Aku kecewa. Harapan aku musnah sama sekali. Mengapa selama ini aku begitu alpa dengan perasaan hatiku sendiri ? Mengapa selama ini aku terus hanyut dibuai dengan lagu cintanya ? Sepatutnya aku sedar daripada dahulu lagi bahawa pernikahan antara aku dan dia adalah sekadar mengubat sakit di hatinya setelah dia ditinggalkan kekasih hati. Dan akhirnya kini, aku yang merana menahan sakit di jiwa. "Ria, kenapa moody je ?"aku tersentak apabila tiba-tiba namaku dipanggil. Seraya itu aku berpaling, menghadap si pemilik suara. Seraut wajah nan tampan yang sentiasa menghantui fikiranku saban waktu berlayar diruangan mata. "Ria okay je, penat sikit. Bila Ril balik ? Tak perasan pun,"aku bersuara lalu menghampiri Hazril yang sedang melabuhkan punggungnya di atas sofa. "Eleh, mana dia nak perasan. Termenung macam pakwe lari je,"mendatar suara Hazril. Aku terus ketawa dibuat-buat, cukup menutup rasa di hati. "Apalah Ril ni. Pakwe siapa lah yang na...
“Wei, kau ni memang tak sudah kan. Madah nak mengutuk aku je !”bebelku geram apabila suara anasir yang begitu kejam memanggil diriku gemuk kedengaran. Sungguh hatiku sakit. Gemukkah aku ? B.M.I aku normal okay ! Tak guna punya manusia. “Aku bukan mengutuk, tapi itulah kebenarannya. Gemuk !”ucap suara itu dengan nada mengejek. Biadap ! Adam Khalis. Nama saja cantik, tapi perangai sumpah macam tenuk ! Pantang nampak muka aku, ada saja bahan dia nak menggugat ketenteraman hidup aku. “Kau jangan Buntal ! Sekarang kau panggil aku Gemuk, sepuluh tahun akan datang kalau aku dah kurus, kau jangan terhegeh-hegeh nak masuk meminang aku. Memang masa tu sebelah mata pun aku tak akan pandang kau,”balasku angkuh. Manusia macam Adam Khalis ni memang tak boleh nak cakap lembut-lembut. Makin naik lemak dia nanti. “Okay, aku nak tengok kau slim sepuluh tahun akan datang. Boleh ?” “Apa yang aku dapat ?”soalku laju dengan penuh rasa teruja. “Kalau kau slim dalam masa sepuluh tahun...
Comments