Followers

BICARA BLOGGER

Assalamualaikum pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Ruangan ini memang dikhaskan untuk cerpen dan novel karya asli saya sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis. Saya hanya seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan novelis.

Maafkan saya andai apa yang kalian baca nanti ada yang menyinggung perasaan kalian. Saya masih bertatih dalam bidang menulis ini kerana saya tidak pernah ada asas. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Harap kalian terhibur dengan coretan saya ini. TERIMA KASIH :)

-Mirra Nadhira Mustaffa-

Friday, 2 November 2012

cerpen 4 : ISTERI SATU HARI



Betulkah lelaki hanya akan memilih seorang perempuan yang penyayang dan lemah lembut untuk diri mereka ? Habis kalau macam tu aku rasa sampai mati pun aku tak akan ada pasangan hidup. Hish, bencilah dengan lelaki-lelaki ini. Kenapa dia tak nak pilih yang ganas macam aku ? Memilih betul !

"Oi, apa kau fikir tu ?"tersedakku apabila aku disergah daripada belakang. Aku hanya menjeling sekilas ke arah pemilik suara itu. Hish, Imran ni suka kacau aku !

"Aku fikir pasal hidup aku lah !"sengaja aku tidak berterus-terang. Kalau tidak memang sampai keturunan ke tujuhlah dia dok bahankan aku. Hish, selisih !

"Oh, mesti kau tengah fikir macam mana nak kuruskan badan kan ?"ei, dia ni suka betul cakap aku gemuk. Benci !

"Oi, kau ingat kau kurus sangat ke nak cakap aku gemuk ? Kau tu lagi banyak lipid daripada aku !"aku mengumam geram sambil mencerlung ke arah Imran.

"Mana ada aku cakap kau gemuk, kau je yang perasan. Aku cuma cakap kau tengah fikir macam mana nak kuruskan badan. Bukan nya aku cakap badan kau gemuk !"err~ sama je lah kan maksudnya tu ?

"Masalahnya aku ni bukan bodoh tak tahu maksud tersirat,"omelku lagi. Semerta itu aku terdengar suara tawa Imran yang meletus kuat. Aku sekeh jugak kang mamat ni.

"Maafkan hamba. Hamba tidak berniat untuk berbicara begitu. Tetapi kalau tuan hamba sudah mengaku, nak buat macam mana..."seraya itu aku menjengelkan biji mata. Memang nak kena budak ni. Aku terus menggejar langkah Imran dengan muka cemberut.

DUMMMM !

"Aduh !"aku mengaduh kesakitan apabila punggungku terhempas mencium lantai. Patah tulang punggung aku !

"Hei kau ni apa hal main lari-lari ? Teringin nak jadi budak-budak ke ? Hish, menyusahkan orang je,"eh, dia ni. Kau yang langgar aku, then kau nak salahkan aku pulakkan ! Ni tak boleh jadi ni.

"Oi, kau yang langgar aku. Lepas tu kau nak marah aku pulak kan ! Banyak cantik muka kau,"ucapku dengan rasa marah yang membuak-buak. Dia ingat dia je reti marah ?

"Eh gemuk, kau cakap baik sikit. Kau yang langgar aku dulu lepas tu nak cakap aku yang langgar kau ?"ei, pantang nenek moyang aku kalau orang cakap aku gemuk.

"Ei..."belum sempat aku membidas bicara lelaki itu, dia telah berlalu pergi. Hish, kalau aku jumpa dia lagi, memang aku ganyang muka dia. Ingat dia hensem aku kisah ke ?

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Maira, cepat siap. Abah nak bawa pergi kenduri rumah kawan dia,"jerit ibu daripada tingkat bawah. Aku yang sedang mengadap blog kesayangan aku di dalam bilik hanya menyepi seketika. Ei, malaslah nak pergi kenduri.

"Orang tak nak ikut,"aku bangun lalu menjengulkan diri dibalik pintu sebelum menjerit sama, membalas bicara ibu.

"Jangan nak ngada-ngada. Semua kena ikut !"ucap abah pulak. Aku hanya mengetap bibir menahan rasa. Kalau abah dah cakap, jangan berani nak bantah. Aku hanya bersiap ala kadar dengan memakai baju t-shirt dan juga seluar jeans. Baju kurung ? Hei, bayang baju kurung pun tak ada tau dalam bilik aku ni. Aku bukan peminat baju kurung.

