Cerita kita pernah indah, Seindah senja sebelum menjemput malam, Tapi sayangnya kau angankan pelangi, Lalu kau pinta hujan dan badai, Tiba di hujung pertempuran, Kau pergi bersama matahari, Sebegitu kompleks perasaanmu.
Jika hilangnya aku adalah bahagiamu, Aku akan pergi sejauhnya, Tiada terjangkau pandangan, Kupastikan setelah itu, Tiada khabarku yang menyapamu, Sehingga kau lupa, Kau dan aku pernah menjadi 'kita'.
Tuhan... Untuk setiap cerita yang gagal, Setiap luka yang membekas, Setiap titisan air mata, Setiap kekecewaan yang menikam, Moga KAU hadiahkan sejuta kemanisan.
Meski beribu calar di dalam dada, Banyak janji yang terkhianati, Banyak cerca yang aku dengari, Banyak bicara meranapkan sanubari, Izinkan diri ini terus kuat dan teguh, Kerana aku berhak rasa bahagia.