Cerpen 16 : Memoir Marisa


Aku menghentak kuat kaki ke lantai tanda protes yang amat. Sakit woi hati aku bila kena paksa-paksa macam ni. Aku tahulah nak buat apa ! Jadi tak payah lah nak ajar aku. Bukan aku nak belagak, tapi kalau dia cakap elok-elok tak apa jugak. Ni cakap macam nak roboh rumah ! 

“Woi, kau dengar tak apa yang aku cakap ? Main hentak-hentak kaki pulak !”bebel suara itu lagi. Aku mengajuk setiap patah kata yang diucapkan olehnya.

“Tak payah lah nak mengherotkan mulut tempayan kau tu. Cepat ! Ambikkan buku aku,”dengan keterpaksaan aku melangkah ke dalam kamar lelaki itu lalu menggapai buku Additional Mathematics di atas mejanya. Namun, sebelum melangkah keluar sempat lagi aku meneraburkan buku-buku yang elok tersusun di atas meja itu.

“Nah !”aku menghulurkan buku yang dipinta oleh Farhan dengan wajah yang sebal. Pantas dia merampas buku itu daripada peganganku. Ei, bukan nak cakap terima kasih tapi main suka hati dia aje merampas. Ada yang kena penampar aku ni kang !

“Woi, cepatlah. Kau nak pergi sekolah ke tak ? Terhegeh-hegeh !”jerit Farhan daripada dalam kereta. Bergegas aku memakai kasut sebelum berjalan pantas ke arah kereta BMW hitam milik bapa lelaki itu.

“Aku ingat kau nak ponteng hari ni. Dah cepat naik !”arah Farhan lagi lalu membuka kasar pintu kereta di seat belakang. Eleh ! Macam aku tak boleh bukak sendiri. Kalau tak ikhlas, tak payah nak buat ! Bebel ku dalam hati.

“Nanti masa rehat, kau jangan nak menggatal pulak rehat dengan si Keping tu !”semerta aku mengalihkan pandang ke arah Farhan sambil berkerut dahi.

“Keping mana pulak ni ?”soalku laju.

“Siapa lagi, Taufiq lah !”selamba saja Farhan bersuara sambil memandang ke luar tingkap kereta. Pak cik Hamdan di bahagian depan pula hanya tergeleng-geleng melihat aksi anak majikannya. Suka sangat mengarah orang sesuka hati. Lain benar perangai dengan bapanya, Dato. Fahrin yang amat baik hati dan tidak suka mengarah.

“Suka hati akulah ! Kalau aku tak rehat dengan dia, aku nak rehat dengan siapa ? Budak perempuan semua tak nak kawan aku sebab dia orang ingat aku rampas kau daripada dia orang !”akhirnya dapat juga aku meluahkan ketidakpuasaan hati terhadap Farhan.

“Kalau macam tu, kau rehat dengan aku. Lagipun dah terlanjur orang ingat kita ada apa-apa kan ?”selamba badak aje kan mulut mamat ni. Hish, kalau aku tampar memang saja aje bisu !

“Tapi…”

“No objection. Jom !”semerta lenganku ditarik oleh Farhan sebaik saja kereta berhenti betul-betul di hadapan pagar sekolah. Aku cuba menepis namun tidak berhasil. Aku dapat rasakan banyak mata-mata yang memandang dengan pandangan jelek. Ah ! Bodoh punya Farhan. Maki aku dalam hati.

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-

“Wei, apa hubungan kau dengan Farhan ?”aku yang sedang duduk menghadap buku latihan di taman herba terkedu seketika sebelum mendengus kuat. Meluatnya lah !

“Kau nak tahu kenapa ?”soalku malas. Hisy, ini lah malangnya kalau ‘rapat’ dengan orang famous mengalahkan artis Korea.

“Kau jangan nak biadap dengan aku. Kalau aku tanya tu jawablah,”tengking perempuan itu lagi. Aku masih bersabar. 

“Hoi, kau kenapa kacau dia ?”entah bila Farhan muncul, tahu-tahu sudah berada di sisi aku. Perempuan yang lantang berbicara tadi terus sepi. Bibirnya diketap.

“Errr, hai farhan.”sapa perempuan itu tanpa rasa besalah. 

“Berambus kau. Sekali lagi aku nampak kau kacau dia, aku tak teragak-agak nak tampar muka kau. Get lost !”marah Farhan kuat. Perempuan itu terkedu sebelum bergegas meninggalkan taman herba itu bersama kawan-kawannya.

Setelah perempuan itu berlalu, aku kembali menatap buku latihan tanpa sedikitpun mengendahkan Farhan yang masih berada di situ. Lantak kau lah !

“Wei, yang kau tak balas cakap perempuan tadi tu kenapa ?”soal Farhan keras lalu mengambil tempat di hadapanku. Aku hanya menyepikan diri dan kembali fokus pada buku latihan yang terhampar di atas meja.

“Hoi, ni yang aku menyirap dengan kau. Kalau aku tanya tu jawab, bukan buat bodoh je. Ei, sini buku kau !”serentak itu buku latihan yang tadinya elok terletak kini sudah berada dalam genggaman Farhan. Aku hanya memandang sambil mengetap bibir. Dengan geram aku bersuara.

“Kau nak apa lagi ? Nak mengamuk macam perempuan tadi ?”sudah lah aku tiada mood, boleh pulak Farhan ni carik pasal. Memang saja je kang kalau aku smack.

