cerpen 14 : Cinta Tak Bersyarat
Aku kerling sekilas ke arah seorang pemuda yang berdiri tidak jauh daripada tempat aku duduk kini. Wajahnya jelas keresahan seolah menanti seseorang. Namun dalam pada keresahan itu, masih terlukis ketampanannya. Aku terus ralit memerhati tanpa memikirkan sekeliling. Dalam pada aku khayal mengamati raut wajah pemuda itu, tiba-tiba dia memandang ke arahku. Pandangan kami bertaut seketika sebelum aku melarikan pandangan ke arah tasik yang menghijau. Malu kerana tertangkap memandang anak teruna orang. Aduh ! Mana mahu menyorok ni ? Ah, biarlah. Bukan aku jumpa dia lagi lepas ni. Ops, aku lupa nak perkenalkan diri aku. Aku Naurah Elina. Hmm, aku ni tak adalah secantik pelakon Nora Elena tu. Siti Saliha eh nama dia ? Entahlah. Tapi aku ni comel je. Macam Najwa Latif. Eh, perasan pulak. Tak adalah. Aku cuma biasa-biasa je. Kalau aku secantik artis-artis tanah air, mesti aku jadi model tak lah aku jadi novelis saja kan ? Hmmm... tak apalah. Bak kata orang ukur baju di badan sendiri taku...