Posts

Showing posts from October, 2012

COVER + SINOPSIS -hey, my diary !-

Image
ASSALAMUALAIKUM :) hai semua.. bertemu lagi kita ! hari ni otak MM sudah tepu nak sambung novel HMD sebab tadi exam Fizik., esok pulak Kimia.. jadi hari ini tiada chapter baru yang akan diupdate.. sorry ^^ eh, sebenarnya buat entry ni sebab nak tayang cover + sinopsis HMD.. baru je buat tadik sebab mood nak relaks hari ni :) sudi-sudikanlah diri ya untuk komen cover + sinopsis baru ni :) nota minda : sedang cuba membuat manuskrip atas permintaan Sa Michaisi dan juga kawan sekolah.. tapi macam tak reti je -'- *doakan MM untuk exam esok kk :)* 

novel : hey, my diary ! 20

Image
"Kau ni kenapa Mina ?!"suara abah yang sedikit nyaring itu menyentakkan ku yang sedari tadi menunduk merenung lantai. Entah apa yang menarik pada lantai itu pun aku tak tahu. Sebenarnya aku sedang ketakutan yang amat kerana abah sudah mengamuk mengalahkan singa. Opss... "Kau nak keluar dari rumah ni ya ? Hah, pergilah bungkus kain baju kau ! Jangan berani kau jejak dekat sini lagi,"jerkah abah seraya itu mengecutkan usus kecilku. Terasa hendak saja aku menangis, tetapi.. Tak rocklah kalau nangis, jatuh ego aku sebab ada Amir. Ah, aku dan ego memang tak boleh dipisahkan. Kawan-kawan aku kata ego aku tinggi mengalahkan ego lelaki. Hah ! Peduli apa aku. Ego aku bukan ego mereka. "Aku cakap sekarang !"jerit abah lagi lalu menarik tanganku. Aku yang sedikit terkejut hanya mengikut langkah kaki abah yang mengheretku. "Pak cik ! Jangan buat macam tu. Sepatutnya pak cik tanya Mina, kenapa dia buat macam tu,"aku terdengar suara Amir y...

novel : hey, my diary ! 19

Image
Terpisat-pisat aku membuka mata apabilla terasa sedikit silau. Hish, aku dekat mana ni ? Seraya itu aku memandang sekeliling. Eh, macam bilik aku je ? Aku terus membuang pandang ke arah sekeliling bilik itu. Yes, this is my room. Tapi bukan tadi aku dengan Amir dekat airport sebab pujuk Irfan ke ? Omelku dalam hati.  Perlahan aku mengangkat sedikit tubuhku untuk menyandar di kepala katil kerana kepalaku masih pening. Eh, siapa tu ?  "Argh, perogol ! Tolong !"jeritku serta merta apabila tidak dapat mengecam siapakah yang sedang duduk bermain telefon bimbit di atas sofa dalam bilikku ini. "Oi mangkuk, aku ni Amir, bukan perogol,"ucap pemuda itu. Aku terus memusatkan pandangan ke arahnya. Eh, betul lah Amir. Tapi.. "Kau buat apa dalam bilik aku ni ? Kau nak rogol aku eh ?"ujarku dengan nada sedikit cuak. Aku lihat Amir menepuk dahinya. "Oi, kau tahu tak aku langsung tak ada feel dekat kau. Badan dah lah macam lelaki, lansung ...

