cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.
"Kita kahwin !"aku tergadah sebaik sebaris ayat itu terbit daripada bibir Firash. Berkali-kali aku menepuk pipi untuk memastikan aku tidak bermimpi.
"Tapi kenapa aku ?"soalku laju. Wajah Firash yang berserabut aku pandang mohon kepastian.
"Sebab kau yang buat aku jadi macam ni !"marah Firash lalu mengenggam kedua belah bahuku. Aku cuba menepis namun cengkaman itu terlalu kejap.
"Apa aku buat ? Aku tak buat apa-apa pun !"balasku cuba membela diri. Aku langsung tidak bersalah dalam hal ini, tetapi kenapa aku yang harus menanggung akibatnya ?
"Kau buat aku jatuh hati pada orang yang tak pernah menyayangi aku ! Kau tahu tak macam mana sakitnya ?!"jerkah Firash lagi. Aku hanya menunduk, menekur jalan.
"Mana aku tahu ! Aku cuma cakap je yang..."
"Shut up Faiqah ! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. You have to pay on what you had done !"aku terkedu. Besar sangat ke silap aku sampai dihukum sebegini ?
* * * * * * * * * *
"Wei, kau dah tidur ?"soal Firash sebaik saja aku menjawab panggilan daripadanya.
"Cuba kau check jam kau pukul berapa sekarang,"balasku sambil memejam mata.
"1.30 pagi..."
"Tahu pun ! Aku dah tidur tahu tak. Mangkuk betul kau ni !"amukku. Ei, pantang betul aku bila orang mengacau tidur aku.
"Sorry, tapi aku kena cakap juga cerita ni dekat kau. Kalau tak aku tak boleh tidur,"ucap Firash lagi. Dalam keterpaksaan, aku menadah juga telinga mendengar ceritanya. Sesekali aku terlelap tetapi tidak dapat dikesan oleh lelaki itu.
"So, apa pandangan kau ?"soal Firash tiba-tiba. Aku terpinga-pinga.
"Apa ?"aku menyoal kembali kerana aku tidak mendengar dengan jelas kata-kata lelaki itu.
"Kau tidur eh tadi ?"
"Mana ada ! Aku rasa dia suka kau lah dan aku rasa kau pun suka dia. So, why not kau lamar dia ?"usulku laju. Sebenarnya aku sudah tidak sabar untuk menamatkan talian, namun demi menjaga hati seorang kawan terpaksa aku turutkan.
"Tapi tak terlalu awal ke ?"aku menguap besar.
"Awal ? Peduli apa. Yang penting kau kena yakin dengan diri sendiri !"bersemangat aku membalas. Terdengar keluhan yang terbit daripada corong telefon.
"Hmmm... nanti aku fikirlah macam mana. Okaylah kau sambung lah tidur. Sorry kacau kau. Night !"serentak itu mematikan talian dan menyambung tidur yang terganggu sebentar tadi.
* * * * * * * * * *
Aku hanya menyepikan diri sedari tadi. Firash di sisi terus terusan berbicara di hadapan abah dan ibu. Aku sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk menghalang Firash daripada bertindak bodoh seperti itu. Disebabkan kesalahan kecil itu, aku terpaksa bernikah dengan kawan baik aku sendiri ? Gila ! Semuanya gila.
"Faiqah, kamu setuju ke ?"soal abah lalu memandang tepat ke wajahku. Ingin aku menggelengkan kepala, namun Firash terlebih dahulu menghantar isyarat mata kepadaku. Dengan separuh hati aku mengangguk.
"Baiklah kalau itu keputusan kamu berdua, kami setuju. Tapi Firash, kita ni masih ada adat. Kamu bawalah ibu bapa kamu, meminang cara baik,"usul abah. Serasa ingin saja aku pengsan saat itu, namun aku harus kuatkan hati. Aku akan bercakap lagi dengan Firash nanti agar dia membatalkan hasratnya untuk membalas dendam terhadapku itu.
Tak rela aku bersama dengan lelaki itu. Lelaki yang telah aku ibaratkan sebagai kawan sejati aku. Mana mungkin aku dapat menerimanya melebihi seorang kawan. Mustahil ! Semuanya mustahil.
"InsyaAllah pak cik. Nanti saya cakap dengan emak dan ayah lepas tu nanti saya inform dekat Faiqah bila tarikh mereka datang,"abah hanya menganggukkan kepala apabila mendengar bicara Firash. Aku sudah mula mengelingas kerana kurang setuju. Tetapi kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Perlahan aku menghela nafas berat.
* * * * * * * * * *
Aku membuat muka kasihan, memohon simpati daripada Firash agar dia membatalkan segalanya. Namun Firash masih lagi membatu, langsung tidak mengendahkan rayuanku.
"Bila nak cari barang hantaran ?"soal Firash tiba-tiba. Semerta aku mengangkat muka memandang tepat wajahnya.
"Please... aku rayu dekat kau. Batalkan semua ni ! Aku janji lepas ni aku tak akan buat kau sakit hati lagi. Please Firash..."terasa bagai ingin menitis air mataku saat itu. Kenapa keras sangat hati dia ni ? Perlahan Firash mendekatkan wajahnya ke wajahku.
"My decision is final ! Tak payah kau merayu bagai sebab aku tak mungkin akan termakan dengan rayuan kau. So, bila nak cari barang hantaran ?"soal Firash kesekian kali. Aku hanya mendiamkan diri, cuba membina kekuatan diri.
"Tapi, kau tak rasa ke semua ni merepek ? Kalau kau nak balas dendam sangat dekat aku, balaslah tapi bukan dengan cara ni ! Aku rela jadi hamba kau daripada kahwin dengan kau !"ujarku penuh lirih. Wajah Firash aku pandang lagi tetapi dia masih begitu.
"No Faiqah. Aku tak sekejam tu untuk menjadikan kau hamba aku,"balas Firash kasar. Aku teguk air liur kesat.
"Tapi, dengan ambil aku sebagai isteri kau, apa bezanya aku jadi hamba ?"soalku garang. Firash hanya ketawa kecil lalu menepuk bahuku perlahan.
"Banyak bezanya Faiqah dan aku yakin kau tahu apa bezanya..."
"Tak ada bezanya !"balasku laju.
"Shut up Faiqah ! Aku tak perlu minta persetujuan kau lagi sebab segalanya dah diatur. Sama ada kau setuju atau tidak itu tak penting !"aku terdiam mendengar kata-kata Firash itu. Semerta setitis air mata jatuh. Apakah aku memang tidak hak untuk mempertahankan perasaanku ?
"Minggu depan family aku datang rumah kau. Majlis kita aku dah tetapkan lagi dua bulan dan kau mesti setuju. Tapi dalam tempoh dua bulan ni aku tak boleh selalu jumpa kau sebab aku kena fly. Minggu depan aku kena pergi Turki dalam 4 hari. Lepas tu aku cuti around 1 week. Nak jumpa mungkin boleh tapi kau faham je lah kan adat orang Melayu sekarang. So, kita mungkin jarang berjumpa,"terang Firash panjang lebar. Aku hanya mendengar meski hatiku sudah tawar.
"Kenapa kau cakap dengan aku semua ni ?"soalku tanpa berpaling ke wajah Firash.
"Aku kena praktis daripada sekarang dan aku nak kau macam tu juga. Inform aku kalau nak pergi mana-mana. Okay dah lewat ni, jom aku hantar kau balik. Barang hantaran tu nanti kita pergi cari sama-sama,"aku hanya akur dengan arahan daripada Firash itu. Perlahan punggung aku angkat dan berlalu ke dalam kereta lelaki itu.
* * * * * * * * * *
Kini aku sudah sah menjadi tunangan kepada sahabat baik aku sendiri, Ezmil Firash bin Taufiq. Aku sendiri tidak menyangka bahawa kami akan bersatu, membina ikatan yang langsung tidak pernah wujud dalam ingatan aku iaitu bersatu dengan Firash. Semuanya kerja gila !
Ralit aku berkhayal, tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Bip... bip... bip... Seraya itu aku melangkah ke katil lalu menggapai telefon yang telah aku campakkan sebentar tadi. Sebaik aku membaca nama di skrin, mulutku terlopong. Sudah lama dia tidak menghubungiku sejak pertemuan terakhir dulu. Telefon bimbitku bergetar lagi dan tanpa buru-buru aku menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum,"ucapku lembut. Dadaku bergetar. Inilah kali pertama aku berbual dengannya setelah sah menjadi tunangnya.
"Waalaikumusalam,"balas Firash sepatah. Suasana diantara kami kembali menyepi. Hanya kedengaran nafas yang dihembus dicorong telefon itu.
"Err, kenapa call ?"soalku kurang ramah seperti dulu. Seperti kami berkawan dan belum wujudnya ikatan ini.
