Posts

Teruntuk kamu

Teruntuk kamu yang aku cinta, Di saat ini kau sedang beradu lena, Mungkin sedang diulit mimpi indah, Selamat berehat dari lelah sayang. Teruntuk kamu yang aku cinta, Hari ini sama juga seperti hari kelmarin, Atau mungkin rindu saja yang lebih sedikit dari kelmarin, Dan rasanya sayang aku untuk kamu juga turut bercambah dari kelmarin, Tetapi percayalah tiada satu pun perihal perasaan yang berkurang buatmu. Teruntuk kamu yang aku cinta, Aku bersyukur Allah menitipkan insan sebaik kamu untukku, Walau aku tahu banyak kurangnya aku, Dan jujurnya aku rasa aku tidak layak mengenali apatah lagi memiliki rasa sayang dari insan seperti kamu, Dan semoga Allah juga tetapkan hati kita berdua untuk saling menyayangi kerana-Nya, Terima kasih Allah untuk jalan cerita yang indah ini.

Abah

Buat abah, Percaya atau pun tidak sudah hampir 2 tahun kita tidak berjumpa. Sudah lama tidak aku dengar suara garau abah. Sekian lama juga aku rindu dengan gurau senda abah. Ye zahirnya aku nampak kuat tanpa abah disisi tapi jauh di sudut hati aku menangis rindukan abah. Aku cemburu melihat keakraban seorang anak bersama bapanya. Aku juga ingin rasa bergurau senda bersama abah lagi tapi aku sedar semua itu mustahil. Abah, Aku tahu dunia kita skrg berbeza tapi sejujurnya sampai saat ini aku masih rasa semua yg berlaku adalah mimpi dan aku ingin bangun dr mimpi yg menyakitkan ini. Menyakitkan kerana abah tiada lg bersama. Tiada lagi yg manjakan aku seperti abah. Tiada lagi tempat aku bercerita sehingga dinihari. Tiada lagi yg masak jam 3 pagi bila aku lapar. Tiada lagi yg suap makan bila aku sedih. Dan tiada lagi pelukan seorang abah yg aku rindukan. Abah, Kehilangan seseorang yang kita sayang itu sakit tetapi rasa rindu yang hadir setelah dia pergi itu lebih perit. Al-fatihah aba...

Sempurna

Sempurna itu subjektif, Setiap kita punya jawapan berbeza, Bagi si hidung belang, wanita seksi itu sempurna, Bagi si mata duitan, punya banyak harta itu sempurna, Tetapi dimata aku, cukup kamu saja yang sempurna. Yaa aku tahu,  Sempurna itu bukan sifat manusia, Kita berdua jauh dari dimensi sempurna, Tetapi saat aku didekatmu, Aku berasa dunia ini cukup sempurna untuk menyempurnakan cinta kita berdua.

Janji yang binasa

Pernah tidak kau duduk di satu sudut, Merenung seketika ke luar jendela, Sambil menyisip kopi pekat seperti pekatnya dada langit, Dan tika itu kau ingati kembali segala butir bicara yg pernah membuak dari bibir legammu. Siapa dulu yang ungkap, Selagi ada daya selagi itu akan terus kau ukir nama ini di setiap inci hatimu? Siapa dulu yang bilang, Jika diberi pilihan antara harta dan cinta, diri ini tetap menjadi pilihan? Siapa dulu yang dabik dada berbicara, Andai ada yang ingin berpaling bukan dia orangnya? Namun kini mana semua janji itu ? Binasa seperti hatiku yang kau lumatkan tanpa belas kasihan, Hilang kerana goyahnya kata-kata itu seperti goyah cintamu padaku, Konon di canang seluruh pelusuk bahawa engkaulah pencinta setia namun di sisi lain engkaulah pendusta paling celaka.

Pemusnah Bahagia

Kepada si pemusnah bahagia, Masih ingatkah kamu pada diri ini? Atau kau sudah lupa semua tentangku? Tidak apa-apa aku sedia untuk mengingatkanmu. Kau ingat lagi saat pertamanya kita mengenali? Kau masih ingat riak yg terpamer di wajahku? Bahagia bukan? Penuh dgn senyum manis, Tetapi saat ini apa kau masih lihat riak itu? Jika ya, apa kau buta? Atau mungkin saja kau lupa, Kau satu-satunya yg memudarkan lalu menghilangkan terus riak itu dari diri ini. Ohh tidak apa-apa, Usah kau khuatir tentang kisah lalu, Kerana aku bersyukur kau melakukan itu, Benar memang aku ikhlas menyayangimu, Namun keikhlasanku itu tiada makna bagi dirimu, Dan kini aku sedar bahawa hadirmu hanya sebagai pengajaran dalam hidupku. Terima kasih si pemusnah, Kau telah ajarkan aku utk jadi lebih kuat, Kau telah ajarkan aku utk lebih berhati menilai, Kau telah ajarkan aku banyak perkara tentang cinta palsumu, Dan kini aku semakin bahagia, Tanpa sakit hati apatah lagi makan hati, Dan aku juga d...