cerpen 13 : Cinta Si Penyeru Nama
"Balkish !!!"nyaring suara Zain Hakimi memanggil namaku. Zain Hakimi ? Besar pangkat aku panggil nama je dengan bos aku. Lantaklah. Peduli apa aku !
"Balkish !!!"sekali lagi suara bos memenuhi ruang pejabat itu. Aku yang bersembunyi di bawah meja sudah terkekeh-kekeh ketawa sambil menekan perut. Aku yakin kini bos sedang mencari aku ke serata tempat. Biar padan dengan muka dia. Siapa suruh carik pasal dengan aku ?
"Balkish, apa awak buat dekat bawah meja tu ?"terkujatku seketika apabila bos berjaya menjejaki ku. Lantas aku menayang sengih, riak tidak bersalah.
"Opss, saya nampak ada tikus tadi. Ingatkan nak tangkap, tapi dah hilang pulak,"jawabku selamba. Wajah bos bertambah berang.
"Awak bangun sekarang !"jerkahan bos itu membuatkan aku terus berdiri.
DUUMMM !
"Adoi !"aku menjerit kesakitan apabila kepalaku bertembung dengan meja. Sumpah pening ! Boleh gila aku sekejap.
"Hah, padan muka ! Tu balasannya kalau kerja nak mendajal orang dua puluh empat jam,"adui lah bos ni, bukannya nak tolong tapi dia dok membebel macam nenek kebayan. 'Gua stapler mulut lu bos, baru lu tahu senyap agaknya'. Omelku dalam hati sambil menarik muncung.
"Muncung lagi panjang-panjang. Saya ikat kang !"aku sekadar menjeling lalu mencebik. Benci gila dapat bos yang senget macam ni.
"Nak apa bos cari saya ni ? Nak belanja makan ke ?"tanyaku acuh tak acuh. Marah ni !
"Banyak lah awak punya belanja makan. Hah, ni saya nak tanya. Apa yang awak letak dalam nescafe saya ? Kenapa masam dan baunya pelik ?"aku dah agak dah soalan yang akan ditanya oleh bos itu. Aku yang mendajal nescafe dia tadi sebab dia marah aku tak tentu pasal.
"Saya letak gula lah bos. Eh, sekejap ! Masam ye ?"tanyaku sambil membuat muka sedang berfikir dengan tangan di dagu. Aku lihat kening bos ternaik sebelah. Eleh, buat gaya macho lah kononnya. Aku tumbuk muka dia, baru tahu apa itu macho.
"Saya rasakan bos. Saya tersalah letak ingredient lah tadi. Saya rasa saya termasukkan cuka sebab botol air gula dengan cuka sebelah je,"dengan riak tidak bersalah, aku meneruskan bicara. Sengaja aku menekankan perkataan TERMASUKKAN.
Aku lihat mata sepet milik bos terbuntang luas. Bibirnya bergerak-gerak seolah-olah ingin mengucapkan sesuatu. Namun, sekejapan dia meluru masuk ke dalam biliknya lalu menghempas kuat pintu. Aku pula terus bantai gelak tahap nak meletup. Alahai bos, terkena kau hari ni.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku tiba di rumah tika jam sudah melewati angka 8 malam. Sebenarnya masa pejabat tamat jam 5 petang, namun tadi aku singgah ke Aeon untuk melihat novel baru dan kemudian berhenti solat di surau. Akhirnya aku tiba di rumah bila bulan sudah tersenyum.
"Aiseymen, apa kes gua boleh lupa nak beli makanan ni ? Ini boleh mendatangkan kelaparan tahap dewa !"aku merungut sendirian sambil menghempaskan badan di atas sofa empuk di ruang tamu. Sesekali aku memegang perut yang kepedihan akibat lapar.
"Ini tidak boleh jadi ! Aku mesti cari makanan,"segera aku mencapai kembali kunci motorku yang tersadai di atas meja dan memakai semula tudung yang ku lemparkan di bahu sofa tadi.
