Janji yang binasa
Pernah tidak kau duduk di satu sudut,
Merenung seketika ke luar jendela,
Sambil menyisip kopi pekat seperti pekatnya dada langit,
Dan tika itu kau ingati kembali segala butir bicara yg pernah membuak dari bibir legammu.
Siapa dulu yang ungkap,
Selagi ada daya selagi itu akan terus kau ukir nama ini di setiap inci hatimu?
Siapa dulu yang bilang,
Jika diberi pilihan antara harta dan cinta, diri ini tetap menjadi pilihan?
Siapa dulu yang dabik dada berbicara,
Andai ada yang ingin berpaling bukan dia orangnya?
Namun kini mana semua janji itu ?
Binasa seperti hatiku yang kau lumatkan tanpa belas kasihan,
Hilang kerana goyahnya kata-kata itu seperti goyah cintamu padaku,
Konon di canang seluruh pelusuk bahawa engkaulah pencinta setia namun di sisi lain engkaulah pendusta paling celaka.
Comments