cerpen 4 : ISTERI SATU HARI
Betulkah
lelaki hanya akan memilih seorang perempuan yang penyayang dan lemah lembut
untuk diri mereka ? Habis kalau macam tu aku rasa sampai mati pun aku tak akan
ada pasangan hidup. Hish, bencilah dengan lelaki-lelaki ini. Kenapa dia tak nak
pilih yang ganas macam aku ? Memilih betul !
"Oi,
apa kau fikir tu ?"tersedakku apabila aku disergah daripada belakang. Aku
hanya menjeling sekilas ke arah pemilik suara itu. Hish, Imran ni suka kacau
aku !
"Aku
fikir pasal hidup aku lah !"sengaja aku tidak berterus-terang. Kalau tidak
memang sampai keturunan ke tujuhlah dia dok bahankan aku. Hish, selisih !
"Oh,
mesti kau tengah fikir macam mana nak kuruskan badan kan ?"ei, dia ni suka
betul cakap aku gemuk. Benci !
"Oi,
kau ingat kau kurus sangat ke nak cakap aku gemuk ? Kau tu lagi banyak lipid
daripada aku !"aku mengumam geram sambil mencerlung ke arah Imran.
"Mana
ada aku cakap kau gemuk, kau je yang perasan. Aku cuma cakap kau tengah fikir
macam mana nak kuruskan badan. Bukan nya aku cakap badan kau gemuk !"err~
sama je lah kan maksudnya tu ?
"Masalahnya
aku ni bukan bodoh tak tahu maksud tersirat,"omelku lagi. Semerta itu aku
terdengar suara tawa Imran yang meletus kuat. Aku sekeh jugak kang mamat ni.
"Maafkan
hamba. Hamba tidak berniat untuk berbicara begitu. Tetapi kalau tuan hamba
sudah mengaku, nak buat macam mana..."seraya itu aku menjengelkan biji
mata. Memang nak kena budak ni. Aku terus menggejar langkah Imran dengan muka
cemberut.
DUMMMM
!
"Aduh
!"aku mengaduh kesakitan apabila punggungku terhempas mencium lantai.
Patah tulang punggung aku !
"Hei
kau ni apa hal main lari-lari ? Teringin nak jadi budak-budak ke ? Hish,
menyusahkan orang je,"eh, dia ni. Kau yang langgar aku, then kau nak
salahkan aku pulakkan ! Ni tak boleh jadi ni.
"Oi,
kau yang langgar aku. Lepas tu kau nak marah aku pulak kan ! Banyak cantik muka
kau,"ucapku dengan rasa marah yang membuak-buak. Dia ingat dia je reti
marah ?
"Eh
gemuk, kau cakap baik sikit. Kau yang langgar aku dulu lepas tu nak cakap aku
yang langgar kau ?"ei, pantang nenek moyang aku kalau orang cakap aku
gemuk.
"Ei..."belum
sempat aku membidas bicara lelaki itu, dia telah berlalu pergi. Hish, kalau aku
jumpa dia lagi, memang aku ganyang muka dia. Ingat dia hensem aku kisah ke ?
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
"Maira,
cepat siap. Abah nak bawa pergi kenduri rumah kawan dia,"jerit ibu
daripada tingkat bawah. Aku yang sedang mengadap blog kesayangan aku di dalam
bilik hanya menyepi seketika. Ei, malaslah nak pergi kenduri.
"Orang
tak nak ikut,"aku bangun lalu menjengulkan diri dibalik pintu sebelum
menjerit sama, membalas bicara ibu.
"Jangan
nak ngada-ngada. Semua kena ikut !"ucap abah pulak. Aku hanya mengetap
bibir menahan rasa. Kalau abah dah cakap, jangan berani nak bantah. Aku hanya
bersiap ala kadar dengan memakai baju t-shirt dan juga seluar jeans. Baju
kurung ? Hei, bayang baju kurung pun tak ada tau dalam bilik aku ni. Aku bukan
peminat baju kurung.
10
minit kemudian, aku telah menapak menuruni anak tangga satu persatu sambil
bernyanyi kecil. Tiba-tiba...