Aku terus menyusuri beberapa buah deretan kedai di bahu jalan. Apa kes penuh pulak ni ? Kalau nak tunggu, memang lambat lah. Sempat aku kena sawan kelaparan. Segera aku menunggang motosikal menuju ke sebuah kedai makan yang agak lengang.
Terus aku meletakkan motorku di sisi sebuah kereta yang agak mewah. Tapi macam kenal kereta ni. Aku terus menghendap di sebalik cermin kereta yang gelap itu dan memang terbukti.
"Bos lah. Mintak dia belanja sudahlah,"aku sudah merencana idea yang agak kurang siuman. Eh, peduli apa aku.
Aku terus menjengah-jengah kelibat bos di dalam restoran itu. Sekejapan, wajah bos melayari pandangan. Itu dia mangsa aku ! Terus langkah ku atur menuju ke arah bos yang sedang duduk bersama seorang wanita. Hai bos, takkan date dekat restoran chokia macam ni ? Gila tak romantik bos ni. Tapi, okaylah tu bos date dekat sini sebab boleh aku paw dia sekali.
"Assalamualaikum bos. Dating ke ?"tanpa segan silu aku terus menegur bos. Aku lihat bos sedikit tersentak dan kemudian membulatkan biji matanya ke arahku. Ek eleh, ingat aku takut ke ?
"Hai, saya Balkish. Pekerja kepada pakwe awak ni,"aku memperkenalkan diriku kepada wanita ayu yang berada di hadapan bos. Wanita itu terus melayangkan sebuah senyuman manis buatku.
"Nama saya Ayu,"adui, lembut gila suara. Memang padan betul nama dengan perwatakan. Ayu gitu.
"Ooo ooo ooo gadis ayu,"selamba badak aku menyanyi. Aku perasan bos sedang memerhatikan tingkah laku ku.
"Bos, sedap makan. Tak nak ajak saya ke ?"pandangan aku tumpukan semula kepada bos. Aku lihat dia terus menayangkan muka berangnya.
"Alah bos ni. Nak belanja cakap lah. Kejap saya order,"seraya itu aku memanggil waiter lalu membuat pesanan. Selang beberapa minit, makanan ku tiba. Dengan penuh rasa teruja aku terus menelan setiap butir nasi ke dalam mulut. Air fresh orange juga sudah hampir habis aku teguk. Aku tahu bos dan wanita bernama Ayu itu memandang aku tanpa berkelip.
"Erk.. Alhamdulillah kenyang. Okay lah bos, saya balik dulu. Sambunglah dating semula, sorry kacau ye. Eh, terima kasih sebab belanja makan. Assalamualaikum Encik bos dan Cik Ayu,"berdesup aku meninggalkan bos bersama teman wanitanya itu. Aku sudah ketawa kekejaman di dalam hati. Betapa beruntungnya aku malam ni.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
"Balkish !!!"aduh lah bos aku ni. Pagi-pagi buta dah menyeru nama aku. Aku tahu lah nama aku sedap. Tapi janganlah asyik diseru je.
"Ye bos ?"aku membalas acuh tak acuh.
"Masuk bilik saya sekarang !"aku terus menggapai sebuah buku catatan dan sebatang pen lalu membawa langkah menuju ke bilik bos.
"Ye bos. Ada apa ?"tanyaku malas. Mengantuk ni wei. Semua ni sebab novel malam tadi.
"Berani awak kacau saya malam tadi ye,"jerkah bos dengan wajah merah. Marah lah tu. Aku yang separuh mengantuk hanya memandang wajah bos seketika sebelum bersuara.
"Sorry lah bos sebab kacau bos date malam tadi,"aku memohon kemaafan atas kesilapanku semalam.
"Awak ni kenapa hari ni ? Demam ?"seraya itu bos mendemah dahiku. Aku terkejut seketika sebelum menepis pantas tangan bos.
"Oi bos, haram-haram ! Mana boleh bos sentuh saya. Bos bukannya suami saya. Tembak jugak kang bos ni,"gumamku sambil mengetap bibir. Habislah 'janda' dahi aku sebab di sentuh oleh lelaki bukan muhrim. Tidak !!!
