terdiam. Puan Jamaliah masih teresak-esak. Hanya Shafi yang tenang di situ. Dia sudah puas meluahkan segalanya.

"Shafi... Maafkan ibu aku !"ucap Shafa perlahan sambil memandang wajah Shafi yang hanya tenang. Apakah gadis itu tidak sedih dengan apa yang telah berlaku ?

"Tipu kalau aku katakan aku sudah maafkan ibu kau... Tapi demi ibu aku, aku akan cuba maafkan ibu kau. Kau jangan risau !"ucap Shafi tegas. Shafa hanya menunduk.

"Shafi, maknanya selama ini awak rapat dengan saya kerana awak ingin melihat penderitaan Shafa ?"soal Danial perlahan sambil memandang wajah Shafi tepat.

Shafi hanya mengangguk. "Ya. Maafkan aku sebab jadikan kau bahan. Tapi kau jangan risau, aku tak akan ganggu kalian lagi lepas ni sebab... sebab nyawa aku dah tak panjang,"lirih nada Shafi.

"Kenapa kau cakap macam tu Shafi ?"pantas Shafa menyoal. Shafi sekadar tersenyum hambar.

"Aku cakap yang betul. Aku ada barah hati dan dah kritikal sekarang ni. Sebab tu aku datang mohon maaf pada kalian semua,"terjelopok Puan Jamaliah mendengar penerangan cucunya itu. Bercucuran air matanya jatuh.

"Maafkan nenek Shafi..."pinta Puan Jamaliah lalu memegang kaki Shafi. Pantas Shafi menghalang perbuatan Puan Jamaliah itu.

"Tidak. Puan tidak bersalah. Saya yang bersalah dalam hal ini. Saya terlalu mengikut kata hati dan sayalah yang seharusnya memohon kemaafan daripada Puan dan juga Shafa,"jawab Shafi sambil melemparkan pandangan ke tengah lautan. Danial hanya membisu seribu  bahasa.

"Tolong jangan panggil nenek begitu. Tolong Shafi panggil nenek, bukan Puan... Nenek merayu.."Shafi terkedu. Pertama kali ada orang yang merayu padanya begitu. Perlahan dia menghembuskan nafas berat. Sedikit sebanyak hati kecilnya tersentuh. Nafasnya terasa sesak tiba-tiba.

"Nenek... maafkan Shafi atas segala perbuatan Shafi. Shafa dan Danial, aku minta maaf sekali lagi. Aku rasa sudah tiba masanya. Aku pergi dulu. Assalamualaikum..."serentak itu Shafi terbaring di atas pasir pantai itu. Shafa, Danial dan Puan Jamaliah terus panik melihatkan Shafi yang jatuh tiba-tiba. Menjerit-jerit Puan Jamaliah memanggil nama cucunya. Shafa pula terus tersedu-sedu, menangisi pemergian saudara tirinya. Biarpun mereka tidak pernah rapat, tetapi Shafa mula rasakan dia sayang pada Shafi.

* * * * * * * * * * *

Sendu suara Shafa membaca surah yasin di tangannya. Sudah setahun Shafi pergi meninggalkan isi dunia. Sejak daripada hari itu, neneknya, Puan Jamaliah hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Sudah puas Shafa pujuk, namun ushanya sia-sia. Akhirnya dia mengalah.

"Shafa nangis lagi ke ?"suara Danial membawanya kembali ke realiti. Dia melontarkan senyuman manis buat suaminya itu.

"Shafa cuma teringat pada Shafi. Semoga dia bahagia di sana,"Shafa bersuara perlahan. Danial hanya tersenyum lalu mengambil tempat di sisi isterinya itu. Dia tahu Shafa masih lagi mengingati saudara tirinya yang telah kembali kepada Ilahi. Shafi Adrina. Mengapakah awak simpan segalanya seorang diri selama ini ?
Mengapa di penghujung waktu baru awak mencari keluarga awak ? Baru awak meluahkan cerita sebenar ? Tapi saya tahu awak lakukan semua ini bersebab. Semoga awak bahagia di sana. Monolog Danial. Shafa di sisinya di pandang sekilas.

"Shafa, dah jangan sedih. Nanti anak kita ikut sedih. Abang tak suka orang yang abang sayang bersedih. Hapuskan air matamu sayang..."ucap Danial lalu disekanya air mata Shafa dan dikucup perlahan mata gadis kesayangannya itu. Sayang hapuskan air mata daripada matamu. Gumam Danial dalam hati lalu dipeluknya Shafa dengan penuh kasih sayang. Dia bahagia kini bersama Shafa Ariana, gadis yang telah mendapat tempat di hatinya sejak dahulu lagi. Semoga apa yang telah berlalu akan menjadi kenangan yang abadi dalam lipatan sejarah mereka dan kewujudan Shafi walau sedetik cuma tidak akan pernah dilupakan dalam memori perkahwinan mereka kerana Shafi telah mengajarnya banyak perkara. Perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Danial amat berterima kasih kepada gadis itu kerana telah menyedarkan rasa cintanya terhadap Shafa selama ini.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA