Cerpen 20 : Bisikan Hati

Perempuan . Hatinya mudah dibuai rasa indah . Tidak perlu kau berhempas pulas menyediakan emas setinggi langit, cukuplah perhatian dan kasih sayang setiap waktu, hadir dikala dia duka mahupun gembira, dengan mudah kau dapat menawan sekeping hati milik si dia .

Sudah hampir lima bulan aku menjadi bekas pelajar sekolah dan aku sedang menunggu panggilan IPT . Selama lima bulan ini jugak lah si Harraz tidak pernah jemu menghantar pesanan ringkas buatku lewat dinding WhatsApp. Ada kala aku rasa seperti gila . Menghadap skrin telefon lalu ketawa sendirian . Ah aku lupa kami pernah bermusuh dahulu .

                ‘Hei mok ! Kau sihat hari ini ? Berapa pinggan kau makan nasi siang tadi ? - Harraz’

‘Hei pakcik! Aku sihat macam biasa . Sepinggan dah lah . nak lebih buat ape . ingat aku ni pelahap sangat ?! – Raisyah’

‘Tak cakap pun kau pelahap cuma kadang tu ada lah sikit gelojoh . hahaha . jangan marah haa . aku jual timbang kilo nanti . kaya aku – Harraz’

Dan berlarutan aktiviti membuli antara aku dan dia . Bahagia ? Bohong sangat kalau aku kata hatiku tidak dicuit bahagia .

Siapa yang tak bahagia apabila ada seseorang yang sentiasa mengambil berat tentang kita . Mengambil tahu keadaan kita setiap hari . Berkongsi rasa gembira duka , tangis tawa . Walaupun masih berpegang pada tali persahabatan tapi jujur jauh di sudut hati, ‘rasa’ itu mula berdetak kecil . 

Ah ! Bodohnya aku . Begitu mudah termakan  bicara manis sang lelaki sedangkan dulu kami bermusuh . Aku tewas . Tewas dengan diri sendiri . Mana perginya sumpah ku untuk tidak jatuh cinta padanya ? Hmmm...

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Kau tahu bahagia itu apa ? Bahagia itu adalah apabila kau melihat orang yang kau sayang tersenyum gembira bersama yang lain ? Ah ! Kau bodoh Raisyah . Itu namanya sengsara . Bukan bahagia . Usah kau bohongi hatimu . Aku tahu jauh di sudut hatimu kau terasa ‘bisa’ itu mula memakan sedikit-sedikit . Katakan saja kau cemburu . Mengapa harus berselindung dengan ayat klise itu ? Apa kau dapat ? Hanya rasa seperti hatimu dicarik-carik saja. Sakit bukan . Hahaha .

Hari itu . Ya aku masih ingat . Hari itu hujan rintik-rintik . Sejuk . Dingin . Beku . Namun semua itu sudah tidak terasa . Seolah aku sudah immune . Ahh ! Aku kecewa . Meski bibir mengoles senyum namun di balik tubir mata air mata bergenang . Hahaha ! Tahniah Raisyah . Kau berjaya perbodohkan diri . Sia-siakan ‘rasa’ itu untuk orang yang tidak layak .

‘Mok, aku rasa aku jatuh cinta . Aku suka dia . Aku sayang dia . Aku takut kehilangan dia – Harraz’

Bummm ! Umpama seketul batu besar menghempas sekeping hati ini . Hancur . Musnah . Sakit . Perit . Dalam gigilan yang maha hebat aku menaip kekunci telefon .

‘Wah ! Siapakah si gadis malang itu ? Tahniah wei . Aku bahagia untuk kau ! – Raisyah’

Raisyah ! Kau juga seperti tipikal gadis di luar sana . Ayat klise . Mengapa tidak kau luah kau cemburu ? Mengapa tidak kau kata kau sakit hati ? Takut orang kata kau seperti perigi mencari timba ? Hahaha . Makan hati berulam jantung lah jawabnya .

Dan ya ! Aku makan hati apabila saban waktu topik Harraz hanya berkisar tentang si gadis pujaannya . Sampai satu tahap, dia berjaya menawan hati si gadis . Kau tahu apa jadi pada aku ? Ditinggal . Dilupa . Semakin hari kian terasa . Akhirnya dia menghilang . Kau tahu apa aku rasa ? Hahaha . Soalan bodoh apakah ini ? Sudah tentulah aku sedih . Kecewa .

Aku perlu waktu . Ya waktu untuk memulihkan hati ini . Seminggu . Sebulan . Dan aku hampir berjaya sebelum tiba-tiba dia kembali .

-,-,-,-,-,-,-,-

Tapi orang cakap bila hati dah terlanjur sayang, kau bubuh lah beribu duka pasti tetap dimaafkan . Biarlah berjuta cela yang kau calit, pasti tetap diterima kembali . Ah itu lah wanita ! Lemah . Begitu mudah memaafkan dan kemudian hati sendiri yang terluka .

“Raisyah, Harraz buat video call ni,”serasa jantung aku berhenti sesaat apabila Syikin merangkap teman sebilikku tiba-tiba menjerit nama Harraz . Sudah lama dia menyepi, kenapa dia kembali ? Ah, sabar Raisyah .

“Biar je . Tak payah jawab,”balasku dan meneruskan menggosok baju untuk ke kelas esok . Tiba-tiba Syikin menghampiri .

“Dia datang balik ?”tiga patah kata yang membuatkan aku memandang Syikin tanpa kelip . Perlahan aku melepaskan keluhan berat . Jujur di sudut hati aku bahagia kerana dia masih mengingati diri ini, tapi aku tahu di dasar hati aku kecewa kerana dia baru ingat aku saat ini. Lima bulan bukan jangka masa yang sekejap untuk aku melupakannya. Aku hampir berjaya melupakannya, kenapa dia kembali saat ini ?

“Kau masih sayang dia ?”sayang lagikah aku pada dirinya ? Kalau benar sayang, sayang yang bagaimanakah ? Sebagai teman atau lebih daripada itu ? Serabut !
Muka Syikin aku pandang lama . Suis iron aku matikan. Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Syikin turut menyertaiku .

“Perlu ke aku layan dia lagi ?”hanya itu yang keluar daripada mulutku. Syikin memandangku lalu menghembus nafas kasar .

“Kalau kau bersedia untuk dilukai lagi...”sejurus itu Syikin berselubung di balik selimut . Aku hanya memandang dan malam itu aku tidak lena memikirkan si Harraz . Hati aku berbelah bagi . Jujur aku ingin dia kembali. Maafkan aku Syikin .

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya badai menimpa di tengah terik mentari .
Hampir enam bulan  kami berbaik . Dia masih seperti dulu . Mengusik tanpa jemu sampai hampir menangis aku dibuatnya . Setia mendengar bebelan aku andai ada yang menghantui hariku . Sekali lagi aku bahagia . Bahagia seperti suatu masa dahulu .

Tapi hari itu, kata-kata Syikin umpama sumpahan yang telah memakan hubungan aku dan Harraz . Buat kali kedua aku ditinggalkannya lagi . Buat kali kedua hati aku hancur berkecai . Dia pergi untuk seorang wanita juga . Jelas kini aku hanya diperlukan bila dia kebosanan tanpa teman ? Hahaha . Padan muka aku ! Tak pernah nak serik .

Kali ini seperti kali pertama juga, pergi tanpa kata . Hilang sekelip mata . Seolah baru semalam kami gembira berbalas bicara dan hari ini dia menyepi seribu bahasa . Masa terus berputar dan kali ini aku tekad, andai nanti dia kembali aku tak akan pernah menyimpan apa-apa lagi perasaan bodoh ini terhadapnya .

Cuma kali ini dia pergi dan aku dapat pengganti . Bukan aku bangga cuma aku bersyukur kerana masih ada yang berada di sisi . Si dia juga seperti Harraz walaupun pada awalnya sedikit pemalu . Tetapi setelah sekian lama, dia pula yang tidak berhenti menyakatku . Oh ya, si dia hanyalah kenalan lama semasa aku mengikuti satu latihan selepas beberapa bulan tamat sekolah dahulu .

Seperti peristiwa pertama dahulu, setelah Harraz ditinggalkan sang kekasih hati dia mencari aku kembali . Aku cuba berlagak selamba tapi tidak boleh akhirnya aku dah tidak berbalas pesanan dengannya . Kadang saja dia melontar sepatah dua kata di ruang komen moment aku dan aku hanya membalas seadanya . Aku sudah penat . Lelah dengan segalanya . Jujur hatiku telah mati untuk lelaki bernama Harraz itu.

-,-,-,-,-,-,-,-,-

Sedang aku ralit melayan perasaan, mengait kembali cerita lama tiba-tiba telefon genggamku bergetar . Aku kerling sekilas . Si dia rupanya . Macam tahu-tahu saja aku sedang memikirkannya . Dia memang begitu . Baru terlintas namanya di minda pasti nama dia akan menghiasi skrin telefonku . Bila aku katakan padanya, dia cakap dia dapat rasa aku memikirkannya . Ah ! Dia memang mengarut .
‘Mok. Buat apa tu ? – MR. R’

Mok, panggilan itu seperti sudah sebati dengan diri ini . Dulu Harraz memanggilku begitu, kini si dia turut memanggil aku sebegitu . Mungkin aku memang gemuk . Hahaha .

‘Tadik bukak notes lepas tu layan perasaan . Then macam biasa laa beb . Baru nak baca cerpen online sebelum tidur ni– Raisyah’

‘Tajuk ? – MR. R’

‘Be my girl ! – RAISYAH’

‘Lah . Nape be my girl ? Be my wife takde ? – MR .R’

Aku hanya membuat muka . Macam lah si dia boleh nampak bila aku membuat muka . Sengal kuasa sepuluh betul aku ni.

‘Bising ah kau . Buat lah cerpen sendiri sana !!! – Raisyah’

‘Rileks lah mok . Jangan lah emo sangat . Kang jadi andartu baru tau – MR.R’

‘Takpe . Kau kan ada. Nanti agak-agak takde org nak aku, aku suruh abah minang kau – Raisyah’

Gurauku lalu ketawa kecil apabila dia send emoji geram . Aku tidak membalasnya . Notes aku tutup lalu melangkah ke dalam bilik . Selimut aku tarik dan mataku pejam . Selamat malam Rayyan dan kenangan !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Hari teristimewa . Hari graduasi . Alhamdulillah . Segala penat lelah sepanjang menyambung pengajian akhirnya terbayar kini . Segulung kertas yang membawa beribu makna . Mekar senyuman menghiasi bibir .

Ibu, abah dan adik-adik yang setia menemani aku kerling sekilas lalu ku hadiahkan senyuman . Abah sedang sibuk berbual entah dengan siapa begitu juga ibu . Kedua adikku sekadar memerhatikan manusia lalu lalang sambil sesekali  mata mereka menjeling diriku yang masih berjubah graduasi . Bahagia .

Namun ada satu rasa halus yang menyentuh hati ini . Di mana dia ? Dia sudah berjanji untuk turut hadir di hari istimewa ini . Jam di tangan aku kerling lagi . Hampir setengah jam aku menunggu . Dada berdebar hebat . Apakah makna semua ini ?

“Assalamualaikum Raisyah ,”lambat-lambat aku berpaling apabila aku terdengar namaku dipanggil .

“Waalaikumussalam...”aku kaku tanpa bicara . Lidah kelu seribu bahasa . Sudah tiga tahun tidak bersua dan kini aku terkedu tanpa kata melihat dirinya di depan mata.

“Tahniah mok !”ucap si dia perlahan namun cukup menggetarkan hati ini. Lambat-lambat aku mengangguk kecil tanda terima kasih.

“Kau tinggi...sangat,”entah bagaimana ayat itu pula yang keluar daripada bibir ini . Aku dengar dia tergelak kecil dan kemudian menggamit adiknya . Saat itu bunga di tangan adiknya bertukar tuan .

“Nah untuk budak gemuk,”usiknya lalu menyerahkan sejambak bunga buatku. Dalam malu aku menyambutnya. Ah ! Kenapa malu sangat ni ?

“Terima kasih. Oh ya, jom jumpa ibu dengan abah aku,”sesi perkenalan antara Rayyan bersama kedua orang tuaku berjalan lancar dan saat itu juga sepasang suami isteri bersama adik Rayyan muncul di sisi .

“Meet my family ...”dan tanpa sedar orang tuaku dan orang tua Rayyan mudah mesra begitu adik-adikku dan adiknya. Aku hanya memandang mereka sambil tersenyum.

“Ehemm ...”semua mata tertumpu pada Rayyan yang berdiri di sisiku . Aku turut memandangnya . Entah mengapa hatiku tiba berdegup laju.

“Hari ni bukan saja-saja Rayyan datang nak bawak mak dengan ayah kenal family Raisyah, tapi Rayyan sebenarnya kalau boleh nak lamar Raisyah untuk dijadikan isteri,”tanpa sedikit pun dia mengerling ke arahku , laju saja bait kata yang meluncur keluar daripada bibirnya . Aku tergamam .

“Maaf sebab Rayyan tahu tak manis cakap macam ni. Tapi Raisyah pernah cakap kalau boleh hari graduasi dia, dia nak ada orang melamar dia . Dan disebabkan Rayyan memang dah lama sukakan dia, jadi Rayyan ambil peluang. Maafkan Rayyan,”gulp ! Aku tergadah . Memang aku pernah katakan padanya impian aku di hari graduasi tapi aku tak sangka dia jadikan kenyataan .

“Mok, sebelum kau yang melamar aku baik aku lamar kau dulu . Be my wife Raisyah ?”setelah mengungkap kata itu baru matanya memandangku. Wajahnya jelas berona merah . Aku rasa sepatutnya aku yang berasa malu bukan dia. Tapi tak mengapalah.

Aku lihat kedua-dua orang tua kami sekadar tersenyum lalu menggangguk seolah merestui dan akhirnya aku hanya mengangguk kecil tanda setuju.

“Boleh tapi tunggu aku dapat kerja dan enjoy dulu puas-puas sementara masih bujang,”ucapku sambil senyum nakal. Rayyan hanya menggeleng lalu ketawa kecil. Dia sudah faham dengan karenah aku yang masih seperti remaja sekolah. Namun dia tetap mengiakan saja permintaanku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Aisyah ! Kenapa buat macam tu ? Tak baik tau !”marahku pada si anak kecil berusia lima tahun itu .

“Habis tu budak lelaki tu cakap Icah gemok . Dia cakap nanti tak ada orang nak kawan dengan Icah. Icah tak suka dia !”balas si kecil lalu mencebik tanda permulaan untuk menangis . Jarinya masih menunjuk ke arah budak lelaki di pagar sebelah.

“Dah tak mahu gaduh macam tu . Tak baik . Pergi mintak maaf !”arahku lalu menggamit anak lelaki di pagar sebelah untuk mendekati kami .

“Icah, kita mintak maaf tau,”ucap budak lelaki itu lalu menghulur tangan untuk bersalam . Aisyah aku lihat sedikit teragak untuk menyambut huluran itu.

“Okay. Kita kawan . Jangan risau Icah tak akan suka dekat awak. Nama awak siapa ?”balas Aisyah yakin dan aku sekadar tersenyum melihat keduanya kembali bermain bersama-sama.

Entah bila Rayyan turut menyaksikan segala yang terjadi. Aku hanya perasan kehadirannya bila tiba-tiba pinggangku dirangkul mesra. Aku sekadar menghadiahkan senyuman buatnya.

“Mok ! Jom main polis-polis pulak,”aku dan Rayyan terdiam seketika lalu berbalas pandang apabila terdengar perkataan ‘mok’ yang terbit daripada bibir anak jiranku itu . Tak sangka perkataan ‘mok’ itu turut menjadi panggilan buat si Aisyah yang bagiku memang agak tembam. Biasalah genetik mummy. Hehehe .

Ralit aku dan Rayyan duduk bersama di taman mini sambil memerhati kedua-dua anak kecil itu bermain bersama tiba-tiba muncul seorang lelaki daripada rumah sebelah.

“Harraz ?”

“Raisyah ?”

“Abah, ini lah budak mok yang abang cakap tu. Aisyah nama dia,”ucap si kecil lalu menunjuk ke arah Aisyah. Aisyah tersipu-sipu dan aku tergamam seketika. Harraz ?

“Err, abang main dengan Aisyah dulu ye. Abah nak jumpa mummy dengan papa Aisyah kejap,”ujar Harraz mesra. Aku memandang Harraz lagi dan kemudian terburai ketawa yang sedari tadi aku tahan.

“Hahaha . Aku tak sangka kau ayah kepada budak tu. Patutlah perangai nakal macam kau,”ucapku dalam tawa yang masih bersisa.

“Hei ! Aku lagi tak sangka budak mok yang kuat merajuk tu anak kau. Patutlah emo macam kau dulu-dulu,”balas Harraz tidak mahu kalah dalam menyakat aku. Masih seperti zaman sekolah dahulu.

“Kejap-kejap. Sayang, siapa ni?”soal Rayyan tiba-tiba. Pantas aku paut lengan Rayyan dan perkenalkan mereka.