"Kalau macam tu, jom lah kita kahwin,"selamba badak je bos ni bersuara. Mataku yang separuh tertutup terus terbuka luas.
"Oi bos. Gila ke hape ? Tak pasal ajak saya kahwin. Tak ingin lah saya,"aku membalas dengan wajah tanpa riak.
"Kenapa pulak tak nak ? Saya kan hensem, baik pulak tuh,"sila lah tanam bos aku hidup-hidup. Gila perasan ! Aku sumbat jugak dalam loji kumbahan kang.
"Sudah lah bos. Perasan tak bertempat. Hensem ? Baik ? Puiihh,"tanpa riak bersalah aku meludah angin. Peduli apa aku ! Geli okay aku dengan bos senget ni.
"Apa pulak saya perasan ?"tanya bos lagi lalu bangun merapatiku. Aku sudah pelik melihat tingkah bos itu. Lupa makan ubat ke apa bos ni ? Apa kes nak dekat-dekat dengan aku ni ? Nak try penyepak aku ke ?
"Eh, bos ni sasau ke apa ? Jangan nak dekat-dekat dengan saya boleh tak ?"ucapku sedikit marah.
"Tapi Balkish..."bersama itu jemari bos memegang tanganku. Aisey ! Tangan aku pulak dah 'janda'. Memang siot lah bos ni.
"Oi bos..."
"Apa korang buat ni ?"aku terpempan seketika apabila ada satu suara di muka pintu. Mati aku !
Bengong punya bos. Lu memang sengaja cari masalah sama gua lah bos.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku sudah berlari-lari anak saat terdengar enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Aku tahu Zain Hakimi sudah pulang.
"Assalamualaikum bos ! Lambat balik,"aku melaung daripada muka pintu. Dia hanya menyengih lalu keluar daripada kereta.
"Lambat ke ? Belum nampak bintang pon lagi,"pergh, memang syok gila jawapan dia.
"Ceh, ada yang tidur bertemankan bintang malam ni,"ucapku selamba dan melangkah masuk ke dalam rumah kembali. Geram oi hati gua.
"Alahai, gurau pun tak boleh ke ? Janganlah merajuk,"pujuk Zain Hakimi lagi lalu memeluk tubuhku erat daripada belakang. Ei, memang nak kena penumbuk bos aku ni. Dah berapa kali aku cakap, jangan pegang aku. Geli tahu tak !
"Kita jiwa rock, tak main lah merajuk. Eh bos, boleh tolong tak ?"ucapku dan terus memandang ke arah televisyen.
"Tolong apa sayang ?"burr. Boleh gugur jantung aku dibuat dek bos ni. Suka guna suara yang terlebih romantik tu. Tapi tak apa. Asalkan dia guna suara macam tu dekat aku je, aku no problem. Kalau dia cakap macam tu dekat perempuan lain. Memang penumbuk makan dia !
"Tolong lepaskan saya lah bos. Geli betul lah bos ni nak peluk-peluk macam kucing miang,"serentak itu aku meloloskan diri daripada pelukan Zain Hakimi. Saat aku terpandangkan wajah Zain Hakimi yang serious dah bertukar jadi incredible hulk itu, terus tawaku meletus kuat.
"Balkish !!!"pergh, nama aku lagi yang diserunya. Daripada aku jadi pembantu dia dekat bilik seni sampailah aku dah jadi isteri dia, memang macam tak lengkap dunia kalau tak seru nama aku sehari.
"Sayonara bos !"seraya itu aku berlari menuju ke dalam bilik sebelum mengunci pintu daripada dalam. Biar padan muka bos tak dapat nak kenakan aku lagi. Apa ingat aku ni tak reti malu ke ?
