Followers

BICARA BLOGGER

Assalamualaikum pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Ruangan ini memang dikhaskan untuk cerpen dan novel karya asli saya sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis. Saya hanya seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan novelis.

Maafkan saya andai apa yang kalian baca nanti ada yang menyinggung perasaan kalian. Saya masih bertatih dalam bidang menulis ini kerana saya tidak pernah ada asas. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Harap kalian terhibur dengan coretan saya ini. TERIMA KASIH :)

-Mirra Nadhira Mustaffa-

Thursday, 5 September 2013

cerpen 14 : Cinta Tak Bersyarat


Aku kerling sekilas ke arah seorang pemuda yang berdiri tidak jauh daripada tempat aku duduk kini. Wajahnya jelas keresahan seolah menanti seseorang. Namun dalam pada keresahan itu, masih terlukis ketampanannya. Aku terus ralit memerhati tanpa memikirkan sekeliling.

Dalam pada aku khayal mengamati raut wajah pemuda itu, tiba-tiba dia memandang ke arahku. Pandangan kami bertaut seketika sebelum aku melarikan pandangan ke arah tasik yang menghijau. Malu kerana tertangkap memandang anak teruna orang. Aduh ! Mana mahu menyorok ni ? Ah, biarlah. Bukan aku jumpa dia lagi lepas ni.

Ops, aku lupa nak perkenalkan diri aku. Aku Naurah Elina. Hmm, aku ni tak adalah secantik pelakon Nora Elena tu. Siti Saliha eh nama dia ? Entahlah. Tapi aku ni comel je. Macam Najwa Latif. Eh, perasan pulak. Tak adalah. Aku cuma biasa-biasa je. Kalau aku secantik artis-artis tanah air, mesti aku jadi model tak lah aku jadi novelis saja kan ? Hmmm... tak apalah. Bak kata orang ukur baju di badan sendiri takut nanti lari saiznya. Tak ke naya ?

Eh, dah jauh sehingga ke Laut Merah aku merepek. Balik kepada cerita jejaka tadi. Seriously aku cakap muka dia comel je. Babyface gitu. Alah, aku tahu ramai yang suka lelaki muka jambu macam mamat Korea kan ? Aku pun suka. Suka tengok je lah. Tak adalah sampai tangkap lentok sangat. Apa mandi tak basah bagai. Hish, merepek tu semua. Tak boleh pakai. Dah kena air mestilah basah kan ?

"Saudari..."aku sedikit terkejut apabila tiba-tiba disapa oleh satu suara. Semerta aku mengangkat wajah daripada laptop. Sebenarnya aku duduk tepi tasik nak cari ilham buat novel baru. Sekali terpandang wajah comel jejaka tadi, habis lari lintang pukang idea aku. Huh !

"Err, ye ? Ada apa-apa yang boleh saya bantu ?"aduh ! Ayat skema tahap unta. Macam ayat zaman atok aku. Apalah aku ni. Tapi tak akan aku nak tunjukkan sifat rock aku kan ? Elak lari berterabur je mamat ni. Eh, aku lupa nak cakap. Sebenarnya mamat comel yang aku usha tadi sapa aku. Mahu tak keluar ayat skema.

"Saudari dah lama lepak sini ?"aku mengangguk laju dan mengangkat kening.

"Lama tak lamalah. Adalah dalam dua jam. Kenapa ye ?"pergh ! Boleh gelak guling-guling mak aku kalau tahu aku cakap sopan macam ni.

"Tadi sebelum saya sampai, ada tak saudari perasan seorang perempuan dekat sini ? Dia pakai baju merah ? Tudung pink ?"prang ! Auch, berkecai hatiku. Oh, patutlah gelisah semacam. Tunggu awek rupanya. Nak dating dekat tepi tasik. Aduh, hancur hati ku.

"Maaflah saudara. Saya tak perasan,"lemah saja suaraku kedengaran. Dah kenapa aku ni ? Dah tersampuk hantu tasik agaknya. Lama sangat lepak tepi tasik.

"Oh. Mana pula dia ni. Tak apalah saudari. Terima kasih dan maaf mengganggu saudari,"aku hanya mengangguk kecil dan tersenyum sebelum pemuda itu berlalu pergi. Huh !

* * * * * * * * * * *

Aku bergolek-golek di atas katil. Kebosanan lantaran tidak tahu untuk buat apa. Akhirnya aku hanya menatap syiling bilik dan terkebil-kebil.

"Lina, kau duduk dekat Kuala Lumpur tu, tak ada ke kau jumpa orang yang kau berkenan ?"semerta terngiang-ngiang suara ibu di cuping telinga.

"Alah bu, Lina dekat sana bekerja, bukannya dok merayap carik laki,"balasku bersahaja sambil mengunyah cekodok pisang yang baru saja ibu angkat daripada kuali. Aku lihat ibu sudah mematikan api dapur lalu mengambil tempat di sisiku.

"Ibu bukan apa Lina. Lina tengoklah umur Lina tu dah berapa. Kawan-kawan Lina semua dah kahwin. Yang dah beranak pun ada. Lina tu jangankan kahwin, pakwe pun tak ada bayang lagi,"aduh ! Parah betul ni kalau ibu dah sebut pasal kahwin-kahwin ni. Ya, memanglah semua kawan-kawan aku dah kahwin cuma aku je belum. Dah jodoh aku belum sampai, nak buat macam mana.

"Ibu jangan risaulah. Kalau ada jodoh, Lina kahwin jugak. Kalau tak ada, nak buat macam mana. Tak kan ibu nak suruh Lina masuk ruangan cari jodoh. Kerja gila tu bu,"aku membalas sambil tersengih. Ibu masih lagi serious.

"Kamu nak suami yang macam mana ? Ciri-ciri suami yang kamu nak tu dulu masih berkuat kuasa ke ?"soal ibu seolah sedang menghadapi masalah dunia. Ibu ni memanglah. Suka besarkan benda remeh.

"Memanglah berkuat kuasa. Penat tau Lina pegang pada ciri-ciri lelaki idaman Lina tu,"ucapku dan mengambil sebiji lagi cekodok pisang sebelum menggigitnya.

"Maksudnya, kamu nak ibu yang pilihkan untuk kamu ?"soal ibu minta kepastian. Aku hanya mengangguk. Memang itu impian aku.

"Tapi ibu takut lah nak buat keputusan untuk Lina sebab yang akan kahwin Lina, bukan ibu. Ibu takut tersilap memilih,"ucap ibu sambil matanya terus memandang wajahku.

"Lina yakin pilihan ibu adalah yang terbaik. Tapi ibu jangan lupa lagi dua lagi syarat utama,"balasku sambil ketawa kecil. Ibu berkerut dahi.

"Yang mana ?"

"Yang pilot tu. Lina kalau boleh nak sangat kahwin dengan pilot. And, Lina jugak tak nak lelaki yang Lina pernah kenal waima bertegur walau sepatah perkataan pun sebelum ni. Faham ?"ujarku penuh semangat. Memang itu tiga syarat utama aku selain beberapa syarat sampingan. Ya, memang aku cerewet tapi kalau dah hati aku cakap nak macam tu, mestilah aku kena ikut.

"Yang pilot tu ibu faham sebab kamu ni memang daripada sekolah dah berangan nak jumpa pilot. Tapi yang kedua tu ibu tak berapa nak faham,"

"Maksud Lina, Lina tak nak lelaki yang Lina kenal. Lina tak nak lelaki yang Lina pernah jumpa, pernah berbual atau apa saja. Lina nak lelaki yang langsung Lina tak kenal sebelum hari nikah kami. Sebab Lina nak kenal dia lepas kahwin. Lagipun orang cakap bercinta lepas nikah ni best,"balasku berjela. Ibu sedikit ternganga. Mungkin sedang mencerna kata-kataku yang agak berbelit. Tak apalah, yang penting ibu faham.

"Itu je syaratnya ?"soal ibu lagi. Pantas aku menggeleng.

"Ya Allah, berapa banyak syarat kau ni ? Patutlah sampai sekarang tak kahwin. Cerewet sangat!"bebel ibu. Aku hanya ketawa.

"Syarat yang ni mudah je bu. Macam orang lain jugak, Lina nak kuat pegangan agamanya, yang boleh tunjukkan Lina jalan ke syurga, yang baik, yang hormat Lina sebagai isterinya, yang sentiasa di sisi Lina tak kira susah atau senang dan yang paling penting Lina tak nak lelaki merokok sebab rokok punca masalah. Kerana sebatang rokok hubungan suami isteri boleh bertelagah. And last one, Lina nak dia setia,"

"InsyAllah, ibu doakan Lina dapat lelaki yang Lina impikan. Tapi Lina kena ingat, manusia ni mudah berubah. Mungkin hari ini dia setia, tapi belum tentu esok hari. Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu ni,"balas ibu sambil mengusap bahuku. Aku hanya tersenyum.

"Amiin bu. Lina sayang ibu,"ujarku lalu mengucup pipi ibu lembut sebelum ibu menarikku dalam dakapan.

* * * * * * * * * * *

Hari ini aku menjejakkan kaki ke menara berkembar KLCC pula. Aku ingin mencari inspirasi dengan melihat orang-orang berada berbelanja. Aku ingin melihat bagaimana kehidupan orang yang diklasifikasikan sebagai orang kaya. Terkadang aku terfikir, mengapa kebanyakkan orang kaya ini tidak mahu menderma sebahagian daripada harta yang mereka ada ke rumah-rumah kebajikan. Memanglah ada, tapi hanya seorang dua sedangkan di Malaysia ni, berapa banyak rumah-rumah kebajikan yang dibina ? Aku pernah terdengar ada beberapa buah rumah kebajikan memerlukan bantuan kerana kekurangan wang untuk perbelanjaan mereka. Terdetik rasa kasihan di hatiku.

Aku mengambil tempat berhadapan dengan sebuah kedai pakaian wanita yang agak ramai pengunjungnya. Aku perhatikan seorang demi seorang pelanggan yang keluar masuk di situ. Ada yang sudah berusia dan ada juga yang masih remaja. Aku terus memerhati seorang demi seorang sebelum anak mataku tertancap pada seorang gadis.

"Hello, are you blind ? I said I want pink colour but this is red. Can't you compare between red and pink ?!"agak kuat suara wanita itu memarahi pekerja di situ. Jatuh kasihan aku melihat wajah pekerja yang agak merah itu. Mungkin segan dengan pandangan orang.

"Sorry but only this colour avaible here,"lembut suara pekerja itu itu menerangkan perkara sebenar. Kepalanya masih menunduk.

"Huh ! I don't care. I want pink colour !"teriak wanita itu lagi. Aku yang melihat daripada jauh sudah segan apatah lagi pekerja itu.

"Err, I will call my manager for you,"ujar pekerja itu sebelum berlalu. Wanita tadi masih bereaksi seperti tadi. Menyinga wajahnya. Sekejapan, pekerja tadi datang bersama seorang wanita cantik dan bergaya di sisinya. Setelah berbicara beberapa ketika, wanita yang sedang berapi sebentar tadi terus berlalu pergi dengan wajah mencuka. Aku hanya menggeleng saat dia berjalan di hadapanku. Masih wujud lagi rupanya kakak tiri bawang putih pada zaman millenium ni.

Kemudian, aku bangun dan melangkah perlahan-lahan memerhati orang ramai yang sedang sibuk berbelanja. Aku hanya memerhati gelagat mereka. Ada yang berjalan berkumpulan dan ada juga berjalan berpasangan dan tidak ketinggalan yang bersendirian seperti aku. Ah, aku bukan datang untuk shopping, tapi untuk mencari idea.

Ketika aku mengorak langkah satu persatu, tiba-tiba pandanganku jatuh pada seraut wajah yang rasanya aku pernah nampak sebelum ni. Aku terus memandang untuk memastikan bahawa aku tidak tersilap orang. Tanpa di duga, pandangan kami bertembung. Semerta aku melarikan pandangan dan berjalan sedikit laju tanpa menghiraukan pemuda itu lagi.

"Saudari !"aku terdengar ada suara berteriak di belakangku. Aku masih lagi berlagak selamba tanpa berpaling ke belakang. Mana mungkin ada yang memanggilku kerana aku tidak mengenal sesiapa di sini.

"Saudari tudung biru, tunggu !"gulp ! Aku meneguk liur sambil memandang tudungku. Ya, aku bertudung biru dan adakah ini maknanya suara itu memanggil aku. Segera aku berpusing ke belakang dan aku lihat lelaki tadi sedang mendapatkanku. Sekali lagi liur ku teguk kasar.

"Err, saudara panggil saya ke ?"apabila jejaka itu sudah berada di depan mata, aku pantas menyoal. Dia hanya menganggukkan kepala.

"Ya. Awak ni yang hari tu saya jumpa dekat tepi tasikkan ?"aku terkesima. Jadi betullah ini pemuda tempoh hari dan bermakna aku tidak tersilap pandang.

"Err, awak yang tanya pasal girl kan ?"aku cuba mencari kepastian dan sebaik saja dia menganggukkan kepala, aku menghadiahkan senyuman.

"Selamat bertemu kembali,"serentak kami bersuara sebelum ketawa kecil.

"Tak sangka jumpa saudari di sini. Macam ada jodoh kan kita ni ?"ujar pemuda itu. Aku sekadar tersenyum. Jodoh ? Sebelum kenal mamat ni mungkin ya, tapi lepas berbual macam ni mungkin tidak sebab syarat utama aku sudah dilanggar.

"Jom minum. Kita borak-borak,"ajak lelaki itu. Aku menggeleng pantas.

"Tak apalah. Terima kasih sangat-sangat tapi saya dah terpaksa pergi ni. Ada hal yang nak diuruskan lagi,"balasku cuba mencari jalan untuk tidak duduk bersama lelaki itu.

"Oh, tak apalah kalau macam tu. Ni kad saya. Kalau ada apa-apa call aje saya. InsyAllah kalau tak ada aral, saya datang. By the way, nice meeting you again. Assalamualaikum,"usai aku menyambut huluran kad daripada pemuda itu, aku terus berlalu pergi dan menghadiahkan sebuah senyuman buat lelaki itu. Dia hanya melambai perlahan sebelum tenggelam di celah-celah orang ramai.

* * * * * * * * * * *

Aku berjalan pantas menuju ke kereta seusai urusanku di bank. Cuaca yang terik begitu merimaskanku. Peluh sudah memercik keluar. Aku mengesatnya dengan sapu tangan kecil.

"Saudari !"suara itu seolah biasa aku dengar. Semerta aku berpaling ke sisi dan seperti yang aku duga, wajah lelaki itu terlayar di pandangan. Aku hanya menghadiahkan senyum segaris.

"Hai,"ucapku lemah. Dah lah panas boleh pula jumpa mamat comel ni.

"Hai, jumpa lagi kita ye. Memang macam betul-betul berjodoh. Dari mana ni saudari ?"soal lelaki itu lagi.

"Bank. Awak tak kerja ke ?"soalku pula sambil mengesat peluh yang keluar.

"Tak, cuti. Jom saya belanja minum. Panas ni,"usul lelaki itu. Aku terdiam. Nak bagi alasan apa pula ye ?

"Saya..."

"Jomlah. Kali ni je,"penuh mengharap wajah lelaki itu dan dalam keterpaksaan aku mengangguk. Biarlah. Semoga ini menjadi kali pertama dan terakhir.

"Okay. Jom !"seraya itu dia melangkah meuju ke sebuah restoran yang berhampiran dengan tempat kami bertemu sebentar tadi. Aku sekadar meminta air orange juice begitu juga dengannya.

"So, siapa nama awak ? Macam pelik pulak asyik panggil saudari je,"tanya lelaki itu. Aku menarik senyum segaris.

"Naurah Elina. And you ?"aku menyoalnya kembali.

"Aik, Naurah tak tengok kad saya ke ? I'm Adam Faris and you can call me Adam, or Faris or hubby too,"erk, aku terdiam. Tidak tahu untuk bereaksi bagaimana.

"Just joke. Hmmm, Naurah kerja apa ?"soal Adam lagi. Hmm, macam macho je nama Adam.

"Novelis,"balasku pendek. Adam tersenyum lebar.

"Wow, first time saya kenal novelis tau. Best tak jadi novelis ?"soal Adam lagi. Aku menganggukkan kepala.

"Bagi saya best sebab kita dapat berangan menjadi apa saja yang kita inginkan,"ucapku sambil tersenyum.

"Oh, jadi apa yang aku selalu inginkan ?"tanya Adam lagi sambil memandang ke arahku.

"Pilot. Eh, opsss..."aku sedar aku telah terlepas cakap. Adam di hadapan sekadar tersenyum cuma. Sekejapan pelayan tiba bersama pesanan kami.

"Pilot ? Kenapa dengan pilot ?"soal Adam lagi setelah meneguk air. Aku pula hanya terkedu dengan soalannya.

"Err, tak ada apalah,"balasku laju. Gila nak cerita pasal ciri-ciri lelaki idaman aku tu ? Tak pasal kena gelak. Tak sedar diri !

"Awak nak kahwin dengan pilot ?"serkap Adam dan tekaannya itu mengena. Aku hanya menundukkan wajah. Malu teramat !

"Err, tak adalah,"ujarku lagi.

"Hmmm... awak memang asal sini ke ?"soal Adam lagi. Aku pantas menggeleng.

"Tak lah. Saya asal Johor,"ujarku bersahaja.

"Johor ? Area mana ? Saya ada family juga dekat sana,"aku hanya tersenyum.

"Kota Tinggi. Air Tawar Satu,"ujarku. Aku lihat dahi Adam sedikit berkerut.

"Tak tahulah saya dekat mana sebab saya jarang balik Johor. Lagipun family saya dekat sana tak berapa nak rapat,"terang Adam dan aku pula mengangguk tanda faham. Biasalah orang kalau dah duduk bandar, mana nak ingat kampung halaman.

"Eh, okaylah. Saya rasa saya kena gerak dulu ni,"ucapku meminta diri sambil mengerling jam di tangan.

"Cepatnya. Hmmm, tak apalah. Eh, bagi saya number phone awak. Nak harap awak call saya, sampai bongkok tiga saya jadinya,"seloroh Adam sambil ketawa. Aku hanya menyengih. Aduh ! Aku ingat inilah pertemuan terakhir kami, tapi kalau dah minta nombor telefon tidak mustahil akan terjadi pertemuan seterusnya.

"Naurah..."panggil Adam. Aku terus memanggungkan kepala memandangnya.

"Number ?"

"Kejap. Saya misscall, bagi nombor,"ujarku sambil mengeluarkan telefon bimbit.

"Aik, tak simpan nombor saya ke ?"tanya Adam tiba-tiba. Aku menggigit bibir. Aduh kan dah kantoi ! Tapi aku mana ingat nombor aku. Burr...

"Sorry. Dapat tak ?"soalku pula setelah membuat miscall untuk beberapa ketika.

"Got it ! Eh, save tau number saya. Kecik hati saya,"ujaran daripada Adam itu membuatkan aku  ketawa kecil.

"Orite. Saya savelah ni,"ujarku lalu menekan punat maya save pada nombor telefon Adam. Adam hanya memandang.

"Okaylah. Saya pergi dulu. Terima kasih belanja saya hari ni. Assalamualaikum,"pintaku sebelum mengangkat punggung. Adam menjawab salamku dan menghantar aku pergi dengan pandangan saja.

* * * * * * * * * * *

Sudah seminggu aku tidak bertemu Adam Faris alias mamat comel tu. Akhirnya aku bebas tanpa dia. Yahooo ! Eh, dah kenapa aku ni. Macam lah Adam tu kurung aku dalam sangkar nak menjerit bagai. Poyo betul !

Dalam pada aku membebel sendirian di ruang tamu, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Lambat-lambat aku menggapai telefon bimbit yang aku campak di atas sofa sebentar tadi. Sebaik saja telefon bimbitku berada di tangan, segera aku menekan punat maya dan semerta keluar pesanan yang baru aku terima.

From : Adam Faris.
Assalamualaikum Cik Naurah Elina. Apa khabar ?

Aku terkedu membaca bait kata di skrin telefon bimbitku itu. Baru sebentar tadi aku bersorak riang lantaran tiada lagi bayang Adam Faris dalam hidup aku, tapi tak pula aku duga dalam masa sesaat dia muncul kembali. Macam tahu-tahu je dia ni.

To : Adam Faris
Waalaikumussalam. Saya sihat. Awak ?

Aku membalas sekadar berbasa-basi. Takut dianggap sombong pula nanti. Tapi seriously talk, aku memang tak suka mesej-mesej ni. Lambat dan menyusahkan. Sekali lagi telefon bimbitku berbunyi.

From : Adam Faris
Alhamdulillah sihat. Dah seminggu tak jumpa awak. Kalau tak asyik bertembung aje.

Aku membaca bait ayat itu dan aku hanya menggaru kepala. Syukurlah kita tak berjumpa mamat comel. Aku amat-amatlah berharap supaya kita tak berjumpa.

To : Adam Faris.
Hmm... betul tu. Means jodoh kita tak adalah.

Balasku sebaik teringat kata-kata Adam setiap kali bertembung. 'Kita ada jodoh,'. Tak mahu aku.

From : Adam Faris
Saya kerjalah sebab tu tak jumpa. Tengoklah dalam dua tiga hari ni mesti kita jumpa sebab kita kan berjodoh.

Aku terpaku lagi. Dah mula dah ayat dia. Jodoh, jodoh, jodoh. Sakit pula hati aku. Dah aku cakap tak ada, maknanya tak adalah ! Degil betul.

To : Adam Faris
Hish, merepeklah awak ni.

Pendek saja balasan daripadaku kerana aku malas untuk menaip. Lenguh wei jari jemari aku.

From : Adam Faris
Mana ada merepek. Mana tahu kata-kata saya jadi kenyataan.

Aku mencebik membaca pesanan balasan daripada Adam itu. Mengada-ngada.

To : Adam Faris
Hish, awak tak menepati ciri-ciri lelaki idaman sayalah !

Tanpa sempat aku edit kata-kata itu, aku telah tertekan punat send. Habislah aku kali ni. Agak lama telefon bimbitku sepi tanpa bunyi. Aku pula cuba mengawal rentak di hati.

From : Adam Faris
Apa ciri-cirinya ? Mana tahu ada pada saya.

Aku memejamkan mata erat. Memang aku cari nahas kali ni. Kenapalah aku ni suka bertindak tanpa berfikir ?

To : Adam Faris
Saya gurau je. Okaylah. Saya nak tidur ni. Selamat malam dan assalamualaikum.

Aku cuba memboloskan diri daripada menjawab pertanyaan Adam itu. Tak akan nak menipu lagi. Tak nak lah aku menambah dosa. Dalam pada aku membebel sendirian, tiba-tiba lagu be mine berdendang di telinga. Aku pantas mengangkat.

"Assalamualaikum,"lembut aku menjawab.

"Waalaikumussalam..."aku terkedu. Suara itu ? Lantas aku memandang skrin telefon bimbit dan nama Adam Faris terpamer.

"Err, kenapa Adam ?"soalku gugup.

"Saya nak tahu jugak ciri-ciri tu,"ujar Adam begitu tegas. Aku meneguk liur kasar.

"Err, nantilah. Saya ngantuk lah,"aku memberi alasan agar tidak perlu menjawab soalan itu.

"Tak nak nanti, nak sekarang,"rengek Adam pula. Serasa ingin saja aku rebah saat itu. Biar betul Adam ni.

"Saya ngantuk ni,"aku terus-terusan memberi alasan. Aduh ! Parah macam ni.

"Jawab dulu,"kembali serious suara Adam. Aku sudah menepuk dahi.

"Awak tanya mak sayalah. Dia je tahu pasal ni,"aku cuba melarikan diri dengan berkata begitu. Lama Adam mendiamkan diri. Aku pula hanya menanti kata putus daripadanya.

"Okay, tapi jangan menyesal. Assalamualaikum,"ucap Adam lalu mematikan talian. Aku pula termangu-mangu sendirian. Apa yang jangan menyesal ? Tak faham aku. Bebelku dan berlalu ke kamar.

* * * * * * * * * * *

Aku dipaksa pulang ke kampung halamanku hujung minggu itu. Meski hati diserbu pelbagai tanda tanya, namun aku turutkan jua kemahuan ibu. Entah mengapa, aku berasa seperti ada sesuatu yang amat penting yang ingin ibu luahkan.

Aku tiba di kampung ketika matahari sudah berada di tengah-tengah langit. Panas memang panas tapi tahan aje lah. Neraka tu lagi panas kan ? Usai makan bersama ahli keluargaku, kami berkumpul di beranda rumah. Terasa angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar pipiku. Aduh, macam nak lena mata aku jadinya.

"Naurah Elina, tahu tak kenapa ibu paksa balik ?"soal ibu setelah pelbagai cerita kami kongsi bersama. Aku menggelengkan kepala.

"Dua hari lepas, kami terima rombongan meminang dan seperti syarat-syarat utama kamu tu, kami pun setuju,"aku terlopong. Biar betul ? Aku tak bermimpi di tengah hari kan ?

"Err, semua syarat tu ?"soalku tidak percaya.

"Tak semua sebab dia kata kamu kenal dia dan dia pun kenal kamu cuma kamu dengan dia tidak pernah bercinta sebab baru aje kenal,"balas abah pula. Semerta bayangan wajah Adam Faris bermain di ingatan. Ah, kenapa muncul muka dia pulak ? Tapi bukan ke cuma dia je orang yang aku baru kenal ? Eh, chop dia pilot ke ?

"Pilot ?"

"Ya, pilot dan kami dah setuju sebab kamu yang nak kami pilihkan untuk kamu. Majlis pertunangannya akan berlangsung minggu depan dan majlis pernikahan dalam 3 bulan daripada sekarang,"terang ibu. Aku hanya mampu ternganga. Nak bantah tak boleh sebab aku yang bagi keizinan seratus peratus dekat ibu dan abah dalam soal jodohku. Jadi pasrah aje lah.

"Err, siapa nama dia ?"aku menyoal lagi. Tak puas hati betul aku selagi tak tahu siapakah  lelaki yang ibu dan abah maksudkan.

"Adam Faris,"seperti yang aku duga. Tapi kenapa dia ?

"Adam ?"perlahan nama itu aku ucapkan. Pandanganku jatuh ke tanah. Apakah ini semua maksud kata-katanya tempoh hari ?

Dalam pada aku khayal, tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Perlahan aku meminta diri daripada ibu dan abah apabila nama Adam Faris terpampang di skrin. Kedua orang tuaku mengangguk tanda membenarkan.