“Nah ambik burger ni. Aku nak kau makan. Kau ni dua puluh empat jam nak mengadap buku sampai masa rehat pun tak nak rehat. Ada jugak yang gila kang,”bebel Farhan lalu meletakkan sebungkus burger dan secawan air di hadapanku. Aku hanya mencebik.

“Aku cakap makan tu maknanya makan. Habiskan ! Kalau tak, siap kau,”ugut Farhan. Aku dengan lagak terpaksa hanya menurut arahan Farhan. Malas untuk berbahas. Setelah siap menjamu selera, Farhan terus mengajak aku masuk ke dalam kelas memandangkan waktu rehat telah pun tamat. Sepanjang perjalanan daripada taman herba ke kelas itu, aku dapat merasakan semua memandang aku dengan perasaan geram kerana berdamping dengan Farhan, jejaka idaman sekolah. Tapi, ada aku kisah ?

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Kepada Marisa Elyana yang manis..
Boleh tak saya nak berkenalan dengan lebih rapat dengan awak ?
Kalau boleh, hubungi saya 
011-2346969 – Syah

Aku hanya membaca sekilas isi surat yang baru aku terima itu. Syah ? Budak 5 Kejora ? Serious ke dia ni ? Tapi kenapa tiba-tiba ? Aku bingung. Serasa sudah lima tahun aku kenal Syah tetapi kami tidak pernah bertegur walau sepatah perkataan. Tak mungkin dia tiba-tiba nak berkenalan lebih rapat dengan aku. Mesti ada sesuatu yang sedang dia rancangkan. 

Ya, aku memang prejudis terhadap lelaki. Hidupku terlalu banyak merana disebabkan oleh manusia bernama lelaki. Kerana lelaki, ibu meninggal dunia. Kerana lelaki aku dibuang keluarga. Kerana lelaki juga hidup aku kacau bilau. Semua kerana lelaki. Bagi aku, di dunia sekarang ini tiada lagi lelaki yang baik, yang boleh dipercayai.

“Hoi mak cik ! Kau ni kalau tak belajar, mesti berangan. Aduhlah, kau tak ada hobi lain ke selain dua benda tu ?”ternaik bahuku apabila Farhan muncul mengejut. Surat yang aku terima daripada Syah terbang melayang sebelum singgah di hujung kaki Farhan. Semerta Farhan menunduk dan mengutip surat itu. Aku mengetap bibir dan memejam mata. Takut untuk melihat reaksi Farhan. Bukan aku tidak tahu reaksi Farhan nanti kerana sudah acap kali aku kena. Setiap kali Farhan tahu aku mendapat surat, pasti amuknya mengalahkan harimau hilang anak.

“Hoi, Syah siapa ni ? Budak 5 Kejora yang macam bapok tu ke ?”lantang suara Farhan bertanya. Aku sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu. Saat itu juga surat itu dikoyak oleh Farhan dengan wajah bengis. 

“Jangan mimpi nak menggatal dengan jantan lain. Kau tu sekarang tanggungjawab papa aku, so kau kena jaga air muka papa aku. Jangan nak berkepit dengan jantan lain !”Farhan memberi amaran. Aku hanya menunduk sebelum mengangguk kecil tanda mengerti.

“Okay bagus ! Sekarang jom balik, Pak Hamdan dah tunggu tu,”ajak Farhan lalu menarik beg aku. Kalut aku bangun dan menuruti langkah Farhan. Sebaik tiba di kereta, sekali lagi Farhan membukakan pintu kereta buatku. Aku hanya mendiamkan diri sehingga tiba di rumah agam milik keluarga Farhan.

-,-,-,-,-,-,-

Aku duduk di dapur sambil memandang Mak Teha yang sedang mengacau bubur di dalam periuk. Sesekali tangan nakalku mengetuk meja menandakan aku kebosanan. Suasana bisu yang membelengu melemaskan rongga penafasan aku.

“Mak Teha, kenapa eh Farhan suka marah-marah dekat Mar ?”soalku seraya menghalau sepi yang membalut suasana.

“Entah Mar, Mak Teha pon tak faham kadang-kadang dengan Farhan tu. Dulu dia tak suka marah-marah, tapi lepas dia jumpa Mar, dia terus jadi macam tu,”balas Mak Teha sebelum mematikan api dapur dan melangkah ke meja makan yang sedang diduduki olehku.

“Agaknya dia tak suka kot Mar duduk sini. Ye lah, Mar kan anak pungut je,”jawabku perlahan.

“Hish, apa pulak fikir macam tu. Mak Teha tahu Farhan bukan tak suka Mar, tapi entahlah. Cara dia layan Mar bukan menunjukkan dia benci, tapi macam ada makna tersirat yang Mak Teha sendiri tak tahu,”bidas Mak Teha. Matanya tepat menikam wajahku. Aku menghela nafas berat.

“Entahlah Mak Teha, kadang-kadang Mar rasa macam Mar ni mengacau hubungan kekeluargaan Farhan. Sebab tu dia selalu marah Mar,”balasku laju. Saat itu juga memoriku mengimbas kembali segala kelakuan Farhan terhadapku. Namun dalam diam aku turut keliru dengan tingkah Farhan. Kalau dia benar-benar bencikan aku kenapa dia harus membantu aku ketika semua pelajar perempuan mengecam aku ? Ah, mungkin dia sedar itu semua berpunca daripada dirinya juga.