"Maira,
kau nak pergi mana pakai macam ni ?!"bergema suara ibu di dalam rumah
teres 2 tingkat itu. Aku hanya menayang muka blur.
"Tadi
ibu yang suruh siap sebab nak ikut abah pergi kenduri rumah kawan
dia,"balasku dengan wajah tanpa riak.
"Nak
pergi kenduri pakai macam ni ke ?"aku memandang ke arah pakaian yang
membalut tubuhku. Apa masalahnya ? Aku kan pakai baju, siap tudung lagi.
"Kenapa
? Okay je kut,"ucapku senada sambil menatap wajah ibu yang sedang merah
menahan amarah.
"Kau
tukar baju sekarang ! Ada ke orang pergi kenduri pakai baju t-shirt dengan
seluar jeans ?"aku terus memandang wajah ibu dengan pandangan blur. Nak
pakai baju apa ni ?
"Tukar
baju apa ?"soalku kebingungan. Ibu terus mencerlung ke arahku.
"Baju
kurung ! Dah, cepat !"aku terus mencicit naik semula ke bilikku sambil
otakku ligat berfikir, mana aku nak dapat baju kurung ni ? Aku menyelongkar
kembali almari bajuku dan tiba-tiba pandangan ku jatuh pada sesuatu yang
bersinar-sinar.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku
berjalan begitu lembab mengalahkan kura-kura. Ibu, abah dan adik-adik ku lagi
dua orang sudah beberapa langkah di hadapan. Ini semua sebab kebaya ni lah.
Sendat nak mati, dah lah kain terbelah sana-sini. Hish, nasiblah. Siapa suruh
aku 'rajin' sangat beli baju kurung, tak pasal kena pakai baju kebaya entah
kurun ke berapa punya ni. Nasib bajunya okay, kain je sendat sikit.
Almaklumlah, perut dah buncit sikit. Ni pun nasib baju ni saiz M kalau saiz S
memang tak lah aku pakai.
"Maira,
cepatlah,"panggil ibu yang sudah berada sedikit jauh ke hadapan.
"Sat
lah. Kain ni sengal lah bu, terbelah sana-sini. Susah lah orang nak
jalan,"aku mengomel sambil memegang kainku. Hish, memang tak lah aku nak
pakai baju macam ni lagi. Jatuh ego aku kalau si Imran nampak ni.
"Lambat
lah kakak ni. Tu lah, melaram sangat ! Macamlah abang Haikal boleh jatuh hati
dekat kakak,"aku hanya menjeling geram ke arah adikku. Haikal ? Siapa dia
tu ? Hensem tak ? Hish, kalaulah hensem...
"Oit,
dah tak payah nak berangan. Cepat masuk, dah nak mula ni,"suara abah yang
menegurku membuatkan anganku melayang pergi. Aku hanya menayang muka seposen.
Aku
memandang ke arah wanita separuh abad itu dengan wajah secomel mungkin. Ni
mesti isteri kawan abah sebab ibu dok sakan berbual dengan dia tadi. Huish,
kena tunjuk baik ni. Manalah tahu anak dia hensem-hensem, boleh lah aku jadik
menantu dia. Tak lah aku kempunan tak ada pasangan lagi. Hish Maira, apa kau ni
? Perbetulkan niat tu datang nak kenduri, bukan menggatal.
"Ehem,
assalamualaikum mak cik,"sempat lagi aku membetulkan suara sebelum
bersalam dengan wanita yang hampir sebaya dengan ibu itu.
"Waalaikumusalam
Maira.Wah, dah besar dah dia sekarang ek, dulu last jumpa masa Maira tengah
hisap puting lagi. Sekarang dah cun melecun,"eh, aku pernah jumpa ke
dengan isteri kawan abah ni ? Pernah kot masa aku kecik dulu sebab tadi mak cik
ni kata dia last jumpa aku masa aku tengah hisap puting lagi. Hish, malu !
"Err~
hhe,"hanya itu yang mampu ku buat, menayang muka secomel mungkin.
"Eh,
duduklah dulu ya. Akak ada kerja sikit dekat dapur,"ucap wanita separuh
abad itu kepada ibu. Aku dan ibu hanya mengangguk kemudian mengambil tempat di
sudut rumah. Adikku si Marisa hanya menurut langkah kami. Abah dan Muaz sudah
hilang di bahagian lelaki.