10 minit kemudian, aku telah menapak menuruni anak tangga satu persatu sambil bernyanyi kecil. Tiba-tiba...

"Maira, kau nak pergi mana pakai macam ni ?!"bergema suara ibu di dalam rumah teres 2 tingkat itu. Aku hanya menayang muka blur.

"Tadi ibu yang suruh siap sebab nak ikut abah pergi kenduri rumah kawan dia,"balasku dengan wajah tanpa riak.

"Nak pergi kenduri pakai macam ni ke ?"aku memandang ke arah pakaian yang membalut tubuhku. Apa masalahnya ? Aku kan pakai baju, siap tudung lagi.

"Kenapa ? Okay je kut,"ucapku senada sambil menatap wajah ibu yang sedang merah menahan amarah.

"Kau tukar baju sekarang ! Ada ke orang pergi kenduri pakai baju t-shirt dengan seluar jeans ?"aku terus memandang wajah ibu dengan pandangan blur. Nak pakai baju apa ni ?

"Tukar baju apa ?"soalku kebingungan. Ibu terus mencerlung ke arahku.

"Baju kurung ! Dah, cepat !"aku terus mencicit naik semula ke bilikku sambil otakku ligat berfikir, mana aku nak dapat baju kurung ni ? Aku menyelongkar kembali almari bajuku dan tiba-tiba pandangan ku jatuh pada sesuatu yang bersinar-sinar.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku berjalan begitu lembab mengalahkan kura-kura. Ibu, abah dan adik-adik ku lagi dua orang sudah beberapa langkah di hadapan. Ini semua sebab kebaya ni lah. Sendat nak mati, dah lah kain terbelah sana-sini. Hish, nasiblah. Siapa suruh aku 'rajin' sangat beli baju kurung, tak pasal kena pakai baju kebaya entah kurun ke berapa punya ni. Nasib bajunya okay, kain je sendat sikit. Almaklumlah, perut dah buncit sikit. Ni pun nasib baju ni saiz M kalau saiz S memang tak lah aku pakai.

"Maira, cepatlah,"panggil ibu yang sudah berada sedikit jauh ke hadapan.

"Sat lah. Kain ni sengal lah bu, terbelah sana-sini. Susah lah orang nak jalan,"aku mengomel sambil memegang kainku. Hish, memang tak lah aku nak pakai baju macam ni lagi. Jatuh ego aku kalau si Imran nampak ni.

"Lambat lah kakak ni. Tu lah, melaram sangat ! Macamlah abang Haikal boleh jatuh hati dekat kakak,"aku hanya menjeling geram ke arah adikku. Haikal ? Siapa dia tu ? Hensem tak ? Hish, kalaulah hensem...

"Oit, dah tak payah nak berangan. Cepat masuk, dah nak mula ni,"suara abah yang menegurku membuatkan anganku melayang pergi. Aku hanya menayang muka seposen.

Aku memandang ke arah wanita separuh abad itu dengan wajah secomel mungkin. Ni mesti isteri kawan abah sebab ibu dok sakan berbual dengan dia tadi. Huish, kena tunjuk baik ni. Manalah tahu anak dia hensem-hensem, boleh lah aku jadik menantu dia. Tak lah aku kempunan tak ada pasangan lagi. Hish Maira, apa kau ni ? Perbetulkan niat tu datang nak kenduri, bukan menggatal.

"Ehem, assalamualaikum mak cik,"sempat lagi aku membetulkan suara sebelum bersalam dengan wanita yang hampir sebaya dengan ibu itu.

"Waalaikumusalam Maira.Wah, dah besar dah dia sekarang ek, dulu last jumpa masa Maira tengah hisap puting lagi. Sekarang dah cun melecun,"eh, aku pernah jumpa ke dengan isteri kawan abah ni ? Pernah kot masa aku kecik dulu sebab tadi mak cik ni kata dia last jumpa aku masa aku tengah hisap puting lagi. Hish, malu !

"Err~ hhe,"hanya itu yang mampu ku buat, menayang muka secomel mungkin.

"Eh, duduklah dulu ya. Akak ada kerja sikit dekat dapur,"ucap wanita separuh abad itu kepada ibu. Aku dan ibu hanya mengangguk kemudian mengambil tempat di sudut rumah. Adikku si Marisa hanya menurut langkah kami. Abah dan Muaz sudah hilang di bahagian lelaki.