“Marisa ! Sini tolong aku,”aku tersentak daripada lamunan apabila suara Farhan menerjah gegendang telingaku. Ah, baru saja sebut sudah muncul tuan punya nama.

 "Sekejap ye Mak Teha, bapak singa tu dah panggil. Kalau lambat kang, mengaum pulak. Kejap lagi Mar datang balik ye,"ucapku dengan rasa menyampah yang membuak di dada. Namun dalam pada rasa menyampah itu, kaki tetap aku lajukan menuju ke arah Farhan di halaman rumah.

"Kau nak apa ?"soalku sebaik aku sudah berdiri di sisi lelaki yang belagak umpama diktator itu. Sebu perutku memandang wajahnya yang tiba-tiba tersenyum itu. Ni mesti ada agenda tersirat. Aku bukan tak tahu kalau bapak singa sekor ni dah buat muka macam anak kucing, memang sah-sah ada maksud.

"Mar, sini aku kenalkan kau dekat kawan aku,"berbeza sekali bicara Farhan kali ini. Naik juling biji mata aku memandang ke arah Farhan yang masih tidak lekang dengan senyuman di bibirnya. 

"Ery, ni lah anak angkat papa aku kiranya adik angkat aku jugaklah. Marisa. Marisa ni kawan abang Han, Ery,"lembut saja butir bicara Farhan saat memperkenalkan diriku dengan kawannya yang bernama Ery itu. Siap berabang bagai, loya tekak aku. 

"Hai Risa, saya Ery. Rasanya kita ni sebaya kan ?"sahut Ery bersama senyum manis. Aku pantas mengangguk.

"Kalau awak sebaya dengan... errr.. abang Han, maknanya awak sebaya dengan saya jugaklah,"ucapku sedikit bergetar saat ingin menyebut nama Farhan.

"Tapi kenapa awak panggil Farhan 'abang' sedangkan korang kan sebaya ?"soal Ery musykil. Aku pula sudah termangu. Apa aku nak jawab ni ? Aku tadi pon sebab ikut saja bicara Farhan yang meroyan tiba-tiba berabang dengan aku.

"Errr... alah Ery, kau kan tahu aku ni anak tunggal. So, tak salahkan kalau aku nak anggap Marisa macam adik aku. Yelah, aku nak jugak rasa jadi abang. Baru best,"hah! Banyaklah kau punya best Encik Farhan hoi. Aku ni yang terseksa tahu tak ! Geli usus aku nak panggil kau 'Abang Han'. Macam nak terberak aku rasa.

"Oh. Patutlah. Teringin nak jadi abang lah ni,"ucap Ery tanpa perasaan namun matanya masih melirik ke arahku. Aduh, apa fasal pulak manusia ni dok terjeling-jeling dekat aku. Apa ada cili ke dekat gigi aku ? 

"Ery, jom lah lepak dekat dalam. Panas lah dekat sini. Mar, pergi cakap dekat Mak Teha, kawan a.. errr.. abang datang. Suruh dia buatkan air, nanti ab.. abang ambik,"arahan daripada Farhan aku angguk pantas. Tanpa menunggu lama, aku bergegas menuju ke dapur. Namun telingaku masih sempat mendengar bicara Ery.

"Cun jugak adik angkat kau. Dia dah ada boy belum ? Kalau belum boleh aku masuk jarum,"ujar Ery tanpa lapik. Terjengil mata Farhan dan sempat lagi dia mengerling ke arahku. Semerta aku menghilangkan diri di dapur. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku ralit bermain buai di taman milik keluarga Farhan. Tenang je suasananya. Sesekali aku bernyanyi kecil. Berangan nak jadi ala-ala bawang putih. Mana tahu ada 'putera raja' yang baik hati dengar dan melamar aku. Bagus jugak tu. Ops, ter'over' lah pulak aku ni.

"Marisa !"okay. Ni bukan 'putera raja' tapi bapak singa. Benci betul aku. Baru nak berangan dah ada yang mengacau. Agaknya tak aman hidup dia kalau sehari tak memanggil nama aku.

"Ye. Aku dekat taman belakang ni !"sahutku tanpa berpaling. 

"Hoi, jom teman aku pergi Aeon. Aku nak jumpa orang lah,"haih ! Ni yang aku benci ni. Kalau nak pi jumpa orang mesti nak ajak aku. Apa dia ingat aku ni bodyguard dia ke ? Sakit pulak hati kita ni.

"Malas lah aku. Kau pergi je lah. Bukan aku kenal pun siapa kawan kau tu,"balasku sambil menarik muka. Farhan terus mengambil tempat di atas buai yang bertentangan denganku. Pantas aku menjeling.

"Did I ask you for a reason ? Tak kan ? So, kau nak ke tak nak ke kau tetap kena ikut. Cepat siap. Aku bagi kau lima minit je untuk kau siap. Kalau kau lambat, siap kau aku luku,"ugut Farhan sambil membesarkan matanya yang sepet tu. Eleh, ingat aku takut sangat ke ? Aku cuma takut sikit je. Semerta aku bangkit daripada duduk dan berlalu ke kamar dengan hati yang mendongkol rasa geram.

"Lima minit je !"jerit Farhan lagi dan aku terus melangkah dengan lebih laju. Badigol punya budak !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku berjalan perlahan tanpa menghiraukan orang ramai di sekeliling. Mataku meliar memandang pelbagai aksesori yang terpamer di ruang kaca di dalam setiap kedai yang aku lalui.