Lima
minit kemudian, penuh sudah ruang tamu rumah itu dengan kehadiran para tetamu.
Aku yang sedikit rimas dengan baju kebaya di tubuh terus menyelit untuk duduk
di luar. Namun sempat lagi aku menarik lengan Marisa supaya menemaniku.
Tidaklah aku mati kutu nanti seorang diri.
"Hai
abang Haikal,"eh, siapa pula yang budak Marisa ni tegur ?
"Hai
Ecah. Lama tak jumpa Ecah, rindu abang tak ?"aku yang sedang menunduk
memakai kasut hanya mendengar bicara adikku dengan lelaki yang bernama Haikal
itu.
"Eh
kak, ni lah abang Haikal. Hari tu abang Haikal dengan family dia datang rumah
sebab nak jemput pergi kenduri tapi akak tak ada,"ucap Marisa sambil
menarik lenganku yang masih lagi menunduk. Usai aku memakai kasut, aku terus
mengangkat pandangan untuk melihat lelaki yang digelar abang Haikal oleh adikku
itu.
"Kau
?"
"Gemuk
?"
Aku
dan lelaki bernama Haikal itu terlopong besar. Apa dia buat dekat sini ? Eh,
tadi Marisa cakap lelaki ni datang rumah aku dengan family dia sebab nak jemput
datang kenduri ni. Maknanya, dia ni lah anak tuan rumah ?
"Abang
Haikal dengan kakak memang dah kenal ke ?"soalan Marisa itu menyedarkan
aku yang aku masih berada di hadapan lelaki itu. Aku terus membuang pandang ke
arah Marisa dan kemudian menggeleng. Aku lihat Marisa terpinga-pinga namun aku
terus menarik tangan Marisa untuk mengikut langkahku ke bawah kanopi. Malas aku
nak bertekak.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku
masih tidak percaya atas apa yang berlaku. Apakah aku bermimpi ? Tapi tidak
mungkin kerana sudah merah pipiku akibat ditampar oleh diriku sendiri.
Perisitiwa sebentar tadi menggamit memori kembali.
"Sebenarnya
majlis kenduri malam ini bertujuan untuk mengumumkan berita pertunangan anak
saya Haikal Hakimi dengan anak kawan baik saya Maira Maisarah,"aku yang
sedang minum air di bawah kanopi tersedak apabila terdengar namaku disebut. Aku
cuba mencerna kembali apa yang dicakap oleh kawan baik abah itu. Apabila aku
memahami maksud yang disampaikan semerta aku berdiri. Biar betul ! Bila masa
pulak aku dengan Haikal Hakimi ni tunang ? Haikal Hakimi tu siapa pun aku tak
kenal, mungkin budak yang panggil aku gemuk tu kot. Eh, apa ? Mamat tu ?
Tidaaakkk !!!
"Maira,
kamu okay ke ? Kenapa moody je dari tadi ?"sapaan ibu tidak ku jawab.
Kemudian perlahan-lahan ibu menghampiriku lalu duduk di birai katil. Aku yang
sedang berbaring hanya menyepikan diri. Aku merajuk sungguh ni.
"Maira,
kenapa ni ? Janganlah moody macam ni, tak comel. Nanti Kimi lari,"argh,
jangan sebut nama tu depan aku !
"Biarlah
dia lari. Orang tak kisah langsung
!"ucapku dengan nada berjauh hati. Aku terdengar ibu ketawa kecil.
"Jangan
cakap besar, nanti dia lari awak jugak yang jadi anak dara tua,"ei,
geramnya. Apa ibu ingat aku tak laku sangat ke ?
"Eleh,
tak hairan langsung. Ibu tahu tak kalau dia lari, sepuluh orang tau beratur
untuk isi borang nak jadikan Maira isteri,"aku sudah merepek sambil
menunjuk isyarat 10 dengan jari. Ibu hanya menggeleng lalu menepuk bahuku.
"Suka
hati kamu lah. Nanti kalau dia lari betul-betul, jangan nak nangis-nangis
nagadu dekat ibu,"ujar ibu lalu menuju ke pintu bilikku sebelum hilang
daripada pandangan. Aku terus bangkit daripada pembaringan lalu menggapai
laptop di atas meja. Hah, this is the time for blog !