“Abang, meet my enemy, Harraz and Harraz ni hubby aku, Rayyan,”mereka bersalaman lalu sekejap saja sudah berbual mesra. Sesekali aku menyampuk apabila aku terasa seolah dikutuk oleh mereka.

“Abanggggg !”dalam rancak kami berbual, muncul pula seorang wanita yang tiba-tiba memanggil si Harraz. Isterinya barangkali. Fikirku apabila aku terpandangkan wanita itu.

“Sini !”gamit Harraz buat si isteri dan kali ini aku pula berkenalan dengan isterinya. Huda .

“So ni lah Huda yang buat kau macam orang sasau dulu ? Hahaha,”usikku dan aku lihat Harraz menjengil mata. Huda dan Rayyan hanya memerhati perbalahan aku dan Harraz.

“Diam lah ! Jangan bocor rahsia...”

Mesti ramai tertanya bagaimana perasaan aku setelah bertemu Harraz kembali ? Perasaan aku biasa saja. Mungkin kerana sejujurnya aku baru sedar dahulu aku bukan cintakannya tapi sekadar takut kehilangan kawan yang begitu mengambil berat. Dan apabila aku bersama Rayyan baru aku rasa apa itu yang bernama cinta.

-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku ralit menyapu losyen di tangan . Rayyan yang baru saja masuk ke dalam kamar tidur terus berdehem. Aku memandangnya menerusi biasan cermin lalu tersenyum mesra. Dia menggamitku ke arahnya. Tanpa lengah aku teru mengambil tempat di sisinya.

“Harraz tu budak lelaki yang sayang pernah suka dulu tu kan ?”soal Rayyan tiba-tiba. Aku hanya mengangguk kepala.

“Tapi tu dulu masa baru habis sekolah. Sekarang dah tak sebab Raisyah baru sedar dulu tu Raisyah bukan cintakan dia cuma Raisyah takut hilang kawan yang begitu ambil berat. Abang jangan marah ye,”ujarku perlahan. Aku terasa rambutku diusap lembut.

“Abang tak marah sayang . Setiap manusia ada kisah silam mereka. Abang tak cemburu sebab abang cukup bahagia kerana akhirnya sayang milik abang,”dalam tenang Rayyan berkata. Sudah aku kata, dia sangat memahami.

“Raisyah janji kasih sayang Raisyah buat abang tak akan pernah padam kecuali atas kehendak Allah. Tapi Raisyah nak abang janji, jangan berhenti berdoa untuk kita bahagia hingga ke syurga,”

“Ya sayang. Itulah doa abang setiap masa. Terima kasih sayang sebab sudi terima abang seadanya,”balas Rayyan lalu mencuit hidungku. Aku ketawa kecil.

“Patutnya Raisyah yang berterima kasih dekat abang sebab sudi terima budak gemuk yang tak cukup tinggi tapi nakal ni untuk jadi isteri abang ,”semerta suara gelak Rayyan memenuhi ruang kamar. Aku malu seketika.

“Sedar pun awak gemuk, rendah dan nakal sayang,”usik Rayyan masih lagi dalam tawa. Aku mengetap bibir . Ingatkan dia nak menafikan kata-kata aku tapi hampehhh ! Memang sengaja carik gaduh !

“Awakkk !”jeritku geram.

Lampu bilik yang sedia terang sudah bertukar malap dan malam itu aku tidur dalam senyuman. Betullah kata Afifa , yang baik selalu hadir lewat dan aku bersyukur kerana aku temui jua yang baik itu. Aku bahagia. Sungguh bahagia kerana Allah menemukan aku dengan Rayyan yang begitu memahami diri ini dan bagiku begitu istimewa.


p/s.
Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak update hari ni baru dapat update cerpen yang dah berkurun save dalam laptop ni. Maaf andai tak menepati dengan citarasa korang. Sebenarnya MM tak berniat nak jadikan cerpen sebab ia lebih kepada monolog sendirian di kala bosan. But one of my friends, keep asking me bila nak update cerpen baru so its okay. MM try jugak lah nak buat ending cerpen ni. Maaf sangat kalau terlampau klise. Sejujurnya sambil taip post ni, MM masih belum ada tajuk untuk cerpen ni. Hahahaha. Maaf juga kalau tajuk tak kena dengan jalan cerita. Apa-apa pun terima kasih sebab still open up this blog. Assalmualaikum.

Comments

Salam kawan penulisku Mirra ,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA