Posts

novel : hey, my diary ! 27

Image
Telefon bimbitku berdering seusai aku menunaikan solat zohor. Segera aku mengambilnya di dalam beg telekungku. Aku membaca sebaris nama yang terlayar di skrin telefon bimbitku. AMIR si POYO Nama pangilan itu tidak pernah berubah sedari dulu lagi sebab aku suka. "Ehem. Assalamualaikum,"sempat aku membetulkan suara sebelum memberi salam. "Wasalam puan doktor. Hei Mina, lu apahal lambat angkat ?"aku terus menarik muncung apabila mendengar Amir membebel. "Aku tengah dating lah. Lu semak je,"mendatar aku menjawab sambil tanganku ligat melipat telekung di tangan. "Amboi ! Dating ya ? Aku rasa macam nak wrestling je kau sekarang ni. Kau dating dengan siapa ?"aku mengajuk bicara Amir dalam diam. "Aku dating sama Allah. Kau dah solat zohor belum ni ?" "Oh. Aku ingat kau dating dengan Irfan. Aku dah solat tadi,"apabila aku mendengar nama Irfan disebut, segera aku menepuk dahi. "Dey, apa barang dating dengan Irf...

novel : hey, my diary ! 26

Image
Hari ini aku dan Amir akan berpindah masuk ke rumah baru. Rumah itu sebenarnya sudah lama dibeli oleh Amir. Dia kata buat persediaan awal tu bagus. Aku hanya menurut.  "Wei, serious ni rumah kau ?"soalku saat melangkah masuk ke dalam rumah baru itu. "Ehem. Bukan rumah aku tapi rumah kita !"Amir membidas bicara lalu tersenyum. Aku hanya mencebik lalu menjelajah ke seluruh rumah. Puas aku berada di tingkat bawah, aku naik ke tingkat dua pula dan kemudian ke tingkat tiga. Tingkat bawah seperti biasa, ruang tamu, dapur dan sebuah bilik tidur. Tingkat dua ruang tamu mini, perpustakaan mini dan bilik-bilik tidur. Tingkat tiga tiada bilik cuma terdapat sebuah kolam renang. Okay, antara ketiga-tiga tingkat ni, aku paling suka tingkat tiga. Boleh release tension. Pandai Amir cari rumah. "Okay ? Puas ?"aku terduduk apabila suara Amir tiba-tiba menerjah gegendang. "Ei, kau ni memang nak suruh aku 'jalan' cepat kan. Sakit jantung...

novel : hey, my diary ! 25

Image
"Aku terima nikahnya Nur Amanina binti Naim dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai,"sekali lafaz saja aku sudah sah menjadi milik lelaki itu. Terus aku menunaikan solat sunat syukur. Sebenarnya aku masih tidak percaya atas apa yang berlaku. Benarkah dia suami ku ? Tapi... "Mina, salam tangan Amir,"aku terkujat seketika sebelum menghulurkan tangan kepada Amir. Amir hanya tersenyum lalu mencium dahiku. Jurukamera yang tidak bertauliah terus merakam detik-detik 'bahagia' itu. Bencinya aku sebab kena senyum depan kamera macam apa. Aku tahulah aku ni cun, cukuplah ambil gambar. Naik pening kepala otak tengok flash kamera.  "Mina, terima kasih,"aku terkedu apabila Amir membisikkan ayat itu ditelingaku. Namun, aku terus membuat muka selamba lalu mencebik. Aku lupa pada jurukamera yang sibuk mengambil gambar sedari tadi.  "Kenapa buat muka macam tu Mina ?"aku hanya tersengih apabila jurukamera yang diupah ibu itu bersuara.  ...

cara MM mendapatkan idea..

ASSALAMUALAIKUM. hai semua pembaca blog MM yang tidak seberapa ini.. jam tika ini sudah menunjukkan detik 12.41 minit pagi dan mata masih terasa segar.. mungkin MM sudah terjangkit dengan penyakit insomnia.. :) btw, TAHNIAH kepada HARIMAU MALAYA atas kejayaan mereka menentang GARUDA a.k.a INDONESIA.. semoga kejayaan mereka terus kekal hingga ke FINAL nanti.. amiiinnn :) sebenarnya hari ini MM rasa fed up sikit.. mana lah idea ni ? MM nak sambung buat novel HMD.. ya Allah dah lama novel tu.. tapi sampai sekarang masih tidak siap.. hhe~ entah kenapa lately MM lebih tumpukan pada CERPEN sehinggakan novel HMD sedikit terabai.. hish, lagi sebulan lebih nak naik sekolah.. kalau novel tu tak siap akhir bulan ni, habislah.. tahun depan MM dah tak boleh guna laptop.. abah tak bagi sebab nak SPM.. aduhh.. opss.. hari ni sebenarnya MM nak cerita dekat korang semua pasal.. err~ pasal daripada mana MM dapat idea buat cerpen + novel semua ni.. sebab ada beberapa orang rakan di sekolah mah...

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

Image
Aku kecewa. Harapan aku musnah sama sekali. Mengapa selama ini aku begitu alpa dengan perasaan hatiku sendiri ? Mengapa selama ini aku terus hanyut dibuai dengan lagu cintanya ? Sepatutnya aku sedar daripada dahulu lagi bahawa pernikahan antara aku dan dia adalah sekadar mengubat sakit di hatinya setelah dia ditinggalkan kekasih hati. Dan akhirnya kini, aku yang merana menahan sakit di jiwa. "Ria, kenapa  moody  je ?"aku tersentak apabila tiba-tiba namaku dipanggil. Seraya itu aku berpaling, menghadap si pemilik suara. Seraut wajah nan tampan yang sentiasa menghantui fikiranku saban waktu berlayar diruangan mata. "Ria okay je, penat sikit. Bila Ril balik ? Tak perasan pun,"aku bersuara lalu menghampiri Hazril yang sedang melabuhkan punggungnya di atas sofa. "Eleh, mana dia nak perasan. Termenung macam pakwe lari je,"mendatar suara Hazril. Aku terus ketawa dibuat-buat, cukup menutup rasa di hati. "Apalah Ril ni. Pakwe siapa lah yang na...