Eh kejap, bukan ke dulu aku di cop sebagai muka tembok ke ? Kacau bos tengah date. Date lah sangat ! Baru aku tahu si Ayu tu adik bos dan adik ipar aku sekarang ni. Patutlah dia tak marah masa aku kacau dia orang malam tu. Memang hak tuih betul lah bos aku ni ! Dari dulu suka mengenakan aku. Tak apa, sekarang masa untuk aku pulak mengenakannya.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku leka menyiram pokok bunga di halaman rumah sambil bernyanyi kecil. Zain Hakimi sekarang tengah outstation. Ei, apa kes lah asyik kena outstation je bos aku tu. Aku baru nak manja-manja dengan dia. Manja lah sangat ! Sebenarnya rindu pulak aku nak bertekak dengan mamat senget yang sudah sah menjadi suami aku tu.
"Balkish !!!"terlepas batang paip daripada pegangan tanganku saat namaku di seru daripada belakang.
"Oit bos, sini lah ! Hey, bila bos sampai ni ?"soalku teruja. Mahunya tak teruja, bos aku dah balik.
"Tak habis-habis panggilan bos dia tu. Abang lah ! Bukan bos,"bidas Zain Hakimi sambil menarik hidungku. Aduh, tahulah hidung aku mancung. Benci betul lah.
"Sakit lah bos !"marahku lalu menepis tangan Zain Hakimi.
"Apa ? Bos ?!"err, dengan sepantas kilat aku melarikan diri ke dalam rumah. Kalau aku tunggu lagi lama, memang habislah aku kena bash dengan bos. Bos tu bukan boleh pakai sangat kepala otak dia. Kalau sawan miang dia dah sampai, habislah aku kena dengan dia. Jadi, sebelum apa-apa, baik aku blah dulu. Tidak rela aku jadi mangsa dia !
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku sibuk menyediakan makanan tengah hari di ruang dapur. Sesekali aku bernyanyi kecil. Menu hari ini, sayur kailan goreng belacan, ikan siakap masak lemak dan jugak ayam goreng. Cukuplah tu, bukannya habis pun kalau masak banyak-banyak walaupun aku ni kuat makan tahap dewa.
"Balkish !!!"ei, gua paling menyirap dengar suara tu. Aku ketuk jugak guna senduk ni kang ! Serentak itu aku menuju ke ruang tamu.
"Ye ? Nak apa menjerit macam langsuir ni ? Orang tengah sibuk ni,"bebelku geram. Zain Hakimi sekadar menayang sengih.
"Rindu !"what the... Sabar Balkish, kau kena faham bahawasanya suami kau ni memang perangai serupa kanak-kanak ribena. Justeru, silalah bersabar ye Balkish yang comel.
"Huh ! Sudahlah,"marahku lalu menuju ke ruang dapur kembali. Menyambung tugasanku yang tergendala dek suara Zain Hakimi sebentar tadi.
"Sayang, kenapa marah ni ? Period ke ?"ada kang aku pam dalam mangkuk tandas suami aku ni. Aku menjelingnya sekilas dan meneruskan kerjaku.
"Sayang, ceritalah dekat abang. Kenapa ni ?"soal Zain Hakimi serious. Aku berdehem lalu memandangnya tajam.
"Orang nak keluar lah hari ni ! Orang bosan asyik duduk rumah je. Jomlah abang,"sekelip mata perangai aku berubah. Frust gila aku bila asyik terperap dalam rumah ni.
"Tak boleh sayang. Sayang kan tengah tunggu hari tu. Buatnya terberanak dalam shopping kompleks macam mana ? Sayang duduk je lah dulu dekat rumah. Nanti dah habis pantang, sayang cakap je nak shopping dekat mana. Bulan ? Bintang ? Rela abang bawak,"serentak itu aku mencubit lengan Zain Hakimi kuat. Apa benda lah suami aku nak merepek ? Aku sepak jugak kang. Apa ingat aku tinggal tunggu hari ni tak boleh nak belasah orang ke ? Hish !
Segera pandangan aku larikan kembali ke arah kuali. Geramnya aku bila rayuan aku diabaikan. Tidakkah suami aku tahu bahawa aku nak shopping ? Eii... Sedang aku merungut di dalam hati, tiba-tiba aku dapat rasakan sesuatu.
"Argh ! Abang, sakitnya perut orang. Bang, rasanya air ketuban dah pecah ni,"ujarku dalam kesakitan dan terus mengambil tempat di atas kerusi meja makan. Aku lihat Zain Hakimi blur seketika.
"Apa ?! Dah pecah ?! Hah, nak buat apa ni ??"aku menepuk dahi. Aduilah suami aku ni. Aku dah lah dah sakit tahap gaban ni, dia boleh pulak tanya aku nak buat apa ?
"Buat apa lagi ? Bawa pergi hospital lah. Nak suruh orang bersalin dekat sini ke ?"ucapku lemah. Aku lihat Zain Hakimi terangguk-angguk dan kemudian menghilangkan diri ke ruang tamu.
"Balkish ! Kunci kereta mana ?"pergh, ni yang gua hot tahap nak meletup ni. Sabar-sabar.
"Mana orang tahu ! Abang ni cepatlah. Sakit ni !"marahku. Seketika kemudian Zain Hakimi muncul kembali di hadapanku. Aku ingatkan dia nak membantu ku menuju ke kereta rupanya dia boleh kembali ke ruang tamu tanpa membantu aku. Aku lihat gaya Zain Hakimi seolah-olah tiada arah. Pantas aku bangun daripada duduk lalu berlalu menuju ke kereta. Seusai aku duduk di dalam kereta, hon aku tekan panjang. Seraya itu juga Zain Hakimi muncul daripada dalam rumah dan bergegas menuju ke kereta untuk membawa aku ke hospital.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
"Tahniah, puan telah mendapat anak perempuan,"hanya itu yang aku dengar daripada bibir jururawat yang merawatku sebelum mataku terpejam.
"Balkish !!!"astaghfirullah suami aku ni. Aku tengah sakit-sakit macam ni pun boleh lagi dia menyeru nama aku ? Aku hempuk jugak kang !
"Apa ?"tanyaku masih lagi kepenatan.
"Terima kasih sebab lahirkan bayi yang comel ni,"ucap Zain Hakimi sambil tersenyum bahagia.
"Mestilah comel sebab ibu dia kan comel,"selamba aku menjawab lalu mengeyitkan mata. Zain Hakimi terus menayang muka geli.
"Salah ! Bayi ni comel sebab muka abah dia handsome,"aku sekadar mencebik lalu mejelirkan lidah.
"Perasan tahap unta !"bidasku laju sebelum ketawa terkekeh-kekeh apabila Zain Hakimi menarik muka. Segera aku membetulkan duduk lalu menarik hidung suamiku itu.
"Walaupun abah dia tak handsome, ibu tetap sayang,"bisikku perlahan dan mengenyitkan mata.
"Abah pun sayang dekat ibu,"balas Zain Hakimi lalu memeluk tubuhku. Aku terkedu sedikit dengan tindakan drastik Zain Hakimi itu.
"Err, bos. Apa ni peluk-peluk ? Geli oit,"Zain Hakimi terus menayang wajah bengang lalu mencubit tanganku. Aku sekadar ketawa besar apabila wajahnya bertukar cemberut.
"Bos, nak letak nama apa dekat baby kita ni ?"tanyaku lagi tanpa memujuk Zain Hakimi.
"Zara Batrisya,"aku sekadar tersenyum mendengarkan jawapan daripada mulut suamiku tanda aku setuju. Saat itu juga Zara menangis dan pantas aku mengendongnya. Aku bahagia kini bersama encik bos yang suka menyeru nama aku dan juga si Puteri yang cerdik.
Comments
tapi nak cakap sikit boleh? ustazah sy kate 'muhrim' tu maknanya 'orang yg sedang berihram'. ... ramai org salah guna prkataan tu. yg sepatutnya bukan 'mahram' .. 'mahram' means org yg diharamkan brkahwin dgn kite.ex: adik bradik, ayh n atok. so, 'bukan mahram' means org yg bleh khwin ngan kite. iaitu lelaki ajnabi. diorang tu lah yg kite xleh bersentuhan.. sorry klau komen byk sgt. juz sharing. wallahu a'lam. :)