"Saja. Err, kau sihat ?"aku dapat menangkap getaran di suara itu namun sedikitpun aku tidak terdetik untuk menyakatnya.
"Sihat. Kau ?"
"Sihat. Buat apa ?"saat itu terasa ingin aku menghamburkan tawa. Sudah tiada idea ke nak bagi soalan ?
"Nothing. Tengok bulan, tengok bintang,"ucapku lalu mendongak ke langit yang hitam dan kelam meski sudah ditemani sang rembulan dan jutaan bintang. Mungkinkah hanya pandangan aku saja lantaran rasa hatiku yang kelam.
"Kau rindu aku tak ?"aku terpempan. Tingkahku terus kaku. Tidak tahu untuk menjawab bagaimana.
"Err, bila kau balik Malaysia ? Kata dekat Turki,"ujarku menukar tajuk. Saat itu, jantungku berdegup kencang seolah baru usai berlari 10 km.
"Tadi pagi. Kan aku pergi 3 hari je. Aku dah cakap kan sayang,"sekali lagi aku terkedu. Sayang ? Gila ke apa dia ni ? Tapi nada suaranya saat menutur perkataan itu begitu mencuri hatiku.
"Oh. Err, kau tak ngantuk ke ? Dah pukul 12 ni,"aku bersuara pantas sambil mengerling jam di dinding.
"Belum lagi. Kenapa ? Kau dah ngantuk ?"seraya itu aku berpura-pura menguap.
"Ngantuk lah jugak,"
"Cepatnya kau tidur. Alah, tak best lah kalau macam hari ni hari-hari,"aku berkerut dahi. Apa maksud lelaki itu ?
"Kenapa pulak ?"
"Sebab susahlah aku nak dapat anak. Awal sangat kau tidur,"ujar Firash sebelum menghamburkan tawa galak. Aku terdiam. Darah merah terus menyerbu ke muka. Aduh, malunya aku !
"Gatal ! Malas nak layan kau lagi. Assalamualaikum,"
"Sayang !"aku mendengar panggilan daripada Firash sebelum aku mematikan talian. Telefon bimbit aku campak kembali di atas katil lalu meraup muka kasar. Perlahan aku melangkah ke katil lalu merebahkan diri. Fikiranku masih memikirkan peristiwa yang baru saja berlaku. Tanpa sedar, senyuman bergayut di bibir. Hingga ke dalam tidur, aku membawa senyum itu. Ya Allah, andai inilah bahagia yang telah kau tetapkan buatku, aku redha ya Allah.
* * * * * * * * * *
Lagi dua minggu saja lagi majlis pernikahan aku dan Firash berlangsung. Hari ini kami akan bertemu. Itu pun atas desakannya, jika tidak tak mungkin aku bersetuju.
"Kenapa senyap ?"soal Firash seraya menghalau sepi antara kami. Aku masih menalakan pandangan ke luar tingkap. Nafas ditarik panjang sebelum dilepaskan perlahan.
"Aku rasa kita dah silap buat keputusan. You're not belonging to me and vice versa,"ucapku senafas tanpa memandang Firash. Suasana antara kami seolah hambar.
"Maksud kau ?"aku memejamkan mata sejenak, mencari kekuatan diri.
"Pertunangan. Pernikahan. Semua itu tak patut wujud antara kita,"ujarku perlahan. Liur yang aku teguk terasa bagai berpasir. Dadaku bergejolak hebat dan mematikan ketenangan yang aku semat dalam hati sebentar tadi.
"Kenapa ?"tanya Firash lagi. Suaranya tenang. Hanya aku yang mengelabah sendirian. Apakah Firash cuba bermain psikologi denganku ?
"Because we're friend. Best friend specifically. So, aku tak rasa perlu wujud hubungan ini antara sahabat baik. It's all nonsense !"ucapku tegas lalu menjeling sekilas ke wajah Firash. Firash masih memandu dengan tenang. Sesekali terdengar desahan nafasnya. Aku pula sudah seperti cacing kepanasan apabila melihat ketenangan yang ditunjukkan oleh Firash itu.
"Done ?"aku terkedu. Apa maksud Firash ? Sejurus itu aku memakukan pandangan ke wajahnya dengan dahi berkerut.
"Kalau kau tak setuju, kenapa tak daripada awal lagi kau tolak ? Kenapa kau terima pinangan family aku ?"