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
"What
?! Kau biar betul,"ucap Imran saat aku memberitahunya tentang pertunangan
aku dengan Haikal Hakimi.
"Kau
tengok muka aku ni ada gaya main-main ke ? Ei, geramnya !"aku membalas
dengan wajah cemberut teramat. Kenapalah makhluk bernama Imran ni susah sangat
nak faham hati seorang wanita seperti aku ? Cewahh.
"Eh,
tahniah lah wei ! Tak sangka aku sebab akhirnya ada juga lelaki suka dekat
kau,"what ?! Seraya itu aku mencerlung ke arah Imran yang sedang ketawa
terkekeh-kekeh. Kurang asam punya kawan !
"Tak
sangka ya ? Ni kau punya tak sangka,"ucapku lalu menunjukkan penumbuk
comelku di hadapan mata Imran. Imran terus membuka langkah seribu. Aku hanya
bercekak pinggang sebelum mengejar Imran sekuat tenaga. Imran memandang ke
arahku lalu menjelirkan lidah. Huh ! Aku melajukan lagi pecutanku.
DUMMMM
!
"Aduh,
sakitnya dahi aku !"aku menjerit kesakitan apabila terasa dahi aku terus
terlanggar sesuatu. Seraya itu aku memandang ke arah benda yang aku langgar
tadi.
"Eh
gemuk ! Kau ni memang suka main langgar orang ke ? Tak habis-habis main
kejar-kejar macam Ecah,"ei, mangkuk tingkat betul mamat ni sebab samakan
aku dengan adikku yang kecil sekali, Marisa.
"Eh
kau yang selalu menyemak depan aku bila aku lari,"aku tidak mahu kalah
lagi kali ni.
"Hello
my dear, ini tempat awam, jadi sesiapa saja boleh berada di sini. Tak ada
istilah menyemak okay ! Dan satu lagi, aku tak ingin lah ada dekat depan kau
bila kau tengah lari. Sebab aku takut kena langgar dengan kau, maklumlah badan
besar, nak break emergency pun tak lekat,"aku mengetap bibir menahan
geram. Aku terus membuka mulut untuk menjawab.
"Maira
!"tidak sempat aku mengeluarkan hujah, aku terdengar namaku diseru. Aku
terus berpaling ke arah punca suara itu. Imran ? Oh, aku lupa pulak aku tengah
kejar mamat ni.
"Oit,
sini lah ! Aku penat lah nak lari marathon lagi dengan kau,"gamitku pada
Imran. Apabila aku memandang ke arah Haikal semula, aku lihat wajahnya sedikit
masam. Tak puas hati lagi lah tu. Aku hanya membiarkan saja tingkah Haikal dan
anak mataku terus menerjah ke arah Imran yang kian menghampiri.
"Sayang,
jom lah temankan abang makan,"aku kaku tiba-tiba apabila Haikal merangkul
bahuku kemudian bersuara sedikit manja. Aku terus mati kutu.
"Err~
Haikal ye ?"soal Imran dengan wajah menahan rasa. Aku tahu dia geli tengok
gaya Haikal yang gedik semacam. Imran ni memang alah sikit dengan benda
jiwang-jiwang ni. Sama lah dengan aku, sebab tu lah aku terus kaku.
"Ya,
tunang Maira,"ei, dia ni kenapa tak malu sangat nak mengaku jadi tunang
aku ? Tak suka okay walaupun benda tu betul.
"I
know, Maira ada cerita tadi. By the way, congrates okay. Eh, korang nak pergi
makan ke ?"tanya Imran dengan muka serba-salah. Aku dengan pantas
menggeleng.
"Ye.
Jumpa lagi nanti,"balas Haikal terlebih dahulu sebelum aku sempat membuka
mulut. Seketika kemudian aku sudah berada di dalam kereta milik lelaki itu. Aku
menjengah ke arah Imran seketika sebelum kereta yang dipandu Haikal menjauh
meninggalkan kolej kami.
"Hei,
kau nak bawak aku pergi mana ni ?"soalku apabila terasa terlalu jauh kami
meninggalkan kolej.
