cara MM mendapatkan idea..
ASSALAMUALAIKUM.
hai semua pembaca blog MM yang tidak seberapa ini.. jam tika ini sudah menunjukkan detik 12.41 minit pagi dan mata masih terasa segar.. mungkin MM sudah terjangkit dengan penyakit insomnia.. :)
btw, TAHNIAH kepada HARIMAU MALAYA atas kejayaan mereka menentang GARUDA a.k.a INDONESIA.. semoga kejayaan mereka terus kekal hingga ke FINAL nanti.. amiiinnn :)
sebenarnya hari ini MM rasa fed up sikit.. mana lah idea ni ? MM nak sambung buat novel HMD.. ya Allah dah lama novel tu.. tapi sampai sekarang masih tidak siap.. hhe~ entah kenapa lately MM lebih tumpukan pada CERPEN sehinggakan novel HMD sedikit terabai.. hish, lagi sebulan lebih nak naik sekolah.. kalau novel tu tak siap akhir bulan ni, habislah.. tahun depan MM dah tak boleh guna laptop.. abah tak bagi sebab nak SPM.. aduhh..
opss.. hari ni sebenarnya MM nak cerita dekat korang semua pasal.. err~ pasal daripada mana MM dapat idea buat cerpen + novel semua ni.. sebab ada beberapa orang rakan di sekolah mahupun alam maya yang bertanya.. so, disebabkan hari ni MM ada masa terluang, MM terus buat entri ni.. :)
PENGALAMAN !
baiklah.. MM akui sedikit sebanyak cerpen ataupun novel MM adalah berdasarkan pengalaman MM sendiri.. contohnya novel HMD !
kenapa MM cakap sedikit sebanyak novel ini daripada PENGALAMAN ? sebab apa yang MM sampaikan melalui watak Amir dan Mina itu adalah apa yang MM lalui selama ini..
jujur MM memang punya musuh.. dan kami bermusuh sejak berusia 11 tahun lagi.. kami selalu bertengkar.. tapi kadang-kala dalam pada kami bertengkar, kami boleh duduk bersama.. kongsi masalah kami bersama-sama.. tapi kebanyakkan masalah itu disebabkan oleh musuh MM yang agak PLAYBOY.. dan apa yang MM kelakar.. kalau dia nak PUTUS dengan awek dia, mesti dia tanya MM dulu.. kalau dia nak COUPLE dengan seseorang tu pun, dia akan tanya MM dulu..
dan.. korang ingat lagi novel HMD bab 1 ? dalam bab itu, MM ada selitkan cerita di mana Amir meminta Mina menulis surat cinta untuk Huda kan ? hha.. sebenarnya itu CERITA BENAR.. satu hari tu, musuh MM ada minta tolong daripada supaya tuliskan surat cinta untuk awek dia.. masa tu hari Ahad kalau tak silap, dia datang rumah MM semata-mata untuk minta tolong tuliskan surat cinta.. hha..
kemudian idea yang datang daripada pengalaman MM juga ialah cerpen JODOHKU PILOT..
kapal terbang kertas ? ya, MM akui MM memang selalu lepak dekat padang di taman perumahan MM dengan kawan baik MM, Nabilah.. satu hari tu, kami tiba-tiba tergerak untuk membuat kapal terbang kertas.. dan setelah kami selesai membuat kapal terbang kertas itu, kami terbangkan dan tangkap sambil membuat hajat.. macam-macam hajat kami sehinggalah timbulnya hajat untuk mendapatkan suami PILOT.. dan secara kebetulan ketika kami bermain dengan kapal terbang kertas itu, sebuah kapal terbang lalu di angkasa.. dan serentak kami menjerit.. hha.. kalau ingat kenangan tu, rasa nak gelak golek-golek..
PEMERHATIAN !
memerhatikan.. itu memang sudah mejadi sebahagian rutin MM.. lebih-lebih lagi apabila MM bertemua dengan kawan baru atau sampai di tempat baru.. MM akan perhatikan segala-galanya.. mungkin bagi yang tidak mengenali MM akan buat tafsiran yang MM ni pelik..
sebenarnya melalui pemerhatian, MM dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan mencetuskan idea buat MM..
KAWAN !
kenapa kawan ? sebab MM kadang-kala menulis sesuatu watak melalui watak kawan-kawan MM.. serious ! kadang-kala pengalaman kawan-kawan MM juga akan MM jadikan sebagai idea untuk menulis sesuatu cerita..
oppss.. contohnya watak Nabilah dalam cerpen Jodohku Pilot.. Nabilah memang wujud di alam realiti.. dia merupakan kawan rapat MM.. kami memang gila-gila.. dan suka buat aktiviti yang budak lelaki suka buat.. contohnya main bola sepak atau rounders..
eh, ingat lagi pada novel Musuhku Cintaku ? dalam novel tu kan, MM ada sisipkan satu cerita dimana Haikal dan Mia ditangkap oleh guru disiplin kan ? sebenarnya cerita tu melalui pengalaman kawan baik MM sendiri..
KEYAKINAN !
jujur MM memang kurang yakin dengan setiap apa yang MM tuliskan.. MM selalu fikir.. "mesti ramai yang bosan dengan idea MM ni.. macam kebudak-budakan.." sebab tu MM selalu minta pendapat korang.. manalah tahu korang tidak suka dengan gaya penulisan MM.. dan terima kasih kepada yang memberikan pendapat.. setakat ini ALHAMDULILLAH, semuanya positif.. cuma satu pesan MM.. KALAU KALIAN TIDAK SUKA, CAKAP TERUS TERANG.. ye, MM bukan jenis yang mudah terasa.. so, jangan takut untuk luahkan.. mungkin MM dapat pertingkatkan lagi gaya penulisan MM.. :)
SUNYI !
sunyi sepi.. yeahh ! MM amat sukakan suasana sebegini.. sebab itu kebiasaan MM menyambung novel ataupun cerpen pada tengah-tengah malam antara pukul 11 malam hingga 2 pagi.. masa tu, memang idea mencurah-curah masuk.. tapi kadang-kala kalau mengantuk, MM terpaksa tangguhkan dulu niat MM untuk menyambung novel ataupun cerpen.. maklumlah, MM memang suka tidur.. MM rela tak makan, tapi jangan tak tidur.. hhe~
okaylah, MM terpaksa berhenti dan tidur.. hhe~ esok pagi MM ada hal.. semoga apa yang MM sampaikan ini dapat membantu korang.. apa-apa hal yang korang hendak bertanya atau kritik gaya penulisan MM, sila lah ye.. TERIMA KASIH kerana sudi meluangkan masa :)
p/s..
MM bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis yang hebat.. MM sekadar seorang pelajar sekolah yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai dunia penulisan ini.. maaf kiranya apa yang MM sampaikan ini membuatkan anda menganggap MM sebagai belagak.. maaf.. niat MM hanya satu, sampaikan apa yang MM rasa perlu~
Comments
http://dingraphic.blogspot.com/
Pertama kalinya jejakkan kaki di blog mm.