* * * * * * * * * * *

"Assalamualaikum Naurah Elina,"sapa suara di hujung sana. Aku menghela nafas perlahan.

"Waalaikumussalam..."mendatar suaraku.

"Hmmm... awak dekat kampung eh ?"soalan daripada Adam aku biarkan sepi seketika lalu memandang sekilas ke arah beranda rumah. Ibu dan abah masih di situ.

"Ya dan betul ke cerita peminangan ni semua ?"soalku pula. Aku terdengar helaan nafas Adam.

"Ya. Semua tu betul. Saya memang dah lama nak jadikan awak yang halal buat saya..."balas Adam membuatkan aku terdiam sejenak.

"Tapi, kita baru kenal..."

"Bukankah awak nak kahwin dengan orang yang awak tak kenal ? Jadi apa bezanya kita ? Kita belum mengenali antara satu sama lain,"potong Adam pantas membuatkan aku berkerut dahi. Betul kami belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam kerana kami baru bertemu. Tapi syarat aku ???

"Awak tidak perlu aturkan syarat itu semua sebab memang sudah tertulis di Loh Mahfuz calon suami untuk awak dan pertemuan itu adalah takdir Allah. Jadi kalau awak tolak saya pun, saya tetap terima walau hati saya terluka kerana ini semua kehendak Allah,"balas Adam. Aku mengetap bibir.

"Seperti syarat yang saya sendiri tetapkan, saya hanya terima pilihan ibu bapa saya jadi saya terima awak sebab awak pilihan orang tua saya. Awak jangan risau, saya bukan terpaksa tetapi saya rela bersama awak kalau memang awak yang tertulis buat saya,"ucapku sambil menutup mata. Malu sebenarnya pun ada.

"Terima kasih Naurah. InsyAllah saya akan menjaga dan mencintai awak sehingga darah saya terhenti,"ujaran daripada Adam aku sambut dengan senyuman. Usai saja sesi meluahkan perasaan yang terbuku, kami terus berbincang mengenai majlis yang bakal berlangsung. Tanpa sedar, ada bahagia yang menjengah tangkai hatiku.

* * * * * * * * * * *

Genap sebulan aku dan Adam Faris sah menjadi sepasang suami isteri. Aku bahagia di sisinya. Terasa cahaya-cahaya kebahagiaan mula memancar terang dalam hubungan kami dan aku bersyukur.

"Naurah Elina, isteri abang. Hari ni abang kena pergi untuk empat hari. Sayang jaga diri baik-baik,"sebak mula bertandang ke dalam sanubariku sebaik menghantar Adam ke muka pintu bersama bagasinya. Aduh, sebulan bersamanya tanpa pernah sedetikpun berpisah membuatkan aku terasa begitu berat untuk melepaskan dia pergi.

"Okay. Abang pun, jaga diri. Jangan lupa telefon saya bila dah sampai sana,"pesanku lalu menggenggam erat tangan suamiku itu. Dia mengusap ubun-ubunku lembut sambil tersenyum.

"InsyAllah. Sayang jangan lupa doakan keselamatan abang ye. Gonna miss you darling,"ucap Adam sambil mengucup dahiku. Aku tersenyum malu.

"InsyAllah. Abang jangan main mata dengan pramugari-pramugari seksi tau. And you know what, abang belum pergi pun saya dah rasa rindu,"balasku lalu ketawa mengekeh. Terus Adam Faris menarik tubuhku ke dalam pelukan.

"Always love me when I'm not around you and I always love you till the end of the day,"aku terkesima mendengar ayat itu. Lama kami berpelukan sebelum sebuah teksi berhenti di hadapan rumah kami. Aku segera meloloskan diri daripada pelukan Adam malu jikalau pemandu teksi tadi nampak.

"I will abang. So, there the taxi. Kita kena berpisah untuk enpat hari. Semoga empat hari perpisahan kita menguatkan lagi rasa cinta dan sayang kita antara satu sama lain,"ujarku lalu mencium tangan Adam.

"Amiin. Okaylah, abang kena pergi. Maafkan salah silap abang pada sayang dan jangan pernah lupakan abang okay. Assalamualaikum !"lirih suara Adam sebelum berlalu ke dalam perut teksi. Aku melambaikan tangan sambil tersenyum. Namun, tanpa sedar air mata telah jatuh menitis.

* * * * * * * * * * *

Aku terduduk mendengar berita yang baru ibu ucap kepadaku. Ya Allah, mengapa sebegini berat dugaan yang menimpa diriku ? Aku akui, hatiku tidak cukup kuat untuk menerima berita ini kerana sesungguhnya aku masih memerlukan dia untuk menemaniku menjalani hari-hari yang mendatang.

"Naurah anak ibu. Tabahkan hatimu anakku. Ibu tahu Naurah seorang yang kuat. Jangan menangis begini anakku,"pujuk ibu lembut ketika aku berada di sisinya. Tiba-tiba memoriku terpaut pada peristiwa dua hari selepas majlis pernikahan aku dan Adam.

"Abang, kenapa abang pinang saya ?"soalku sambil anak mataku meneliti raut wajah suami yang sentiasa tersenyum.

"Sebab abang cintakan Naurah. Sejak pertama kali kita berjumpa..."balas Adam masih dengan senyuman.

"Dekat tasik ? Masa saya curik tengok abang ?"tanyaku lagi. Aku lihat Adam menganggukkan kepala.