Lima minit kemudian, penuh sudah ruang tamu rumah itu dengan kehadiran para tetamu. Aku yang sedikit rimas dengan baju kebaya di tubuh terus menyelit untuk duduk di luar. Namun sempat lagi aku menarik lengan Marisa supaya menemaniku. Tidaklah aku mati kutu nanti seorang diri.

"Hai abang Haikal,"eh, siapa pula yang budak Marisa ni tegur ?

"Hai Ecah. Lama tak jumpa Ecah, rindu abang tak ?"aku yang sedang menunduk memakai kasut hanya mendengar bicara adikku dengan lelaki yang bernama Haikal itu.

"Eh kak, ni lah abang Haikal. Hari tu abang Haikal dengan family dia datang rumah sebab nak jemput pergi kenduri tapi akak tak ada,"ucap Marisa sambil menarik lenganku yang masih lagi menunduk. Usai aku memakai kasut, aku terus mengangkat pandangan untuk melihat lelaki yang digelar abang Haikal oleh adikku itu.

"Kau ?"

"Gemuk ?"

Aku dan lelaki bernama Haikal itu terlopong besar. Apa dia buat dekat sini ? Eh, tadi Marisa cakap lelaki ni datang rumah aku dengan family dia sebab nak jemput datang kenduri ni. Maknanya, dia ni lah anak tuan rumah ?

"Abang Haikal dengan kakak memang dah kenal ke ?"soalan Marisa itu menyedarkan aku yang aku masih berada di hadapan lelaki itu. Aku terus membuang pandang ke arah Marisa dan kemudian menggeleng. Aku lihat Marisa terpinga-pinga namun aku terus menarik tangan Marisa untuk mengikut langkahku ke bawah kanopi. Malas aku nak bertekak.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku masih tidak percaya atas apa yang berlaku. Apakah aku bermimpi ? Tapi tidak mungkin kerana sudah merah pipiku akibat ditampar oleh diriku sendiri. Perisitiwa sebentar tadi menggamit memori kembali.

"Sebenarnya majlis kenduri malam ini bertujuan untuk mengumumkan berita pertunangan anak saya Haikal Hakimi dengan anak kawan baik saya Maira Maisarah,"aku yang sedang minum air di bawah kanopi tersedak apabila terdengar namaku disebut. Aku cuba mencerna kembali apa yang dicakap oleh kawan baik abah itu. Apabila aku memahami maksud yang disampaikan semerta aku berdiri. Biar betul ! Bila masa pulak aku dengan Haikal Hakimi ni tunang ? Haikal Hakimi tu siapa pun aku tak kenal, mungkin budak yang panggil aku gemuk tu kot. Eh, apa ? Mamat tu ? Tidaaakkk !!!

"Maira, kamu okay ke ? Kenapa moody je dari tadi ?"sapaan ibu tidak ku jawab. Kemudian perlahan-lahan ibu menghampiriku lalu duduk di birai katil. Aku yang sedang berbaring hanya menyepikan diri. Aku merajuk sungguh ni.

"Maira, kenapa ni ? Janganlah moody macam ni, tak comel. Nanti Kimi lari,"argh, jangan sebut nama tu depan aku !

"Biarlah dia lari. Orang tak  kisah langsung !"ucapku dengan nada berjauh hati. Aku terdengar ibu ketawa kecil.

"Jangan cakap besar, nanti dia lari awak jugak yang jadi anak dara tua,"ei, geramnya. Apa ibu ingat aku tak laku sangat ke ?

"Eleh, tak hairan langsung. Ibu tahu tak kalau dia lari, sepuluh orang tau beratur untuk isi borang nak jadikan Maira isteri,"aku sudah merepek sambil menunjuk isyarat 10 dengan jari. Ibu hanya menggeleng lalu menepuk bahuku.

"Suka hati kamu lah. Nanti kalau dia lari betul-betul, jangan nak nangis-nangis nagadu dekat ibu,"ujar ibu lalu menuju ke pintu bilikku sebelum hilang daripada pandangan. Aku terus bangkit daripada pembaringan lalu menggapai laptop di atas meja. Hah, this is the time for blog !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"What ?! Kau biar betul,"ucap Imran saat aku memberitahunya tentang pertunangan aku dengan Haikal Hakimi.