"Marisa cepatlah !"aku terdengar suara Farhan memanggil namun aku hanya buat tidak ambil tahu. Tanpa sedikitpun memandangnya, aku meneruskan langkah. Kali ini lebih perlahan daripada tadi.

"Marisa !"semerta lenganku digenggam erat dek jemari kasar Farhan. Aku cuba menepis namun tidak berjaya. 

"Hoi, lepaslah mangkuk ! Ei, kau ni suka betulkan cari pasal dengan aku !"amukku lalu memukul tangan Farhan yang masih melekap di lenganku.

"Siapa yang mulakan. Makin kau pukul, makin kuat aku pegang. Dah senyap,"ugut Farhan dan mengeratkan lagi genggaman tangannya di lenganku. Dengan rasa sebal aku hanya menurut langkahnya.

"Hai Fif ! Sorry lambat,"ucap Farhan sebaik saja kami berdiri di hadapan seorang gadis yang boleh aku klasifikasikan sebagai gadis ayu. Eh, cantik jugak !

"Hai, it's okay. Hei, siapa ni ?"soal gadis itu lembut sambil tersenyum manis ke arah Farhan. Aku hanya memandang aksinya itu.

"Errr saya bodyguard dia. Eh, saya pergi dulu ye. Nanti kalau korang dah habis date, just give me a call,"ucapku laju dan terus merentap lenganku daripada pegangan Farhan. Aku lihat wajah Farhan masih terpinga-pinga dengan tingkahku dan tanpa mempedulikannya, bergegas aku berlalu pergi tanpa berpaling lagi.

Kakiku mula melangkah ke arah deretan kedai yang terletak di dalam pasaraya Aeon itu. Dari jauh, aku terpandangkan kedai buku MPH. Tanpa berlengah, aku terus melangkah laju ke arah kedai itu. Niat di hati nak cari novel. Dapat dua tiga buah pun jadilah. Tak ada lah aku bosan sangat nak tunggu Farhan siap dating.

"Marisa ! Marisa !"sebaik saja aku berdiri di bahagian novel, tiba-tiba namaku dipanggil daripada belakang. Segera aku berpaling.

"Ery ? Hei, lama tak jumpa !"ucapku riang. Sekurang-kurangnya aku ada jugak kawan borak ni.

"Ingat pun awak dekat saya. Awak sorang je ?"soal Ery ramah. Aku menggeleng dan kemudian mengangguk. Dahi Ery terus berkerut.

"Maksud saya, tadi saya datang dengan Farhan then sekarang ni dia pergi dating so saya seorang lah sekarang,"ucapku sambil memandang ke arah Ery. Hmmm... Hensem jugak mamat ni. Ada gaya Fattah Amin sikit. Haha. Memandai aku je.

"Oh, Farhan dating ? Dia tinggalkan awak sorang-sorang ke ? Kesiannya awak. Kalau macam tu, jom saya teman awak,"aku hanya tersenyum tanda menerima perlawaan Ery, teman baruku itu. Ye, masuk hari ini baru dua kali kami bertemu dan tidak aku sangka  kami mudah mesra kerana aku bukanlah jenis yang mudah menerima kawan lelaki dalam hidupku kerana peristiwa lama banyak mengajarku untuk tidak bergaul rapat dengan lelaki.

Niat untuk membeli novel aku tangguhkan kerana Ery sudah mengajak aku untuk duduk di food court. Aku hanya menurut. Sepanjang kami melangkah, sesekali aku ketawa riang. Baru aku tahu Ery mampu buat aku gelak. 

"Awak nak makan apa-apa tak ?"soal Ery sebaik kami mengambil tempat di food court itu. Sesak food court itu dengan orang ramai tetapi mujur masih ada tempat kosong.

"Tak nak lah. Saya kenyang lagi. Minum je lah. Apple juice,"ujarku sambil tersenyum. Ery pula terus meminta diri untuk membuat pesanan. Aku hanya memandang sebelum aku larikan pandangan ke sekeliling. Beberapa minit kemudian, Ery kembali bersama dua cawan air sebelum dia mengambil tempat di hadapanku. Kami meneruskan perbualan tanpa menghiraukan orang lain. Sesekali tawaku meledak kuat. 

"Hei Ery, what's up bro,"aku terus terdiam sebaik saja terdengar satu suara menegur Ery. Macam kenal je suara tu.

"Eh Farhan, jom lah lepak sekali. Mana buah hati kau ?"ujar Ery mempelawa Farhan duduk bersama kami sekali. Aku hanya memandang dengan ekor mata.

"Buah hati apanya. Member aku je. Amboi, rancak korang berbual. Dari jauh aku dah dengar gelak Marisa. Anything to share ?"soal Farhan lagi dan aku tahu dia sengaja perli aku.

"Tak ada apalah. Borak kosong je,"ucap Ery sambil tersenyum memandangku. Aku turut membalasnya ikhlas. Beberapa minit kemudian, Farhan sudah mengajak aku pulang. Menurutnya, Pak Hamdan sudah lama menanti. Aku hanya akur. Namun sempat jua aku bertukar nombor dengan Ery sebelum berlalu pergi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Laju aku melangkah untuk masuk ke kamar sebaik saja Pak Hamdan memberhentikan kereta. Farhan di sisi tidak aku endahkan lagi. Penat sudah telingaku mendengar bebelannya di sepanjang perjalanan pulang tadi. Pening kepala aku dibuatnya.

"Marisa ! Tunggu kejap,"jerit Farhan sebaik saja kakiku memijak anak tangga pertama. Farhan pula sudah memeluk tubuh di tengah ruang tamu. Aku hanya mengetap bibir. 

"Kau nak apa lagi ? Tak cukup lagi 'nasihat' kau tadi ?"soalku geram. Aku terdengar dengusan kasar daripada bibir Farhan.

"Aku suruh kau padam nombor Ery tadi. Apa susah sangat kau nak buat ?"aku hanya mencebik mendengar ayat yang diluahkan oleh Farhan itu.

"Kenapa aku kena padam ?"soalku pantas. Geram dengan sikap Farhan yang kadang kala terlalu mengongkong kebebasanku. Alasannya, aku harus menjaga air muka papanya iaitu papa angkatku. Apa dia ingat kalau aku berkawan dengan Ery air muka papa akan jatuh ? 

"Kau jangan degil boleh tak ? Sini telefon kau !"makin lantang suara Farhan dan bersama itu dia cuba merampas telefon bimbit yang erat di dalam genggamanku. Aku cuba mengelak dan akhirnya berlaku aksi rebut merebut telefon antara kami. 

"Farhan ! Marisa !"papa melaung nama aku dan Farhan kuat. Semerta kami terkaku dan terus memandang wajah papa yang sedikit garang itu.

"Kenapa dengan kamu berdua ni ?"garau suara papa sambil matanya masih memandang tajam ke arah kami berdua.

"Marisa ni degil papa. Dia tak nak dengar cakap Farhan,"adu Farhan sambil tangannya masih cuba mengambil telefon di genggamanku. Aku mengetap bibir.

"Farhan ni yang suka sangat paksa Marisa papa. Dia tak bagi Marisa kawan dengan Ery,"aku pula mengomel lalu menjelir lidah pada Farhan yang masih statik dihadapanku.

"Hah, kenapa kamu tak bagi Mar kawan dengan Ery ? Ery kan kawan kamu jugak,"soal papa kembali pada Farhan. Farhan terus menunduk sebelum berlari keluar daripada rumah. Aku pula hanya terkedu. Kemanakah Farhan nak pergi ? Tak akan nak lari rumah sebab kena marah. Aku lihat papa dan papa hanya buat muka tidak peduli. Mungkinkah papa tahu ke mana langkah kaki Farhan ?

Dengan rasa bersalah, pantas aku belari keluar. Mencari kelibat Farhan yang sudah menghilang. Tiba-tiba pandanganku jatuh pada wajah seseorang yang sedang duduk di taman. Segera aku menghampirinya.

"Farhan, aku mintak maaf atas apa yang terjadi. Okay, sekarang aku delete nombor Ery. Nah tengok,"ucapku dan pantas nombor telefon Ery aku padam daripada senarai kenalan. Meski Farhan tidak berpaling, tapi aku tahu dia lihat dari ekor matanya. Dalam hati aku tersenyum meski tidak tahu apa sebabnya.

"Hmm.. kau marah aku lagi ke ? Sorry okay. Lepas ni aku janji tak tukar-tukar nombor dengan Ery. But may I know, kenapa kau tak bagi aku kawan dengan dia ?"soalku laju dengan kerutan di dahi. Aku hanya mendengar helaan nafas Farhan tanpa sebarang balasan untuk soalanku. Lama suasana bisu. Aku mula terasa bosan dan terus berura-ura untuk berlalu pergi.

"Aku tak bagi kau kawan dengan Ery sebab... aku cemburu. Aku sayang kau lebih daripada adik dan lebih daripada kawan. Kau fahamkan,"langkahku mati sebaik saja ayat itu terbit daripada bibir Farhan. Aku terus berpaling untuk melihat wajah lelaki itu tapi dia hanya menunduk. Tanpa bicara, aku berlalu pergi. Ya Allah, aku mohon pada-MU agar segala yang berlaku hanya mimpi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Aku terima nikahnya Marisa Elyana binti Misran dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai..."air mataku menitis laju membasahi pipi. Dengan berwalikan hakim akhirnya aku selamat diijab kabulkan dengan lelaki yang bukan pilihanku tetapi aku redha dengan perkahwinan ini. 

Aku tahu sebab utama perkahwinan ini dijalankan hanya sekadar untuk menyelamatkan diriku. Jadi aku harus akur. Ya aku silap. Silap memilih antara kaca dan permata. Akhirnya ia menjerat diri. Andai lima tahun dahulu aku dengar bicara Farhan pasti ini semua tidak terjadi. Andai lima tahun dahulu aku tidak mengenali Ery pasti hidupku tidak sebegini. Aku bodoh. Bodoh menilai.

"Maafkan Mar sebab awak terpaksa menjadi mangsa keadaan. Maafkan Mar sebab tak pedulikan kata-kata awak lima tahun lalu,"hanya itu yang mampu aku ucapkan sebelum air mata menitis lagi. Perlahan Farhan duduk di sisiku dan menggenggam jemariku.

"Mar jangan sedih lagi sayang. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percayalah sayang, abang tak akan pernah menyesal memiliki Mar kerana sejak dari dulu lagi Mar pegang hati abang. Percayalah, abang tak akan pernah tinggalkan sayang untuk menghadapi sebarang ujian sendirian. Abang janji akan bersama-sama tempoh ujian yang bakal kita hadapi nanti,"bisik Farhan lembut di telingaku. Semerta aku memeluk erat tubuh lelaki yang baru bergelar suamiku itu. Ketenangan mula berlayar disanubariku saat aku tahu aku tidak bersendirian menghadapi liku kehidupan.