"Because, you force me to accept it !"aku menegakkan kebenaran. Bukan aku yang terhegeh-hegeh menerima pinangan keluarga Firash tapi jejaka itu yang memaksa aku. Ya, aku akui aku takut dengan ugutannya kerana aku tahu Firash. Unpredictable !
"So, maknanya selama ni kau tak ikhlas dengan pertunangan kita ?"soal Firash lagi dan memberhentikan keretanya di tepi laut Rambah. Anak mataku terus terpaku pada ombak-ombak kecil.
"Ya. Aku tak pernah ikhlas. Aku lakukan semua itu kerana aku takut. Takut kau akan balas dendam dekat aku,"jawabku tegas. Itulah kebenaran mengapa aku bersetuju untuk bertunang dengan dia.
"So, kau fikir dengan memutuskan pertunangan kita saat segala persiapan sudah selesai dibuat, aku akan bersetuju ? Aku akan lepaskan kau macam tu aje ?"Firash berjeda sambil memandang wajahku. Aku sudah mengelingas tidak selesa.
"Sorry Faiqah. I'm not that kind. Aku boleh lepaskan kau, tapi setelah kau bayar balik kesakitan yang aku alami saat aku mencintai orang yang tidak pernah mencintai aku. Aku nak kau bayar balik and after that, I will let you go !"aku terdiam seketika. Apakah ini bermakna, Firash juga tidak ikhlas dengan perhubungan ni ? Apakah dia lakukan semua ini hanya untuk membalas segala kesakitan yang di alaminya dulu ? Tetapi mengapa aku ? Mengapa aku yang harus menjadi mangsanya ? Aku tahu memang salah aku kerana membina harapan untuk lelaki itu. Membina harapan bahawa gadis yang bernama Shasha itu akan membalas cintanya. Tetapi aku tersilap percaturan dan akhirnya aku yang terperangkap sendiri.
"Okay. Kau nak aku bayar ? Berapa kau nak ?"soalku bertubi-tubi. Aku rela menjadi papa asalkan aku tidak bersama lelaki itu sebagai pasangan suami isteri. Tiba-tiba jemariku digenggam oleh tangan kasar lelaki itu.
"Aku tak nak duit. Tapi aku nak benda yang lebih berharga daripada tu,"balas Firash lalu memandang tepat ke dalam anak mataku. Dahiku berkerut, tidak mengerti bicara lelaki itu.
"Aku tak paham. Kau nak apa ?"
"Benda yang paling berharga bagi seorang gadis. Sudi kau berikannya pada aku ?"aku terpempan. Seraya itu aku menarik tanganku daripada pegangan Firash.
"Don't be rude ! Kau ingat aku ni perempuan murahan yang senang kau nak ulit ? Aku masih ada maruah. Aku tak akan melakukan perkara terkutuk itu sebab aku masih beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada hari akhirat dan beriman kepada qada' dan qadar !"jawabku tegas dan cuba untuk membuka pintu kereta. Tetapi malangnya pintu itu telah dikunci daripada tempat pemandu.
"Kalau itu keputusan kau, jangan harap aku akan lepaskan kau. Jangan pernah kau merayu untuk aku lepaskan kau lagi. Aku benci mendengar semua itu,"lantang suara Firash. Aku masih terkejut dengan bicaranya sebentar tadi.
"Aku tak rela bersama kau. Aku kenal sangat kau ni siapa. Kau lebih busuk daripada bangkai !"marahku terus-terusan. Semerta pipiku di tampar dek tangan kasar milik Firash.
"Kau tak ada hak nak cakap aku macam tu !"melengking kuat suara Firash membuatkan aku tertunduk sedikit.
"Tapi itulah kebenaran. Kau ingat aku tak tahu kau pernah rosakkan anak orang ? Kau ingat aku ni bodoh ? Dah lama aku tahu perkara ni, tapi aku senyapkan aje. Aku tak nak kau tak selesa kawan dengan aku sebab aku pernah berazam untuk ubah sikap kau. Tapi apa yang aku dapat ? Kerugian yang maha besar. Rugi kerana akhirnya aku terpaksa menyerahkan diri kepada seorang lelaki yang sudah tidak suci lagi,"balasku perlahan tetapi penuh sindiran.
"Mana kau dapat cerita karut ni semua ?"soal Firash keras. Pandangan ditalakan ke dada langit.
