Posts

Showing posts from September, 2018

Janji yang binasa

Pernah tidak kau duduk di satu sudut, Merenung seketika ke luar jendela, Sambil menyisip kopi pekat seperti pekatnya dada langit, Dan tika itu kau ingati kembali segala butir bicara yg pernah membuak dari bibir legammu. Siapa dulu yang ungkap, Selagi ada daya selagi itu akan terus kau ukir nama ini di setiap inci hatimu? Siapa dulu yang bilang, Jika diberi pilihan antara harta dan cinta, diri ini tetap menjadi pilihan? Siapa dulu yang dabik dada berbicara, Andai ada yang ingin berpaling bukan dia orangnya? Namun kini mana semua janji itu ? Binasa seperti hatiku yang kau lumatkan tanpa belas kasihan, Hilang kerana goyahnya kata-kata itu seperti goyah cintamu padaku, Konon di canang seluruh pelusuk bahawa engkaulah pencinta setia namun di sisi lain engkaulah pendusta paling celaka.

Pemusnah Bahagia

Kepada si pemusnah bahagia, Masih ingatkah kamu pada diri ini? Atau kau sudah lupa semua tentangku? Tidak apa-apa aku sedia untuk mengingatkanmu. Kau ingat lagi saat pertamanya kita mengenali? Kau masih ingat riak yg terpamer di wajahku? Bahagia bukan? Penuh dgn senyum manis, Tetapi saat ini apa kau masih lihat riak itu? Jika ya, apa kau buta? Atau mungkin saja kau lupa, Kau satu-satunya yg memudarkan lalu menghilangkan terus riak itu dari diri ini. Ohh tidak apa-apa, Usah kau khuatir tentang kisah lalu, Kerana aku bersyukur kau melakukan itu, Benar memang aku ikhlas menyayangimu, Namun keikhlasanku itu tiada makna bagi dirimu, Dan kini aku sedar bahawa hadirmu hanya sebagai pengajaran dalam hidupku. Terima kasih si pemusnah, Kau telah ajarkan aku utk jadi lebih kuat, Kau telah ajarkan aku utk lebih berhati menilai, Kau telah ajarkan aku banyak perkara tentang cinta palsumu, Dan kini aku semakin bahagia, Tanpa sakit hati apatah lagi makan hati, Dan aku juga d...

Rindu yang celaka

Rindu ini celaka, Bila di depan mata hanya benci bermaharaja, Tiada terasa ingin bertukar cerita, Apatah lagi ingin bergurau senda, Hanya dengusan protes bila bertentang mata. Namun segala benci ternoktah, Saat kita berpisah kerana jarak, Saat masa menjadi penghalang, Dan saat itu rindu yg celaka ini bertamu. Mahu apakah sebenarnya rindu ini? Mahu airmata sebagai tetamu Atau sekadar menungan panjang yang tiada bertemu noktahnya?