"Kau tengok muka aku ni ada gaya main-main ke ? Ei, geramnya !"aku membalas dengan wajah cemberut teramat. Kenapalah makhluk bernama Imran ni susah sangat nak faham hati seorang wanita seperti aku ? Cewahh.

"Eh, tahniah lah wei ! Tak sangka aku sebab akhirnya ada juga lelaki suka dekat kau,"what ?! Seraya itu aku mencerlung ke arah Imran yang sedang ketawa terkekeh-kekeh. Kurang asam punya kawan !

"Tak sangka ya ? Ni kau punya tak sangka,"ucapku lalu menunjukkan penumbuk comelku di hadapan mata Imran. Imran terus membuka langkah seribu. Aku hanya bercekak pinggang sebelum mengejar Imran sekuat tenaga. Imran memandang ke arahku lalu menjelirkan lidah. Huh ! Aku melajukan lagi pecutanku.

DUMMMM !

"Aduh, sakitnya dahi aku !"aku menjerit kesakitan apabila terasa dahi aku terus terlanggar sesuatu. Seraya itu aku memandang ke arah benda yang aku langgar tadi.

"Eh gemuk ! Kau ni memang suka main langgar orang ke ? Tak habis-habis main kejar-kejar macam Ecah,"ei, mangkuk tingkat betul mamat ni sebab samakan aku dengan adikku yang kecil sekali, Marisa.

"Eh kau yang selalu menyemak depan aku bila aku lari,"aku tidak mahu kalah lagi kali ni.

"Hello my dear, ini tempat awam, jadi sesiapa saja boleh berada di sini. Tak ada istilah menyemak okay ! Dan satu lagi, aku tak ingin lah ada dekat depan kau bila kau tengah lari. Sebab aku takut kena langgar dengan kau, maklumlah badan besar, nak break emergency pun tak lekat,"aku mengetap bibir menahan geram. Aku terus membuka mulut untuk menjawab.

"Maira !"tidak sempat aku mengeluarkan hujah, aku terdengar namaku diseru. Aku terus berpaling ke arah punca suara itu. Imran ? Oh, aku lupa pulak aku tengah kejar mamat ni.

"Oit, sini lah ! Aku penat lah nak lari marathon lagi dengan kau,"gamitku pada Imran. Apabila aku memandang ke arah Haikal semula, aku lihat wajahnya sedikit masam. Tak puas hati lagi lah tu. Aku hanya membiarkan saja tingkah Haikal dan anak mataku terus menerjah ke arah Imran yang kian menghampiri.

"Sayang, jom lah temankan abang makan,"aku kaku tiba-tiba apabila Haikal merangkul bahuku kemudian bersuara sedikit manja. Aku terus mati kutu.

"Err~ Haikal ye ?"soal Imran dengan wajah menahan rasa. Aku tahu dia geli tengok gaya Haikal yang gedik semacam. Imran ni memang alah sikit dengan benda jiwang-jiwang ni. Sama lah dengan aku, sebab tu lah aku terus kaku.

"Ya, tunang Maira,"ei, dia ni kenapa tak malu sangat nak mengaku jadi tunang aku ? Tak suka okay walaupun benda tu betul.

"I know, Maira ada cerita tadi. By the way, congrates okay. Eh, korang nak pergi makan ke ?"tanya Imran dengan muka serba-salah. Aku dengan pantas menggeleng.

"Ye. Jumpa lagi nanti,"balas Haikal terlebih dahulu sebelum aku sempat membuka mulut. Seketika kemudian aku sudah berada di dalam kereta milik lelaki itu. Aku menjengah ke arah Imran seketika sebelum kereta yang dipandu Haikal menjauh meninggalkan kolej kami.

"Hei, kau nak bawak aku pergi mana ni ?"soalku apabila terasa terlalu jauh kami meninggalkan kolej.

"Balik rumah aku,"what ?! Balik rumah mangkuk ni ?

"Ei tak nak aku ! Hantar aku balik kolej semula. Aku ada hal dengan Imran lah !"jeritku geram apabila Haikal memandai membawa aku pulang ke rumahnya.

Sejurus aku berbicara, Haikal terus menekan break emergency membuatkan aku sedikit terhenyak ke hadapan. Ei, mangkuk betul !

"Apa hubungan kau dengan jantan tu ?!"tanya Haikal kasar. Aku hanya mengangkat bahu, malas hendak berdebat.