"Balik
rumah aku,"what ?! Balik rumah mangkuk ni ?
"Ei
tak nak aku ! Hantar aku balik kolej semula. Aku ada hal dengan Imran lah
!"jeritku geram apabila Haikal memandai membawa aku pulang ke rumahnya.
Sejurus
aku berbicara, Haikal terus menekan break emergency membuatkan aku sedikit
terhenyak ke hadapan. Ei, mangkuk betul !
"Apa
hubungan kau dengan jantan tu ?!"tanya Haikal kasar. Aku hanya mengangkat
bahu, malas hendak berdebat.
"Jawab
soalan aku Maira !"bentak Haikal apabila aku tidak memberikan sebarang
respon.
"Kau
sibuk apa hal ? Hal aku so, kau tak perlu tahu !"bersahaja aku menjawab
sebelum menjeling tajam ke arah Haikal.
"What
?! Baik kau terus terang dengan aku sebelum aku mengamuk !"marah Haikal
sambil mencengkam lenganku. Aku mengaduh kesakitan.
"Oi
sakitlah ! Lepaskan aku. Kau siapa nak sibuk hal hidup aku ? Suka hati aku lah
nak buat apa !"aku membidas bicara Haikal dengan lantang. Apa dia ingat
aku takut dengan dia ? Huh, jangan harap
! Seraya itu aku cuba melepaskan lenganku daripada digenggam Haikal.
"Aku
tunang kau, so kau tak boleh sorokkan apa-apa daripada aku,"aku mencebik
geram apabila terdengar perkataan tunang yang terbit daripada bibirku Haikal.
"Tunang
je kot, so kau tak payah lah nak over mengalahkan kau tu laki aku yang sah okay
!"aku membalas geram dan kemudian ketawa kecil. Aku terdengar Haikal
mendengus dan kemudian kembali memandu keretanya. Dah kalah lah tu ! Aku
mengumam sendirian sambil mengulum senyum.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku
tergamam, ibu dan bapa Haikal terpaku. Apa lagi masalah yang timbul ni ? Aku
mendesah di dalam diam.
"Haikal
tak kira ! Minggu depan juga Haikal dengan Maira akan nikah,"Haikal
bersuara dengan wajah yang tegang. Tadi sebaik saja aku berdebat dengannya di
dalam kereta, dia terus menyepi seribu bahasa. Aku ingat dia dah mengalah, tapi
makin teruk jadinya. Kenapalah dia ni suka main aci redah je ?
"Tapi,
mana sempat nak buat apa-apa persiapan,"balas ibu Haikal, Auntie Zila. Aku
hanya mendiamkan diri sedari tadi. Otakku masih tidak dapat memahami situasi
yang sedang berlaku.
"Catering
kan ada,"
"Catering
tu paling pun kena tempah 2 bulan awal. Dah, jangan nak gatal ! Lagi 3 bulan je
kot,"sampuk Uncle Fendi, bapa Haikal.
"Huh,
kalau macam tu nikah je dulu minggu depan. Majlisnya ikut dekat kad
jemputan,"Haikal mengeluarkan hujah lagi.
"Kamu
ni kenapa Haikal ? Tunggu je lah lagi 3 bulan, bukan susah ! Ni kalian baru
bertunang 2 minggu tahu tak, takkan nak nikah cepat-cepat,"Auntie Zila
membebel geram melihat tingkah anaknya.
"Haikal
tak kira dah. Kalau daddy dengan mummy tak bagi kami nikah minggu depan, jangan
marah kalau Haikal dengan Maira pergi daripada sini,"aku melongo. Bila
masa pulak aku nak pergi dari sini ?
"Maira,
kenapa kalian nak percepatkan pernikahan kalian ?"tanya Auntie Zila tepat
padaku. Aku mengetap bibir.
"Err~
saya tak tahu apa-apa mak cik. Tadi tiba-tiba Haikal tarik saya datang
sini,"aku menjawab jujur.
"Huh
! Mummy nak tahu sebab apa Haikal nak cepatkan pernikahan ni ? Sebab si budak
gemuk ni berani ada affair dengan orang lain,"ucap Haikal sambil menunding
jari tepat ke mukaku. Aku hanya menelan liur yang terasa berpasir. Aku dituduh
ada affair ? Dengan siapa ? Gila betul budak ni !
"Betul
ke Maira ? Kamu ada orang lain ?"tanya Uncle Fendi setelah sekian lama
menyepi.
"Mana
ada uncle !"jawabku pantas sambil menggeleng laju.
"Bohong
! Habis si Imran tu siapa ?"aku hanya menunduk saat nama Imran disebut.
Ah, kenapalah manusia bernama Haikal Hakimi ni tak boleh bezakan antara sahabat
dengan kekasih.
"Dia
tu kawan aku lah !"aku menjawab akhirnya apabila terdengar tawa sinis
Haikal. Aku lihat Haikal langsung tidak mempercayai kata-kataku. Akhirnya aku
terus menyepi dan hanya mendengar bebelan Haikal. Hish, aku benci lelaki suka
mengongkong hidup aku. Ni baru jadi tunang aku, kalau jadi suami aku lagilah
haru hidup aku !
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Sudah
2 jam aku sah menjadi milik Haikal Hakimi bin Ahmad Fendi. Terasa macam mimpi
di siang hari saja apabila dalam sekelip mata aku sudah menjadi milik lelaki
itu. Berulang kali aku menampar pipiku untuk memastikan bahawa aku tidak
bermimpi.
"Oi,
kau apa hal main tampar-tampar tu ? Nak aku tolong tak ?"aku tersentak
apabila terdengar suara Haikal yang menjengah gegendang telinga. Aku hanya buat
endah tidak endah saja kerana perasaan malu yang amat.
Aku
mendengar derap kaki Haikal yang kian menghampiriku di birai katil. Jantungku
berdebar dengan laju seolah-olah ingin meloncat keluar. Hish, aku gabra tak tentu
hala apa hal ?
"Maira,
sorry sebab buat majlis ni secara mengejut. Tapi semua ni aku buat bersebab.
Aku harap kau tak marah aku okay. Chill !"ucap Haikal lalu tersengih.
Jendul dia punya chill, sesuka hati dia je buat majlis pernikahan mendadak
macam ni. Nasib baik aku tak mati terkujat.
"Kau
sebenarnya kenapa buat macam ni ? Nak kata kau cemburu tengok aku rapat dengan
Imran, macam tak logik sangat. Kau macam tak tahu je si Imran tu dah ada
fruitheart walaupun perangai dia macam tu,"aku cuba mengorek rahsia
daripada Haikal. Haikal hanya mengangkat bahu lalu bangun daripada duduk.
"Aku
nak mandi dulu lah. Maafkan aku,"ucap Haikal dan kemudian mengucup dahiku.
Aku terpana kerana tidak percaya bahawa lelaki itu mengucup dahiku buat kali
kedua hari ini. Dia ni nak mandi tu mandi je lah, tak payah nak cium-cium tak
boleh agaknya ! Aku mengomel namun badanku masih kaku di situ. Sesaat kemudian
aku teringat sesuatu yang amat menyeramkan lalu sepantas kilat aku merebahkan
diri di atas katil dan kemudian berselubung ketakutan.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Ketika
azan subuh sayup-sayup kedengaran, mataku terus terbuka luas. Aku menatap lama
syiling bilikku, cuba mengingat semula memori semalam. Serta-merta wajahku
merona merah apabila teringat bahawa kini aku sudah sah menjadi isteri Haikal
Hakimi. Pandangan terus ku talakan ke arah sisiku dimana lelaki yang bergelar
suamiku sedang nyenyak tidur. Aku menatap lama wajah Haikal itu dan kemudian
tersenyum simpul apabila fikiranku teringat sesuatu.
"Maira,
kau jemput Imran ke ?"tanya Haikal yang sedari tadi di sisiku. Aku
memandang ke arah Haikal sekilas dan kemudian mengangguk.
"Maira,
kau tak jealous ke ?"tanya lelaki itu lagi.
"Jealous
amende ?"soalku kembali namun sedikitpun aku tidak memandang ke arah Haikal.
"Tu,
pakwe kau bawa awek cun,"jawab suamiku sambil menjuihkan bibir ke arah
Imran dan Mimi. Semerta tawaku meletus.