novel : hey, my diary ! 18

Image
Awal pagi lagi aku sudah menerima mesej daripada Amir. Katanya ada hal penting mengenai Irfan. Segera aku membersihkan diri lalu menelefon Amir. “Wei, apa hal Irfan ?”soalku tidak sabar sebaik saja Amir menjawab panggilanku. “Dia nak ke luar negara,”what ? Kenapa tiba-tiba ? “Kenapa mengejut ?” “Eh, nanti lah aku cerita. Sekarang ni kau dah siap belum ? Kita pergi kejar dia dekat airport. Aku dalam kereta dah ni. Cepat tau !”sepantas kilat aku memakai tudung sebelum turun ke bawah. Sempat  aku memberitahu ibu tentang kepergianku sebelum berdesup masuk ke dalam kereta Amir yang sedia menanti dengan nafas tercungap-cungap. “Wei, kenapa sebenarnya ni ?”soalku setelah keadaan ku kembali reda. Aku menjeling sekilas pada Amir yang sedang memberikan sepenuh konsentrasi pada pemanduan. Macho jugak ek mamat poyo plus selenge ni. “Hoi, yang kau tenung aku apa hal ? Aku tahu lah aku macho,”tersentakku apabila disergah Amir. Aku hanya mencebik menutup rasa malu...

novel : hey, my diary ! 17

Image
“Oh bulan mana bintang, atas pucuk kayu ara, hei kawan bila sampai, marilah kita main segera. Abang datang dari laut, adik datang dari bukit, abang makan apa luak, bolehkah beri adik sedikit,”aku bernyanyi kecil sambil duduk berjuntaian kaki di atas tembok beranda bilikku. BUKKK ! Aduh ! Siapa pulak dok baling batu ni ? Aku tinju kang. Omelku apabila sebiji batu kecil tepat mengena dahiku. Seraya itu aku memandang ke bawah. “Abang makan lauk kari, memang nak bagi adik pon ni,”huish, menyibuk je. Aku mencebik kecil. “Kau tak payah nak cebik-cebik lah. Aku cium kang,”erk~ seraya itu aku menekup mulutku dengan telapak tangan. Serabai betul mamat poyo plus selenge ni. “Kau boleh tak bagi hidup aku aman satu hari ? Bosan lah aku tengok muka kau je,”bebelku geram. “Tapi aku suka tengok muka kau. Eh, turunlah. Kita dating,”apa ? Dating ? Huh, tak ada masa aku nak ber’dating’ dengan mamat yang poyo plus selenge macam dia ni. “Tak nak aku. Selisih je nak dat...

novel : hey,my diary ! 16

Image
“Hei you !”aku yang baru saja tiba di tempat meletak motor terpegun seketika apabila melihat seorang gadis yang amat seksi mendekati. Aku menelan liur, imanku sedikit tergugat. Astaghfirullah ! Aku bukan lesbian. “Kau ni Mina ?”tanya wanita seksi itu. Aku terus memerhatikan lekuk tubuhnya. Huish, cun ! Kalau lah aku dapat body shape macam tu, mesti aku dah lama ada pakwe. Ni body shape aku sebiji macam lelaki, memang patut pun tak ada lelaki pandang. Huh ! “Hei, aku tanya ni !”serentak itu aku kembali ke dunia nyata. “Hah ? Apa kau tanya ?”soalku sambil menggaru kepala. “Huh ! Kau ni Mina kan ?”seraya itu aku mengangguk. Wanita itu terus merapati aku yang berada beberapa langkah di hadapanku. PAAAPPP ! Aku terkaku seketika dan sesaat kemudian terus ku pegang pipiku yang terasa pedih. Biar betul minah ni, apa kes pulak tiba-tiba tampar muka aku yang comel ni ? “Tu balasan sebab kau pergi goda tunang aku,”hah ? Bila masa pulak aku pergi goda tunang dia ? ...

novel : hey, my diary ! 15

Image
You were there to light my day, You were there to guide me through, From my days down and on, I’ll never stop thinking of you. How can I forget all that, When you’re the one who make me smile, You’ll always be apart of me, How I wish you were still mine. Never will forget the day, How we’ve met and came this far, We all know we got this feeling, But somehow it has to end up here. I know it’s me who said goodbye, And that’s the hardest thing to do, Cause you mean so much to me, And guide the truth from me to you. c/o For all the things I’ve done and said, For all the hurt that I’ve cause you, I hope you will forgive me baby, Cause that wasn’t what I mean to do. You were there to light my day, You were there to guide me through, From my days down and on, I’ll never stop thinking of you. How can I forget all that, When you’re the one who make me smile, You’ll always be apart of me, How I wish you were still mine. ...