"Jawab soalan aku Maira !"bentak Haikal apabila aku tidak memberikan sebarang respon.

"Kau sibuk apa hal ? Hal aku so, kau tak perlu tahu !"bersahaja aku menjawab sebelum menjeling tajam ke arah Haikal.

"What ?! Baik kau terus terang dengan aku sebelum aku mengamuk !"marah Haikal sambil mencengkam lenganku. Aku mengaduh kesakitan.

"Oi sakitlah ! Lepaskan aku. Kau siapa nak sibuk hal hidup aku ? Suka hati aku lah nak buat apa !"aku membidas bicara Haikal dengan lantang. Apa dia ingat aku takut dengan dia ?  Huh, jangan harap ! Seraya itu aku cuba melepaskan lenganku daripada digenggam Haikal.

"Aku tunang kau, so kau tak boleh sorokkan apa-apa daripada aku,"aku mencebik geram apabila terdengar perkataan tunang yang terbit daripada bibirku Haikal.

"Tunang je kot, so kau tak payah lah nak over mengalahkan kau tu laki aku yang sah okay !"aku membalas geram dan kemudian ketawa kecil. Aku terdengar Haikal mendengus dan kemudian kembali memandu keretanya. Dah kalah lah tu ! Aku mengumam sendirian sambil mengulum senyum.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku tergamam, ibu dan bapa Haikal terpaku. Apa lagi masalah yang timbul ni ? Aku mendesah di dalam diam.

"Haikal tak kira ! Minggu depan juga Haikal dengan Maira akan nikah,"Haikal bersuara dengan wajah yang tegang. Tadi sebaik saja aku berdebat dengannya di dalam kereta, dia terus menyepi seribu bahasa. Aku ingat dia dah mengalah, tapi makin teruk jadinya. Kenapalah dia ni suka main aci redah je ?

"Tapi, mana sempat nak buat apa-apa persiapan,"balas ibu Haikal, Auntie Zila. Aku hanya mendiamkan diri sedari tadi. Otakku masih tidak dapat memahami situasi yang sedang berlaku.

"Catering kan ada,"

"Catering tu paling pun kena tempah 2 bulan awal. Dah, jangan nak gatal ! Lagi 3 bulan je kot,"sampuk Uncle Fendi, bapa Haikal.

"Huh, kalau macam tu nikah je dulu minggu depan. Majlisnya ikut dekat kad jemputan,"Haikal mengeluarkan hujah lagi.

"Kamu ni kenapa Haikal ? Tunggu je lah lagi 3 bulan, bukan susah ! Ni kalian baru bertunang 2 minggu tahu tak, takkan nak nikah cepat-cepat,"Auntie Zila membebel geram melihat tingkah anaknya.

"Haikal tak kira dah. Kalau daddy dengan mummy tak bagi kami nikah minggu depan, jangan marah kalau Haikal dengan Maira pergi daripada sini,"aku melongo. Bila masa pulak aku nak pergi dari sini ?

"Maira, kenapa kalian nak percepatkan pernikahan kalian ?"tanya Auntie Zila tepat padaku. Aku mengetap bibir.

"Err~ saya tak tahu apa-apa mak cik. Tadi tiba-tiba Haikal tarik saya datang sini,"aku menjawab jujur.

"Huh ! Mummy nak tahu sebab apa Haikal nak cepatkan pernikahan ni ? Sebab si budak gemuk ni berani ada affair dengan orang lain,"ucap Haikal sambil menunding jari tepat ke mukaku. Aku hanya menelan liur yang terasa berpasir. Aku dituduh ada affair ? Dengan siapa ? Gila betul budak ni !

"Betul ke Maira ? Kamu ada orang lain ?"tanya Uncle Fendi setelah sekian lama menyepi.

"Mana ada uncle !"jawabku pantas sambil menggeleng laju.

"Bohong ! Habis si Imran tu siapa ?"aku hanya menunduk saat nama Imran disebut. Ah, kenapalah manusia bernama Haikal Hakimi ni tak boleh bezakan antara sahabat dengan kekasih.