"Kau
gelak kenapa ? Serious kau tak jealous ?"tanya Haikal sambil mengangkat
keningnya sebelah.
"Nak
jealous buat apa ? Aku memang dah tahu yang si Imran dengan Mimi tu couple. Dah
lama kot,"jawabku bersahaja. Aku lihat Haikal melongo.
"Hai
Maira, Haikal, congrates !"ucap Imran sambil bersalam dengan Haikal. Aku
hanya tersenyum dan kemudian Mimi merapatiku. Dia memeluk tubuhku dan aku turut
membalasnya.
"Imran,
maaf sebab selama ni aku salah faham tentang hubungan kau dengan Maira. Sorry
sangat okay !"aku dengar Haikal memohon maaf daripada Imran. Imran hanya
ketawa lalu menepuk bahu Haikal.
"Tak
apa lah. Aku tahu ramai yang salah faham tentang hubungan aku dengan Maira
sebab kami rapat. Maklumlah, kami berkawan sejak kecik lagi. Dah, jangan nak
minta maaf sangatlah sebab aku tak terasa pon. Tapi kau kena janji jaga kawan
aku ni baik-baik tau ! Jangan tinggalkan dia,"ucap Imran lalu
menepuk-nepuk bahu Haikal. Aku hanya tersenyum melihatkan tingkah Haikal yang
cemburu tidak bertempat.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku
baru saja siap menunaikan solat subuh. Aku terus memandang ke arah Haikal yang
sedang tidur pulas. Hei, dia ni tak solat Subuh ke ? Detik hatiku lalu
menghampiri katil dimana Haikal sedang beradu.
"Oit,
bangun solat subuh,"ujarku lalu menguis sedikit selimut yang dipakai
Haikal. Namun Haikal langsung tidak menunjukkan sebarang respon. Aku cuba
menarik bantalnya pula, namun hampa apabila Haikal terus kaku. Aku menggaru
kepala yang tidak gatal, macam mana nak kejut ni ? Tak kan nak goncang badan
dia pulak, aku ada wudhuk ni. Tapi mana boleh aku biarkan dia tinggalkan solat subuh.
Perlahan-lahan aku menepuk bahu Haikal sambil memanggil namanya. Haikal masih
kaku di pembaringannya.
Aku
mula mencuit kakinya pula sebab ibu kata kalau nak kejut orang kena mulakan
dari kaki. Apabila jemariku menyentuh kaki Haikal, tiba-tiba aku dapat rasakan
teramat sejuk. Eh bukan ke dia pakai selimut, tak kan lah sampai sejuk macam ni
sekali. Gumamku namun aku masih menggoncang kakinya. Tiada langsung tindak
balas yang diberikan. Tiba-tiba aku dapat rasakan suatu perasaan aneh. Tak kan
lah...
Cepat-cepat
aku memeriksa nadi Haikal di tangannya, tiada denyutan. Aku melekapkan pula
telingaku di dadanya, tiada apa-apa detakan. Aku meletakkan pula jariku di
hidungnya, tiada pernafasan. Jangan-jangan... Semerta itu aku menjerit lalu
menerpa keluar daripada bilik sambil menangis.
10
minit kemudian, ramai sanak-saudara yang berkumpul di dalam bilikku untuk
mengetahui sendiri keadaan Haikal. Aku pula sudah terjelepok jatuh apabila pak
cik ku yang merupakan seorang doktor bercakap sesuatu kepada abah lalu menggelengkan
kepala. Aku tahu Haikal sudah pergi. Pergi jauh meninggalkan aku dan mustahil
untuk dia kembali. Walaupun tiada rasa cinta untuk dia di dalam hati ini,
tetapi rasa sayang padanya begitu kuat. Kenapa dia harus pergi meninggalkan aku
? Mungkin inilah takdir Tuhan, jadi aku harus redha.
Tubuh
Haikal yang masih kaku di atas katil aku tatap dengan mata berair. Sungguh aku
sedih, namun qada' dan qadar Allah tiada siapa dapat menduga apatah lagi
menghalangnya. Aku redha andai inilah masa untuk Haikal menemui Penciptanya
kembali. Pergilah...