"Daripada perempuan yang pernah kau rosakkan. Dia mengaku depan aku. Because of you, she start do that worst thing. Why you did it to her ? Yes, I know I should not blame you alone. Tapi kau sedar tak budak tu masih belum matang. You as a brother should protect her not harm her. Cuba kau bayangkan adik kau yang jadi macam tu, kau marah tak ? I know, third world war will happen but when you did it to that girl, don't you think for her future ?"bebelku berjela. Sungguh aku kesal kerana aku tidak dapat melindungi maruah perempuan yang telah aku anggap sebagai adik itu. Aku tidak sangka sahabat aku sendiri tergamak melakukannya.
"Shut your mouth Faiqah. I hate to heard all the rubbish. Maknanya sekarang ni kau dah kenalkan siapa aku sebenarnya ? Jadi baik kau diam sebelum aku buat benda yang sama pada kau !"ugutan Firash itu begitu menggetarkan hatiku. Tidak, aku tidak sanggup dilakukan sebegitu. Sejurus itu aku menyepikan diri.
* * * * * * * * * *
"Aku terima nikahnya Faiqah Herlina binti Farid dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai..."setitik air mata jatuhku berlabuh di atas pipiku. Sayu hatiku tika itu. Selepas ini, aku sudah sah menjadi milik Ezmil Firash binti Taufiq. Maknanya aku harus menurut katanya kerana syurgaku kini di bawah telapak kakinya.
Beberapa saat kemudian, terpamer tubuh segak Firash memakai baju Melayu berwarna biru cair menghampiriku. Terasa bagai ingin rebah diriku tika itu. Jemari runcingku jelas sejuk, menahan debar.
"Assalamualaikum,"salam diucap oleh suamiku itu lalu memegang tanganku. Anak matanya tepat menikam anak mataku. Aku menunduk menahan malu dan sebak yang bertandang di hati.
"Terima kasih kerana sudi menerima diri abang yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana menjadi suri hati abang,"aku terpegun mendengar kata-katanya itu. Jemariku ditarik lalu dia menyarungkan sebentuk cincin bertakhta permata di jariku. Aku menitiskan air mata saat itu sebelum mengucup lembut tangan suamiku itu.
"One more please..."minta jurugambar untuk aku mengulang kembali babak aku mengucup tangan suamiku. Perlahan aku menurut meski hati sudah dilanda taufan kencang. Usai saja adegan bersalam-salaman, kami diminta untuk duduk di atas pelamin sebelum dijemput ke meja makan beradab. Aku hanya menurut kemana langkah dibawa. Rohku seolah tiada di majlis itu.
Aku hanya memandang ke arah tetamu yang hadir, yang tidak jemu mengucapkan tahniah. Sekejapan, aku terpandang wajah suamiku pula. Di bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Seolah dia begitu bahagia dengan pernikahan ini. Semerta fikiranku melayang memikirkan bicaranya sebentar tadi. Siapa yang sudi menerima dia ? Aku tidak sudi sama sekali ! Aku terpaksa, bukan rela.
* * * * * * * * * *
Aku melangkah masuk ke dalam kamar tidur sebaik saja jam di dinding sudah berdeting tiga kali. Sejurus pintu terbuka, suasana suram menghiasi pandangan. Perlahan aku melangkah dan berdiri kaku di tengah-tengah kamar. Aku kerling ke katil, aku lihat Firash sedang lena tidur. Aku melangkah lagi selangkah demi selangkah dan tiba-tiba kakiku terlanggar sesuatu sebelum bunyi kaca pecah jelas kedengaran. Aku tergamam.
"Faiqah, are you okay ?"soal Firash yang entah bila sedar. Aku masih membatu. Ketakutan dan terkejut.
"Sayang, okay tak ni ?"sekali lagi aku terkedu apabila jemariku bertaut dengan jemari Firash. Semerta aku menjauhi dirinya.
"I'm okay. Aku tak perasan tadi. Sorry kacau tidur kau,"ujarku dengan nada bergetar. Tautan tangan aku dan Firash tadi seolah membawa satu perasaan asing di sudut hatiku.
"It's okay. Dah lewat ni, kau tidurlah. Biar aku yang kemas,"usul Firash lalu menarik tanganku menuju ke katil. Aku bagaikan terkena pukau dan hanya menurut langkah kaki lelaki itu. Sekejapan dia melepaskan pegangan dan memetik suis lampu sebelum mengutip kaca-kaca yang bertaburan. Aku pula hanya memerhati tingkahnya.
"Err, sorry menyusahkan kau..."ujarku perlahan. Sejurus itu pandangan aku dan Firash bersatu. Dia hanya tersenyum.