"Dia tu kawan aku lah !"aku menjawab akhirnya apabila terdengar tawa sinis Haikal. Aku lihat Haikal langsung tidak mempercayai kata-kataku. Akhirnya aku terus menyepi dan hanya mendengar bebelan Haikal. Hish, aku benci lelaki suka mengongkong hidup aku. Ni baru jadi tunang aku, kalau jadi suami aku lagilah haru hidup aku !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Sudah 2 jam aku sah menjadi milik Haikal Hakimi bin Ahmad Fendi. Terasa macam mimpi di siang hari saja apabila dalam sekelip mata aku sudah menjadi milik lelaki itu. Berulang kali aku menampar pipiku untuk memastikan bahawa aku tidak bermimpi.

"Oi, kau apa hal main tampar-tampar tu ? Nak aku tolong tak ?"aku tersentak apabila terdengar suara Haikal yang menjengah gegendang telinga. Aku hanya buat endah tidak endah saja kerana perasaan malu yang amat.

Aku mendengar derap kaki Haikal yang kian menghampiriku di birai katil. Jantungku berdebar dengan laju seolah-olah ingin meloncat keluar. Hish, aku gabra tak tentu hala apa hal ?

"Maira, sorry sebab buat majlis ni secara mengejut. Tapi semua ni aku buat bersebab. Aku harap kau tak marah aku okay. Chill !"ucap Haikal lalu tersengih. Jendul dia punya chill, sesuka hati dia je buat majlis pernikahan mendadak macam ni. Nasib baik aku tak mati terkujat.

"Kau sebenarnya kenapa buat macam ni ? Nak kata kau cemburu tengok aku rapat dengan Imran, macam tak logik sangat. Kau macam tak tahu je si Imran tu dah ada fruitheart walaupun perangai dia macam tu,"aku cuba mengorek rahsia daripada Haikal. Haikal hanya mengangkat bahu lalu bangun daripada duduk.

"Aku nak mandi dulu lah. Maafkan aku,"ucap Haikal dan kemudian mengucup dahiku. Aku terpana kerana tidak percaya bahawa lelaki itu mengucup dahiku buat kali kedua hari ini. Dia ni nak mandi tu mandi je lah, tak payah nak cium-cium tak boleh agaknya ! Aku mengomel namun badanku masih kaku di situ. Sesaat kemudian aku teringat sesuatu yang amat menyeramkan lalu sepantas kilat aku merebahkan diri di atas katil dan kemudian berselubung ketakutan.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Ketika azan subuh sayup-sayup kedengaran, mataku terus terbuka luas. Aku menatap lama syiling bilikku, cuba mengingat semula memori semalam. Serta-merta wajahku merona merah apabila teringat bahawa kini aku sudah sah menjadi isteri Haikal Hakimi. Pandangan terus ku talakan ke arah sisiku dimana lelaki yang bergelar suamiku sedang nyenyak tidur. Aku menatap lama wajah Haikal itu dan kemudian tersenyum simpul apabila fikiranku teringat sesuatu.

"Maira, kau jemput Imran ke ?"tanya Haikal yang sedari tadi di sisiku. Aku memandang ke arah Haikal sekilas dan kemudian mengangguk.

"Maira, kau tak jealous ke ?"tanya lelaki itu lagi.

"Jealous amende ?"soalku kembali namun sedikitpun aku tidak memandang ke arah Haikal.

"Tu, pakwe kau bawa awek cun,"jawab suamiku sambil menjuihkan bibir ke arah Imran dan Mimi. Semerta tawaku meletus.

"Kau gelak kenapa ? Serious kau tak jealous ?"tanya Haikal sambil mengangkat keningnya sebelah.

"Nak jealous buat apa ? Aku memang dah tahu yang si Imran dengan Mimi tu couple. Dah lama kot,"jawabku bersahaja. Aku lihat Haikal melongo.

"Hai Maira, Haikal, congrates !"ucap Imran sambil bersalam dengan Haikal. Aku hanya tersenyum dan kemudian Mimi merapatiku. Dia memeluk tubuhku dan aku turut membalasnya.

"Imran, maaf sebab selama ni aku salah faham tentang hubungan kau dengan Maira. Sorry sangat okay !"aku dengar Haikal memohon maaf daripada Imran. Imran hanya ketawa lalu menepuk bahu Haikal.