"Sayang, jom turun makan. Papa dengan yang lain dah lama tunggu,"ajak Farhan lembut sambil cuba menarik tanganku. Laju aku menggeleng. Tidak ! Aku tidak sanggup bertemu dengan sesiapa tika ini kerana mataku sembab kerana asyik menangis.

"Sayang tak nak turun ke ? Kalau macam tu abang suruh Mak Teha siapkan hidangan hantar dekat bilik ye,"usul Farhan lagi dan laju aku menggeleng. Tidak ! Aku tidak mahu menyusahkan orang tua itu. Aku tahu kudrat tuanya sudah cukup tidak berdaya kerana menguruskan majlis perkahwinanku tadi. 

"Tak apalah bang. Biar Mak Teha rehat. Kasihan dia letih. Mar tak lapar lagi, nanti kalau Mar lapar Mar turun bawah. Sampaikan maaf Mar dekat semuanya ya,"ucapku lembut dan mula melepaskan pelukan di tubuh suamiku. Farhan masih memandang dengan ragu dan segera aku tersenyum dan mengangguk. Seketika kemudian barulah Farhan berlalu. 

Saat aku bersendirian melayani perasaan itu, bayangan ngeri itu menjelma kembali. Memenuhi ruang memori sehingga aku tidak dapat mengawal empangan air mata daripada terus mengeluarkan airnya.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

IMBAS KEMBALI...

"Risa, percayalah dekat Ery. Ery betul-betul sayangkan Risa. Please Risa terima Ery. Ery janji akan jaga Risa, akan sayang Risa sampai hujung nyawa Ery,"rayu Ery buat kesekian kali. Aku pula masih kaku. Tidak tahu untuk berekasi meski hatiku sudah melonjak suka. Inilah kali pertama aku dilamar lelaki. 

"Ery, bukan Risa tak nak tapi Farhan..."

"Stop Risa. Jangan sebut nama jantan tu. Dia tu cemburu tengok kita bahagia. Percayalah Ery. Ery janji tak akan kecewakan Risa,"aku terdiam mendengar bicara lelaki itu. Benarkah dia menyayangiku ? Apakah jawapan yang harus ku beri ? Separuh hatiku menerima namun separuh lagi masih mengingati bicara Farhan tempoh hari.

"Ery, Risa rasa tak semudah tu Risa nak terima Ery. Please bagi Risa masa,"ucapku perlahan. Ery terus mengambil tempat di sisiku.

"Apa Risa masih tak percaya pada Ery ? Dah lima tahun Risa. Risa masih meragui ketulusan cinta Ery pada Risa ? Hmm. Tak mengapalah Risa. Tinggalkan Ery kerana Ery rasa tidak layak untuk menerima cinta suci dan agung Risa tu,"sendu suara Ery dan membuatkan aku kian terperosok ke lautan serba salah.

"Ery bukan tu maksud Risa. Ya, Risa akui Risa juga suka pada Ery, sayang pada Ery tapi entah lah. Risa rasa ada yang menghalang perasaan ini daripada terus tumbuh. Risa rasa tidak bersedia,"ucapku jujur.

"Risa, katakan dengan jujur apakah di hati Risa tidak ada walau sekelumit rasa buat Ery ?"aku tertunduk dengan pertanyaan Ery itu. Sungguh aku tidak punya jawapan. 

"Hmm. Risa tidak ada jawapan sekarang ini. Maafkan Risa. Risa nak balik,"semerta aku keluarkan telefon genggam dari dalam kocek seluar dan mula mendail nombor Pak Hamdan. 

"Risa..."panggil Ery sebelum segalanya gelap dan berbalam-balam. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku terjaga apabila cahaya terang menyinari peraduanku. Perlahan aku membuka mata dan suasana disekelilingku terasa begitu canggung. Dimanakah aku kini ? Aku bukan di rumah papa.

Aku cuba menngingati apa yang telah terjadi sebelum aku tidak sedarkan diri. Ery ? Ya, dialah orang terakhir yang aku temui sebelum segala-galanya gelap. 

"Hai Risa sayang, dah sedar ?"suara yang baru muncul di muka pintu begitu menyentakkanku. Aku terus mengengsot sedikit ke belakang.

"Ery, kenapa buat Risa macam ni ?"soalku separuh sendu. Sebetulnya hatiku sudah mendongkol geram sebaik saja mengetahui Ery dalang disebalik kes ini. 

"Sebab kau tu bodoh,"kasar bicara Ery membuatkan aku tersentak. Dahiku berkerut.

"Apa maksud kau ?"soalku juga garang. Dadaku berombak kuat, cuba menahan rasa marah yang membuak.

"Memang kau bodoh sebab kau tak terima aku. Ery sayang Risa. Percayalah Risa,"sekelip mata suara Ery berubah sendu. Aku hanya tersenyum sinis. 

"Hentikanlah lakonan kau tu. Hei Ery, kau dengar sini. Mulai daripada saat ini kau adalah musuh utama aku. Jangan mimpi aku akan terima kau kembali dalam hidup. Go die !!"jeritku lantang. Aku lihat Ery sedikit tersentak sebelum laju menerpa ke arahku. Tudung yang menutupi kepalaku ditarik kasar. Hatiku mula berdebar namun aku tetap menunjukkan keberanian. Marisa, kau kena kuat. Jangan pernah mengalah.

"Lagi sekali kau menjerit, aku tak teragak-agak nak lempang muka kau,"ugut Ery sebelum berlalu meninggalkan aku termangu sendiri. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Mar, bangun Mar,"entah bila aku terlelap. Aku tersedar apabila terdengar namaku di panggil. Cukup lembut suara itu dan aku cukup kenal pemilik suara itu. Tapi tidak mungkin dia tahu aku berada di sini.

"Mar..."panggil suara itu lagi. Perlahan aku membuka kelopak mata yang membengkak kerana asyik menangis.

"Farhan ?"soalku lemah. Dan dia hanya mengangguk.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini ? Bukan ke tadi Ery..."

"Sebenarnya aku ikut kau semalam. Aku tahu semuanya. Aku dah dengar perbualan kau dengan Ery. Kau jangan takut eh Mar, Ery dah kena tangkap dengan polis,"terang Farhan sambil membantu aku membuka ikatan di tangan.

"Aku... ta.. kuutt.."ujarku dalam tangisan yang mula kedengaran lagi.

"Syhh.. Aku kan ada dekat sini. Dah jom balik, papa ada dekat luar,"pujuk Farhan dan membantu aku melangkah keluar. Aku hanya menurut. Sebaik saja aku ternampak wajah Ery yang sedang menyinga sambil tangannya digari oleh polis, semerta aku menyorok dibelakang Farhan.

"Marisa, aku akan pastikan kau tak akan jatuh ke tangan lelaki lain. Bila aku lepas daripada tahanan polis, aku akan pastikan kau jadi isteri aku. Okay sayang,"aku menggigil ketakutan dibelakang Farhan. Farhan terus berpaling ke arahku dan mula menenangkan diriku kembali. Ery pula sudah berlalu dibawa oleh polis. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku melangkah ke dalam rumah agam milik papa dengan mata yang membengkak. Farhan masih setia memapah aku sedari tadi. Dari dapur aku sudah dapat menangkap kelibat Mak Teha dengan riak risau diwajah tuanya.

"Mak Teha, bawakkan air suam boleh ?"pinta Farhan lembut. Ya, Farhan memang baik dengan semua orang. Layanannya sama saja tetapi tidak dengan aku. Namun, masih terdapat kemusykilan di hatiku jika dia tidak baik dengan aku, mengapa dia bersusah payah membantu aku ? Apakah selama ini aku yang terbuai dengan mainan perasaan ?

"Nah airnya,"Mak Teha menghulurkan segelas air suam kepada Farhan. Perlahan Farhan menarik tubuhku yang sudah duduk bersandar pada sofa untuk kembali tegak sebelum disuakan cawan berisi air suam pemberian Mak Teha tadi ke bibirku. Sedikit demi sedikit aku meneguk.

"Mar, Ery ada buat yang tidak elok pada anak papa ni tak ?"soal papa yang sedari tadi membisu. Laju aku menggeleng. Ya, itulah kebenarannya. 

"Ery ada pukul Mar ?"sekali lagi aku menggeleng. Ya, Ery langsung tidak menyakiti tubuhku. 

"Tapi... Ery ugut Mar. Dia cakap dia tak akan lepaskan Mar. Mar takut..."perlahan suaraku sebelum air mata jatuh menitis.

"Syyhh... Mar jangan takut. Mar ada papa, ada Farhan, Mak Teha pun ada,"pujuk Mak Teha sambil mengusap belakang badanku. Tubuh tua itu aku peluk erat.

"Tapi... Ery cakap dia akan pastikan yang Mar hanya milik dia. Mar tak nak. Mar takut,"ujarku lagi apabila teringat ugutan Ery. Ya, aku takut dengan ugutan Ery meski dia kini sedang menjadi tahanan polis. Tetapi tidak mustahil jika dia bebas nanti dia akan membalas dendam. Dendam ? Tidakkah aku yang sepatutnya membalas dendam kepada semua kaum lelaki ? 

Kerana lelakilah hidup aku sebatang kara. Dulu aku bahagia di samping ibu dan abah yang sentiasa melimpahkan kasih sayang kepadaku. Namun segalanya lenyap apabila pak ngah tanpa belas memfitnah abah sehingga menyebabkan abah dihukum gantung. Ya, aku tahu. Pak ngah yang meletakkan sejumlah besar dadah di dalam bagasi abah ketika abah ingin berangkat ke Dubai atas urusan kerja. Tetapi nasib abah malang, kerana pak ngah yang merupakan orang yang paling dipercayainya telah memerangkap dirinya. Aku tahu mengapa pak ngah buat begitu. Semuanya kerana rasa iri hati pak ngah terhadap kejayaan abah. 

Setelah abah pergi meninggalkan kami, ibu pula menikahi seorang lelaki lain. Lelaki yang terpaksa aku panggil ayah. Aneh dan janggal aku rasakan. Di awal perkahwinan mereka, segalanya indah. Aku turut bahagia melihat senyuman ceria di wajah ibu. Namun ku sangkakan panas berpanjangan, tetapi lelaki yang ku panggil ayah itu lebih durjana daripada yang aku sangkakan. Sungguh aku benci untuk mengingati apa yang telah dia lakukan. Kerana dialah aku kehilangan ibu dan kerana dia juga aku merempat ditepi jalan sebelum dikutip oleh papa. Ya, aku benci lelaki tetapi aku tidak benci papa dan abah. 