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Majlis
tahlil buat Haikal baru saja tamat. Hari ini sudah genap seminggu dia pergi
meninggalkan aku dan juga dunia ini. Imran dan Mimi tidak putus-putus
memberikan semangat untuk aku. Terasa hidup aku tidak sempurna tanpa Haikal,
tetapi mungkin sudah tertulis di Loh Mahfuz yang aku adalah isteri Haikal untuk
satu hari saja. Aku redha dengannya.
"Mimi,
aku nak naik atas dulu boleh ?"pintaku pada Mimi yang sedang mengemas
ruang tamu rumahku sambil dibantu oleh adik-adikku dan juga ibu. Mimi hanya
mengangguk dan kemudian aku menghampiri ibu. Ibu hanya menepuk-nepuk bahuku
lalu merangkul tubuhku. Air mataku tumpah lagi di bahu ibu, namun segera aku
menyekanya. Aku harus kuat !
Masuk
saja di dalam bilik yang pernah di kongsi olehku bersama Haikal untuk satu hari
saja, aku rasa teramat pilu. Tiba-tiba aku terpandangkan surat yang ditulis
Haikal malam sebelum dia pergi. Semerta air mataku jatuh apabila teringatkan
kata-katanya di dalam surat.
Untuk isteri aku yang amat aku cintai,
Maira saat kau baca surat ni, aku dah tak
ada dekat bumi Allah ini. Aku telah pergi meninggalkan segala isi dunia. Tetapi
aku nak kau tahu, aku bahagia sangat dengan kepergianku ini. Aku bahagia kerana
sebelum aku memejamkan mataku, kau sudah sah menjadi milikku.
Maira, jujur aku dah lama jatuh kasih pada
kau, tapi aku pendam. Aku selalu perhatikan kau ketika di kolej. Aku suka
dengar gelak tawa kau, aku suka tengok muncung kau bila merajuk, aku suka
dengar kau menjerit geram. Aku suka semua yang ada pada kau. Bagi aku, kau
seorang yang tidak hipokrit. Kau seorang yang open-minded dan sedikit
kebudak-budakan. Itu yang membuatkan kau istimewa di mata aku.
Maira, aku minta maaf kalau kau terpaksa
mengikut kehendakku untuk mempercepatkan pernikahan kita. Seperti yang aku
cakap, semua yang aku buat ni bersebab. Dan sebabnya ialah aku nak kau jadi
milik aku yang sah sebelum aku menutup mata. Sebenarnya aku tahu bahawa aku ada
penyakit yang membawa kepada mati dan penyakit itu sudah di tahap kritikal.
Sudah tiada peluang untuk aku mengubatinya lalu aku mengambil keputusan untuk
bernikah dengan kau dengan kadar segera supaya kau akan menjadi isteri aku yang
sah. Aku redha kalau untuk satu hari saja kau menjadi permaisuri hatiku yang
halal.
Maira, aku harap kau sudi memaafkan segala
salah aku, maafkan kalau aku ada mengherdik mahupun menengking kau. Tetapi aku
nak kau tahu bahawa aku teramat sayang pada kau. Jangan pernah lupakan aku.
Semoga kita bertemu di alam sana.
Salam sayang penuh kemaafan,
Haikal.
Aku
jatuh terjelepok apabila helaian surat itu aku baca untuk kali ke berapa entah.
Air mata mengalir lesu menjilat pipi. Aku tidak sanggup menatap isi kandungan
surat ini lagi, tetapi mengapa hatiku ini degil untuk terus membaca isi surat
itu ?
Helaian
surat Haikal itu aku pandang seketika kemudian aku masukkannya ke dalam laci
mejaku. Biarlah ia di situ, biarlah ia menjadi kenangan di dalam hidupku. Apa
yang pasti, aku tidak akan pernah sesekali melupakan Haikal kerana dia lah raja
yang menghuni hatiku kini.
Comments
Walaupun sedih tapi cara penulisan Mirra memang menarik :-)
Terbawa2 perasaan sedih tu...
#baru pertama kali mencuba buat sad ending.. thanks a lot ! :')
:harap bt smbungan utk maira..she's really a nice girl..please..hehe