"Tak apa lah. Aku tahu ramai yang salah faham tentang hubungan aku dengan Maira sebab kami rapat. Maklumlah, kami berkawan sejak kecik lagi. Dah, jangan nak minta maaf sangatlah sebab aku tak terasa pon. Tapi kau kena janji jaga kawan aku ni baik-baik tau ! Jangan tinggalkan dia,"ucap Imran lalu menepuk-nepuk bahu Haikal. Aku hanya tersenyum melihatkan tingkah Haikal yang cemburu tidak bertempat.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku baru saja siap menunaikan solat subuh. Aku terus memandang ke arah Haikal yang sedang tidur pulas. Hei, dia ni tak solat Subuh ke ? Detik hatiku lalu menghampiri katil dimana Haikal sedang beradu.

"Oit, bangun solat subuh,"ujarku lalu menguis sedikit selimut yang dipakai Haikal. Namun Haikal langsung tidak menunjukkan sebarang respon. Aku cuba menarik bantalnya pula, namun hampa apabila Haikal terus kaku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal, macam mana nak kejut ni ? Tak kan nak goncang badan dia pulak, aku ada wudhuk ni. Tapi mana boleh aku biarkan dia tinggalkan solat subuh. Perlahan-lahan aku menepuk bahu Haikal sambil memanggil namanya. Haikal masih kaku di pembaringannya.

Aku mula mencuit kakinya pula sebab ibu kata kalau nak kejut orang kena mulakan dari kaki. Apabila jemariku menyentuh kaki Haikal, tiba-tiba aku dapat rasakan teramat sejuk. Eh bukan ke dia pakai selimut, tak kan lah sampai sejuk macam ni sekali. Gumamku namun aku masih menggoncang kakinya. Tiada langsung tindak balas yang diberikan. Tiba-tiba aku dapat rasakan suatu perasaan aneh. Tak kan lah...

Cepat-cepat aku memeriksa nadi Haikal di tangannya, tiada denyutan. Aku melekapkan pula telingaku di dadanya, tiada apa-apa detakan. Aku meletakkan pula jariku di hidungnya, tiada pernafasan. Jangan-jangan... Semerta itu aku menjerit lalu menerpa keluar daripada bilik sambil menangis.

10 minit kemudian, ramai sanak-saudara yang berkumpul di dalam bilikku untuk mengetahui sendiri keadaan Haikal. Aku pula sudah terjelepok jatuh apabila pak cik ku yang merupakan seorang doktor bercakap sesuatu kepada abah lalu menggelengkan kepala. Aku tahu Haikal sudah pergi. Pergi jauh meninggalkan aku dan mustahil untuk dia kembali. Walaupun tiada rasa cinta untuk dia di dalam hati ini, tetapi rasa sayang padanya begitu kuat. Kenapa dia harus pergi meninggalkan aku ? Mungkin inilah takdir Tuhan, jadi aku harus redha.

Tubuh Haikal yang masih kaku di atas katil aku tatap dengan mata berair. Sungguh aku sedih, namun qada' dan qadar Allah tiada siapa dapat menduga apatah lagi menghalangnya. Aku redha andai inilah masa untuk Haikal menemui Penciptanya kembali. Pergilah...

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Majlis tahlil buat Haikal baru saja tamat. Hari ini sudah genap seminggu dia pergi meninggalkan aku dan juga dunia ini. Imran dan Mimi tidak putus-putus memberikan semangat untuk aku. Terasa hidup aku tidak sempurna tanpa Haikal, tetapi mungkin sudah tertulis di Loh Mahfuz yang aku adalah isteri Haikal untuk satu hari saja. Aku redha dengannya.

"Mimi, aku nak naik atas dulu boleh ?"pintaku pada Mimi yang sedang mengemas ruang tamu rumahku sambil dibantu oleh adik-adikku dan juga ibu. Mimi hanya mengangguk dan kemudian aku menghampiri ibu. Ibu hanya menepuk-nepuk bahuku lalu merangkul tubuhku. Air mataku tumpah lagi di bahu ibu, namun segera aku menyekanya. Aku harus kuat !

Masuk saja di dalam bilik yang pernah di kongsi olehku bersama Haikal untuk satu hari saja, aku rasa teramat pilu. Tiba-tiba aku terpandangkan surat yang ditulis Haikal malam sebelum dia pergi. Semerta air mataku jatuh apabila teringatkan kata-katanya di dalam surat.