Setelah apa yang Ery lakukan padaku, fikiranku kembali kotor dengan tanggapan lelaki semua sama dan aku harus lenyapkan mereka. Tetapi apabila melihat keprihatinan papa dan Farhan, amarahku kian luntur. Ya, sebahagian lelaki saja yang seperti pak ngah, 'lelaki itu' dan Ery. Tidak semua. Aku harus sedar. Dan disebabkan aku sedarlah aku terima permintaan papa untuk mengahwinkan aku dengan Farhan. Abah kata demi mengelakkan Ery melakukan sembarangan padaku nanti kerana sekurang-kurangnya aku sudah ada Farhan untuk melindungiku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Hari ini genap seminggu aku menjadi milik Farhan, lelaki yang perangainya amat menjengkelkanku suatu masa dahulu. Namun kini aku sedar, walaupun dia berkelakuan seperti itu hatinya tetap baik. Jika tidak, masakan dia mahu menerimaku setelah cintanya dahulu aku biarkan. 

"Mar, jom masuk. Dah malam sangat. Tak baik berembun,"aku yang sedang duduk di buaian sedikit berpaling ke arah Farhan. Tidak sedikitpun aku bangkit malah aku gamit dia menghampiriku. Semerta Farhan melangkah ke arahku.

"Kenapa sayang ?"soal Farhan sedikit cemas. Aku terus ketawa kecil. Sejak menjadi isteri Farhan baru aku tahu yang dia mudah cemas.

"Tak ada apa lah. Saja nak ajak abang duduk sini,"ujarku bersahaja. Pipi Farhan aku cubit geram.

"Tapikan dah malam ni. Tak elok..."

"Abang ni banyak bunyi lah. Alah, bukan selalu pun kita dating dekat sini malam-malam. Ei, abang makin tembam lah,"usikku nakal. Semerta pipiku menjadi mangsa cubitan Farhan. Aku mengaduh kesakitan.

"Cakap abang pulak, Mar pun sama. Dah macam kuih apam dah pipi ni,"ujar Farhan lalu ketawa besar melihat aku membuat muka.

"Hmm... abang, Mar nak tanya boleh ?"soalku sambil bersandar di dada bidang Farhan. 

"Tanyalah..."

"Kenapa masa Ery culik Mar hari tu, abang tak terus selamatkan Mar ? Kenapa mesti tunggu esoknya ?"soalku perlahan. Aku terdengar Farhan menarik nafas panjang.

"Entah. Mungkin sebab tu hati abang masih terasa sakit apabila tengok orang yang abang cinta sungguh-sungguh keluar dengan lelaki lain,"balas Farhan juga perlahan.

"Tapi kalau macam tu, kenapa abang selamatkan Mar jugak ?"soalku lagi.

"Sebab malam tu baru abang sedar bahawa cinta abang pada Mar lebih kuat daripada api cemburu itu. Jadi abang nekad untuk menyelamatkan Mar,"aku terdiam. Farhan pula masih statik memandang langit.

"Abang, lima tahun dulu, betul ke apa yang abang cakap ? Abang cintakan Mar ?"

"Ya Mar, abang sungguh-sungguh masa tu. Abang cemburu lihat Mar dengan Ery masa dekat Aeon. Lebih-lebih lagi bila abang nampak Mar dengan Ery bertukar nombor telefon. Abang tak boleh nak kawal perasaan sebab tu abang suruh Mar padam,"terang Farhan ringkas. Aku pula hanya mengangguk. Lama kebisuan melanda kami. Aku dengan khayalanku dan Farhan dengan khayalannya.

"Mar, banyakkan bintang tu,"tiba-tiba Farhan bersuara dan menunjuk ke arah langit yang sarat dengan bintang.

"Tapi cinta abang pada Mar lebih banyak daripada bintang-bintang tu. Marisa Elyana bersaksikan bintang di langit, abang bersumpah cuma Mar saja satu-satunya wanita teristimewa di hati abang selepas arwah emak,"bisik Farhan perlahan. Semerta aku mengangkat kepala dan memandang ke dalam anak mata suamiku. Di situ aku dapat lihat kerlipan cahaya cintanya. Terima kasih ya Allah kerana akhirnya ada juga insan bergelar lelaki yang dapat melindungiku.


p/s..
maafkan MM sebab dah lama tak update cerita baru.. laptop MM rosak dan terpaksa pinjam laptop adik MM.. :)
btw, maafkan MM kalau cerpen kali ini agak klise dan banyak merepek.. hhe~ anyway terima kasih kepada pembaca blog MM yang tidak seberapa dan terima kasih kepada yang ternanti-nanti cerita baru.. sampai ada yang tanya direct dekat MM bila nak update cerita baru.. sorry ^_^ 
eh, hari tu MM ada send cerpen dekat penulisan2u.. tapi tak tahulah diorang terima ke tidak.. korang tolong doakan ye.. terima kasih korang sebab sentiasa support karya MM yang tidak seberapa ini.. assalamualaikum :)

Comments

Intan Saffyna said…
hi,singgah follow awak :)
syi said…
sy perasan satu silap. nama. hehe.

farisha irdina, tp sudahnya jdi marisa elyana. :). mungkin penulis x perasan kot.
Unknown said…
Hi sis..bila dh msuk nvel gtau lahh hehhe..

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.