"Tak apa. Kau tidurlah dulu,"aku hanya akur dengan kata-kata lelaki itu lalu merebahkan diri di atas tilam empuk yang tadinya menjadi tempat tidur Firash. Tidak sampai 5 minit berbaring, akhirnya aku terlena dalam dakapan mimpi yang begitu indah.
* * * * * * * * * * *
"Faiqah, hari ini aku nak berterus terang dengan kau,"aku terkedu kerana sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kamar milik Firash, tiba-tiba suaranya menerpa gegendang telinga.
"Terus terang untuk ?"soalku sambil berkerut dahi dan mengambil tempat di birai katil. Firash pula sudah lama melabuhkan punggung di atas sofa yang bertentangan denganku.
"Kau ingat lagi tak yang kau cakap aku pernah rosakkan anak orang ?"Firash menghentikan bicara seketika lalu memandang ke arahku. Pantas aku mengangguk.
"Sampai mati aku tak akan lupa..."
"Sebelum tu, kau patut dengar cerita aku. Sebenarnya aku tak pernah rosakkan mana-mana perempuan termasuk perempuan tu. Aku akui bahawa aku pernah couple dengan dia tapi aku tak pernah sentuh dia. Sumpah Faiqah ! I never touch her,"akui Firash sambil anak matanya menikam mataku. Aku terkedu seketika.
"Err, tapi kenapa dia cakap kau rosakkan dia ? Tak akan dia nak jatuhkan maruah sendiri depan aku,"aku masih tidak mempercayai kata-katanya Firash itu.
"Because she know I love you. Dia cemburu dan disebabkan itu dia tabur fitnah tentang aku pada kau,"aku terlopong. Tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Akhirnya aku hanya membatukan diri.
"Faiqah, sebenarnya dah lama aku cintakan kau. Sejak kita di bangku sekolah tapi aku takut nak luahkan sebab aku tahu, kau akan tolak aku,"
"Nonsense ! What's about Shasha ?"soalku lagi tanpa menghiraukan bicara Firash.
"Shasha tak pernah wujud dalam hidup aku Faiqah. Aku sengaja mencipta watak itu dengan harapan kau akan cemburu dan merayu untuk bersama aku. Tapi aku silap. Kau tidak peduli sama sekali malah memaksa aku untuk mengambil Shasha sebagai kekasih. Saat itu hanya Allah yang tahu rasa hatiku,"terang Firash lalu duduk di sisiku. Aku mengengsot sedikit, menjauhi dirinya.
"Means, no Shasha ? So, kenapa aku kena kahwin dengan kau ? Aku tak faham. Bukan ke kau cakap aku kena balas balik kesalahan aku pada kau. Kesalahan kerana membina harapan pada kau bahawa gadis itu juga mencintai kau ?"soalku bertubi-tubi.
"No ! Aku sengaja buat semua ni untuk melihat kau cemburu tetapi akhirnya jerat itu memerangkap aku sendiri. Aku tidak pernah menyukai mana-mana gadis lain selain gadis di hadapan aku ini. Percayalah. Aku buat semua ini hanya untuk menjadikan kau isteri aku kerana telah lama aku menyayangi dirimu,"ujar Firash sambil menggenggam jemariku. Aku terkedu buat ke sekian kali.
"Maknanya kau perangkap aku dalam perkahwinan ni ? Maknanya aku tak pernah ada buat salah pada kau ? Maknanya ini semua rancangan kau ? Maknanya kau memang dah lama suka aku ?"
"Berapa banyak makna ni sayang ? Ya, kau memang tak pernah buat salah pada aku dan ya aku memang dah lama suka dekat kau. Ya dan ya juga bahawa sebenarnya ini semua rancangan aku dan kau terperangkap. Tapi kau jangan risau, perangkap ini akan membuatkan kau bahagia. Aku janji,"ucap Firash lalu mengucup dahiku. Aku pula masih terkebil-kebil mencerna kata-kata Firash sebelum aku memaksa Firash memandang ke arahku.
"Nak tahu satu rahsia tak ?"soalku dengan nada berbisik. Pantas Firash menganggukkan kepala.
"Sebenarnya aku dah lama sukakan kau. Tapi aku pun macam kau jugak, takut ditolak. So konklusinya, kita ni penakut kan ?"soalku sambil ketawa mengekeh begitu juga Firash. Di wajah kami terpamer sinar-sinar kebahagiaan yang sesungguhnya.
Comments