novel : hey, my diary ! 14

Image
Pagi lagi aku sudah meminta izin daripada abah untuk keluar. Semalaman aku tidak tidur memikirkan masalah itu. Hari ini aku bertekad untuk menemui Irfan, mungkin dia boleh membantu serba sedikit. “Mina, kau kena terima takdir. Kau tak boleh menangis macam ni, mungkin ini cara Allah menguji kau,”inilah kali pertama aku menangis di hadapan lelaki. Sekarang ini aku buntu, macam mana aku nak putuskan pertunangan yang merepek ni kalau semua membantah tindakan aku. Aku tak nak dikaitkan lagi dengan Amir. “Aku tak boleh Irfan. Aku tak nak ada kaitan lagi dengan dia. Aku tak tahu kenapa, tapi yang penting aku tak boleh terima dia lebih daripada seorang kawan ! Cuba kau bayangkan kalau kau dekat tempat aku, apa kau akan buat ?”aku terus menahan air mata daripada mengalir namun usahaku sia-sia. Air mata makin deras membasahi pipi. “Aku tahu Mina, tapi kau kena terima takdir. Mungkin memang dah tertulis jodoh kau dengan dia,”Irfan terus memujuk aku. Aku tidak tahu mengapa saat-...

novel : hey, my diary ! 13

Image
Aku hanya berlingkar seperti ular sawa di hadapan televisyen sambil menonton rancangan kesukaanku, CatDog. Badanku kepenatan setelah hampir 2 jam aku ber’dating’ dengan Amir. Dia punya pasal lah mula-mula cakap nak cari cincin je, sekali dia bawak aku pergi butik pengantin sekali. Hampeh betul ! Nasib lah dia belanja aku makan lepas tu, kalau tak pecah lipid dia aku tumbuk. Dia ada lipid ke ? Badan sekeping je, tapi tinggi macam galah. Huh ! Terasa kependekkan aku apabila berdiri di sisinya. “Oi anak dara ! Daripada tadi kau dok melingkar je, tak reti nak tolong kat dapur ni ? Macam mana nak kahwin ni ?”ibu sudah mengeluarkan perluru berpanduny dan tepat mengena batang hidung aku. Aduh ! Sakit betul telinga aku. Apa kena mengena hidung dengan telinga ? Huh ! “Siapa yang nak kahwin ?”balasku mendatar. Aku ternampak kelibat ibu yang sedang berdiri bercekak pinggang sambil memandang tajam ke arahku. Mati aku ! “Aku luku juga budak ni. Kau ni kenapa ? Akhir tahun ni ka...

novel : hey, my diary ! 12

Image
Aku hanya menayang muka bosan sedari tadi. Mana tidaknya, sedari tadi Irfan dan Amir dok berbual sakan. Aku pula dibiakan terkontang-kanting. Geramnya aku ! “Mina, makan lah lagi !”ucap Irfan seraya menyedarkan aku yang sedang mengelamun. “Daripada tadi korang suruh aku makan sampai dah macam belon badan aku yang memang chubby ni, sedangkan korang berbual. Bosan tahu tak ! Kalau aku tahu macam ni, baik aku tidur dekat rumah,”bebelku geram.Irfan dan Amir hanya ketawa sakan. Kejam lah tu ! “Sabar lah Mina. Aku dah lama tak jumpa Amir ni. Banyak story nak share ! Lagipun kita dah selalu jumpa, mesej lagi. Bagi lah aku berbual dengan Amir kejap,”saat itu aku dapat rasakan anak mata Amir menikam tepat ke mukaku. Argh, panas telinga aku nanti kalau Amir tanya macam-macam. Siapa tak tahu Amir, pengorek rahsia tegar. Huh ! “Err~ ye lah. Lepaskanlah rindu korang tu ya ! Aku nak blah,”ujarku lalu bangun menggalas beg. Tiba-tiba tangan Amir mencapai tanganku dan menyuruh ...