Posts

cerpen 11 : Kasih Yang Terlewat

Image
Tidak usah kau bertanya lagi, mengapa aku begini kerana telah kau ketahui dirimu merupakan punca segalanya. Aku benci kau ! Kau buat aku sayang pada kau, cinta pada kau. Tetapi apakah yang aku dapat ? Hanya kesakitan yang maha dalam, yang tiada penawar. Terima kasih kerana menjadikan aku begini. Setitis air mata Shafa mengalir lesu, membasahi pipinya yang gebu. Sudah seminggu dia begitu. Berkurung di dalam kamar tanpa sedikitpun mengendahkan hal sekeliling. Dunianya kini bagaikan kelam tanpa cahaya semenjak hatinya dilukai. Masih terbayang lagi segala perbuatan Danial tempoh hari. Tergamak benar dia melukai hatiku. Dengus Shafa buat kesekian kali. "Arghh !!! Shafa please be strong ! Since when you like this ? Aren't you remember that you are a rockers !"Shafa bermonolog sendirian. Cuba membangkitkan kembali semangat dalam dirinya yang kian roboh lantaran perbuatan Danial. Danial Syafiq. Siapa yang tidak mengenali dirinya ? Salah seorang jejaka paling popular di...

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.

Image
"Kita kahwin !"aku tergadah sebaik sebaris ayat itu terbit daripada bibir Firash. Berkali-kali aku menepuk pipi untuk memastikan aku tidak bermimpi. "Tapi kenapa aku ?"soalku laju. Wajah Firash yang berserabut aku pandang mohon kepastian. "Sebab kau yang buat aku jadi macam ni !"marah Firash lalu mengenggam kedua belah bahuku. Aku cuba menepis namun cengkaman itu terlalu kejap. "Apa aku buat ? Aku tak buat apa-apa pun !"balasku cuba membela diri. Aku langsung tidak bersalah dalam hal ini, tetapi kenapa aku yang harus menanggung akibatnya ? "Kau buat aku jatuh hati pada orang yang tak pernah menyayangi aku ! Kau tahu tak macam mana sakitnya ?!"jerkah Firash lagi. Aku hanya menunduk, menekur jalan. "Mana aku tahu ! Aku cuma cakap je yang..." "Shut up Faiqah ! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. You have to pay on what you had done !"aku terkedu. Besar sangat ke silap aku sampai dihukum sebegini ?     * ...

cerpen 9 : Pelengkap Hidupku

Image
"Benci kau !!!"aku menjerit sambil menunding jari tepat ke muka Feeqi. "Aku benci kau sepuluh kali ganda !!!"ei, kurang asam betul mamat ni. Aku luku kepala dia baru dia tahu apa itu erti kesakitan. "Lantak lah kau nak benci aku berapa puluh kali ganda sekalipun. Aku nak kau bersihkan sekarang !!!"naik lagi oktaf suaraku. Feeqi sekadar menayang muka tidak bersalah. Geramnya aku ! Ada jugak aku campak dekat lombong ni. "Tak nak. Kau yang tumpahkan bukan aku,"selamba kambing je Feeqi bersuara lalu menghayunkan langkah menuju ke ruang tamu.  "Feeqi !!!!!"ambik kau ! Mentang-mentang lah ibu dengan abah keluar, mulalah aku dengan Feeqi berperang. "Oi senyaplah mangkuk jamban ! Aku gam mulut kau kang baru kau senyap agaknya. Kau bersihkan je lah, bukan susah pon,"aku bersihkan ? Jangan harap ! "No ! Siapa yang tumpahkan air coklat ni dulu ? Kau kan ? Now, kau lah bersihkan sebelum aku simbah kau de...

novel : bila cinta bersemi 4

Tepat jam 8 malam aku sudah siap. Aku menunggu Syahrul dengan sabar. Sesekali aku mencuri pandang ke rumah Nabilah. Lambat betul lah dia orang ni. Aku dah lapar ni. Beberapa minit kemudian, terpampang wajah Syahrul di muka pintu. Dia memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan abah. Lebih kurang lima minit sesi soal jawab antara dia dengan abah sebelum abah membenarkan aku keluar. Aku kini sudah berada di samping Syahrul di dalam kereta miliknya. Eh, sebenarnya kami bukan keluar berdua je tau. Nabilah ada dekat belakang. Ni semua abah punya syarat. Dia cakap nak keluar boleh, tapi jangan berdua. Jadi tak pasal lah Nabilah di paksa ikut. Setengah jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Restoran Saujana. Aku suka restoran ni sebab begitu mendamaikan. Restoran ini dibina di atas air dan hanya di buka pada waktu malam. Terasa aman apabila angin laut tanpa segan silu menampar pipiku. Usai saja memesan makanan, kami bertiga berbual terlebih dahulu. Nabilah m...

novel : bila cinta bersemi 3

Sudah sebulan peristiwa itu berlalu, aku sudah hampir melupakannya. Sejak peristiwa itu, aku sudah tidak lagi bertemu dengan Syahrul. Mana entah dia sekarang. Hish, apa aku fikir pasal mamat kepoh tu ? Geli ! “Sayang mungkin baran tak kira masa” “Tapi sayang tahan kalau yang salah saya” “Sayang mungkin saja keras kepala” "Tapi sayang manja bila kita berdua” “Saya kenal sayang saya” Sedang aku ralit berangan, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Hish, siapa lah yang mesej aku ni ? Segera aku mencapai telefon bimibit yang aku letakkan di atas katil. Sebaik saja telefon bimbitku di dalam genggaman, segera aku membuka pesanan yang diterima. 012-7422614 -ASSALAMUALAIKUM. HYE~ Eh, siapa pulak yang sesat ni ? Malas lah aku nak layan. Lantak lah situ. Buat bazir kredit aku je. Seraya itu aku meletakkan kembali telefon bimbitku di atas katil. Selang beberapa minit, telefon bimbitku berbunyi lagi. 012-7422614 -SOMBONG ! Hantu betul lah siapa yang hantar mesej ni. Memandai...