Untuk isteri aku yang amat aku cintai,

Maira saat kau baca surat ni, aku dah tak ada dekat bumi Allah ini. Aku telah pergi meninggalkan segala isi dunia. Tetapi aku nak kau tahu, aku bahagia sangat dengan kepergianku ini. Aku bahagia kerana sebelum aku memejamkan mataku, kau sudah sah menjadi milikku.
Maira, jujur aku dah lama jatuh kasih pada kau, tapi aku pendam. Aku selalu perhatikan kau ketika di kolej. Aku suka dengar gelak tawa kau, aku suka tengok muncung kau bila merajuk, aku suka dengar kau menjerit geram. Aku suka semua yang ada pada kau. Bagi aku, kau seorang yang tidak hipokrit. Kau seorang yang open-minded dan sedikit kebudak-budakan. Itu yang membuatkan kau istimewa di mata aku.

Maira, aku minta maaf kalau kau terpaksa mengikut kehendakku untuk mempercepatkan pernikahan kita. Seperti yang aku cakap, semua yang aku buat ni bersebab. Dan sebabnya ialah aku nak kau jadi milik aku yang sah sebelum aku menutup mata. Sebenarnya aku tahu bahawa aku ada penyakit yang membawa kepada mati dan penyakit itu sudah di tahap kritikal. Sudah tiada peluang untuk aku mengubatinya lalu aku mengambil keputusan untuk bernikah dengan kau dengan kadar segera supaya kau akan menjadi isteri aku yang sah. Aku redha kalau untuk satu hari saja kau menjadi permaisuri hatiku yang halal.

Maira, aku harap kau sudi memaafkan segala salah aku, maafkan kalau aku ada mengherdik mahupun menengking kau. Tetapi aku nak kau tahu bahawa aku teramat sayang pada kau. Jangan pernah lupakan aku. Semoga kita bertemu di alam sana.

Salam sayang penuh kemaafan,
Haikal.

Aku jatuh terjelepok apabila helaian surat itu aku baca untuk kali ke berapa entah. Air mata mengalir lesu menjilat pipi. Aku tidak sanggup menatap isi kandungan surat ini lagi, tetapi mengapa hatiku ini degil untuk terus membaca isi surat itu ?

Helaian surat Haikal itu aku pandang seketika kemudian aku masukkannya ke dalam laci mejaku. Biarlah ia di situ, biarlah ia menjadi kenangan di dalam hidupku. Apa yang pasti, aku tidak akan pernah sesekali melupakan Haikal kerana dia lah raja yang menghuni hatiku kini.

15 comments:

cik anisa said...

sad story....but really nice story :)

Anonymous said...

sedyh nye..awk wat lh happy endig bru best,,tpy crite ni pun best jugak..tahniah..:D

Anonymous said...

sedyh nye..awk wat lh happy endig bru best,,tpy crite ni pun best jugak..tahniah..:D

cweet pinky said...

bes , hehehe ~ CP pown minat menulis , tapi tak pernah publish :D

I am Me said...

sedihnye.. kesian maira, xde pengganti haikal ke? btw, really nice story dear~ :)

Dunia Wilma said...

Best...
Walaupun sedih tapi cara penulisan Mirra memang menarik :-)
Terbawa2 perasaan sedih tu...

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA said...

terima kasih semua sebab sudi baca dan beri komen :)

#baru pertama kali mencuba buat sad ending.. thanks a lot ! :')

Siti Aisyah Khalil said...

sedihnya..jangan buat dh tau cerita sedih..ahrrhhh..sedih.,.

princess syaza said...

pergh!!!!!meleleh siot air mata,air hidung aku...mirra janganlah wt citer sedih ag...coz lw kw wt memng sdey gler...ganas2 kw,rock2 kw...pergh aty tisu siot....

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA said...

banyak laa dia punye hati tisu.. kite rock laa.. saje je try buat ending sedih.. fisrt time try.. wkwkwk~ ;)

eiyra said...

sedih ! hurmmm . btw cerpen and novel adik create semua best . :)

fazi syah said...

suka..lain dari yg lain..biasa kalu sakit org suka bt kekasih dy bncikan dy..but haikal jadikan maira halal di sisinya walau untuk satu hari

:harap bt smbungan utk maira..she's really a nice girl..please..hehe

girl diary said...

sedih sgt..

...iSyA Purple* said...

best.. suke bace cerpen2 kat sini. sad ending yg betul2 sad. tahniah! anda berjaya membuat hati sy cair dgn cerpen ini. :)

Anonymous said...

Best tp sedihnye....