"Yup ! Masa tu memang abang dah dapat detect yang Naurah suka dekat abang and abang pun dah jatuh hati dekat Naurah masa tu,"ujar Adam terus terang. Aku hanya menyimpul senyum. Malu pula nak ingat cerita tu.

"Eh, bukan masa tu abang ada date dengan girl ke ? Mana dia ? Saya tak pernah jumpa pun,"aku menyoal lagi. Tapi kali ini nadaku terasa tegas. Cemburu ? Mungkin.

"Cemburu ? Sebenarnya masa tu abang tak tunggu siapa-siapa pun. Abang saja nak release tension. Tak sangka abang bertemu dengan jodoh abang. Actually girl yang abang maksudkan masa tu adalah Naurah,"balas Adam. Aku sudah berkerut dahi. Kurang faham dengan bicaranya.

"Maksud abang ?"

"Naurah tak perasan ke masa tu Naurah pakai baju merah dan tudung pink ? Masa Naurah cakap Naurah tak perasan tu, abang dah bantai gelak dalam hati. Abang fikir kenapalah loading sangat Naurah ni,"ujar Adam sambil ketawa kecil. Aku mendengus geram sebelum menjelingnya.

"Ei, sampai hati buat macam ni dekat saya. Awak tak baik tau buat saya macam ni !"marahku dan menarik wajah. Tiba-tiba bahuku dipeluk erat oleh Adam Faris.

"Sorry abang tak sengaja. Please jangan merajuk. Abang sayang Naurah tau walaupun Naurah ni loading,"aku ingin mengamuk lagi namun aku cepat-cepat sedar. Aku tak boleh emotional sangat. Lagipun Adam dah mintak maaf.

"Kenapa abang sayangkan saya ?"soalku lagi. Aku lihat kening Adam bertaut.

"Abang tak tahulah sayang sebab cinta abang tak bersyarat macam sayang,"balas Adam lalu tergelak lagi. Aku terus menyiku perutnya.

"Ye lah. Saya buat syarat tu semua untuk suka-suka je tapi tak sangka ibu dengan abah ikut rules tu betul-betul. Tapi sebenarnya cinta saya pada abang tidak pernah bersyarat sebab saya dah mula suka dekat abang masa saya curik-curik pandang dekat abang dekat tepi tasik. Abang tahu tak, muka abang damnly cute. Sincere from the bottom of my heart,"ujarku sebelum menunduk malu. Aku terdengar Adam ketawa kecil lalu dia menarik daguku agar pandangan kami bertaut.

"Naurah tahu tak abang pun dah suka dekat sayang masa tu. That's why, abang pura-pura tanya pasal budak perempuan yang tak pernah wujud tu dekat Naurah. Actually, I want to comunicate with you,"aku hanya tersenyum.

"I know. So sebagai balasan, saya serahkan cinta saya pada abang tanpa syarat because I love you too,"Adam tersenyum cuma, begitu juga aku. Aku bahagia di sisi dia.

* * * * * * * * * * *

Suara orang ramai yang sedang membaca yasiin di sisi jenazah Adam Faris iaitu suamiku begitu meruntun jiwa. Tanpa sedar setitis air mata jatuh daripada tubir mata lalu singgah di pipiku.

Abang, kenapa hanya sementara saja kita bersama ? Aku masih belum puas mendengar ceritamu. Aku masih belum habis menceritakan kisah ku dahulu. Aku masih mahu kau berada di sisiku. Menemani aku sepanjang sisa hidupku. Namun kini, impian itu harus aku kuburkan bersama jasadmu kerana tidak mungkin untuk kau menemaniku kerana kau sudah dijemput Ilahi. Namun, dengan pemergianmu ini bukan bermakna cintaku padamu turut hilang. Aku masih mencintaimu dan akan mencintaimu selamanya sebab cintaku tak bersyarat.

"Naurah Elina, umi harap kau tabah menerima pemergian Adam. Umi tahu payah untuk kamu terima kerana ibu telah lalui ini semua sewaktu arwah ayah Adam pergi meninggalkan kami selamanya. Naurah harus kuat ye nak,"pesan umi Adam yang juga mertuaku. Aku terus memeluk tubuh tua itu lalu menangis di bahunya.
Sekejapan, tubuhku dilepaskan daripada rangkulan umi apabila jenazah Adam sudah diangkat masuk ke dalam van untuk dihantar ke tanah perkuburan islam. Longlai langkah aku atur mengikut mereka menghantar arwah suamiku ke persinggahannya yang terakhir. Namun aku cekalkan hati. Air mata yang mengalir aku tepis dan aku nekad untuk tidak menangisi pemergian Adam.

Usai jenazah Adam ditimbusi tanah, terus talkin dibacakan. Air mataku mengalir laju saat mendengar suara pak imam menyampaikan talkin itu. Sayu. Pilu. Hanya itu yang aku rasakan. Selepas ini, tiada lagi gelak tawa Adam Faris buat selamanya. Setelah segalanya selesai, ramai yang memohon diri untuk pulang namun aku masih kaku di sisi kubur arwah suamiku.

"Abang, Naurah akan cintakan abang sampai hujung nafas Naurah. Naurah janji abang,"ucapku dalam sendu.

"Naurah, jangan sedih macam ni. Naurah kena terima takdir Allah, yang hidup pasti akan mati Naurah. Dah, jangan sedih-sedih. Kalau kau terus macam ni, kasihan anak dalam perut kau tu. Dia masih perlukan kau untuk menemani dia menelusuri liku-liku kehidupan,"ucap Farah sambil memegang bahuku. Aku tertunduk, memandang ke arah perutku yang masih kempis.

"Sayang, ibu janji akan jaga sayang macam ibu jaga nyawa ibu sendiri. Abang, anak dalam perut Naurah ni bukti cinta kita selamanya. Naurah janji akan didik dia menjadi anak yang baik dan sentiasa ingat pada ingat. Assalamualaikum abang. Naurah sayang abang,"bersama salam itu, aku bangkit daripada duduk dan mula mengatur langkah pulang ke rumah. Bersemadilah dengan tenang wahai suamiku. Aku berjanji tidak akan pernah melupakanmu walau sekejap.

* * * * * * * * * * *

"Ibu, adik nak naik kapal terbang !"rengek Ikhwan Faris lalu menarik tanganku. Kapal terbang ? Segera aku teringatkan Adam Faris. Arwah suamiku yang juga seorang juruterbang.

"No sayang,"tegas aku membantah.

"But why ?"amboi, pandai anak aku speaking. Ni mesti auntie Farah dia yang ajar. Memang nak kena.

"Sebab ibu takut lah Faris,"ucapku lagi.

"Mom, it's not so scary okay. One fine day, I wish I want to be a pilot like late father. I proud of him because he's so handsome in uniform,"aku menganga. Benarkah kata-kata itu keluar daripada bibir anakku ?

"Okay. Kalau macam tu, adik kena study hard !"aku memberi kata perangsang. Meski aku masih trauma dengan kapal terbang tetapi aku tidak mahu mematahkan semangat anakku ini.

Aku tahu kerana kapal terbanglah Adam Faris pergi buat selamanya. Dia pergi meninggalkan aku tapi aku redha. Mungkin itu sudah tertulis buatnya.

"Okay, but please mom. Adik nak naik kapal terbang,"rengek Ikhwan Faris lagi. Aku memandang dan tersenyum. Pipinya yang tembam aku cubit.

"One fine day, if you be a pilot, adik boleh naik kapal terbang tu. But not now okay because I sure you know why,"aku lihat Ikhwan Faris menarik muncung. Merajuklah tu. Bukan aku tak nak turuti permintaannya tetapi aku takut.

"Okay. One fine day, I will make it reality and that day, you must proud of me mom because I'm more handsome than father,"ucap Ikhwan Faris dalam rajuknya. Aku ketawa kecil.

"Oh really ? But, for sure your father is on the top of my heart,"usikku. Aku lihat makin panjang muncung anakku.

"It's okay mom because I know there's a girl for me. And for sure, I will be the top person in her heart. So, don't get jealous !"ceh. Kecik-kecik dah gatal anak aku ni. Hish, ni memang sah pengaruh auntie Farah dia. Memang nak kena mak cik tu tau ! Aku suruh jaga anak aku seminggu terus pelbagai pengaruh jahat dia sumbat dalam kepala otak anak aku ni. Aduh !

"Miang sungguh anak ibu ni. So, now jom kita balik. It's almost night darling. We will come back this weekend,"ucapku lalu menarik tangan Ikhwan Faris untuk pulang ke rumah. Ikhwan hanya menurut langkahku sambil tangannya erat dalam genggaman tanganku.

Wahai suamiku Adam Faris, tenanglah kau di sana. Aku berjanji selagi aku bernafas, akan aku didik Ikhwan Faris sebaiknya kerana aku tahu itulah harapanmu. Dan untuk kali terakhir, aku tetap mencintaimu sehingga nafasku terhenti nanti.

10 comments:

Nur Azwa Edora said...

Wahhh , sedihnya lastly adam faris mati , sweet nya cerita ni , tapi kalau digarap lagi betul2 ,, lepas tu padatkan lagi dengan isi2 , dengan tambah2 saat permulaan perkahwinan diorang ,,lepas tu try lah buat sesuatu insiden yang menarik sikit ,, supaya cerita ni ada kelainan sebab banyak novel cinta kat malaysia banyak bermain dengan plot cerita macam ni..kan dear??? btw, 4.7/5 sy bagi awak .. cerita yang bagus.. sweet :) boleh improve lagi .. semoga jadi novelis yang berjaya .. i always support u dear ^___^

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA said...

hha~ panjangnye komen.. terima kasih sangat-sangat.. kita appreciate sangat.. insyAllah kita akan cuba buat cerita yang mcm akak maksudkan.. anyway, thanks again ! ;D

Pykaa Pdott said...

Fuh pnajang sguh . Habis jugak baca . Sedyhnye yg last tuh :'(

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA said...

hhe~ terpanjang.. btw, thanks sudi baca and tinggalkan komen :)

nurul mustafa said...

why ? why ? dramatik sangat , haha ..okay , cerita ni sedih la yang , tapi best :)

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA said...

hhe~ thanks eh nurul :)

L-Land said...

Aduu~~ingat happy ending . Last2x , jdi cam gni pula . Eventhough it ends like this , i'll still like its . Congrats !

Anis Syuhadah said...

Wargh ending tuuuuuuu. Baru nak bersorak gembira tiba2 Adam meninggal 😩

nursyahira hissam said...

Wahhh!! Seriously best. Ayat memg sempoi tapi menarik!! Mohon tunjuk ajar Ana yg masih newbie dlm dunia penulisan ni ya. anasyaiera.blogspot.com

man8016zan said...

Mnyayat hati...!!!!terrrrrrrbaeeeek!!!!.....good luck....